Sunday, July 20, 2014

MH370 & MH17

17 Julai 2014 (Khamis)
Keluar dengan sepupu mencari peralatan/barangan untuk menjahit. Kelengkapan menjahit sepupu dah tak mencukupi maka kami dengan gigih meredah malam. Selepas tu ambil sepupu lagi sorang yang balik dari Kemaman dalam jam 11 malam kot. 

Sepupu hantar kat rumah. Sampai rumah letak barang-barang.

18 Julai 2014 (Jumaat)
Buka whatsapp group MH370. 

J: Wake uppppp
Semua tido ke
woi woi
ada kes nk woi
*ni [tersasul sasul nak taip. LOL!]
MH17 pulak ni

S: terhempas kat border Ukraine

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

lepas diaorang bersembang. baru saya menyampuk. Sebab masa tu saya terkejut sekejap. Kalau cerita kat sini kan, nanti panjang cerita. Tapi orang cakap, mimpi buruk tak elok jangan dicerita kat orang lain. 



Tak sangka group MH370 yang kami tubuhkan untuk membincangkan hal semasa MH370 ini masih relevan. Selepas dengar kejadian tu, saya tambah kepada MH370 & MH17. Bila menaip nama group tu saya terfikir sesuatu. Kalau saya tulis memang akan dianggap lantangnya. Yelah kan, benda besar terjadi mau kita tak terfikir kot.

Apapun, takziah kepada semua keluarga mangsa. Cuma untuk hal MH17, saya dah bagitahu kepada ahli kumpulan bahawa saya tidak berapa minat untuk all out bagi pandangan sebab saya rasa terkilan satu lagi saya rasa macam urmm nak kata buang masa tak adalah, namun macam tak berbaloi kalau bincang pun. Jadi kami semua bincang biasa-biasa je tak ada lah beria macam MH370. 


Sejarah penubuhan group ni : 
Group admin dia J. Ditubuhkan pada 12/3/2014. Lepas tu pada 10/6/2014 kami iaitu saya dan S telah diremove dari group tersebut oleh J. Group tu dibubarkan sebab cerita MH370 dah banyak bersimpang siur. Plus kami dah malas nak fikir sebenarnya. Sebab bukan dapat jawapan pun. Kiranya masa tu, group ni dah tak berapa nak relevan la.

Namun pada 11/6/2014 [selepas tak sampai sehari dibubarkan. HEHEHE] MH17 370 ditubuhkan semula atas alasan tak best sebab tak ada tempat yang boleh kami bincangkan bersama-sama. Group tetap dikekalkan dengan nama MH370. Namun pengisian di dalam kumpulan ini lebih kepada semua isu. Nak cakap apa-apa isu semuanya tak ada masalah kat dalam ni. Kami ni jenis tak suka sembang lebat kat dalam facebook. Biasanya kat dalam whatsapp group la kami sembang macam-macam. Sebab kat sini privacy dan tak semua perkara kita perlu war-warkan dalam media sosial. 



Pada pagi Jumaat tu, baca kat facebook yang zionis laknatullah dah serang melalui jalan darat. Memang sedih sangat-sangat bilamana baca berita ni.

Antara kes Gaza dan MH17 kedua-duanya menyedihkan, namun saya lebih terkesan kepada kanak-kanak yang tak berdosa yang menjadi mangsa di tangan penzalim. 

Gaza & MH17 : SAMA namun tak serupa

kedua-duanya GENOCIDE!



Thursday, July 17, 2014

Random : Status

Plan nak tulis macam-macam, namun disebabkan akses internet amatlah terhad. Maka saya tulis panjang-panjang sikit kat status fb. Yaa, macam kita tahu. Status yang panjang di fb bukanlah sesuatu yang baik untuk ditonton walaupun itu fb kita. Tempat yang sesuai ialah blogger.com. Ha, kat sini taiplah beratus-ratus ayat pun. Tak ada orang nak marah kalau itu cerita awak. Orang nak baca, dia stay kalau tak nak baca dia just X. Easy payment!

Dah lama ni rasa tak main letak-letak gambar banyak-banyak. Maka inilah dia hasil status di fb:

I


Hikayat Tidak Bertajuk

Saya dah lama plan nak keluar nak hantar toto ke kedai dobi. Lepas sehari ke sehari, namun tak menjadi. Sebabnya, rasa malas nak naik ke atas. Sebab tempat kerja kat bawah sikit. Jadinya, semalam saya keluar pejabat nak pergi dobi hantar toto sat. Bawa ic, bawa lesen, bawa hp. Malas pulok rasa nok bawa purse. Masa dalam kete, plan ditukar 1. Isi minyak 2. Gi dobi

Sebabnya lampu dah memang kelip kelip. Minyak takdok. Jadi nak isi minyak ar dulu sebab stesen minyak dekat je dengan kedai dobi. Takut mapuh kat jalan je. Saya jenis tak pandai nak bajet minyak ni boleh jalan berapa km sekian-sekian.

Sampai kat stesen minyak. Adik tu mari kat kereta. Bajet nok isi spuloh iyal je sebab bukan shell ekpom. Pastu, eh! Eh ya eh! Baru sedor dok bawa duit, nok bayar dengan nape mung?

Kataku 'dik dok jadi nok isi. Beg duit dok bawa. Heheh'
Balasnya 'haha.. Oo dakpe dakpe..'

Dok rajin lagi jadi gini sejak paka kete. Konar balik gi kedai dobi.. Itu lah yang jadi bila plan lain, namun yang saya buat lain. 

#yang italic tu status asal, yang tulisan biasa tu yang saya tambah



II



Sabtu lepas, saya keluar untuk ke kedai perabot. Bukan nak beli perabot pun. Tapi nak beli benda lain. Namun benda yang nak dibeli tu tak ada. Jadinya, saya ke kedai ala-ala supermarket. Kat sana, saya beli beberapa jenis barang. Yang saya perasan masa tengah memilih sampul duit raya. Jarang doh kat kedai jual kad raya. Yang ada hanyalah sampul duit raya. Tak mustahil generasi akan datang tak kenal doh kad raya gane. 

Hakikat sekarang, kad raya dah jarang muncul di kedai-kedai. Dah tak meriah macam dulu-dulu. Kalau dulu, bila nak raya memang akan dapat dan dapat kad raya. Suka sangat oi. Namun sekarang, ianya hanyalah tinggal kenangan. Bertambah syahdu, semua kad raya yang pernah saya terima saya tak simpan terutamanya kad masa zaman belajar dulu-dulu. Sekarang ada pun tak banyak sangat. Jadinya, memang tak ada memori kad masa zaman muda mudi secara fizikalnya, yang ada hanyalah kenangan di hati. Ecewah.

#yang italic tu status asal, yang tulisan biasa tu yang saya tambah




III



Dulu.. Saya merupakan peminat mcd. Saban bulan saya akan ke mcd. Adakala hampir tiap tiap minggu. Dan menjadi 1 situasi biasa kalau tekak terasa nak makan mcd sangat sangat. Saya start kereta malam malam buta pergi tapau mcd.



Namun itu dulu. Sekarang saya dah lama boikot mcd. Dah lama sampaikan saya dok ingat doh. Siapa gok yang dok terliur gcb, prosperity, bigmac, bubur ayam bla bla.. Siap promo harga muroh beberapa tahun kebelakangan ni. Tapi yang pasti, saya cuba ubah selera selepas mengetahui mcd ada memberi sumbangan kepada israel laknatullah. Info ini saya dapat ketika menonton rancangan tv alhijrah. [korang juga boleh buka laman web inminds.com .. harap tak silap eja]. Saya masih lagi cuba ubah selera sebab nestle pun sama juga. Urgh!

Isunya di sini. Kita mungkin tak mampu nak menyumbang yang besar besar, namun atas dasar kemanusiaan. Kita boleh buat sesuatu.

Sekian.

Ini bukan cerita nasir tapi ini cerita aida.


IV

Dulu saya tak pernah ambil pusing pasal dia, sekarang suka sangat ikuti penghijrahan dia.

SUBHANALLAH. MEMANG CANTIK SANGAT DAN SANGAT. Macam lukisan je kan?



Hidayah itu milik Allah..

Always a Traveller.
Setiap Sabtu dan Ahad 630pm. Channel 106/mayaHD dan 1 lagi dok sure.

Oh ya.. Layan promo dalam youtube, lagi cantik nampak landskap NZ.

#mizznina #subhanallahnzmemanglawa


V



Bridged Izzudin Al Qassam

#biiznillah

- selama ni tak pernah ambil tahu pasal ketenteraan di Gaza, Palestine. Bila dah tahu sikit-sikit, Ya Allah. Kagum sangat. Bukan senang nak masuk team Al-Qassam ni. 


VI


Dulu kalau gambar/video ngeri memang tak boleh nak tengok. Namun pada beberapa tahun lepas semasa Gaza diserang. Allahuakbar, dengan izin Allah saya diberi kekuatan, dah berani sikit tengok gambar-gambar ngeri.

Bayangkan ini anak kita, anak-anak buah kita, anak jiran kita, anak kawan kita waima anak orang yang kita tak kenal sekalipun.. Allahuakbar.

Teruskan berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada penduduk Gaza dan kepada semua umat Islam yang ditindas.


VII

Senantiasalah berdoa untuk mak ayah kita. Tak kira samada mereka masih hidup ataupun sudah kembali ke rahmatullah..semoga doa kita diterima.. Amin
Berdoalah utk arwah ayah dan ibu kita, disaat kita terlalu jarang menziarahi kubur kubur mereka, demikianlah pula nanti jika kita meninggal, agaknya amalan sama juga akan dilakukan oleh anak anak kita nanti.. kubur itu antara taman2 kepada syurga atau diantara jurang kepada gaung-gaung neraka..
#copypaste 


VIII

"setiap orang ada cara tersendiri untuk berekspresi..

Buat generasi hari ini, lakukanlah apa sahaja yang berperanan.

Pilihlah tindakan yang benar-benar membantu yang panjang manfaatnya. Yang sesuai menjadi legasi.

Catatan kita di fb, twitter, instagram adalah untuk menjustifikasi peranan kita sebagai seorang muslim dan manusia.

Ia BUKAN pertandingan siapa lebih hebat memberi komen dan berkongsi maklumat"

http://saifulislam.com/2014/07/dunia-islam-daripada-jendela-nasyid-1990an/









IX

Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh sesetengah pihak namun saya mengambil iktibar kisah di bwh :-
  Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.
 Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"
 Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aku tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"
 ** Jika tidak mampu memberi utk tabung palestine berusahalah utk berhenti menyumbang dana zionis
          #copypaste 



Wednesday, July 9, 2014

Dialog Afiq

#Entry dalam draft


Malam tadi ke Desa Murni [DM] mencari baju melayu untuk tokki Afiq.

Masa kami sampai, orang tak ramai sangat. Jadi kami ke tingkat paling atas. Tengok-tengok pasu, karpet, alas meja, bunga dan macam-macam kami tengok. Sementara Afiq pulak asyik ikut kaki dia aje. Sekejap duduk bawah karpet yang dianginkan tu. Karpet tu dorang sangkut satu persatu, jadi ruang bawah yang kosong tu jadi permainan Afiq. Dia menyorok kat bawah, lepas tu keluar balik. Masuk kat celah-celah karpet tu balik. Aish! Saya biarkan aje sebab kat atas tu tak ramai orang pun. Yang ada hanyalah kami dan juga beberapa orang pekerja DM tu.

Masa saya duk belek-belek pasu kecil, memang dah terdengar Afiq memanggil. Saya dah jawab sebenarnya. Namun si Afiq pulak tak dengar. Sebab kami berselang tempat barang-barang. Lalu mulalah terdengar suara budak menangis. 

Saya terus panggil dia dengan nada yang agak kuat dan dia datang. Padahal dia kat depan je cuma tak nampak saya. Lepas tu, biasalah, saya kan suka soal Afiq.

Dok jumpe Cuda ke?
Dok.. [sambil kesat airmata]

Kesian pun ada. 

Saya beli sedikit barang kat tingkat atas ni. Kami turun ke tingkat bawah untuk mencari baju melayu. Ya, tujuan asal nak cari baju melayu aje. Namun biasalah kalau dah nama aida, tentu akan merayap ke tempat barangan lain juga. Dan biasalah kalau selain baju melayu saya membeli barangan yang lain juga. HEHE

Kalau nak tahu, kat DM ni banyak baju-baju, tudung yang kita boleh beli. Dan sementelah DM ini baru je diubahsuai maka keadaan kedainya agak besar dan mempunyai beberapa tingkat. Maka akan jenuhlah kita untuk ke tingkat-tingkat yang ada.

Namun saya tiada masalah untuk menjelajah ke semua tingkat yang ada dan boleh berpatah balik semula ke tingkat yang dikehendaki. Percayalah ini kebolehan kaum hawa untuk menjelajah kedai dan juga mana-mana pasaraya besar. LOL!

Seperti Ramadan yang lalu. Dah memang tugas saya secara tak rasmi untuk membeli baju raya kepada orang tua. Dulu masa saya ada che [dibaca umi/emak atau apajua yang membawa maksud ibu]. Saya akan belikan baju atau kain pasang. Bila dia dah tak ada, saya hanya belikan baju melayu untuk bapaknda saya. Sebab ianya perkara rutin sementelah saya belum berkahwin lagi [buat masa ini] Kalau ada suami tentu beli untuk ayah sendiri dan suami. Wah, plan memang baik punya. Oleh itu perkara ini sangat lah mudah bagi diri saya. Sebab dah tahu kat mana terletak baju melayu, jadi kami terus ke tempat yang dituju. Sementara saya memilih baju melayu, hanya baju melayu tau. Saya tak beli sepasang sebab bapaknda saya hanya memakai dengan kain pelikat sahaja. 

Warna tiada masalah, sebab dah ada dalam kepala warna apa yang bapaknda belum ada. Jadi pada kali ini saya beli 2 helai baju melayu. 1 untuk raya warna hijau dan 1 helai lagi warna dusty pink untuk pakai basahan [kali kedua saya datang DM, saya beli lagi 1 helai untuk basahan]. Harga untuk baju melayu ni tak adalah mahal mana. Namun kualiti dia amatlah terbaik bergantung kepada kain dan juga pemilihan kepada jahitan. Saya lebih suka kepada kain yang tahan lasak, adalah jenis kain dia cuma saya tak tahu nama kain tu. Jahitan pula saya pilih jahitan tindih kasih. Maknanya baju tu dijahit 2 kali.

Baju melayu sahaja adalah berharga RM29.90-39.90. Jadi saya ambil kedua-dua harga ni. Untuk baju melayu sepasang pula, harganya lebih kurang RM50 ke atas untuk dewasa.

Kan saya dah cakap harga dia memang tak mahal. Sangat berpatutan. Tapi kena datang beli awal-awal tau. Sebab biasanya kalau dah akhir Ramadan, baju pun dah tak banyak. Warna apatah lagi dah tak boleh nak buat pilihan sangat.

Pada tahun-tahun sebelumnya, saya pernah membeli baju melayu di TTC [Terengganu Trade Centre], namun kualiti kainnya tidak berapa bagus. Memang penjual ada bagitahu baju melayu ni dijahit di Vietnam, guna kain yang elok bla bla. Namun kualiti dia tak berapa nak elok. Biasanya kat leher tu kan, kain dia pecah. HAHA. Macam kaca la pulak. Maksudnya macam pecahlah, apa lagi eh maksud dia? Kain pecah. Ada ke kain pecah? Entah.

Semasa saya tengah memilih baju melayu tu kan, si Afiq bukan boleh duduk diam pun. Dia ambil bakul lalu main tolak-tolak. Laju wey dia tolak. Macam tolak kereta. Orang yang tengah memilih baju terpaksa bagi laluan untuk dia main bakul tu. Memang kesian dan rasa bersalah. Namun bila cakap duduk diam, bukannya dia nak duduk diam.

Selepas membeli saya ambil baju melayu untuk size Afiq. Macam biasa, saya suka try baju samada kat diri sendiri atau ada lah yang terpaksa jadi model.


Afiq cuba baju melayu ni. Cuba je dulu. Sebab saya dah plan nak datang lagi kat DM ni. Baju ni memang dah ok cuma lengan dia lah labuh sikit. Sikit je. Kaki si Afiq memang sengaja digayakan macam tu. Kalau gambar 1 lagi, hamboi terus disilangkan kaki dia tu. 

Eh, tajuk entry ni kan dialog. HAHA. Entah bila saya nak cerita dialog ni eh.

Ok ok.

Selepas dah cuba baju melayu. Afiq ni sambung main lagi. Jadi saya dah nak membayar masa tu. Lalu saya jalan kat depan, orang dah mula ramai. Si Afiq tak nampak saya yang ada kat depan dia je. Lalu kedengaran jelas budak memanggil..


Afiq: cudaa kat mana tu??
Saya: ada depan ni..
Afiq: depan ke?
Saya : yee..sini

Tersengih-sengih bila nampak saya. Bila dah selesai membayar. Saya bagi habuan kat Afiq sebab sanggup ikut aje saya ke sana sini dan juga dia sendiri yang ke sana sini.

Belikan dia air kotak.

Masa kat dalam kereta, saya tanya.

Afiq dahaga dok gi? [maksud dia afiq dahaga lagi ke tak?]
Dahaga.

Aish, patutnya bukan jawab dahaga. Tapi jawablah dok doh [dah tak dahaga dah]. Saya ajar kat dia, kalau dah tak dahaga, Afiq kena jawab dok dahaga doh [dah tak dahaga dah]. Bila tanya balik, eh dia jawab dahaga doh. HAHA.

Sebab 2 kali dia tak jumpa saya masa kat DM tu. Jadi saya ajar dia lagi. Afiq kalau Afiq dok nampak [tak jumpa] cuda Afiq kena panggil nama cuda kuat-kuat tau. Aih, dia jawab 'bila Afiq besor, Afiq nampok ar cuda'. HAHA. Jawapan ni logik tapi tak tepat. 

Kalau ada orang yang tak kenal panggil atau buat apa-apa kat Afiq, Afiq kena jerit 'polisss orang jahatttt'. HAHA. Entah kenapa idea nak mengajar macam entah apa-apa ayatnya. Yang lawaknya, si Afiq ikut namun dia ikut nada saya 'poliss orang jahattt' [dalam nada halusss je. HAHA]. Saya memang tak jerit sebab dalam kereta. Bukan nak beria pula. Namun dia ikut juga nada kita.

So far, apa yang saya ajar tu tak tahu lah melekat kat ingatan kepala dia atau tak.

Entry ni panjang, tak mengapalah. Nanti rindu-rindu boleh baca balik T_T.



Sunday, July 6, 2014

Perginya jantung hati kami

Perkongsian ini diambil dari fan page [fb] TITM.


Ahmad Lutfi Othman
Artikel ini saya tulis sejurus selepas anak kedua saya, Nurul Syafiqah meninggal dunia pada hari pertama Ramadan, 2005, ketika usianya 11 tahun. Mengingatimu bukan lagi satu kepedihan, tetapi satu kenikmatan. Ya, terasa betapa luhur dan tulusnya kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak...
---------------------------------

Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.

Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.
"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.
Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.
"Akak cari tudung."
"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.
Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."
Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama, antara lain, pimpinan PAS, Mohamad Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.
"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita sakit.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di Sekolah Agama Menengah Batu 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.
Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin, hanya sekitar 1km dari rumah, tetapi tutup hari itu . Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.
Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Menyedari Syafiqah seperti tidak sihat, emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega.

Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

Jam 5 pagi, kami sampai di kampung kelahiran saya, Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, bercerita kandungan SMS saya.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...
Selasa pagi kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuh Raya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, di Klang, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan penat dan letih.

Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita bagaimana darahnya diperiksa doktor di hospital Klang. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi, terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk.Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.
"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta
Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup jika kami semua makan bersama.
7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Takdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, masih jernih, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depan kami, mungkin dia mahu berbaring lebih selesa. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa cukup berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William Tan, pesara TUDM, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya sempat menatap wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah. Dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Saya seperti keseorangan. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi saya tahu harapannya tidak pudar.
Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan hospital. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana selama tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, sehingga terpaksa menerima rawatan jauh di kampung, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.
Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. 

Al-Fatehah.

Hargai & sayangilah anak2 kita.....layan & santuni mrk dgn baik



Wednesday, July 2, 2014

Munajat Ramadan

Layan fb dari komputer, dah lama rasanya duk layan fb through handphone.

Terbaca di page Prof. Dr. Muhaya baru sekejap tadi.

Kongsi dari whats app
Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.


Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu [saya yakin syahdu/terkesan itu akan datang sendiri kalau kita menghayatinya]. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…


Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…


Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.


Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..

Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…


Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.


Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….


Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…