Wednesday, October 29, 2014

Afiq


1. Afiq nok gi mana tu?
Dok gi mana mana eh.




2. Afiq wak nape tu?
Dok wak nape nape eh.



3. Masa kami nak makan. Tanya dia: Afiq dok baca lagi Bismillah.. Lalu dia pun Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillahirabbilalamin.. [baca surah Al Fatihah sampai habis]



4. Cuda bagi dok gi kannan [makanan] ke ikan?
Dok..
Afiq bagi eh..
Ok




5. Afiq hebak kan?
Hebak ar.
Suka sangat guna ayat hebat kalau buat sesuatu.



6. Masa tu dah lewat petang. Walid dia baring kat depan ruang rumah. Walid walid .. Jangan tidur ngata..


Saya yang tukang dengar : hahaha
Walid walid..bangun lah walid. Malam dah ni. Orang malam malam gi mejid.

Walid walid..bangun ar walid..dok baik tidur maghrib.


7. Humairaaaa..humaira sayang.. [sambil buat cak cak]. Bakpe nangis ni sayang sayang. Abang Afiq ada nih.


8. Balik kapong.. Oo balik kapong.. Lagu yang patjuta kali dia pasang kat tab and no wonder Afiq dah boleh ikut lirik dia sedikit sebanyak.


9. Hari tu dia jatuh kat tangga sebab nak simpan raket badminton. Gigi dan bibir luka. Dan sekarang gigi dia macam dah rosak. Akar dah rosak barangkali.

Saya usik dia. Kekgi gigi Afiq cuda tukor dengan gigi tokki eh. Dengan nada marah dia, dok uleh, ekgi walid maroh. Walid rotan cuda ekgi.

Hahaha!



10. Afiq kecik lagi. Afiq tak pandai.
Terus dia berdiri. Tengok eh. Afiq becor doh. Afiq pandai.



11. Saya balik dari Kemaman. Dan satu benda baru Afiq dah pandai. WOW! Diusia dia 3 tahun 5 bulan lebih dia dah pandai naik basikal. Kalau setakat ada 2 roda kiri kanan saya tak hairan sangat. Ini dia betul betul dah pandai berbasikal. Dah pandai menunggang dengan jayanya disamping budak budak lain yang dah berumur 6 tahun. Hebak Afiq.

Kebetulan anak buah Muhammad 4 tahun 6 bulan datang kat rumah. Kakak kakak dia pun cakap 'pandai Afiq. Muhammad dok reti lagi naik basikal gitu'. Muhammad perhati je kat Afiq. Saya tanya Muhammad. 'Muhammad pandai dok?' Dia jawab 'dok' sambil mata tak lepas pandang Afiq.


12. Saya layan video Afiq main bola kat padang. Bila saya pandai post kat sini, saya tunjuk. Budak kecil yang matang lagi lasak. Selalu saya tengok dia dan 'budak ni kalau asuh betul betul. InsyaAllah menjadi. Lasak betul betul anak kampung'. Petah jangan cakaplah. Mengaji pandai itupun dah lama sangat dia tak mengaji dan baca apa yang patut.


Ya Allah sayang sangat kat Afiq dan rindu sangat nak dengar cakap dia. Afiq je duduk dekat sini. Sebab tu boleh tulis pasal dia banyak banyak. Ops! Jangan salah faham. Cikda sayang sangat kat semua anak buah. Satu satu duk berpusing bertukar tempat dalam hati ni. Biha comel. Dhia comel. Abang Rayyan yang manja. Baihaqi yang sado. Hahaha. Masing masing ada kelebihan dan perangai masing masing. Kadang kadang rasa tak nak kasi dorang besar. Boleh layan dan usik dorang banyak banyak.

Dulu saya adalah juga terasa hati kalau ada orang komen. Urmm macam budak budak bila bergurau. Pelik!

Tapi sekarang saya tak terasa sangat sebab saya ada kenangan tu. At least saya gunakan apa yang tak boleh kita lalui untuk kali kedua.

Percayalah, masa diaorang kecil la dia akan respond yang comel comel kat kita. Nanti kalau diaorang dah meningkat remaja, dewasa. Tak akan ada nya kecomelan tu semua. Ianya akan berubah mengikut masa dan keadaan.

Adakala masa kecil diaorang akan rapat dengan kita. Namun bila dah besar, kerapatan itu akan beralih kepada rakan sebaya mereka.

Oleh sebab itulah kita kena hargai masa sekarang. Jangan nanti bila dorang dah besar barulah terasa 'kenapa aku tak buat macam tu macam ni dulu eh?'. Dah terlambat dan perasaan bonding tu pun tak kan ada.



Sunday, October 26, 2014

Permata Yang Bersinar

Selasa lalu, saya bergerak ke Kemaman. Pulang dari kerja, terus kemas kemas baju, masukkan ke dalam kereta. Bergerak pada jam 6.15 petang. Berhenti seketika mengepam tayar di Shell. Pada jam 7.30 malam meneruskan perjalanan selepas anak buah masuk ke dalam kereta di tepi jalan. Pada mulanya saya nak bergerak secara solo je, namun memandangkan saya pernah menawarkan janji kepada anak buah untuk ke Kemaman, maka saya berbelah bagi. Lantas sanggup menunggu seketika di tepi jalan sementara anak buah sampai.

Perjalanan kami diteruskan pada Selasa itu dengan membelah gelap malam. Dah lama tak memandu malam malam macam tu, terasa agak takut pun ada. Berhati hati saya tingkatkan ke tahap 230%. Kelajuan yang saya pertahankan selama 3 jam lebih adalah 80km/j sahaja. HAHA. Gigih kan menahan minyak pada kadar yang sama. 

Star North
Kami berhenti untuk mencari kasut Star North saya di Kedai Bata Paka, Dungun. haha, Sempat lagi. Plan asal nak singgah kat masjid untuk solat Isyak, namun saya tak tahu jalan ke masjid walaupun ada signboard nya. Masuk ke kedai Bata tu, agak hampa kerana kasut itu tiada di atas rak kedai. Ini bermakna, harapan saya untuk membeli kali kedua kasut tersebut semakin tipis di bawa bayu. 

Kami meredah bandar Paka, sebenarnya tak tahu nak keluar kat mana sebab saya tak biasa dengan jalan Dungun tu. Boleh disimpulkan bandar Dungun sangat pesat membangun. Orang agak ramai pada malam tu. Kami ingin meneruskan perjalanan ke Kemaman. Semasa sedang berputar putar nak keluar dari bandar Dungun tu, saya ternampak Masjid Intan Zaharah. Rupanya bandar Dungun ni dia macam putar putar macam bulatan je. Tapi saya tak berani nak meredah di malam hari memandangkan pada masa tu jam dah 8.30 malam. Takut sampai lambat.

Masa kat dalam masjid tu, orang ramai dah nak balik. Masjid pun dah nak tutup. Kami bergegas masuk dan berjumpa dengan 2 orang pakcik. Dia tanya nak ke mana? Dan kami bagitahu lah tujuan kami. Dia tak jadi nak tutup lampu sebab kami baru nak solat.

Lepas dah solat semuanya, masa nak keluar. Eh pintu pagar masjid pulak dah dikunci. HAHA. Kelam kabut juga bawa kereta berpusing masjid tu nak cari jalan keluar. Masa tengah berpusing tu, terjumpa dengan beberapa orang pakcik. Dia tanya nak ke mana? Saya jawab nak keluar. Dia tunjukkan jalan keluar. Sempat saya tanya macam mana nak keluar ke jalan besar untuk ke Kemaman. Dia jawab ikut situ ikut sini bla bla. Ok jawab saya faham.

Selepas terhegeh hegeh mencari jalan besar, akhirnya kami jumpa. YEAY! Lega sangat.

Perjalanan diteruskan.

Dipendekkan cerita.

Akhirnya kami sampai ke Kemaman.

Sebenarnya tujuan utama untuk ke Kemaman ialah untuk menziarahi anak buah baru yang baru lahir masa bulan 9 baru baru ni. Alahai banyaknya baru. hehe.

Malam tu borak borak dengan kakak 2. Anak anak buah ada yang dah tidur. Si Achik dah tidur semasa menunggu saya sampai. Dia tanya Ummi dia, Cuda tak sampai lagi ke? Tak. Lalu dia pun zzzzz.

Si Ada masih berjaga lalu dia awal awal dah cakap nak tidur sama sama. Ok, kami set untuk tidur sesama dan pelbagai aktiviti lain yang kami buat sesama. 

Esok Hari

Bangun pagi, kami lepak lepak kat dalam bilik ramai ramai. Masa tu tengah berkira kira nak ke Kuantan. Macam rugilah kalau sampai Kemaman tapi tak pergi Kuantan.

Lalu dalam jam 10.30 pagi saya mula menggerakkan badan untuk bersiap. Daripada 8 anak buah yang ada, hanya 3 orang yang saya bawa. Yang kecil kecil saya tak bawa, nanti bergaduh dalam kereta. Susah. Rimas tak tenteram nak memandu.

Sebenarnya, kalau ikutkan hati saya. Saya nak ajak semua pergi Kuantan. Sebab kasihan. Tapi saya kuatkan hati tak ajak. Si Ada siap cakap kat saya 'nok gi jugok boleh?'. Saya cakap kat dia tak boleh.

Selepas makan pagi, kami terus ke Kuantan. Perjalanan ke Kuantan hanyalah sekitar 40 minit - 1 jam sahaja. Tapi saya ambil masa 1 jam 15 minit nak sampai.




Perjalanan kami diselubungi oleh debu debu merah. Ini dipertengahan jalan semasa ke Kuantan. Ya Allah, debu merah merata rata. Sampaikan divider jalan pun habis comot dengan debu. 

Sampai di Kuantan atau lebih tepat lagi di East Coast Mall atau eh dia dah ada nama baru lah. CapitaMalls Asia. Cuba cari juga ECM kat mana, kot kot saya tak nampak. Namun memang dah tak ada. Lagipun dah lama sangat tak sampai kat sini. Akhir kali saya jejak ialah pada tahun 2012/2013 kot. Sampaikan Lovely Lace kat sini pun dah tutup.

Kami ronda ronda je kat dalam ni. Tujuan utama nak beli kasut. HEHE. Kasut lagi. Masuk kedai keluar kedai, semuanya tak berapa ok dengan saya. Ada 1 kasut yang best namun warna dia biasa sangat. Warna hitam dan saling tak ubah dengan kasut yang saya pakai. Lalu saya tak beli.

Kami masuk kedai keluar kedai macam tu je.

Panjang berjela jela menulis dari tadi. Tibalah point penting yang saya nak kongsikan bersama.

Permata Yang Bersinar

Bila lapar kami masuk KFC. Orang agak ramai semasa kat KFC. Saya beratur manakala 2 anak buah tunggu kat meja. Takut nanti tak ada meja kami nak duduk.

Masa kami makan, kami makan bersungguh sungguh. Si Ateh dah selesai makan. Dia minta tisu dari saya. 'Nak buat apa?'. Dia jawab 'nak lap tangan'. Ok, saya kasi dia tisu.

Selepas lap tangan dia, tahu tak dia buat apa? Sebenarnya saya terkejut!




Ateh lap meja dia yang ada sisa sisa tumpahan kerak dan isi ayam goreng. Dia lap dan ditadah dengan pinggan. Saya perhatikan aje apa yang dia buat tu. Saya tak cakap apa-apa melainkan menjadi pemerhati yang setia. Pinggan yang ada tisu tu pinggan Ateh. Saya curi curi ambil gambar. HAHA. 




Tak habis kat situ aje tau. Ateh angkat semua pinggan yang dah kosong ke dalam tray. Ini lagi buatkan saya terpana. Yelah, ingatkan habis kat situ je. Rupanya ada lagi sirinya. Pinggan tu disusun kat tray, lepas tu dia angkat semua bekas cili dan tinggallah bekas air je kat atas meja.

Nak tahu apa tindakan Ateh seterusnya?

Ateh angkat tray tu nak letak di tempat pekerja tengah lap tray di satu sudut. Semasa Ateh angkat tray tu, si Kakak dan kakak sepupu Nadhirah menyatakan 'dok soh wak rajin ar' 'biar je la situ, kerja dia kan'.

Saya menyampuk menyatakan 'gi ar angkat letak situ'.

Saya sebenarnya ingin membantah kata-kata kedua-dua anak buah namun memikirkan nak jaga hati budak remaja, itu sebab saya diamkan tanpa memanjangkan kata-kata.

1. Ateh sebenarnya memang boleh diharap di rumah. Rajin basuh pinggan, rajin tolong Ummi dia kat rumah. Sebab itu saya tak rasa Ateh nak tunjuk rajin.

2. Mungkin Ateh dah biasa mengumpulkan semua pinggan pinggan di rumah sementelah adik-beradiknya agak ramai iaitu seramai 7 orang. Jadinya, dia dah terbiasa dengan keadaan sebegitu.

3. Saya pula tak rasa nak halang benda positif yang dilakukan oleh anak buah. Saya sendiri tak pernah mengangkat tray selepas makan di mana-mana kedai untuk diletakkan di tempat yang sepatutnya. Jadinya, biarlah mereka terapkan nilai nilai murni tu di dalam diri mereka. Saya? Saya tukang bagi semangat boleh tak? hehe.



Meja kami selepas makan. Bersih namun masih ada sikit la sisa kerak kat meja. Itupun di bahagian kakak. Sebenarnya, masa kami makan kat sini. Saya tak nak ambil gambar disebabkan saya buntu memikirkan hal kasut. Namun kerana Ateh menunjukkan satu nilai murni sambil membuat tanda peace, membuatkan saya berfikir dan mengambil pengajaran. Maka saya dengan rela hati merakamkan kenangan ini. 




Selepas berpusing-pusing beberapa kali. Ini kasut yang saya sempat beli. Terpaksa juga mengambil warna hitam. Lain kali dah tak boleh beli warna hitam, Harapnya ini adalah kali akhir. 

Bila sampai kat rumah. Saya bagitahu kakak 2. Pusing punya pusing, akhirnya kedai RM5 juga yang saya singgah. Kedai Hinode tu memang best lah untuk dilayan. Kat situ kami beli barang-barang perhiasan dan beberapa lagi barang lain. Selebihnya, kami hanya menghabiskan tenaga berjalan begitu sahaja.



Saturday, October 25, 2014

1436H

Banyak yang perlu dihijrahkan..
Hijrah diri.
Hijrah solat. Setakat 5 waktu namun masih biasa tiada peningkatan. Tak perlu sembang lebih.
Hijrah pengurusan masa. Kalau masih terkial kial kelam kabut. Maka jawablah sendiri, jawab dalam hati tak perlu jawab dalam media sosial.
Hijrah pemikiran. 
Hijrah hala tuju hidup!
Hijrah segala-galanya.

Masih di takuk lama.

[insert : sad face]


Tuesday, October 21, 2014

Mengawal Amarah Yang Marah

Amarah sentiasa mendatangi kita tidak kira waktu ketika. Susahnya mengawal amarah seumpama menangkap burung di dalam kandang besar agar ianya tidak terlepas. Menahan amarah terasa seperti bom jangka yang menanti masa untuk meledak! 

Rasa marah kat jalan raya
1. Ketika di jalan raya, pada satu pagi ke pejabat. Daripada jalan Semarak saya melihat seketika di belakang melalui cermin. Nampak sebuah myvi putih meluncur laju. Saya hanya memandang dan tidak tergugat apa-apa. Ini kerana saya berada di laluan kiri. Dalam masa yang sama, kelihatan kereta merah yang turut meluncur laju.

Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat, kelihatan kedua-dua kereta tersebut turut berhenti. Kami meneruskan perjalanan. Secara tepatnya, saya makan asap sahaja di belakang. Kelibat 2 kenderaan tadi dah berdesup menghilangkan diri mereka.

Nak dijadikan cerita, ketika berada di persimpangan Tok Jembal. Myvi dah ke depan sebab jalan dia clear. Namun si kereta merah pulak, eh eh. Nak juga ke lorong kiri. Masa tu dia berada di lorong kanan. Kereta memang banyak dan jalan kat situ memang agak sesak sikit la bagi kami, sebab dia ada 3 lorong.

Masa si kereta merah bagi signal nak ke kiri, semua kereta tak bagi laluan kerana keadaan tak mengizinkan. Masa tu, saya terasa nak kasi hon je. Rasa dalam hati ajelah, namun tiada tindakan mengehon pun. Memang geram. Dahlah duduk kat lorong kanan, lepas tu nak main redah ke kiri dengan keadaan macam tu. Belum sempat nak kasi hon. Eh eh si kereta waja dah kasi hon dulu. Sebab masa tu kereta merah ni nak juga masuk lorong kiri walaupun kereta tengah berasak.

Saya perhatikan pemandu, ingatkan lelaki. Rupanya perempuan! Woww. Boleh tahan dia bawa kereta. Saya terfikir, adakah kereta berjenama Peugeot semuanya begini? Dan sebenarnya kan, saya teringat sangat akan 1 kes panas beberapa ketika dahulu melibatkan kereta Peugeot. Saya hanya berfikir sebegitu dan fikiran itu tak ke mana-mana. Jangan bimbang, sebab saya tak berminat nak ulas cerita sebegitu.

Selepas kejadian itu, hampir setiap hari juga saya bertembung dengan kereta merah tu. TBP model mungkin 2008 VTi kot. Masih baru la kat Terengganu kalau guna plat TBP ni.


2. Masa balik kerja, Ada satu motorsikal. Si penunggang ialah perempuan. Dia bawa motor memang santai. Yang balik paling terkejut ialah dia tiba tiba tukar laluan dia, dari kiri ke kanan dengan tak bagi signal. Dengan tiba tiba macam tu, dengan tak pandang belakang [at least sebab tak bagi signal], dengan lambat. Saya berada di belakang, memang terasa nak hon bagi pihak kereta kat depan! Tengok, nak hon lagi. Sebab saya rasa macam 'bahayalah naik macam tu. Dahlah jalan sibuk!'.

Semasa saya memotong budak perempuan tu, saya try la juga tengok kot-kot dia tengah main handphone ke apa. Tak ada la pulak, cuma mungkin dia pun tak tahu yang cara dia tu sangat bahaya!


Kedai Makan
1. Saya order nasi dagang. Lepas tu saya belek surat khabar kat tepi sekejap. Nak dijadikan cerita, orang yang datang lambat dapat dulu nasi dagang. Saya terus rasa nak marah! Mana boleh yang lambat dapat dulu. Tapi saya diam je. 

Masa saya diam tu, ada ayat-ayat yang timbul dipermukaan fikiran saya. 'Dakpe la dia dapat dulu, seorang je pun. Nanti mung pun akan dapat juga'. 

Akhirnya saya pujuk hati sendiri dan menganggap ianya perkara kecil.

Tak pe, takpe.


Pasaraya
1. Saya membeli beberapa pasang baju baby untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan. Dalam beberapa helai baju tu, kita kena ambil resit terlebih dahulu daripada jurujual. Saya pun cakap kat budak perempuan tu 'dik, nak buat resit untuk baju ni'.

Dia pun cakap 'kejap eh'. 

Nak tahu tak dia buat apa. Dia buat kerja dia iaitu masukkan riben yang belum digubah ke dalam plastik. Lepas satu, satu dia masukkan.

Saya berdiri macam tu je kat depan dia.

Masa tu saya dah menyirap! Sebab saya ingatkan dia nak buat 1 tu je, rupanya lepas satu satu dia kumpulkan riben tu. 

Saya cakap 'dik, boleh tak buat resit dulu'. Dia buat tak tahu. 

Saya dan kakak ipar 2 saling berpandangan.

Lalu, saya berlalu dengan nada pilu. HAHA. Bukan nada pilu dah, dengan perasaan berapi sangat. 

Saya ke hujung tempat jenama lain dan bertanya 'kalau nak buat resit, kena ikut jenama baju ke?'. Budak perempuan tu jawab 'aa'. 

Akhirnya, nak tak nak terpaksa juga saya kembali kepada budak perempuan tadi.

Bila dia dah selesai buat kerja dia, barulah dia tulis pembelian saya kat resit dia.

Oh! Tolonglah sekalian jurujual di pasaraya. JANGANLAH atau ELAKKAN dari membuat perangai macam ni.

Apa salahnya selesaikan dahulu hak pelanggan dan ketepikan kerja hakiki kamu seketika.

Dan hello! Jangan kata saya berlagak atau apa-apa.

Saya pernah berkerja sebagai susun susun barang kat pasaraya juga tau. Dulu suka menyamar, bagitahu saya ni PMR je. Jadi selalu la dapat jawatan rendah masa kerja part time. Tapi itu no hal, sebab saya suka buat macam tu. Sebenarnya terpengaruh cerita filem! HAHA. 

Sebab tu saya faham bagaimana rasa pelanggan bilamana terpaksa menunggu kerja hakiki kita. 

Janganlah buat macam tu. Nasib tak buat aduan pelanggan. Lagipun saya ke pasaraya, bukan nak cari gaduh tapi nak beli baju je. 

Bilamana fikirkan keadaan sebegini. Saya selalu fikirkan, bagaimana nak mengawal rasa marah yang berpunca daripada perlakuan orang sekeliling kita. DAN mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri yang kurang sabar. Mungkin. Mungkin juga kerana dosa dosa kita. Mungkin. 

Bila macam ni, selalu juga teringat kat apa yang pernah saya baca. Kadangkala Allah hadirkan seseorang kat hidup kita untuk uji kita.

Dan saya sebenarnya sangat bersetuju dengan artikel tu.

Nak tahu ataupun kamu semua dah tahu. Di jalan raya adalah tempat yang banyak menguji kita dari segi kesabaran, tolak ansur, tenang dan jangan gopoh. Tak perlu berlawan siapa paling laju, siapa itu ini sebab bagi saya, yang penting saya dapat sampai ke pejabat sebelum jam 8.00 pagi. Biasanya saya akan berlawan dengan diri sendiri. HAHA. Yelah, kalau 8.01 punch card dah merah.

Namun itulah, kena belajar mengawal amarah. Jangan besarkan perasaan tu dalam diri.

Dan saya rasa, dah sampai masanya saya praktikkan apa jua bahan bacaan yang saya baca kat dalam diri.

Kena tanya diri banyak-banyak, kenapa nak marah? Kenapa tak boleh menjadi jiwa yang tenang? Kenapa tak boleh biarkan orang yang tak bagi signal, eh eh tiba tiba masuk ke lorong kita dengan tiba tiba tu tanpa memberi hon? Walaupun saya memberi hon sebagai tanda 'wei bahaya la. signal bukan untuk diperam buat pekasam!'.

Banyak sangat yang perlu dididik hati dan jiwa ni.

Antara cara yang perlu dipraktikkan: 

-Baca istighfar banyak-banyak.
-Baca isti'azah iaitu A'uzubillah... 

Ini cara terbaik untuk siram marah tu agar tak membesar berapi. Kasi dia sejuk. Marah sifat syaitan, dia lagi suka kalau kita marah-marah. Itu memang kita tahu, tapi itu la kan.

Patutlah orang cakap 'orang yang hebat, adalah orang yang mampu menahan sifat marah dia'.

Memang hebat!



Sunday, October 19, 2014

Rayyan

Untuk mengembalikan ingatan kalian semua mengenai budak lelaki ini. Sila rujuk di lampiran : Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa dan juga Rayyan

Selepas kisah Rayyan diperam dengan masaknya daripada disiar di alam maya. Maka pada malam ini marilah kita membuka kembali kisah beliau. 

Pada bulan Oktober yang lalu, 14 Oktober 2014. Rayyan telah menyambut kelahirannya kali ke 5 4 tahun. Dah besar dah dia, Dah dipanggil Abang Rayyan or Abam pun dia.

Untuk lebih jelas : Kelahiran Rayyan

Cukuplah 3 link tu diberikan. Takkan semua cerita perlu dilink kot? Bajet ada orang nak tahu kisah Rayyan? HAHA. Kalau Rayyan baca tentu kecil hati, tentu meraung tangisnya.



Semasa dia kecil, badannya sangat chubby. Macam budak korea pun ada. Macam anak cina pun ada. Apabila dah membesar, Rayyan semakin mengurus tanpa perlu mengambil pil kurus, tanpa melalui diet yang keterlaluan. Ianya berlaku secara semulajadi. Jadi tak perlu tanya apa petua Rayyan semakin slim sekarang kerana Rayyan pun tak tahu bagaimana hal itu terjadi dan err Rayyan sedang sibuk main buih sabun. 



Jiwa Rayyan tidak kasar. Dia tidak berapa kepada perlakuan yang kasar. Pendekatan kepadanya lebih kepada kelembutan. Bercakap tak boleh nak kasar sangat, bergurau tak boleh nak kasar sangat. Rayyan mudah menangis. Semua orang tahu tanpa perlu dihebahkan melalui aplikasi whatsapp atau apa jua aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit anda. Tak perlu kerana semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri. 

Namun, Rayyan agak mudah mendengar kata sekiranya dia bersama kita. Andai dia bersama mama dia, maka perlakuan dia akan bertukar. Biasalah, budak kecil apabila mama dah ada kat sebelah. Kadangkala naik mua. Bukan make up artist. Namun mua bermaksud mengada-ngada. Lumrah alam budak kecil. Anak-anak pembaca semua begitu juga atau bagaimana? Atau lebih sopan perlakuannya? 



Ok, kita masuk cerita sebenar. Petang tadi kami main buih sabun. Inilah peralatan yang saya belikan untuk bermain di stadium. Kita merancang, Allah jua merancang. Oleh kerana lepak lepak di rumah adalah lebih menyeronokkan maka saya tidak berhajat untuk melangkahkan kaki ke stadium. Cukuplah kami bermain di perkarangan rumah mak saudara saya. 

Abang Rayyan pada mulanya hanya diberikan tugasan mengejar buih sabun yang berterbangan di udara. Namun servis bertukar tangan, saya memberikan dia peluang untuk menikmati sendiri bagaimana perasaan meniup buih sabun.

Dia dengan gigih meniup, namun alahai. Perlahan lah sangat abang ni. Kita bagi semangat dan kata-kata sindiran. Abang dok rok bang! Lalu dia meniup dengan lebih kuat lagi. Dan lagi hingga berjaya membuat buih yang agak besar sedikit. Sebelum ini, buih yang dihasilkan sebesar telur ayam sahaja. Kecil kecil dan tidak banyak. 

Gembira dia bukan kepalang. Bila saya dan papanya mengusik, dia naik marah. Nak juga mencuba hingga berjaya. Ada satu belon besar naik ke udara 'tengok tu, besor abam wak'. Saya balas 'belon tu nok gi rumoh abam ar tu'. Malas pulak nak translate bahasa kami ni. Kalian guna google translate ajelah ek. HEHEHE. Nak kena hempuk dia ni. LOL!

Oleh kerana daya kibaran tangan dia tak berapa kuat, Rayyan sekadar meniup dan meniup aje buih sabun tu. Kadangkala papa dia masuk campur, ajar macam mana nak hayunkan plastik tu nak kasi buih banyak terhasil. Bukan dia tak buat, namun alahai.. sendu sangat belon sabun yang keluar. Sangat dramatik.

Tadi, dia tertumpahkan air sabun tu. Lalu saya memandang secara tepat sambil menjengilkan sedikit mata. Lalu.....


Air mata abang Rayyan mula tumpah seperti air sabun tadi. Saya sebenarnya tak sangka dia menangis. HAHA. Bajet tadi nak usik dia aje. Rupanya meraung tak sudah budak ni. Dan sebenarnya lagi, saya tak pernah marah atau meninggikan suara kepada Rayyan. Sebab? Tiada sebab nak marah kat dia ni. Jadi, itulah kali pertamanya Rayyan menangis kerana saya. haha. Itu baru jengil mata sikit. Dah menangis tak henti. Masuk kereta nak balik pun masih menangis. Terasa juga nak rewind balik perlakuan tadi, ini bukan Astro. Siaran ni tak berbayar. Jadi, saya jadikan ianya sebagai pengajaran. Jangan usik lebih lebih. hehe.

Pakai baju Superman namun hati Abang Rayyan corak pelangi. HAHA!



Dhea si baju pink ialah adik Rayyan. Dia sedang mengejar kucing tanpa menghiraukan seketika abangnya, Merupakan peminat tegar kucing dan apabila dia geram, dia gigit lidah dia. Comel sangat Dhea ni. Awas! Dhea lebih agresif berbanding abangnya. Lebih lasak maksud saya, HAHA. Naik takut pulak bilamana guna ayat agresif, Budak budak mana agresif, budak-budak comel.



Diakhiri dengan bunga kemboja putih yang tidak disunting namun hanya dipotretkan di dalam telefon bimbit.

Habis.


Friday, October 17, 2014

Marilah Beriadah

Tarikh : 11 Oktober 2014 [Sabtu]
Tempat : Perkarangan Stadium Tertutup

Dalam setahun adalah 2 3 kali pergi beriadah. Namun nak juga abadikan kisah beriadah di MPS. Kalau beriadah setakat bersiar-siar itu tak aci. Tak masuk buku. Ini beriadah yang mengeluarkan peluh. Mencairkan lemak lemak yang telah lama bertapak membina kediaman di dalam tubuh kita.

Perancangan kami sepantas kilat. Usai melawat adik Adam. Kami balik ke rumah lalu sediakan air masak konon nanti dahaga bila dah bersenam. Berangan biar ke depan, jadi tak jadi belakang story.

Sampai di perkarangan stadium, orang dah bertebaran. Ramai sangat aih! Dulu tempat ni tidak dijejaki oleh orang ramai, namun sekarang ianya telah berubah wajah. Macam plastic surgery. Eh, tiba tiba pulak.

Kami dah buat keputusan untuk berbasikal. Dah lama sangat tak naik basikal. Macam mana rasa agaknya bila kita berbasikal ya? Kekok kah atau fasih seperti dulukala? Ok, persoalan ini tidak dapat dijawab melainkan selepas menaikinya.

Ini bukan promosi, namun perkongsian. 

Harga untuk sekali naik basikal ialah RM7 bagi 3 seat. For 2 seat RM5 only. Untuk yang single mungkin RM3. Yang ni tak pasti pulak harganya. Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit sahaja. Kalau masa dah lebih, dia akan extra charge!

Bila dah dapat basikal selepas menanti beberapa puluh minit, kami terus angkat si Afiq. Mulanya kami nak ambil yang 2 seat sahaja. Namun memikirkan mana mungkin saya nak ribakan Afiq sambil berbasikal. Rasanya amat tipis kebolehan saya membuat 2 kerja dalam satu masa. Lalu kami tukar fikiran mengambil basikal yang 3 seat.



Dan oleh kerana saya tidak berupaya membawa basikal dengan baik selepas mencuba beberapa ketika, lalu saya dipersilakan ke belakang sekali. Afiq sudah tentu di tengah tengah negeri. Mana boleh dia duduk di belakang, kan kalau jatuh kami tak perasan. Membawa basikal yang panjang sebegini rupa agak mengekokkan diri saya. Tapi ianya sangat menyeronokkan. Memang menyeronokkan sebab saya dapat curi ayam. Kadang-kadang ambil kesempatan untuk membiarkan kakak ipar 2 [KI2] mengayuh seorang diri di depan. HAHA.

Namun adakala saya mengambil alih untuk mengayuh seorang diri, membiarkan kakak iparku berehat seketika. Manakala si Afiq pula menjadi raja kecil. Duduklah dia diam diam kat tengah negeri tu. Kaki dia tak sampai, jadi terpaksa dia letak di atas palang. Nasib baik Afiq punyai daya tahan yang kuat, Dia berupaya memegang handle basikal dengan baik selama hampir 20 minit. Sesuai lah dengan usia 3 tahunnya itu.

Kami mengelilingi stadium dengan jaya sekali. KI2 mengajak kami mengayuh jauh-jauh. Dalam berani saya ni penakut juga. 'Boleh ke? Kan 15 minit je'. 'Tak pe, orang lain lebih dari 15 minit'. Lalu kami pun mengeluarkan sayap terbang ke kawasan stadium. Itu ayat kartun. Ayat sebetulnya, kami pun mengatur kayuhan menjelajahi kawasan stadium. Seronok sangat, umpama pelangi petang keluar di dada langit. Eceh, padahal nak cakap seronok je. Ayat ayat lain tu sekadar penambah perisa.

Saya asyik membelek jam, takut wei kalau terlebih masa. Nanti orang lain nak naik pula. Lalu selepas 20 minit mengayuh, err terlebih 5 minit. Kami pun menghantar basikal ke tempat asalnya. Dah ramai manusia yang menunggu giliran. 

Sebenarnya, penat juga mengayuh selepas lama tak mengayuh.

Lalu kami terus ke kawasan orang bermain belon buih sabun.



Bunga yang saya kutip di tepi jalan semasa berbasikal. Bunga namun berbeza nama. Apa nama dia? Saya tak tahu. Lihatlah betapa ramainya manusia meluangkan masa bersama keluarga, 




Usha kawasan sekejap. Kami tak beli buih sabun. Setakat melihat orang bermain kira dah ok dah.




Dulu, saya ingatkan hanya di Dataran Putrajaya je ada suasana macam ni. Dulu saya ingatkan di padang Setia City Mall je berhak punyai suasana riang macam ni. Dululah, sekarang saya macam percaya tak percaya. Eh eh, di tempat sendiri pun ada suasana macam ni. Yang paling specialnya, kat sini siap ada tasik. Pakej yang ada lagi ialah ada stadium, ada kawasan bermain kereta kecil, ada macam-macam. Apakah dia? Nantilah kita cerita, Kasi suspen sikit.

 
Menumpang buih sabun budak perempuan ni.



Di detik ini, terasa kasihan pun ada kat Afiq. Sebab saya tak beli buih sabun. Jadi kami minta dia pergi main aje di kawasan padang ni. Kasihan sebab dia berlari-lari apabila ada orang mula meniup buih sabun. Berlari lari dengan tujuan untuk memecahkan belon sabun tu.




Sangat ramai orang membeli buih sabun. Jadi kita tak perlu membelinya [baca : buat masa ini]. Hanya sekadar melayan belon sabun orang lain sambil mengambil gambar. Dan nah, ini belon besar yang memang sengaja lalu kat depan muka. Tahulah kita tak beli buih sabun. Ek eleh dia eksyen pulak. Haha. Emo!

Nanti saya tunjuk kawasan ini lagi. Ini baru sikit tau.



Thursday, October 16, 2014

Afiq

Petang semalam balik dari kerja. Sengaja tunggu budak Afiq balik dari pasar malam. Ada benda yang nak dieksyenkan kat dia. Bila nampak dia dah balik dengan Umminya terus saya tunjuk bubble yang saya beli.

Mood Afiq bertukar menjadi teruja. Sangat teruja!

'Eh Cuda, hok Cuda ke tu?', tanya sambil tersengih.

'Yelahh, jawab dengan eksyen!'. LOL!

Saya buka dan tunjuk buih sabun yang saya hasilkan. Sebenarnya sebelum pergi kerja pagi semalam, saya dah test tunjuk kat Abang 2. HAHA. Semangat nak pergi main kat stadium. 

Nantilah saya tunjuk. 

Petang tu selepas layan Afiq, saya terberadu sebab mengantuk. Afiq masuk bilik. Saya mamai. 'Mana buih sabun cuda?'. 'Oo cuda simpan'. 'Boleh dok wi kannan ke ikan?' [maksudnya boleh tak bagi makanan kat ikan?]. 'Urm, boleh'.

Saya tak tengok pun apa Afiq buat kat dalam bilik saya.

Bangun dari beradu tengok jam macam dah lambat sangat nak ke kelas. Lalu saya acah-acah Humaira dulu. Menggelekek dia gelak. Maknanya saya ni kelakar ke? Bukan, maknanya dia tengok 'teruknya rupa makcik aku'. HAHA.

ABC yang ayah saya beli masih belum saya minum. Petang tadi dahaga, bila mengantuk layan mata dulu.

Afiq siap-siap nak ke masjid.

Saya pula duk berkira-kira nak pergi kelas ke tak nak?

Otak tak nak pergi tapi tangan dah capai buku semua peralatan. Saya ke kelas. Lambat.

Malam tadi dalam jam 11 lebih lepas sampai kat rumah selepas kelas. Errr, saje tulis senafas macam tu. Saya iron baju sat. Berborak seketika dengan kakak ipar 2. 

Tadi Afiq tanya 'cuda mana ummi?'. Bila kita cakap 'cuda pergi sekolah'. Dia jawab 'Afiq nak main dengan cuda'. Haa, nampak tak permainan Afiq kat sini. Beria nak main dengan kita sebab kita ada bubble tu. LOL!

Masa kak amani pergi klinik, tunjuk kereta cuda kat Afiq. Oo lupa, patutlah diaorang boleh nampak kereta tu. Sebab saya lambat jadi saya parking aje kat tepi bangunan. Jadi siapa yang kenal dengan kereta tu, akan nampak lah wajah kesayangan beta tu.

Seronok juga usik budak-budak ni. Walaupun kita bukan berumur 3 tahun, namun kita boleh mentiga tahunkan seketika umur kita demi melayan kerenah mereka. 

Cubalah, tak rugi pun!


Monday, October 13, 2014

Hai Oktober!

Saje je hai kat Oktober. Tapi ianya tidak membawa apa-apa maksud pun.

Angin aircond sepoi sepoi bahasa. Terasa nyaman di tengahari macam ni. Kalau kat pejabat memang sangat nyaman, kalau kat rumah terasa berbahang. Ya Allah, telus sungguh menulis. Bukan nak komplen, tapi nak cakap je. Kalau kat rumah hari cuti [weekend] Jumaat dan Sabtu, kalau tak ke mana-mana saya lebih suka lepak kat rumah. Rumah kayu dan beratapkan asbestos maka bahang tu agak memerit. Bagi yang tak biasa tentu akan terasa 'panas eh'. Macam saya, saya terasa panas juga tetapi sebab dah biasa. Kira ok lah. Cuma memang lah tak dinafikan terasa panas. Apa aku tulis ni. haha.

Biasalah, kalau tak tersasar tak sah. Maka kembali ke tujuan sebenar. 

Malam tadi, saya dan sepupu ke Mydin Mall. Dah lama tak pergi kat sini sejak Mydin sumbangkan untuk konsert yang itu lah, yang ada budak meninggal tu. Saya rasa macam tertutup sikit hati untuk menabung di Mydin. Baik saya menabung kat Sabasun. Beli barang keperluan harian kat sini. Lagipun Sabasun lebih baik kerana dia sumbangkan pula derma untuk ke Gaza pada pendapat saya lah.

Nak ikutkan sejarah kami berdua. Masing-masing memang mencari handphone. Saya mencari dan dia pun mencari. Dia mencari Mega. Saya pula mencari XXXX. Wah! Main kod rahsia la pulak. Bukan apa, saya segan nak reveal apakah jenama yang bertakhta di hati saya. Kalau tulis takut saya riak. Dosa pulak. Takut saya berangan terlebih. Oleh itu baiklah saya tidak menulisnya. Simpan kemas dalam hati lalu berangan sorang-sorang. Eh tak, berangan kenalah beramai-ramai dengan kawan dan sepupu.

InsyaAllah satu hari nanti akan saya beli walaupun saya tak berharap sangat pun. 

1. Mahal
2. Macam membazir
3. Macam nak tetapi nak free boleh?
4. Nak tapi tak nak keluarkan duit sendiri. Eh sama point dengan nombor 3? haha
5. Semua di atas


Kisahnya, kami dah selalu sangat sangat menziarahi kedai handphone. Tilik sana, tilik sini. Tengok harga tak sampai kemampuan. Tak mampu. Lalu, malam tadi sepupu dah berjaya kumpulkan duit untuk beli handpone baru. Yeay! Kelas kau dik non.




Bayangkan, Mega dah keluarkan Mega 2 barulah dia berjaya beli. Mega sebelum ni tak berjaya dibeli disebabkan kekangan kewangan. Saya tukang teman dan sempat ke kedai kamera. Saya duk usha kamera Fujifilm. Memang nak sangat-sangat, tapi saya tak dapat beli lagi. Sebab kamera adalah wishlist yang entah ke berapa. Kalau kamu pengikut tegar [belohok kejap] blog MPS ni, tentu akan tahu dari tahun 2008 lagi kot saya nak beli kamera. Tapi tak terbeli beli lagi. 

Kerana, ku sedar diri ini tidak berkemampuan, Lalu melihat di balik cermin kedai pun dah kira bersorak sorai gembira rasa hati.

Masa singgah kat kedai kamera, pekerja kedai tu bagi saya 2 pamplet untuk kamera. Lalu menataplah saya akan pamplet tu tanpa ada apa-apa hasil. Kamera tak muncul depan mata saya. HAHA. Doraemon betul lah pemikiran dia nih.

Oh ya, tadi bercerita pasal handphone kan? HEHE. Selepas dah bayar. Duit dan barang bertukar tangan. Saya pun nak juga, yelah sepupu kita dapat handphone baru. Kita pun nak juga. Saya minta adik tu tolong cuci screen handphone saya. HAHA. Beria dia tolong cuci, padahal lap dengan kain je. Boleh je buat sendiri kat mana-mana tapi mengada-ngada. Saya cakap 'takdelah handphone saya rendah diri duduk dekat handphone baru'.

Itulah kan, masa tengah membeli handphone tu kan. Syaitan kan sentiasa menggoda kita untuk membeli. Sebab tu dalam Islam ada doa apabila kita masuk pasar. Kiranya tak kiralah nak masuk pasar ke, nak masuk mana-mana kedai ke, kena baca doa tu. Saya tak pernah amalkan dan tak pasti doa dia macam mana.

Sebab masa tengah membeli handphone tu, saya kan kaki jam. Tak boleh tengok jam. Mesti berkenan.




Jam ni saya mula berkenan masa di Kota Bharu Mall. Saya tertengok seorang budak perempuan memakai jam warna ni. Oh maaiiiii, cantiknya warna dia. Sejak dari tu memang nak cari jam ni. Berkenan ooii berkenan sangat. Malam tadi, singgah kat kedai jam selepas selesai membeli handphone. Tanya harga jam ni, RM180 after less [30%].

Tadi saya dah cek kat laman web dan terjumpa satu kedai jam yang murah la compare dengan laman-laman web yang lain. Tapi itu lah kan, saya dah banyak sangat jam. Ini menyebabkan saya berada di dalam dilema yang dicipta oleh diri sendiri. 
Jam ni dah saya miliki pada tahun ni kot kalau tak silap. Atau akhir tahun 2013. Dibeli pada harga RMXXX sebab tak ingat.

Masalah sekarang, dahlah kesemua keluarga Casio. Kalau saya beli bermakna jam Casio saya dah 3 pasang. Rasa macam botak duitku. Namun macam ok je kalau saya jual jam ni dengan harga murah-murah. HAHA. Kat kepala sekarang terbayang muka anak-anak buah yang raaamaaiiii. Err anak buah yang umur setahun dua, 3 tahun, yang baru pandai nak meniarap tak termasuk dalam bayangan. Sasaran kita ialah pada yang dah sekolah menengah. HAHAH. 

Adakah misi ini akan berjaya?

Kalau saya sampai hati nak jual, maka akan berjaya. 
Kalau kakak saya nak melayan, tentu akan sukses.
Kalaulah.

Kalau tak ke mana-mana, maka berangan sampai di blog sahaja. haha.

Ok dah, masa dah tamat. Waktu rehat dah melabuhkan tirai. Maka penulisanku jua ingin berundurkan diri.

Keyboard off!



Friday, October 3, 2014

Dakaplah Mimpi Erat Erat

Malam tadi saya bermimpi. Mimpi yang tidak terjangka. Mimpi yang sangat indah. Umpama dapat mengenggam bintang di angkasa. Umpama dapat bonus berbulan bulan tanpa dipinta. Cukuplah dua umpama ini.

Kubermimpikan insan yang senantiasa dekat dihati. Setiap detik. Setiap masa dia sentiasa mengisi ruang hati ini.

Dalam mimpi itu, aku memelukmu dengan erat dari belakang. Kami berbicara di ruang tengah rumah.
Dia berbicara mengatakan tiket sudah dibeli untuk ke KL. Tapi aku faham ianya untuk ke Shah Alam rumah abangku yang sulung. Aku gundah kerana hari yang ditempahnya itu merupakan hari aku berkerja. Mukanya berubah sedikit muram. Lantas aku memeluknya sambil menyatakan 'kan best kalau saya ni masih di sekolah menengah', usai menyatakan ayat tu. Aku terfikir, kalau sekolah menengah dah tak banyak masa untuk bersama. Lalu aku mengatakan kembali kepadanya 'kan best kalau saya masih sekolah rendah'.

Aku memeluknya erat umpama anak kecil.

Kami tak banyak bicara. Namun aku puas sebab dapat memeluknya dengan erat. Sangat erat.
Ya Allah. TERIMA KASIH ALLAH atas mimpi itu.

Terubat sedikit rinduku pada arwah che [baca emak].

Rinduku padanya tak pernah padam. Cuma aku banyak nyatakan pada Allah dan aku tahu, tak perlu dilakarkan kerinduan itu pada blog atau fb atau apa jua medium yang ada dewasa ini. Kerana belum sempat aku lakar, Allah lebih mengetahui betapa dalamnya kerinduan ini.

Terjaga dari lena dengan rasa sendu yang masih berbekas di hati.

Ah. Mimpi rupanya. Kenapa sekejap sangat. Inginku replay dan pause masa ditika itu. Namun itu mustahil.

Terima kasih Allah.



Thursday, October 2, 2014

Teruja

Teruja sangat-sangat sebab petang semalam dapat tahu minyak naik. Wah, naik lagi. Seronoknya. Bila minyak naik, kita nanti boleh lah kita mulakan perniagaan menjual minyak. Minyak angin tak kira. Siapa yang buat lawak minyak angin, nanti saya naik angin.

Sebenarnya saya sangat seronok lagi girang bilamana mendapat perkhabaran dari alam maya - media sosial - media elektronik sebegitu rupa. Marilah kita gembira secara marathon. Sebelum ini harga minyak hanyalah RM2.10. Murah sangat kan? Saya tak berapa gemar dengan murah murah haiyaa sangat murah oo. Tak berapa gemar. Jadi saya memang mengalu-alukan kenaikan minyak ini.

Dalam masa yang sama, saya dah target. Nanti semua yang lain-lain akan turut naik. Well, apabila domino dijentik jatuh, maka yang lain akan turut tersembam. Eh, seronok lah kan macam nih? semua akan naik bersama-sama, tak adalah minyak sensorang je yang naik. Ini adalah sangat tidak adil kan? [insert: drum roll with dancing mouse. Krik krik]

Hari ini adalah hari rasmi bagi kenaikan tersebut. Saya tak catat pun dalam diari, tapi saya InsyaAllah dah paku kemas-kemas kat dalam kepala. Bayangkanlah sendiri, saya paku kertas bertulis 'minyak naik 20 sen JER'. Epik sangat ah sampai nak mintak kalian bayangkan. 

Malam semalam juga, sebagai memori untuk diri sendiri. Selepas kelas, terus bergegas ke stesyen minyak. Tak ramai sangat orang mungkin sebab waktu tu dah jam 10 malam lebih. Saya menunggu penuh sabar bagi mencatat memori menggunakan minyak dengan harga lama. Dan selepas ni, kita akan gunakan harga baru pula.

Seronok kan?

Yeay yeay!


-Rasa nak bagi pelempang je. sangat geram dari malam tadi lagi. Hnshshhshshs! Lagi rasa geram bilamana mendengar ayat 'pergi isi ramai-ramai macam esok dah tak boleh isi minyak'. Eh Hello! Ok, dah dah. Nanti panjang cerita.