Friday, January 9, 2015

Destinasi Terpilih

Kegigihan membawa kami ke pejabat pada malam-malam buta. Sebetulnya bukan kegigihan. Namun kerana takut kerja tak siap, maka pada Jumaat malam Sabtu yang lalu, saya mengajak sepupu rapat saya ke pejabat.

Rancangnya kami tidak akan berlama-lama di pejabat. Selepas maghrib, saya terus memacu kereta dalam kadar sederhana laju ke tepi rumah jiran sepupu. Selang beberapa minit, sepupu sampai dan kami terus ke destinasi. 

Sebenarnya pada siang hari Jumaat, saya dah plan nak buat kerja rumah. Terbaca mesej daripada KakFa agak lambat, makanya saya dahulukan kerja rumah terlebih dahulu. Dia maklumkan report dah dihantar pada siang tadi.

Maka kerana itulah yang membawa daku ke kantor di malam hari. Sekejap je pun kami pergi.

Sampai di pejabat, gelap gelita sotong kurita. Save dan print beberapa report. Tak lama kemudian kami pun balik.

Jam 8 kami datang dan jam 9 lebih kami meninggalkan pejabat.

Macam biasa, kami ni suka makan-makan. Kalau fulus banyak, kami makan sedap-sedap. Sedap-sedap tak bermakna mahal ok. Kiranya kalau fulus sedang-sedang aje, kami pun makan yang sedang-sedang aje. Dengan syarat makanan tu tetap sedap. Mahal [bagi konteks kami la kan] atau murah, kena sedap! HAHA.

Mulanya kami nak ke warung D Rimba. Bila dah sampai, eh tutup lah pulak. Maka kami dah tak tahu nak pergi mana. Masa tu dah terbayang, balik rumah ajelah kot.

Sedang elok kami ke lorong perumahan yang terakhir. Eh eh, macam tahu aje kami lapar. Terbentang 1 kedai burger bakar. Rasanya saya tak tahu nak bagitahu ke tak nama kedai ni. Sebab kami nak cerita perkara yang sebenar nih tau. HAHA. Kan kalau bagitahu nama kedai ni kan, nanti boleh bagi reputasi yang tak berapa nak menarik kepada kedai kecik ni. Jadi kita tak boleh ar nak potong rezki dia ni. 

Kami tak rasa nak marah, tapi kami rasa nak geeelaaakkkkkk aje.

Sebab tulah tak boleh reveal nama kedai ni. 

Semasa kami melintasi kedai ni, kami buat keputusan untuk singgah. Kata orang apa salah kalau mencuba. Kalau tak cuba kita tak akan tahu bagaimana rasa dia. Bagaimana harga dia. Eh rasa harga tu mungkin dah tahu la kot. Sebab pernah beli burger bakar ni, di cawangan dia yang lain.

Kereta di parking di sebelah jalan. Kami menapak dalam beberapa langkah lalu masuk ke kedai.




Kedai dia kecil. Ruang makan pun tak berapa nak banyak. Hanya ada 4 termasuklah tempat yang boleh dikatakan untuk bersantai bersama keluarga di petang hari. Kami tak pilih tempat kat dalam situ. Nampak tak kedudukan yang agak rapat antara pelanggan belakang tu? Tapi tak mengapa, bukan tempat yang kita nak makan. Sekarang ni kita nak makan burger.

Kami memilih ruang makan yang di luar. Berbumbungkan langit dan sedikit lebihan atap rumah tuan kedai ni, sambil dipayungi juga pohon rendang yang namanya tidak diketahui oleh saya. 

Tuan kedai datang membawa menu bersama alunan lagu yang saya tak ingat tajuknya. Menu diletakkan di atas meja di depan pandangan kami. Memilih dan keputusan di buat oleh kami.

'Saya nak cheese burger', ujar saya memesan.
'Saya nak black pepper burger', sepupu saya pula bersuara.
Kami berpakat untuk membeli air mineral sahaja. 1 air mineral biasa, 1 air mineral sejuk.
Tak habis di situ, kami bersepakat untuk memesan meatball. Macam sedap je.

Selepas tuan kedai berlalu. Maka bermulalah episod hampa, geram namun kelakar bagi kami. Maka kamu juga dimohon agar bersabar dengan penceritaan yang panjang ni. Bukan senang nak dapat makan burger ni.

'Tengok dok kuku dia? Bersih kan. Kalah jari saya', kata sepupu.
HAHAHA.
'Hoo, saya tengok gak. Kuku ye bersih', sambung saya. Tak sangka kami fikir benda remeh tu. haha.
Eh, itu bukan benda remeh. Itu lah yang menyakinkan kami kebersihan akan makanan yang disediakan nanti. Kata orang tengok pada luaran. 

'Bakpelah letak radio dalam kocek apron tu. Macam radio bergerak'. Kami gelak. Tak pasal-pasal kami cuba tolong memikirkan untuk tuan kedai ni, bagaimana cara yang terbaik untuk memasang radio dengan lebih efektif. Saya rasa perbuatan itu sangat melucukan bagi kami. Sekurangnya kami tidak berasa terlalu lama untuk menunggu. Dan hanya persoalan itu yang kami timbulkan, jadi tiada isu kami mengumpat kan? HAHA. Sebenarnya takut juga bila menulis terlalu telus sebegini. Nanti orang salah faham.

Asap memenuhi ruang pelanggan yang sedang menunggu. Ketika itu, hanya ada 1 keluarga yang sedang makan. Selepas keluarga tu dah siap makan, 1 keluarga lain mengambil tempat.

Asap semakin mengamuk berterbangan. Kami gelak bersama-sama. Apalagi yang boleh kami gelakkan melainkan melihat asap yang telah menyelubungi pelanggan di meja sebelah.

'Nok makan sangat burger bakar', kata saya. HAHA. Kami ketawa namun saya lebih gelakkan kepada diri sendiri. Terasa macam gigih benar menunggu.

'Ye kena ambil pembantu nih, baru cepat sikit', kata sepupu saya. Apabila melihat ibu kepada tuan kedai tu balik. Kami berasa agak kesian. Pelanggan agak ramai diketika itu. Mereka hanya berdua cah ligas di dapur. Nampak sangat menstresskan diri. Saya agak aje, tapi kalau saya di tempat mereka. Owh, sangat stress. Cepatlah masak burger. Cepatlah!

Dalam keheningan kami menunggu, kapal terbang lalu di atas kepala. Kami menjengah macam orang tak pernah lihat kapal terbang. Selang beberapa ketika, kapal terbang lalu lagi dan kami jengah lagi. Nak tahu, laluan perumahan ini memang berdekatan dengan laluan kapal terbang. Airport kat seberang jalan sana. Jadi tak hairanlah kalau ada kapal terbang yang lalu. Andai ada kapal angkasa yang terbang, barulah kami agak kehairanan, malah mungkin ketakutan.

Tangisan kanak-kanak di rumah sebelah memecah lagi kesunyian malam. Tak tahulah budak tu lapar atau bagaimana. Tangisan dia memang kuat betul. Sampai kami berfikir, kenapa budak tu menangis. Dialog kami panjang, jadi saya skip terus ajelah episod ni. hehe.

HAHA. Oh ya, maafkan saya kerana menyeksa kalian semua membaca cerita panjang ni. 

Saya melihat jam, dari 9.20 malam jarum berubah menjadi 10 malam. Saya berkata kepada sepupu:

'kalau dapur dia belakang ni kan, lama doh saya lari', hahaha sepupu saya gelak. 'Kan kalau kita lari, ye panggil kita 'hoiii nok gi mana tu', haha. Kami gelak sama-sama. Memang nampak dialog ni sangat 'apalah korang ni'. Namun percayalah, ianya sangat kelakar. Di ketika itu maksud saya.

Saya tidak pasti, kesabaran apakah yang kami miliki pada ketika itu. Bayangkan, kami hanya memesan air mineral. Selama 40 minit berlalu, air yang kami pesan tiada pun di depan mata. HAHA. Kaki kami, pun tak di angkat lari meninggalkan kedai tu. Terus membatu diam di tempat makan.

Kami masih mampu bertahan lagi dan lagi. Marah pun tak, asyik gelak je. 





Kebosanan kami menunggu akhirnya terbang di bawa angin malam. Akhirnya, kesabaran kami berbalas jua. Berbalas dengan munculnya hidangan burger bakar pada jam 10.15 malam selepas itu. Bayangkan. Kurang 5 minit 1 jam, akhirnya makanan kami sampai jua. 

Tepukan untuk diri sendiri kerana mampu menunggu sebegini lama. Tak percaya pun ada. 1 jam beb.





Macam tak percaya kami makan burger ni dengan folk and knife. Biasanya kami taram aje dengan tangan. haha. Mungkin keletihan menunggu membuatkan kami bercelaru untuk guna tangan atau macam mana. 

Burger ni dah tip top dah, cuma sosnya agak kurang. Mungkin tuan kedai ni boleh meletakkan sos-sos yang penting di atas setiap meja. Demi kesenangan kepada tuan kedai dan juga pelanggan. Mudah kerja. 

Air pun sampai, meatball kami pun turut sampai selepas burger ni sampai. Meatball kami tidak diabadikan di dalam potret, namun kami abadikan dalam perut kami. haha.

Alhamdulillah, kami kenyang. Walaupun menunggu nya punyalah lama. Kami maafkan mereka, yelah tengok mereka gigih macam kesian. Tengok makcik tu duk ulang alik ke kanan ke kiri kat dapur, dah cukup buatkan kami pasrah akan lama menunggu.

Bisnes ni mungkin boleh pergi maju lagi jika mereka tambah pekerja. Cepatkan sikit masa untuk hidangkan pesanan pelanggan. At least, hantar air dulu kat pelanggan. Kasi mereka sejuk sambil minum-minum tunggu makanan. Tak adalah pelanggan duk jengah kapal terbang lalu je. hahaha!

Yang lain-lain kami berpuas hati sebab kedai ni bukan restoran besar yang kita boleh nak expect lebih-lebih bintang.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.