Sunday, August 31, 2014

31 Ogos 2014

Hari ni hari merdeka. Ingatkan merdeka dah lepas semalam pabila terbaca caption pada gambar kawan semalam di facebook. Fuh! Senafas menulis.

Melepas lelah di sini. Ah, menulis juga 1 terapi bukan?

Apa erti merdeka pada saya?

  • tak ada apa sangat, tak sempat nak fikir sangat pasal merdeka
  • hari ni ada kenduri kecil di rumah makteh namun saya tak dapat pergi
  • hari ni ada kenduri kahwin rakan sepejabat namun saya tak dapat pergi
  • Alhamdulillah, saya akan ingat tanggal 31 Ogos 2014 saya telah berkampung di pejabat selama 3 hari
  • Hari Merdeka saya berasa sedikit merdeka sebab dah berjaya menyelesaikan kerja yang patut diselesaikan
  • Cuti 3 hari tiada maknanya nak hoyeh hoyeh lepak kat rumah, insyaAllah lain kali boleh celebrate sebagai reward kepada diri sendiri
  • nasi lemak yang dibeli pagi tadi dah basi. lapar sangat konon nak makan, alih-alih bila buka dah berbau. Tak ada rezeki, mungkin Allah nak gantikan yang lebih baik pada saya. Amin
  • curi-curi tengok fb, wow! seronok nampak sepupu sambut birthday!
  • Oh lupa, kenduri di rumah makteh sebab dia sambut birthday anak dia yang jatuh pada hari ini 31 Ogos 
  • Dhia pun sambut birthday yang ke 2 tahun
  • Kiranya kami ada 2 anak merdeka
  • Eh lupa, pernah tulis pasal Dhia. So, jengahlah link ni :  DHIA
  • Ok lah, nanti tulis lagi
  • Sebab sebenarnya saya sedih sangat sangat sampai rasa nak menangis! HAHA. Sedih bilamana semua jemputan orang tak dapat saya penuhi. 


Thursday, August 28, 2014

Hai Kesayangan

Assalamualaikum. 

Entah apa aku nak tulis agaknya ni. Di, luar kereta bising ke sana ke mari, dah nama pun jalanraya. Oh, itu bukan apa yang patut ditulis di sini.

Esok hari minggu, esok juga hari kerja. Seronok? Eh beronok ronok rasanya. Gundah? Ada lah sedikit gundah. Tapi biarkan lah dulu rasa tu bertamu di hati. Jangan dilayan sangat. Urmm, marilah kita bercakap-cakap mengenai perkara-perkara yang menggembirakan hati.

Ya i like sangat nih.

Beberapa malam dulu, saya ke Kamdar. Konon nya nak beli kain. Eh dah bukan konon namun memang nak beli kain. Pergi nya memang tak lama pun, adalah dalam satu jam lebih. Sebab dah plan nak tonton cerita kat 114. Nampak sweet sangat cerita tu, lalu i follow jer lah. Tajuknya urmm kelupaan lah. Asyik lupa aje ni. HAHA. Tersengih padahal dalam hati ribut. Takut weh kalau asyik lupa. Tak nak ar fikir hal menakutkan ni.

Ok.

Ok kita sambung balik.

Lepas tu kan, masuk Kamdar. Wah wah, bukan ada orang pun. Tercegat melilau mata-mata ni pandang ke depan ke atas. Macam 'hei, apa ke Kamdar ni sudah kekeringan pelanggan? atau aku yang silap masuk atau apakah ini semua?'. Belek kain sini, belek pulak kain kat depan. Pilih punya pilih, akhirnya dapatlah 3 helai kain yang dirasakan cantik di mata.

Oh, ya. 2 pasang nak buat dress dan 1 meter lebih kain lagi untuk dibuat tudung [shawl].

Sebenarnya seronok juga ya pergi membeli belah tanpa memandang tanda harga. Terus ambil dan ambil. Berkenan aje kita 'dik potong kain ni 4 meter'. 'Dik ini lagi 4 meter'. 'Dik ini angkut semua kat dalam kereta saya eh'. HAHA. Teruk juga angan-angan ni eh. Macam berbaur kesyaitonan yang suka amalan membazir.

Serius sikit. Tapi betul, banyak juga untung kalau kita membeli kain di kala adanya sale. Bukan Saleh ok, sale. Sebut betul-betul. Dan banyak juga duit yang dapat dikuruskan. Tak ada lah kita keluarkan duit secara banyak-banyak yang membuatkan mata kita sayu, air liur ditelan dengan pahit. Lalu lemah gemalai pabila melihat purse yang semakin mengering. Tak ada, at least bukanlah tak ada langsung namun dapatlah kita kurangkan sedikit pembaziran.

Ok lah. Ok lah untuk sekian kali lagi. hehe. Sebab penulisan ini memang tiada bertujuan pun, sekadar mengisi masa lapang sementara balik. Ketahuilah, saya dah rindu banyak-banyak nak menulis sambil letakkan gambar dalam entry. Serius! Ketahuilah, andai saya ada akses internet kat rumah, dah lama saya buat. Ketahuilah kalian.

Lalu? 

Biarlah saya berlalu dahulu meninggalkan kesan penulisan di sini. Ya, sebagai bukti kepada kalian bahawa saya rindu nak bercerita. 

Nantilah ya, sekarang ni hanya sempat menaip laju laju sampai keyboard nak melambung. haha. Ini bukan bola lah aida oit.

Ok, lah saya undur diri dahulu. Namun sekali lagi saya tekankan, saya rindu nak menulis di rumah di waktu malam bertemankan cengkerik di tepi bilik. Wah, nampak sangat kedesaan di sini.

Ayoh! saya terpaksa pulang dahulu. Esok masih ada lagi kerja yang menanti. Ah. Usah khuatir, malam ini kita girangkan hati dulu. Gundah gundah itu kita layan esok lah. Semoga ada sinar menanti ku di hari esok. Amin



Friday, August 22, 2014

Pekerjaan Apakah Yang Paling Sesuai?

Lewat kebelakangan ini, diri agak sibuk memberi fokus kepada kerja hakiki. Sempat membaca beberapa blog dengan sepintas lalu namun tidak boleh berlama-lama. Masa itu sama 24 jam namun adakala ianya seperti mengambat diri.

Pada minggu ini, tatkala jari menaip dan mengemaskini semua kursus yang akan dijadualkan pada semester yang akan di buka tak lama lagi. Ya tak lama lagi. Lebih tepat lagi tarikhnya ialah pada 2 September 2014 yang merupakan hari kemasukan pelajar baru. Dan bermulanya kuliah pada 7 September 2014 selang seminggu selepas pendaftaran. Pihak kami masih gigih berjuang di dalam arena kami. Berjuang untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar, kepada pensyarah dan dalam erti kata yang luas. Memberi yang terbaik kepada semua termasuk diri kami.

Apabila menerima panggilan yang bertalu-talu yang mengandungi bermacam persoalan, bermacam perkara membuatkan aku berfikir sambil menaip setiap kursus-kursus yang terlibat.
'Saya tak mahu kelas malam, anak kecil..kesian kat mereka'
'Aida dah terima ke emel saya? Kalau boleh saya tak nak kelas malam ya'.
'Boleh mintak tolong tak, saya selalu aje kelas malam. Semester lepas malam, jadi tak nak la malam lagi'.
bla bla bla bla...
Kalau mereka mengerti akan rasa hati aku, tentu mereka akan memahami apa yang kami lalui.

Apabila diutarakan sebab musabab akan kekangan di kalangan tenaga pengajar. Satu perkara terus berlari-lari di dalam minda. Soalan demi soalan bertubi tubi, berasak-asak menjelma. Lantas dengan masa yang ada ini, akan ku coretkan persoalan dan jawapan untuk semua huraian di mindaku. Sejujurnya, jikalau mengikut rasa hati aku. Semua orang aku nak tolong. Bagi kesesuaian waktu dan keselesaan untuk mereka. Namun apakan daya, kekangan yang berlaku menyebabkan kami tidak dapat mengambil kira perkara-perkara yang boleh membantutkan kerja kami. Hati yang perlu dijaga bukan 1 orang, bukan 2 orang, namun ramai. Sangat ramai. Seorang tak nak malam, 20 orang lagi belum tentu nak kelas malam. Jadi, berlapang dada lah kalian semua.

Kamu seorang pensyarah. Dalam masa yang sama, kamu akan terkekang dengan masa dengan keluarga. Apabila ada kelas malam, kamu akan berada di persimpangan antara keluarga dan tuntutan kerja. Nak tinggalkan anak? Kasihan. Nak tinggalkan pelajar? Serba salah. 

Kamu seorang doktor. Dalam masa yang sama, kamu mendapat panggilan 'on call' untuk perkara-perkara kecemasan? Bagaimana persiapan kamu ya? Bagaimana anak-anak kamu? Panggilan itu mungkin di waktu 1.00 pagi, 3.00 pagi atau bila-bila masa sahaja. Bagaimana agaknya mereka membahagikan masa dengan baik antara kerja dan keluarga?

Kamu pula seorang guru. Tuntutan dan bebanan guru pada dewasa ini bukan calang-calang cabarannya. Kamu kuat kamu gigih, kamu lemah kamu mencemuh dengan berbolak rasa. Mencemuh bukan kerana membenci, namun tanggungjawab yang semakin memberat membuatkan kamu menjadi ibu di rumah dan ibu di sekolah. Harapan ayah emak pelajar diletakkan kepada guru. Salah guru di keji, betul guru dipuji. Hati guru? Keluarga guru pula bagaimana? Ini kerana, masa pengajaran mereka di sekolah sama sahaja seperti pekerja pekerja yang lain. Masa mereka sangat terhad. Lalu bagaimana perasaan mereka?

Kamu seorang jururawat, yang mana kamu tahu kerja kamu akan tidak menentu. Ini baru jururawat. Orang bawahan yang mempunyai peranan yang sangat besar kepada semua. Kamu juga sudah tentu mempunyai keluarga. Kerjamu tidak mengira masa, tidak mengira keadaan. Bagaimana pula dengan anak-anak kamu? Bagaimana pula dengan keluarga kamu?

Kamu pula seorang jurujual di pasaraya. Adakala shif kamu jatuh pada petang hingga ke lewat malam. Bagaimana kamu menyatakan kepada pengurusan kamu? Adakah kamu menolak jadual kerja kamu yang sebegitu? Atau bagaimana cara kamu menerimanya? Anak-anak kamu yang ditinggalkan bagaimana? Kasihan? Siapa yang menjaganya? 

Banyak persoalan kan. Ya, semua orang akan mempunyai persoalan di lema. Antara keluarga dan tuntutan kerja. Bagi aku yang belum mempunyai keluarga, memikirkan bahawa 'ini tanggungjawab kita, ini jihad kita'. Jihad berperang dengan perasaan diri sendiri, jihad untuk meninggalkan keluarga seketika untuk mencari rezeki. Jadikan kerja kita sebagai ibadah, niatkan kerja kerana Allah. Memang agak payah, namun cuba agar hati lebih rileks.

Fahamilah kalian, kita semua melalui jalan yang sama. Namun ianya berbeza situasi. Aku sendiri adakala berkerja sehingga lewat malam. Walaupun tidak kerap namun akan ada ketikanya 'hati perlu bersiap sedia untuk berkerja umpama pergi kerja gelap, balik kerja gelap'. Rela? Adakala rasa hati tidak rela, aku lebih rela lepak kat rumah, goyang kaki tengok tv layan makan minum apabila di hujung minggu. Namun ini jalanku. Apabila bebanan kerja mendesak, tidak rela akan bertukar menjadi ok je. Kaki akan melangkah jua ke pejabat. 

Pensyarah, doktor, jururawat, jurujual, guru yang hanya disebut sebagai contoh sahaja. Tidak perlu pergi jauh, contoh yang paling tepat diriku sendiri. Ini kerja yang aku mohon. Ini kerja yang aku nak. Maka, harungilah walaupun rasa umpama ombak menghempas batu di pantai. Harungilah kerana kita sama, ini pilihan kita. Maka, pikullah tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Dikala orang lain di rumah, kita di pejabat. Di malam hari, kita di pasaraya orang lain bersama keluarga bersuka ria. 

Jikalau kita membandingkan dan memikirkan bagaimana orang lain melaluinya, serasa tentu kita lebih bersyukur. 

Andai kita sayang pada keluarga, andai kita kasihan pada anak-anak, andai aku lebih suka lepak di rumah di kala ada kelapangan. Maka di sinilah, jawapannya kerja yang paling sesuai untuk seorang perempuan ialah 'menjadi surirumah yang terhebat'. Tak perlu tinggalkan anak, anak membesar di depan mata. Tidak perlu keluar malam untuk mencari nafkah. Tidak perlu berjauhan dengan keluarga.

Percayalah, andai diberi pilihan itulah pekerjaan yang akan menenangkan diri dan gejolak rasa kita sebagai perempuan.

Doakan kami akan diberi kekuatan membuat yang terbaik demi semua pihak.

Amin




Thursday, August 7, 2014

Sigma - Istikharah Cinta

Berehat sekejap, cari nafas baru nak memulakan kerja baru. Alah, sebenarnya dah memang selalu berehat pun. HEHE. Ini curi-curi menulis. Sekarang dan sejak beberapa bulan kebelakangan ni, memang selalu curi dan mencuri. Almaklumlah sejak dah terminate celcom pengcekik darah tu, aku memang dah tak ada alternatif untuk memblog.

Nak blog dari handphone, memang tak boleh. Line sangat slowwww ya ampun! Jadi malas lah nak membuang tenaga sakit hati marahkan line ke apa ke benda tu semua. 

Minggu ini adalah minggu lagu-lagan. Ini adalah satu lagi lagu yang memang aku suka. Semalam cari punya cari dan barulah tahu tajuk lagu ni. Itupun sebab masa Selasa tu ada cerita kat tv alhijrah tu. Sedetik cuma ke apa tajuk dia eh?

Lagu ni la yang biasa dengar kat tv termasuk lagu kat dalam entry bawah tu 'Bila Tiba'.

Cuma macam kartun sikit lagu ni. Bukan lirik dia yang kartun, tapi tempo lagu ni. Mula-mula slow motion je. Tengah ralit dengar, tiba-tiba tempo dia rancak macam kena tampar berpusing. HAHA. Bila dengar tu, rasa macam 'wehh bijok ngat lagu ni'. LOL! Tajuk dia punyalah jiwang 'Istikharah Cinta'. Padahal istikharah tu lebih meluas penggunaan dia. Nak beli tanah, nak beli rumah, nak kerja, nak apa jua yang kita rasa tak sure, tersepit antara dua. Kita boleh istikharah, bukan hanya tertumpu pada cinta. Errr, ini pandangan aku je lah.

Dalam banyak-banyak video clip, video ni yang aku pilih sebab rasa macam lebih dekat dan suka pada peringatan yang ada dalam video ni.

aku : kerana penulisan enrty ini lebih kepada diari. sebab kalau tulis diari hijau, memang saya tulis aku je kat dalam tu. tak ada bersaya-saya dalam diari tu. Lagipun diari tu kita yang baca sorang diri. Peace!






Sunday, August 3, 2014

Bila Tiba

Lagu ni biasa didengari dalam kaca tv.
Tak tahu tajuk apa.
Tak tahu lagu ni pasal apa.
Sebab tak berapa cakna sangat lirik dia.
Yang saya tahu, suka sangat lagu ni. Nak-nak masa permulaan lagu tu.
Kalau lagu indonesia, cepat sangat jatuh suka.
Tapi sebab dah lama tak dengar radio, maka agak slowww la nak tahu lagu apa yang tengah top sekarang. 
Tapi itu tak penting pun.

Lepas tu..
Terbaca surat khabar beberapa minggu yang lalu, dia ada tulis lebih kurang macam ni 'macam lagu Bila Tiba Ungu'.
Selang beberapa waktu, search tajuk tu.
Laaa, lagu yang selama ini yang didengari.. rupanya lagu Bila Tiba.

Ooo lagunya pasal kematian rupanya.

Nah, untuk kamu semua