Monday, June 30, 2014

Cemburu

Cemburu meningkat lagi kepada sesuatu yang baru. Sebelum ni, rasa cemburu melihat kereta orang lain, nampak lebih segak. Kalau nampak kereta kan, tak kisah lah sama jenis atau tidak dengan saya, yang ada kat jalan atau kat mana-mana, mesti rasa 'lawonya kereta dia'. Padahal kita pun ada kereta. Selalu sangat rasa kagum dengan kereta orang lain. Tak tahu kenapa ada rasa ini di hati.

Tapi kena jelaskan dulu lah, cemburu saya ni lebih kepada benda-benda yang tak sama dengan kamu punya cemburu. HEHE. Contoh la kan, saya tak cemburu kalau kamu punyai banyak barang kemas, emas sampai ke siku [ayat hyperbola]. Tak, sebab itu bukan minat saya. Beli pinggan mangkuk berjenama hempas ke lantai tak pecah pun, so far saya tak sampai tahap cemburu. Sebab saya tak biasa dengan pinggan mangkuk mahal, sekadar yang murah-murah je. Tapi ada lah cita-cita nak memilikinya sendiri nanti. Jujur aje kalau menulis T_T.

Cemburu saya lebih kepada yang biasa-biasa sahaja. Contoh, cemburu jikalau kereta mereka nampak bersih, nampak kemas disebabkan tinted dorang agak gelap tapi bukan yang gelap giler-giler tu, yang gelap ok-ok je. Haa, mesti tak dapat bayang kan? Lagi cemburu kalau kereta mereka seat dorang kulit. Saya sampai ke hari ni tak tertukar-tukar lagi cover untuk seat kereta. Cemburu macam inilah maksud saya.

Ok, berbalik kepada cemburu terbaru tadi.

Saya rasa kan, ini adalah cemburu yang paling tinggi setakat ini.

Kamu nampak dia biasa-biasa aja. Namun apabila bertadarus, dialah yang paling pandai tajwid di dalam group saya. Saya terasa muka dah panas, terasa macam alahai terernya diaorang ni. Kalau nak tahu, dialah antara yang punyai bacaan yang kena pada makhrajnya. Bacaan dia sangat jelas, satu persatu dan dia tahu tentang bacaan dia. Mana yang panjang, mana yang dengung dengan bersekali dengan hukum tajwid. Tak adalah dia pandai baca tapi tak tahu hukum tajwid. Siapa yang tak cemburu. Saya berazam nak jadi macam dia. Rileks sempoi je, tapi ilmu Al-Quran ada dalam jiwa. Memang jealous benor rasanya. Bila kita tak faham, atau salah sebutan dia akan perbetulkan. Rasa nak suruh dia baca lagi dan baca lagi dan baca lagi sampai habis. HEHEHE.

Rasanya ini adalah cemburu yang agak bermanfaat untuk saya cemburukan. 

Sampai kan saya terfikir, mesti yang datang bertadarus ini semuanya pandai-pandai mengenai hukum tajwid dan fasih sebutannya. Masa itulah saya terasa, kerdil dan ceteknya ilmu yang ada. Rasa tak sama tinggi, rasa macam budak sekolah rendah dengan pelajar universiti. Jauh kan beza dia.

Eh, penting sangat kita semua belajar Al-Quran. Tambah-tambah dah bulan Ramadan ni. Lagi lah elok untuk kita jadikan batu loncatan untuk kita belajar dengan orang yang pandai. Yang penting jangan malu, jangan segan. Tanamkan niat untuk belajar. Belajar betul-betul untuk bekalan di kampung yang kekal nanti. Niat kerana Allah. Sebab kalau kita pandai Al-Quran [berserta isinya, sebutannya, hukumnya] memang terasa bahagianyaaaaa. 

Marilah kita belajar Al-quran sementara kita masih muda. Sebabnya kan, lidah kita tak adalah keras sangat nak menyebut. Masih boleh dilentur. Bukan nak cakap orang yang dah berumur tak boleh belajar. Bukan macam tu. Cuma senang cakap lah, masa muda ni lah elok kita belajar. Tak perlu menunggu-nunggu lagi dan lagi.

Dah banyak perenggan saya tulis, namun ianya tak sama dengan apa yang saya rasa.

Biasalah, rasa tu kita seorang. tulisan ni kan adakala ianya limit sikit.

Tapi tak kisah la macam mana pun, yang penting kita sama-sama belajar. Biarlah tak banyak pun, biarlah seciput pun. Janji kita belajar sikit-sikit.

Oh, dan yang paling penting bukan nak cerita pasal saya attend tadarus sangat. Sebab berapa hari lah sangat saya pergi. Tapi point yang penting. Kita akan terasa orang ada orang menampar muka kita dengan kelajuan yang tinggi apabila bersama-sama mereka yang pandai. Marilah kita sama-sama menanam azam untuk membaiki diri kita. Mana lah tahu kan, orang yang membaca entry ini yang berubah, dapat juga saya saham. HEHEHE.

Saya nak tulis panjang-panjang, macam tak best lah sebab tak nak masuk dalam kategori no action, talk write only ya dong! [pandai-pandai je ubah ayat] . Haa, kan?

Point akhir, jangan sia-siakan Ramadan kita. Semoga Allah redha, semoga Allah terima amal ibadat kita walaupun sikit.



Wednesday, June 25, 2014

27 Syaaban 1435H

Hari ni, genap 5 tahun pemergian emak kami. Kami panggil Che, adik 3 panggil Ummi. Saya kadangkala je panggil Ummi. Tapi dalam handphone memang set kan nama Ummi Ayahanda.

27 Syaaban 1430H - 27 Syaaban 1435H. 

Setiap kali nak menjelang Ramadan, kami perlu lalui tarikh bersejarah yang tak akan kami lupakan sampai bila-bila. 

Setiap kali 3 hari lagi nak Ramadan, saya mesti akan terlintas ayat 'tak sempat Che nak sambut Ramadan'.

Walaupun dah 5 tahun, tapi percayalah. Ianya seperti baru semalam arwah Che pergi. 

Haish, tak boleh nak taip. Sedih lah. 


Thursday, June 12, 2014

World Cup 2014

Bila buka google tadi kan.
Eh eh

Oo lupa, dah nak world cup dah.


Comel sangat doodle ni



Ini official website untuk World Cup 2014. Saya dah kurang layan bola. Untuk local lagi la tak layan apatah lagi yang international punya. EPL ke Liga Malaysia ke, tak adanya nak beria layan. Namun untuk WC ni, bajet juga nak tengok opening dia. Tapi bila tengok jam 4 pagi macam tu. Rasa macam urmmm tengoklah dulu. haha. Kalau orang lelaki, for sure sanggup bersengkang mata kat kedai mamak or kat rumah/kat mana-mana ajelah untuk tengok WC ni. Bab bersungguh memang boleh puji. Tapi tang bola aje lah. Memang nampak sangat kesungguhan tu. Itu pun bagi yang minat ler. HEHEHE. 

Biasanya untuk permulaan, memang tak berapa nak layan sebab banyak sangat yang bertanding. Haa, bila dah akhir-akhir macam suku akhir, semi final & final. Masa tu la baru buka mata, eh sokong yang ini sokong yang itu. Sebabnya, kalau mula-mula game kan, kita orang perempuan ni tak tahu sangat team mana yang kuat. Setakat Brazil, Germany tu kita tahu la. Yang lain-lain mana nak tahu. Itu belum nama pemain. HAHAH. 

Dulu kan, masa layan WC ni. Saya main chop yang tu muka ok, permainan dia pun ok. Kira terus sokong team dia la. HAHA. Lepas tu terus aim nama dia. Saya ingat lagi, masa tahun berapa entah. Nama F** Lampard tu [nama penuh dia saya tak sure sangat] dia kan score goal untuk Germany, kalau tak silap masa tahun bila entah. Terus sokong dia. Tapi sekejap je la, masa WC je. Eh, kejap nak google nama dia. Haa, Frank Lamprad Lampard. Ala-ala eja frankfurter.

Itu lah kan, nampak sangat perempuan ni entah apa-apa sikit dia punya sokongan. Tapi kami tengok juga lah skill permainan dia tu. Kalau setakat muka ok, main entah apa-apa asyik tak dapat bola jer, asyik pura-pura cedera aje, asyik itu ini. Kami tak sokong la juga. Eh bukan kami, tapi saya. HEHE.

Kali ni kamu sokong mana? Saya sokong Malaysia. HAHA. Kalau jawab macam ni, memang kena hempuk dek orang laki. Orang cakap bola, dia nak cakap bola. Padahal satu pun tak tahu. HAHA. Perempuan kan kecoh sikit. Kalau tengok ramai-ramai dengan adik beradik lelaki, memang nampak sangat. Perempuan lebih kepada pot pet pot pet. Lelaki pun sama, tapi kadang kan ulasan dorang berbeza sikit dengan perempuan. Contoh, kenapa tak masukkan yang A kenapa pertaruhkan B untuk game ni. Kalau kita pula orang perempuan, eh lawa ar kasut dia. Warna pink gitu. HAHA. Ketara sangat contoh ni wey. Ini macam bercerita benar walaupun pahit.

Ok dah dah. Selamat menonton WC 2014. 

Namun rasanya kita lupa kot. Bukan lupa lah, namun terlepas pandang. WC kali ni kan sama tarikhnya dengan Ramadan. Sikit tak banyak, mesti yang berjaga malam tu semata-mata kerana bola, namun mungkin lah kan. Mungkin mereka akan buat amalan-amalan yang boleh mengukuhkan Ramadan mereka. Secara jujurnya, nampak macam 50/50. WC & Ramadan. Ini sepatutnya tak ditulis sebab ianya akan merungkai kan persoalan yang panjang, ianya berkait rapat dengan persekitaran, ianya adalah perkara yang benar namun perkara ini sangat sensitif. Sebab kita tak tahu hati manusia. Jangan pandai-pandai nak tebak hati orang lah. 

 Alang-alang dah sebut pasal Ramadan ni, dalam fb sedang hangat buat countdown untuk Ramadan. Memang dah tak lama sangat dah, dah hampir sangat dah dengan Ramadan. Nak tulis tapi rasa takut. Sebab kan, bila fikir persiapan untuk Ramadan? Apa yang aku dah buat? Tak kan masih nak sama lagi dengan Ramadan yang lepas? Ramadan sama, namun diri kita. Diri kita kalau masih kat takuk lama, memang tak dapat nak tolong lah. 

Tengoklah, mula-mula tulis entry ni pun, saya cakap pasal WC. Nak tengok opening WC kononnya. 

Terus noktah la entry ni. 

Tiba-tiba.



Wednesday, June 11, 2014

Header Baru

Chop! Semalam kan. Bosan-bosan. Saya buat header baru. Banyak kali upload, memang banyaaaaak kali sangat  upload dan banyak kali juga saya edit. Sebab saya tak terer sangat bab-bab menggunakan font yang sesuai, warna yang cantik, or kombinasi apa yang perlu saya cuba dan cuba. Mula-mula kan, header tu berwarna kuning. Lepas dah upload, urmm nampak aneh suram. Lalu ditukar kepada warna grey. Bila dah ok, nampak macam plain la pulak. Lalu tadi saya edit lagi tambah bentuk LOVE kecil. Saya rasa macam 'urmm ok dah ni, nampak macam simple tapi aku suka'. Wah, kekdahnya puji header sendiri. LOL!

Entry simple sebab saya curi-curi menulis. haha


Monday, June 9, 2014

Rindu tak?

Awak rindu saya tak? 
Rindu?
Ok, nanti saya penuhkan MPS ni dengan tulisan dan bait-bait ceritera yang panjang.

HAHAHA!

Macam menyampah pulak baca ayat kat atas.

Sebenarnya terpop up je dialog gedik kat atas sementara nak balik dari kerja.

Tadi memang serabut giler rasanya. Sekarang dah nak balik, saya rasa tenang.

Duduk kat rumah adalah satu perkara yang BEST namun adakala mematikan kutu anda!