Tuesday, September 30, 2014

Star North Yang Hilang

I
Namaku agak fancy sedikit. Diberi nama Star North. Ini bukan nama rekaanku. Inilah nama yang tertera pada identity cardku. Kalau mahu lebih tradisional, bolehlah memanggilku Setanoh. Nampak lebih klasik kan? Namunnya aku nggak apa apaan walau namaku dipanggil beda dengan yang asal. Eh, kenapa pulak berbahasa seberang ni? Hai idea ni main redah aje. Menyampuk tak hormat bahasa terengganu yang ada kat dalam ruang legar minda ni.

Ok kita teruskan kisah kita. Aku adalah ciptaan yang sangat cantik. Kalau tak cantik, tak akan aku dibeli oleh pembeli. Kalau dibeli tu, kiranya cantiklah antara yang cantik cantik kat dalam kedai. Ah, tiba tiba aku rindu pada tempat kelahiranku iaitu di kilang di suatu lokasi yang rahsia.

Pada satu hari. Selepas dilahirkan dengan sempurna. Aku dibungkus secara beramai ramai dan diletakkan di bilik berasingan. Tubuhku diselimuti kertas nipis. Ada juga diletakkan ubat gegat kat dalam bilikku. Eh aku rasa bukan ubat gegat lah, tapi bukan juga ubat gigi. Mungkin tabung oksigen agar aku boleh bernafas kot.

II
Selepas itu, kami beramai ramai naik kontena ke lokasi di Pantai Timur. Ala macam budak budak sekolah naik bas pergi lawatan. Haa macam itulah kami. Perjalanan jauh sangat. Kami penat dan hampir mata menjadi buta. Eh melampau sangat ni sampai naik buta. Perumpaaan sikit sikit dah ar. Jangan bikin gwa suspen pulak. Ok. Ayat baru. Mata sampai naik sembab dan begitu payah nak dibuka dek ketiduran sepanjang jalan. Apabila sampai ke kedai Bata. Rekod diri kami dicatat dan mula disusun dengan kemas oleh pekerja kedai.

Kawan aku menjadi bahan pameran di kedai manakala aku pula, masih melangut di dalam bilik yang kecil lagi gelap gelita umpama tiada cahaya di bumi. Punyalah gelap sampai aku naik takut. Entah apa nasib aku ni eh.

Pada suatu hari. Datang seorang perempuan ke kedai aku ditempatkan. Dia melihat sekeliling dan segenap rak yang ada. Lepas satu satu dia mencuba kasut yang ada. Lantas dia mencuba kawanku. Dia tertarik! Diajukan kawanku kepada tuan kedai. Bergegas tuan kedai masuk ke ruangan tempat aku disusun. Tiba tiba aku rasa bilikku di angkat lalu dibawa pergi. Aku kebingungan. Bilikku dibuka. Wah. Lega amat bilamana dapat menikmati cahaya dari segala penjuru. Aku sangat sangat lega. Terasa seolah olah terlepas dari penjara.

III
Selepas itu, aku dikeluarkan dari bilik kecil yang gelap. Aku ditayangkan kepada perempuan bertudung apa warna entah. Dipakainya aku. Dibawa aku melangkah beberapa langkah menjadi 10 langkah. Hehehe. Berapa langkah pun aku tak tahu. Yang aku tahu dia cakap dia nak beli aku. Hooray! Siapa tak kegirangan bilamana mendapat tuan baru. Maka episod hidupku berubah mulai saat aku di akad beli dengan tuan kedai. Aku dibawa menaiki kereta walaupun tak mewah mana. Tapi kira oklah dari kontena yang aku naik sebelum ni. Apa korang fikir aku mesti dibeli oleh orang ada ada ke? Eh orang biasa pun mampu miliki diri aku. Cuma berkenan dengan tidak ajelah. 

Selepas beberapa jam perjalanan, aku pun sampai ke rumah tuan baru aku si perempuan tadi. Selepas beberapa ketika aku berada di dalam bilik kecil [lagi]. Aku mendengar derap tapak kaki gergasi. Hahaha. Bukan bukan. Derap tapak kaki tuan baru aku. Baru dapat tuan baru dah menderhaka ya. Dah berani mengkritik ya? Derapan kaki beliau semakin mendekati diriku. Aku takut. Tipu je. Tak ada lah takut sangat cuma sedikit suspen je. Dia yang aku tak tahu nama itu mula membuka bilik yang menempatkan diri aku. Tersenyum lebar empat segi beliau. Aku? Bangga wey. Bangga sebab sedikit sebanyak kehadiranku diterima beliau. 

Acara membelek aku berlaku beberapa minit. Selepas itu aku mendengar beliau memberi arahan kepada budak lelaki kecil untuk mengambil gambarku. Apa? [mata bersinar sinar keluar api macam raksasa berlawan ultraman] haa.. Budak lelaki tu suka tengok ultraman. Mana aku tahu? Aku agak aje. Tapi aku tahu lah. Aku boleh rasa. Percaya ajelah apa aku cakap ni. Budak lelaki kecil tu dah bersiap nak mengambil gambar aku. Suka suka. 'ambil gambor cuda!', tanya lelaki kecil tu. Oo nama perempuan ni cuda. Pelik juga nama dia eh. Kenapa tidak cuka? Cuba ke? Haha. Oh tolonglah otak jangan bergerak laju sangat. Payah aku nak menulis nih. Aku disarungnya. Hanya gambar aku je yang budak tu ambil. Gembira dan gembira. Double triple happy! Apabila cuda melihat gambar aku di dalam handphone. Dia hampa. Hampa la beb, gambar semua entah apa apa yang budak lelaki kecil tu ambil. Bergegar gegar. Nampak bayang putih aje. Nak tak nak dia terpaksa ambil sendiri semua gambar aku. 

Beberapa hari kemudian. Aku dipakainya ke pejabat. Selesa. Aku lagi la bersemangat nak berbakti kepada tuan aku ni. Seharian aku bersama dia. Lepas tu kami ke merata tempat. Maksud aku ke tempat mesin fotostat, ke pantry, ke jalan jalan depan pejabat dia. Ah janganlah pandang rendah pada tempat yang dia bawa ni. Masa tu dia kena kerja. Jadi ok lah kan aku dapat teman dia kat pejabat. Selepas tu. Pada suatu petang usai dia habiskan kerja di pejabatnya. Aku dibawa berjalan lagi. Kali ni tempat yang aku pergi agak jauh. Oo rupanya aku di bawa ke bandar KT. Dihayunnya aku ke kiri ke kanan. Diseret nya badanku di atas tar. Walaupun berdarah berciciran di badanku, aku sanggup. Tragis tak korang baca ayat ni? Aku tak sangka setragis ni aku bercerita. Nampak macam kejam benor tuan aku kan? Jangan gusar, aku kan darah satria. Haha. Wah wah tak sangka aku patriotik walaupun aku hanya Setonah. 

Kami ke Kampung Cina. Kat situ aku diambil gambar dengan banyak sekali. Tersengih sengih macam spongebob bilamana aku melihat sepupunya menangkap gambarku. Tangkap lah lagi. Tangkap lah lagi. Aku suka kerlipan bunyi klik klik tu. Haa. Almaklumlah tak pernah orang ambil gambar. Itu sebab aku kejakunan. Maafkan keoveran aku ya sekalian. Lepas kami kepenatan. Kami balik. Aku diletakkan di luar rumah di atas rak kasut yang dah banyak lompong. Lompong sebab banyak besinya dah tak ada. Ada yang dicabut oleh budak lelaki kecil tu. Aku agak dia berumur 3 tahun lebih. Ada ke budak tu main buang aje besi rak kasut. Terasa juga nak marah. Namun memikirkan aku tak boleh bercakap. Aku diam aje la melihat sambil mata menjadi biru sebab marah. Haha. Biru mata hitamku kerana marah. Kenapa tak merah? Kerana merah dah biasa sangat. Kalau marah mata merah. Kalau menangis mata merah. Kali ni aku lainkan warna mata aku. Blue key. Haha. Eh tak tak. Itu brand tepung. 

IV
Pada suatu malam. Hari Rabu malam Khamis. Cuda ke kelas Bahasa Arab. Jangan main main wey. Tuan aku belajar Bahasa Arab. Bagilah dia bangga sat walaupun dia tak terer mana pun belajar. HAHA. Mulutku berpancaran laser sungguh pada malam ni. Walaupun dia tak pandai tapi dia nak belajar. Kira oklah tu. Ok kita sambung lagi cerita yang menarik ni. Haha. Aku la yang rasa menarik walaupun.. Walaupun.. Arghh korang baca lah sampai sudah. Kami melangkah ke dalam kelas. Seronok juga mendengar manusia sedang menimba ilmu ni. Aku tau tuan aku tu adakala mengelamun ketika kelas. Adakala dia menahan kuap. Adakala dia terbabas menguap sambil diselindung dengan kertas. Pandai sangat meh. Inilah kali pertama aku ke kelas Arab. Nasib baik tuan aku tergerak hati nak bawa aku ke sini. Boleh juga aku merasa suasana.belajar di kala malam menjelma. 

Sepulangnya aku dari kelas. Aku diletakkan di luar rumah. Ala tempat biasa la beb. Tak kan dia nak bawa aku masuk bilik kot. Aku ni kotor. Nama pun kasut. Pakai dikaki. Aish kenapa haru la pulak perenggan ni. Mau bikin aku nangis la. Tapi aku tak nangis lagi. Malam itu cuacanya dingin. Sunyi. Sesekali aku mendengar suara sang cengkerik. Di langit sana, bintang berkelip kelip macam comel. Ah teringat pula pada lagu 'bintang berkelip kelip engkau di sana..' Aku kasi lirik sikit ni bukan apa. Aku tak ingat lirik dia. Hehe. Malam makin pekat. Mataku mula layu. Layu lalu tidak sedarkan diri. Aku sudah ketiduran ketika menikmati gelap malam. 

Esoknya tuan aku tak terperasan akan aku. Pada hari Jumaat dia ingin memakaiku. Namun.. 

Episod sedih pun bermula. 


Tuan Aku 
Pada Jumaat tu, saya nak pakai kasut. Tapi bila cari kat rak, kasut tu tak ada. Cari lagi kat belakang rumah. Pun sama tak ada. Cari punya cari. Memang tak ada. Saya ke rumah mak saudara saya. Cari lagi si North Star tu. Tapi tak ada [hampa]. Saya tanya mak saudara saya 'moksu nampok dok kasut aku?' Maksu jawab tak nampak. Dia cakap lagi 'kalau nak cakap anjing ambil, anjing dah tak ada'. Saya mula dihimpit rasa. Rasa berbagai rasa. Entah apa rasa itu saya tak tahu. Cuba lagi tanya pada seseorang yang kita tak boleh harap sangat pada maklumat yang bakal dia berikan. 
Saya tanya pada Afiq. 'Afiq, Afiq nampak tak kasut cuda?'. Dia beria sambil tangan kat belakang pinggang keluar dari rumah menuju ke rak kasut. 'Urmm, ada. Syini cuda'. 'Kalau ada, bakpe takdok sini?'. 'Urmm, umoh cikjaa kasut cuda', jawab dengan beria. Dalam hati saya 'urmm memang tak berbau la kasut ni'. Saya pergi juga ke rumah cikjaa [rumah jiran] untuk tanyakan pasal kasut. Tak nak tanya, aihs rasa nak tanya. Tak nak percaya, urm 50/50 pulak rasanya. Sebabnya, si Afiq ni memang gemar memakai kasut/selipar saya. Jadinya memang dipakainya ditinggalkan di rumah jiran. 
Sampai kat rumah jiran. 'Jaa, ada nampak dok kasut orang jaa?'. 'Eh, tak nampak pulak. Afiq pun takde pakai kat rumah jaa ni'. Ok, fine. Maknanya kasut tu dah diambil orang. Siapa dia? Saya sendiri tak tahu.
Berbalik pada aku pulak. Ewah, menulis secara berirama.

V
Aku sekarang berada di sebuah tempat yang aku sendiri tidak tahu. Entah nak mereka cerita, aku sendiri tidak tahu. Reka cerita yang tidak tepat berdosa. Jadi aku takut.

Status aku sekarang : Hilang
Pencuri? : aku tak tahu
Lokasi aku : aku tak tahu

Aku tahu tuan aku sedih sebab aku baru kurang lebih berusia 4 minggu bersamanya. Sekarang aku dah hilang jauh dari dia. Sekarang aku dah tak boleh berbakti lagi kepada dia. Sekarang aku tahu dia cuba dapatkan kasut yang baru, berjenama Star North dengan pergi melawat semua kedai Bata di KT. Namun hampa, semua kasut tu dah habis. Paling koman, size pulak tak ada dan sangat sadis apabila yang ada hanya yang display sahaja. Sampaikan ke daerah Kemaman pun tuan aku cari. Namun kasut tersebut tiada. Sekarang, dia masih mencuba nasib untuk di Paka atau Shah Alam. Err, dia pesan kat orang lain untuk belikan. Hehe.

Rasa macam nak tergelak. Tapi macam kasihanlah pulak.

Aku syak orang yang ambil ni teruja kot tengok kasut tuan aku ni. Tak berani lah nak komen lebih-lebih, sebab aku sendiri tak pasti. Kalau aku pasti, dah lama aku tulis pengalaman aku dicuri orang. haha.

Dan tuan aku hanya sedar betapa larisnya aku selepas dia kehilangan aku. Bila dah pergi ke 3 kedai semuanya sold out. Haa, tak ke laku namanya tu. Tuan aku baru sedar bahawa 'ramainya yang minat kasut bodo macam ni?'. Kasut bodo tu bukan bermaksud kasut bodoh. Bukan, tapi ianya bermaksud kasut simple. Biasalah orang terengganu. Cakap memang macam tu.

Dan nak tahu tak, aku syak. Mungkin pencuri tu berkenan kasut ni selepas tengok gambar Emma Maembong kat Instagram or kat surat khabar. Aku syak aje la. Tapi orang cakap, tak baik syak wasangka. HUHU.



Gambar ni pada 20 Ogos 2014. Tuan aku beli aku pada 9.8.2014. Jadi tuan aku memang terkejut bilamana tengok 'eh, lebih kurang macam kasut dia aje'. Namun sekarang, sama dengan siapa ke itu tak menjadi hal. Yang menjadi hal sekarang, dia kena beli kasut baru. Yelah, sejak riwayat aku dah tamat ni. Urmm, nak sembang lebat pun dah tak terasa nak menyembang. Sedih kau. 



Tuan aku baru aje bercita-cita nak menjadi pembelanja yang berhemah. Dugaan pula yang datang. Semoga kau bertabah tuanku.

Sekian. Terima kasih.

Err, anak-anak UPSR. Mohon jangan gunakan esei ini untuk karangan 'aku sepasang kasut/nasib sepasang kasut atau tajuk yang sewaktu dengannya'. Ku pesan jangan!

Aku yang hilang dicuri orang.
Setanoh
Bumi Allah
30.9.2014 {Selasa}



Jap Nak Fikir

Bahagia sangat tika saat ini. Itu sahaja yang kurasakan. Orang cakap orang yang bahagia tak akan cakap dia bahagia. Habis tu. Saya ni macam mana? Bahagia ke tak? Haha. Tiba tiba soalan berbaur emosi keluar. Dahla tak bagi salam tak bagi sekapur sireh, dan dan terus je main tulis bahagia. Claim diri bahagia. Rilek lu rilek lu. Jangan gaduh gaduh. Bukan bermaksud nak bertumbuk ke apa. Tapi maksudnya rileks brader brader rileks.

Alhamdulillah. Selepas bersuka ria secara beramai ramai di dalam kumpulan maya yakni whatsapp bersama rakan taulan. Maka kita kembali ke alam realiti. Fiuh!

Alam realiti alam kita. Jadi menghidupkan alam realiti adalah beratus kali lebih baik dari alam angkasa. Eh bukan bukan alam angkasa macam Sheikh Muzaffar pergi tu. Itu lain. Ewah. Orang bahagia, macam ni lah bau bau ayat dia. Jangan korang gelak sudah bila dah tau kenapa daku bahagia. Syukur.

Tadi lapar. Sangat lapar. Menu mulai berkumpul secara beramai ramai di dalam ruang minda. Berasak asak mereka memunculkan nama mereka. Namun yang ada hanyalah biskut raya. Eh jangan fikir harunya juadah dia. Jangan. Disamping biskut raya lebihan pada hari raya yang lalu. Masih ada nasi dan tomyam untuk disantap. Tomyam pada malam ni pulak. Aih mak aih. Sedap lain macam. Walaupun bahan bahannya tak adalah meriah macam tumbuhnya pelita di bulan Ramadan. Namun rasa dia. Rasa dia sangat sedap. Teramat sedap. Macam tomyam kat kedai. Pedas dia tak menyengat macam tak nak kasi kita makan. Pedas dia sederhana. Jadi saya selaku bukan pencinta pedas menyintai tomyam ini. Pulak dah. Cinta pun cintalah. Janji tomyam tu dah selamat dihadapi dengan senyuman. Dah selamat bersemayam di dalam perut sana.

Untuk menikmatinya. Ambil nasi ambil tomyam. Makan. Haha. Bagus betul orang bahagia ni. Cara makan pun dihuraikan juga.

Ok dah dah. Kita berpatah balik pada cerita asal.

Cerita benar dia ialah selepas makan dengan kadar yang mencukupi. Saya mula menggerakkan otot otot dan sendi tulang temulang atau ayat ringkasnya, saya mulai menggerakkan diri menyangkut baju. Edisi melipat dan terlipat tak dibuat pada malam ni. Yang itu kita jalankan malam esok. Perancangan kena rapi. Nanti berterabur maka akan berasa malas nak habiskan misi melipat baju.

Misi menyangkut baju berjaya diselesaikan bagi fasa pertama. Saki bakinya akan diselesaikan malam esok. Hehe. Fasa pertama masih berbaki. Tak sempat siap kesemuanya. Maklumlah jam 10 baru duk terhegeh hegeh bersemangat nak sambung misi. Sebenarnya misi dah dijalankan sejak malam semalam lagi. Tapi sangat seciput kerjanya. Jadi malam ni agak keras sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan. Perlu hindarkan gadget yang sentiasa berbunyi itu. Kena tabahkan hati tidak melayan sebarang mesej. Tabah sangat tabah. Buktinya jam 11 lebih saya dah siap menyangkut baju.

Lantas selepas misi menyangkut baju sudah sampai ke garisan penamat. Acara menggosok baju mula bersiap di balapan. Persediaan akhir dikemaskini sebelum acara menggosok dilepaskan.

Kenalpasti baju yang akan dipakai esok. Tudung yang akan dipakai samada nak warna coklat tak coklat sangat. Warna peach atau warna bata atau apakah warna itu selayaknya dipanggil? Atau warna grey? Saya memilih warna merah hati. Walaupun baju berwarna agak sukar dihuraikan, yang pasti kita dah ada bahan untuk esok. Apabila persiapan akhir dah selesai disemak, maka bermulalah acara menggosok.

Ya Allah selepas sekian lama. Sangat lama berzaman kirong tak buat tugasan ni iaitu tidak menggosok pakaian pada waktu malam. Akhirnya rekod acara menggosok di waktu malam secara solo berjaya dipecahkan. Kiranya adakah ini boleh dimasukkan ke dalam senarai pingat negara? Sebab yang ni kita nak kasi pingat emas terus. Haha. Tak main ar gangsa atau perak darul ridzuan. Acara ni dapat pingat emas. Whoa. Selama ini gigih  menyimpan kudrat daripada menggosok baju kerja di malam hari. Padahal sangat banyak faedah dan kebaikan pada diri kita sendiri. Ini adalah pencapaian terbaik untuk tahun ini. Rasa nak update status kat fb. Tapi malu. Jadi sebab malu maka kat sini la kita berkongsi rasa.

Maka pada malam ini, saya senaraikan kebaikan menggosok baju di malam hari sepertimana berikut:

1. Pada waktu pagi, kita tak terkocoh kocoh nak fikirkan 'eh baju belum gosok lagi lah'.
2. Kita tak kelam kelibut macam tak tahu apa yang perlu didahulukan pada pagi esok.
3. Kita tak perlu membuang tenaga berlari gaya bebas kat dalam rumah. Berlari ke kiri ke atas seluruh kawasan rumah sebab nak pergi cari pakaian, cari tudung nak pilih baju mana nak pakai bla bla bla. Koma.
4. Tak perlu tersemput semput menggosok dengan laju laju padahal bila dah berpuluh puluh minit menggosok. Aik. Baju sama macam tak gosok. Bengang sensorang.
5. Masa yang berbaki akan menjadi lebih banyak daripada biasa. Sekiranya kita menggosok selama 15-20 minit. Maka masa itu boleh digunakan untuk aktiviti sihat yang lain. Contoh basuh baju dengan lebih tenang.
6. Hari kita akan menjadi lebih harmoni dan banyak cas cas positif akan mendatangi diri kita. Yelah satu aktiviti tension di pagi hari berjaya dicantas dari list. Memang berganda cas positifnya.
7. Baju yang dibasuh pada pagi hari dapat dijemur dengan sempurna. Tak adalah orang lain terpaksa mengambil alih tugas menjemur pakaian di jemuran. Hai teringat kat Ani. Haha. Masa nilah nama ni nak mencelah. Ani ialah salah seorang kawan sekolah saya. Terima kasih.
8. Akhirnya, kita dapat ke tempat kerja dengan perasaan yang sangat softlan sekali. Eh saya lebih suka pada wangian Comfort. Bau dia lebih umpphh. Ini bukan iklan tapi ini ialah perkongsian perasaan dari lubuk hati. HAHA.

Dari panjang panjang beratus ratus ayat di atas.

Bahagia saya adalah kerana dapat menggosok baju pada malam hari. Selamat tinggal kotoran degil. Haha.

Ok ok cukup untuk malam ni. Jam dah 12.43 pagi. Tidur tidur. Tak cukup tidur kan ada orang yang tak bahagia di hari esok.


Saturday, September 27, 2014

Designkan Diri Anda


Dulu
Saya tiada posisi yang tepat dalam memandu diri. Tengok orang pakai macam tu. Eh cantiknya dia, cantiknya baju dia. Lantas berasa rendah diri yang teramat.

Saya tiada keyakinan yang betul-betul pasti ketika itu. Selalu sangat bilamana dah siap siap nak ke sesuatu tempat. Bajet diri dah ok. Tapi bila tengok balik gambar lama. Ya Allah teruknya.

Persoalannya. Sampai bila harus mengecam diri sendiri?

Sekarang
Saya sendiri tiada waktu yang tepat bila ianya berlaku. Mungkin semasa saya melangkah ke alam kerjaya kot. Atau lebih tepat, mungkin berlaku semasa berada di alam kerjaya. Bezakan antara melangkah dan berada.

Ianya tidak dirancang, ianya berlaku secara natural sehinggakan ada mata mata yang memerhatinya. Haha.

Ok ok. Jangan fikir terlalu dalam. Hal ini tiadalah dalam sangat pun sebenarnya. Cuma saya pasti semua orang pernah melalui saat diri tiada identiti. Zaman mencari cari satu identiti.

1. Saya hanya memakai selipar jepun biasa sahaja ketika pergi ke lawatan IPTA terpilih. Apabila ada acara formal saya akan memakai kasut yang bersesuaian. Dan terdengar suara rakan 'aida selamba je pakai selipar jepun'. Haha. Oh begitu eh. Sedangkan bagi saya itu yang saya selesa.

2. Saya tiada peraturan dalam memilih warna untuk berpakaian. Maksud saya, saya tidaklah rigid sangat baju pink tudung pink, kasut dan handbag pun kena pink. Saya main taram sahaja. Ketika di pejabat, satu hari. 'Eh, kenapa baju biru tudung pink?' haha. Saya sebetulnya tidak menyedari pertanyaan beliau pada kali pertama. Selepas diajukan kali kedua baru saya tersedar. Terkesima sekejap kerana bagi saya itu biasa. Haha. Lantas seorang kawan menjawab 'ok ar tu, nanti dia pun nak jadi macam saya'. Haha.

3. Saya memakai tudung mengikut kehendak dan ikut suka hati saya. Pada satu hari, saya hanya memintal tudung bawal saya. Ada suara menegur 'dah habis fesyen dah ke ni?'. Haha. Nak tahu, selepas beberapa ketika. Eh ada yang telah  mengikut jejak langkahku ooo. Lagu KRU. LOL!

Kesimpulannya. Jangan takut untuk melakukan apa saja yang kamu suka. Namun yang penting. Jangan sampai terkeluar dari batasan agama kita. Kalau benda tu tak salah. Designkan diri anda sebetulnya. Mungkin ini hanyalah secebis coretan dari saya. Sebab saya bukanlah nak melambung diri. Bajet bagus. Tidak. Kalau setakat pakai baju kurung biasa tudung harga RM5 sehelai. Apa yang nak dibanggakan sangat. Yang ingin ditekankan di sini. Carilah identiti kita sendiri. Mencari panduan berpakaian tak salah. Namun yang salah sekiranya kita dah sampai tahap tersasar di landasan pencarian.

Orang jual jubah mahal kita beli. Orang jual tudung mahal kita beli. Sedangkan semua tu boleh kita dapat dengan harga yang murah. Siapa dia? Itulah saya. Haha. Cuma jubah tu tak sempat saya beli. Sebab saya fikir dan fikir dulu. Tudung mahal tu sebetulnya tak adalah mahal sangat. Namun oleh sebab ianya berkualiti agak rendah sedikit lalu akan terasa sedikit mahal. Saya disindir 'kalau saya jadi awak, saya tak beli. Mahal. Padahal biasa je tudung ni. Haha'.

Memang betul pun sindiran tu.

Eh. Jom designkan diri kita ke arah yang lebih baik. Saya pun masih banyak yang perlu dibaiki. Banyak sangat.

Design diri kan universal. Bukan setakat berpakaian. Tapi perangai, penjagaan masa [yang ni saya haru biru], rumah dan macam macam lagi skopnya. Jadi tepuk hati tanya diri. Nak design yang macam mana?




Tuesday, September 23, 2014

Soalan : Braces

Bagi yang bertanyakan mengenai braces. Saya jawab kat sini sahaja eh. Sebab saya biasanya suka tulis panjang-panjang, jadi nak jawab kat komen memang tak menyenangkan.

Proses pemasangan braces biasanya memang agak lambat. Bila kita pakai getah untuk bagi ruangkan gigi kita, kita perlu sesuaikan dengan keadaaan tu. Bukan kita je, malah gigi pun perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

Biasalah kalau dah berbulan-bulan pun kita masih belum pakai braces. Saya dulu pun macam tu. 

Untuk charge pula, ianya adalah bergantung kepada sesebuah klinik tu. Biasanya harga akan tertakluk kepada keadaaan semasa. Saya bukannya tak nak bagitahu kos sebenar, namun kos sebenarnya membuatkan saya rasa pening kepala. HAHA. Jadi eloklah saya tidak menjawab harga tersebut. Mau semput kalau saya tulis. Macam ni lah, saya kasi klu. Kosnya bolehlah dapat emas yang beratnya berbelas-belas gram. Jadi kiralah sendiri. hehe.

Braces, samada pasang bawah atau pasang kat gigi atas, harga tu sudah merangkumi semua. Untuk braces, kita tak boleh pakai satu-satu bahagian sahaja. Ini kerana ianya melibatkan pergerakan gigi bawah dan atas. Sebenarnya soalan ini pernah saya utarakan kepada doktor. Saya nak jimatkan kos. haha. Jadi, saya kononnya nak buat bahagian atas aje lah. Tapi mana boleh. Pandai-pandai aje kamu ni eh. Gigi bawah cantik ke, gigi bawah tak cantik ke. Kita tetap perlu memakai di kedua-dua bahagian walaupun tak adalah teruk mana gigi kita.

Jangka masa pemakaian braces adalah tertakluk kepada gigi kita dan juga tertakluk kepada doktor anda. Biasanya jangkamasa yang diperlukan ialah antara 1 tahun lebih - 3 tahun lebih. Macam saya, saya pakai dalam 2 tahun setengah. Sekejap je masa berlalu.

Getah pada gigi akan ditukar berdasarkan kedudukan gigi kita. Saya pun dah lupa-lupa ingat adakah getah tu akan ditukar tiap-tiap bulan setiap kali kita berjumpa doktor. Ada masa gigi kita akan diketatkan dengan besi yang melingkari gigi kita. Ukuran tu akan dibuat oleh doktor semasa kita memakai braces.

Rasanya itu sahaja kot. Kalau ada salah silap dalam tulisan, mohon beri teguran.

Terima kasih.




Kecintaan

Setiap manusia mempunyai kecintaan mereka yang tersendiri. Macam aku, aku lebih gemarkan seni. Minat kepada seni semakin mencambah. Seni itu definisinya luas. Terlalu luas. Seni yang aku maksudkan ini mungkin tidak setara dengan seni orang lain. Mungkin bagi aku, ini dah tahap tertinggi betul minat aku dalam seni ni. Mungkin bagi orang lain 'laa, gini je ke?'. Lain orang, lain rasa dia. Biarlah aku perasan seni aku dah naik sikit demi sikit. Lama-lama tentu seni aku menjadi lebih seni lagi.

Sebetulnya, semalam aku balik lewat dari kerja. Semata-mata mencari font yang aku rasakan kena dengan jiwa aku. Bila dah cari, memanglah jumpa. Terus buka adobe, lakar sikit sikit lalu aku cipta header baru. Itu pun tak berapa nak masuk lagi dengan jiwa. 

Aku cerewet. Pemilihan font pun boleh makan masa berjam-jam. Ok la, jujur aku katakan. Font dalam blog ni pun aku rasa tak best. Kalau boleh aku nak font arial 12. Yang mana bila aku baca, font tu nampak bulat-bulat comel. Tapi itu semua tak jadi kenyataan. Sebab bila kita buka komputer ni, font tu jadi gedabak. Bila buka guna laptop, eh dia jadi comel. Tak ada yang statik. Oleh itu, aku hampa. Untuk font semalam, oklah aku puas hati la sikit. Sebab tu dah selamat diaplikasikan ke dalam header. Namun aku tak puas hati lagi. Aku berkenan pada 1 font ni. Cantik di mata aku. Cuba cari lagi tadi, namun tak jumpa lagi. Aku tahu font tu wujud, cuma namanya aku tak tahu. Letaknya kat celah mana aku tak tahu. Aku tahu dia ada dalam dunia maya dan tunggu masa je untuk didownload. Nantilah kau, aku akan datang cari.

Nak dijadikan cerita, semalam memang berkenan pada satu contengan artistik. Senang cerita, contengan tu bodoh je. Macam ambil berus terus lakar kat kertas putih. Tapi serius cantik. Cantik kerana warna pastel tu. Hargh! Siang tadi, cuba juga cari apa jenis nama untuk lukisan sebegitu rupa. Dalam minda dah sibuk mencongak, nak ditanya pada sipakar adobe Mr.F. HAHA. Amboi, guna nama timangan Mr.F macam bijok je. Tapi dia kawan pejabat, eh bekas kawan sepejabat yang terer adobe. Tadi memang dah sibuk rancang nak minta tolong dengan dia. Nak minta dia buatkan header untuk aku. Hish! Bukan la ada ayat MPS tu, tapi header kosong. Aku memang tak suka orang tahu aku ada blog. Aku segan. Aku malu. Aku kan pemalu. haha. Sengal betul ayat kenyataan benar ni.

Baru sahaja sekejap tadi, aku saja-saja buka blog orang lain. Ya Allah. Apa yang aku cari petang tadi akhirnya terjawab. Nama untuk lukisan tu, lepas tu terus aku google tutorial dia. Ah, senang cerita nantilah aku cuba lakarkan mengikut imaginasi aku. Mengikut daya keupayaan aku yang terhad ni. Sebenarnya aku tak terer adobe. Jadi memang perlukan tutorial ni. Alhamdulillah ada jalannya.

Sebenarnya tadi, masa kat dalam kereta aku dah pasang impian nak bercerita pasal cara uruskan kewangan. Aku dah rancang nak kongsi dan bagi nasihat kat korang semua. Jangan membazir. Alih-alih bila mana dah jumpa nama lukisan tu, aku terus berapi-api berseni malam ni. haha.

Nasiblah eh.




Kata seni. Nah ambil sekeping gambar ni untuk tatapan. Abaikan kerendahan mutu gambar ni, Yang penting aku suka suasana ni. 


Saturday, September 20, 2014

Bingkisan Lama

Mungkin tidak perlu diabadikan di sini. Namun mungkin juga perlu diabadikan di sini. Sebenarnya yang lebih tepat lagi. Saya cuba-cuba nak habiskan kuota internet yang saya beli sebelum tamat pada jam 10 malam ini. Mungkin ini boleh dinamakan sebagai pendahuluan penulisan.

Pada bulan Mei yang lalu, yang mana dah terlalu lama untuk diimbau. Namun saja lah tadi, duk belek gambar-gambar lama nak diupload kat MPS. Yelah, selama ini menulis dah lama tak letak gambar. Dan bagi saya, ada gambar atau tidak, saya akan tetap rancak menulis. haha.

Ok, malam ini hanya sempat mengedit 1 gambar sahaja. Dah lama tak melayan gambar untuk diupload, saya terasa lemau. 

Pada bulan Mei yang lalu, menghadiri majlis perkahwinan adik kawan baik saya. Haish, ini dah melangkah bendul ni kakak ni. Kebetulan pada masa tu, saya dihimpit kesibukan di pejabat, tapi Alhamdulillah dapat juga meluangkan masa di sini.



I LOVE flower crown! Ini semua bukan saya punya, tapi apabila mempunyai adik-adik yang sangat sporting. Maka rumahmu dijadikan rumahku jua, eh silap. Hartamu adalah hartaku jua. Kawan saya pulak segan nak pakai. Katanya macam budak-budak. HAHA. Hey! Ini tiada kategori lah kawan. Mana ada orang yang pakai flower crown tu budak-budak. Tapi bila dah hasut-hasut, akhirnya kawan saya pakai jugak. Yeay! Comel pun comel.

Alhamdulillah, majlis berlangsung baik.

Ah, saya kematian ayat untuk mengarang.

Sekian dulu dari saya.

Ketemu lagi ya.




Thursday, September 18, 2014

Petanghari

Bila jenguk entry kat bawah, terdetik kat hati. Amboi boleh tahan juga panjangnya. Padahal itu baru menulis kat handphone. Dan sebenarnya entry kat bawah tak sempat habis pun. haha. Rupanya bila kita menulis di dalam handphone, dia ada limit eh. Punyalah gigih, namun kekecewaan di tengah jalan. Lalu biarkanlah entry itu mati di situ. Tak ada niat nak sambung dah.

Ok, sementara nak balik. Saya jengah kat sini sekejap. 

1. Semalam menerima berita kematian emak kawan saya. Yang ini sangat keterkejutan. Sebab tak tahu pula emak dia sakit. Tak tahu juga emak dia masuk ke hospital. Dan tak ada juga emel yang mewarkan tentang kematian. Nasib baik ada kawan yang maklumkan. Jadi sempat ziarah petang semalam.

2. Entah apa ya saya nak menulis. Rasanya semalam macam ada. Hari ini dah tak ada lah pulak.

3. Semalam saya berkenan pada satu dress yang sangat cantik. Tapi tak dapat nak bayar deposit. Lalu saya bajet nak bayar tadi. Bila dah ke butik tu, rupanya dress tu dah ada orang beli. Urmm. Tak ada rezeki.

4. Sebenarnya kan, saya sedang cuba nak membunuh semua perasaan ingin membeli, ingin memiliki yang beraja dan bertahkta di hati. Cuba bayangkan, pada 2 minggu lepas. Ada satu karnival di TTC yang menempatkan semua penjual online kat situ. Pergi dan terbeli juga 1 halfmoon. Sedangkan saya dah memesan 4 helai tudung secara online. Dan saya juga telah membeli kain untuk membuat dress sebanyak 3 pasang. Dan saya juga berjaya memiliki sehelai kain bunga-bunga yang juga dirancangkan untuk dibuat dress. Dan saya juga telah membeli kain chiffon untuk dibuat tudung. Dan saya juga membeli kain chiffon untuk dibuat baju. Dan saya rasa saya perlu menukar gaya saya membeli. Dan ketahuilah bahawasanya saya masih membeli secara bijak. haha. Oii ayat penyedap hati betul lah. 

Isu yang penting di sini, saya sebenarnya mula berasakan perlunya ada tindakan daripada diri sendiri bagi membanteras secara gejala-gejala meliar ini daripada tumbuh subur di dalam diri. 

Apa yang saya cuba nyatakan ialah, saya mula memikirkan. Sebenarnya kita akan lelah mengejar kemahuan dan nafsu sendiri. Perasaan ingin memiliki itu baik, namun ianya tidak perlu sekiranya ianya jatuh ke satu tahap boros!

Macam kejam sangat bila katakan boros. Namun saya agak khuatir bilamana boros semakin menghampiri diri. 

Beberapa malam yang lalu, apabila saya melihat semua online shop yang mengeluarkan tudung-tudung terkini dengan pelbagai ragam, pelbagai fesyen, pelbagai manik dan pelbagai lace yang berenda-renda menghiasi tudung. Saya mula berfikir. Sepatutnya biarlah online shop sahaja yang giler mengeluarkan tudung mereka, namun kita tidak perlu mengikuti kegilaan mereka. 

Terngiang-ngiang apa yang kawan pejabat saya katakan 'pada hari ini, tudung mula menjadi alat fesyen. Tudung tidak lagi menjadi benteng maruah wanita. Sepatutnya tudung yang dipakai untuk melindungi diri kita. Dan ianya tidak boleh diperalatkan menjadi seperti penarik kepada kaum berlainan jenis dengan kita'. Dia menuturkan kata-kata ini kepada sebahagian artis-artis yang terangan menyatakan 'dengan tudung pun saya boleh bergaya'. Walaupun saya tidaklah memakan cili, namun oleh kerana saya masih ada hati. Saya diam kerana memikirkan, saya juga mempunyai tudung yang ada lace, ada manik. Tapi ianya sangat minimal aksesorinya. Selebihnya saya lebih gemarkan bertudung bawal dan bertudung syria sahaja. Namun, saya ambil kata-katanya sebagai peringatan agar tidak berlebihan. 

Oklah, berhenti setakat ini sahaja. Saya dah nak balik.



Saturday, September 13, 2014

Dinihari


Hari sudah menjengah Sabtu. Namun mata masih belum mahu lelap. Maksud saya lelap dengan lena hingga ke pagi. Lelap lelap ayam tadi bertukar menjadi terjaga terus. Terdengar orang mengetuk sesuatu. Rupanya ayahanda mengetuk sna*e. Saya geli jadi perlu dieja sebegitu. Saya khuatir dengan kehadiran binatang tersebut. Yelah, rumah kampung.

Hujan diluar renyai renyai. Membawa air hujan yang jatuh mencecah atap, mengalir ke tanah. Diiringi guruh sebagai 'muzik' iringan. Tadi guruh agak kuat hingga menggegar rumah. Bukanlah kuat sangat tapi kesan dia rumah gegar. Itu baru bunyi guruh, saya dah takut! Maka di dinihari macam ni, saya tak berniat untuk memikirkan yang lain lain.

Oh ya. Sekadar mewar warkan. Saya sedang menulis di bloggerid kat handphone. Yeah! Saya muat turun aplikasi ni gara gara nak sangat menulis. Dari malam tadi lagi nak menulis. Tapi tuntutan mata lebih didahulukan. Jadinya menulis ke mana, tidurnya kroh kroh. Eh zzzz la. Sedikit sopan. Hehe.


Minggu Lepas
-----------------------

1. Alhamdulillah. Jika anda refer pada entry yang lepas. Saya akhirnya sempat jua meluangkan masa ke rumah kawan pejabat yang melangsungkan perkahwinannya. Hari bahagia beliau Ahad. Saya ke sana Isnin. Lewat sehari namun ianya tidak mengapa. Sekadar meraikan. Duduknya sebelah kampung sahaja. Tak pergi macam tak kena. Apapun, misi selesai.

2. Pada hari Jumaat. Alhamdulillah. Jadual berjaya dikeluarkan. Dalam banyak banyak jadual, jadual ini begitu mengemosikan. Saat emel dilepaskan kepada semua, airmata kelegaan mengalir. Tak pernah menangis untuk emel. Namun apabila di tekan butang send. Ya Allah leganya. Sangat lega sampai kepenatan sebelum ini terbang bagaikan kapas ditiup angin. Terbang terbang tinggi tinggi. Tinggi ke awan. #flyinghighyuna. Maafkan lirik yang tak sempurna. Haha. Saya memang tak ingat lirik lagu ni. Pernah dengar sekali namun tak dapat tangkap kesemuanya. Ah. Bukan lirik yang perlu kita bimbangkan. Kita bercakap pasal jadual ni. Itu sahaja yang mampu saya hidangkan kepada semua. Jadi terimalah dengan dada yang lapang. Kalau dada rasa sempit lagi menekan macam terhempuk. Maka maafkan saya.

Sambung lagi. Malam tadi tak sempat tulis habis, ter zzzz dulu.

3. Dalam tempoh dua minggu lepas saya menerima perkhabaran yang agak mengejutkan. Dan semestinya menyedihkan. Cuma masa menulis entry kat bawah, saya lupa nak masukkan. Masa tengah tunggang terbalik saya kat pejabat. Kawan saya call. Tanya dia 'aida ada dengar apa apa tak pasal family hajar?'. Saya hanya menyatakan tidak sebab saya sememangnya tidak mengetahui apa apa melainkan memikirkan jadual. Lalu dikhabarkan pada saya 'family hajar accident. Kak Long meninggal. Anak Kak Long baru meninggal tengahari tadi. Emak Hajar ada kat icu. Abang Hajar alhamdulillah luka sikit je'. Rupanya mereka kemalangan pada Ahad. Tapi pada Selasa baru saya tahu. Itupun sebab Hajar sendiri yang call. Kalau tidak, memang saya tak kan tahu.

Lepas bercakap dengan dia. Saya memikirkan keadaan family dia. 'Kalau accident kematian mesti ada kat dalam surat khabar'. Saya bergegas keluar dari bilik mencari suratkhabar semalam. Sebab semalam saya tak sempat baca suratkhabar. Belek punya belek. Terpampang berita tentang kemalangan tu. Wajah arwah Kak Long dia. Wajah kereta yang masuk gaung. Sedih bilamana mendengar kisah berita ni.

Dulu, beberapa tahun yang lepas. Saya tak berapa ingat sama ada Hajar yang call atau dia tahu sendiri yang emak saya meninggal dalam kemalangan. Dan hari ini kami mengalami penceritaan yang sama. Cuma lokasi dan mereka yang terlibat sedikit berbeza.

Saya nekad nak pergi ziarah emak Hajar di icu. Masa saya tulis ni, saya baru nekad tapi tak pergi lagi pun. Kena baca hingga akhir sebab dia berkait. Percayalah. [kenapa perlu tulis percayalah?]

4. Beberapa hari selepas itu. Saya terbaca status kawan saya. Dia menyatakan agar dapat didoakan untuk kakaknya yang pembuluh darah dia pecah. Ala, ayat sebetulnya saya lupa. Kehilangan memori untuk mengingat ayat dia nih. Tak apalah tapi begitulah status dia. Saya memang terbaca status dia tu agak lewat. Jadi saya pun plan nak pergi ziarah sekali dengan mak Hajar.

Plan nak pergi Sabtu lepas. Tapi tak berkesempatan sebab rancangan yang disusun dah lari dari asal. Masa ni agak terasa ralat juga sebenarnya. Sebab dah banyak hari saya tak boleh nak celah untuk kr hospital.

5. Pada hari Ahad minggu ini, pelajar dah masuk. Saya kesibukan bagai tak tahu nak selesai yang mana dulu. Plan nak jengah kakak dan emak mereka berdua pada petang ni la konon. Bajet 4.45 pm terus ke hospital. Tapi kerja pulak tidak mengizinkan saya terus pulang. Dung dang dung dang dalam jam 7.00 pm kot baru saya balik. Hampa. Memang tak boleh pergi hari ni. Jadi tekak teringin nak makan pizza. Saya singgah kat pizza seketika. Masa tu barulah saya membaca mesej mesej dalam whatsapp. Bila buka group MH17&MH370. Barulah saya tahu. Kakak kawan saya dah meninggal tengahari tadi. Saya baru baca mesejnya sekitar maghrib. Bayangkan kalau tadi saya sempat ke hospital. Tentu saya pergi kosong je. Yelah sebab saya tak tahu kakak dia dah meninggal.

Letih tak korang baca nih? Percayalah [lagi] cerita ini panjang.

Selepas tu saya plan nak ke rumah dia malam. Konon lepas magrib ok la kot. Atau lepas isyak. Bila dah balik rumah. Layan pizza, jam dah 8 lebih. Hati pula mula terasa malas sebab malam. Hati mula berbahagi rasa. Jadi saya tak jadi pergi. Dalam jam 12 kot. Dapat mesej menyatakan 'alhamdulillah majlis tahlil berjalan lancar'.

Masa tu barulah saya 'aa..ada tahlil. Ya Allah aku dok ingat sikit pasal tahlil. Nasib dok gi tadi. Kalau dok malu gok sebab orang laki mesti ramai hok mari'.

Jadi plan bertukar. Saya nak pergi pagi esok ke rumahnya. Pagi tu saya mesej kat bos. 'saya masuk lewat nak gi nawak kakak kawan meninggal'. Lebih kurang gitu la ayat dia.

Kenapa pagi? Sebab bila balik kerja nanti saya nak ke hospital lawat emak Hajar. Punyalah lama saya nak pergi ziarah. Banyak sangat likunya.

Masa saya ziarah kawan tu. Dia bagitahu. Kakak dia sihat. Kena tiba tiba je. Pembuluh darah kat otak dah pecah. Sakitnya tak lama. Alhamdulillah dia pergi dalam keadaan yang mudah. Wajah arwah senyum je. Cemburu mendengar cerita dia. Semua orang inginkan pengakhiran yang baik iaitu husnul khatimah. Semoga kita semua dapat pengakhiran sebegitu. Amin.

Eh dah nombor berapa ek? 5 ke 6? Sebab tak nampak dah nombor atas. 


Ok. 6.


6. Masa Isnin saya masih lagi diselubungi dengan kerja yang tak sudah. Dalam jam 545 macam tu. Saya katakan pada diri 'solat Asar siap siap. Sempat kot kalau bertolak dari office 6 pm. Sampai 6.30. Waktu ziarah habis jam 7. Sempat kot ni. Sebab kalau nak pergi esok belum tentu berkelapangan'.
Saya solat dan terus ke hospital menziarah emak Hajar. Mak guard kat hospital pulak sedikit buat muka. Sebabnya bila saya masuk diruangan nak ambil tag nama tu, saya tak tahu nama mak Hajar apa. Saya call kawan saya tak berangkat. Jadi saya disuruh keluar dulu untuk buat panggilan. Ok la. Cuma muka mak guard tu sorang tak senyum langsung. Mungkin letih kot.

Masa tengah buat panggilan tu la saya ternampak muka ala ala family Hajar. Saya dekati budak perempuan tu 'err anak sedara Hajar ke?'. Dia jawab dia adik Hajar. Ya Allah saya lupa akan adik dia yang bongsu. Dalam diam saya berkata sendiri 'dah besar dah. Tapi apa la nama dia ni. Dulu Hajar selalu cerita pasal dia'. Family Hajar kebanyakkannya pandai. Yang tu kebanyakkan orang tahu. Rumah dia pulak batu dua tingkat. Jadi masa dulu kan, mana ada orang mampu nak buat rumah macam tu. Kita tinggalkan topik pandai dan rumah batu ni. Nanti lagi panjang saya menulis.
Saya tanya nama emak dia. Bila dah tahu nama, dia cakap kat tepi dinding tu ada senarai nama. Ya Allah sungguh saya tak perasan. Urmm tapi kalau perasan pun saya tak boleh masuk juga. Sebabnya dah ada 2 orang pelawat kat dalam sana. Sekali masuk kan hanya 2 yang dibenarkan. Jadi saya tunggu kat luar sambil borak borak. Jam dah hampir sangat dengan 7 pm. Dipendekkan cerita. Dalam 6.50 pm baru saya dapat masuk.

Saya masuk dan terlihatlah sekujur badan di atas katil tidak berdaya. Anak lelaki makcik J tengah titipkan air zamzam pada bibir dan juga disapukan diwajah. Saya gagahkan diri untuk melihat. Lukanya tak adalah sangat. Darah pun tak ada. Semuanya ok. Alhamdulillah. Cuma tangan kirinya bengkak. Leher ditebuk. Jadi bila tiap kali makcik J nak bernafas. Dia macam agak susah. Masa ni lah saya tak dapat tahan airmata. Saya kalih muka saya membelakangi dia. Saya sapu air mata tak nak kasi dia tengok kita sedih. Saya hanya usap perlahan lutut dia. Tak berani nak sentuh lebih lebih sebab takut dia sakit. Lagipun makcik J ni baru juga sedar dari koma.

Saya menangis bersebab. Point utamanya ialah 'Alhamdulillah Allah tak uji mak aku sebegini'. Masa tu saya memang dapat rasai banyak hikmah Allah tuliskan perjalanan untuk emak saya.
Bila jam dah beberapa minit sebelum 7. Abang Hajar mengisyaratkan agar saya keluar bagi memberi ruang kepada adiknya untuk masuk.