Friday, January 9, 2015

Hampir ke Penghujung Jalan

Selama 8 bulan yang lalu. Ya Allah lama rupanya saya dalam kelas ni eh. Tak sedar masa berjalan, dah masuk tahun 2015. Bermulanya kelas ini pada tahun 2014 dan insyaAllah akan menemui penghujung jalan pada minggu hadapan.

Faham tak betapa syahdunya rasa jiwa ni. Sebetulnya dulu tak berapa nak rasa syahdu la sangat. Namun akhir-akhir ini, makin kita dah nak habis kelas. Eh dia makin syahdu. Bukanlah sampai menangis. Tidak. Cuma rasa macam 'sayangnya'.

Kelas ini kelas biasa aje, namun yang istimewanya pada mata saya ialah semangat pakcik-pakcik dan makcik-makcik, kakak-kakak kat situ memanglah tersangat mengagumkan. Eh, saya pun kakak juga sebab ada seorang tu masih lagi belajar kot. Nampak masih muda dari saya.

Ini adalah kelas yang terhebat yang pernah saya hadiri selain masa belajar dahulu. Tak pernah terlintas difikiran akan melalui saat manis macam ni. Dikelilingi dengan orang yang dah berumur, namun jangan pandang sebelah mata. Saya kalah. Serius, saya kalah dengan semangat dan kesungguhan mereka.

P.S: semua gambar semasa majlis kat dalam ni bukan milik saya. Gambar ni diforwardkan kat dalam group whatsapp kami.


*** barisan meja saya. selalunya makcik baju hijau kat tengah, saya duduk sebelah kanan sekali.

Dalam kelas ini, saya jumpa kepelbagaian latar belakang. Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan insan-insan hebat ni. Mereka membuka mata saya. Awal-awal kelas, biasalah. Kami tak kenal sangat pun siapa nama. Sampaikan dipertengahan kelas pun kan, saya memang tak tahu apa nama pengajar kami. hahah. Malu je kan?

Nak dijadikan cerita, pada 1 malam. Biasanya saya akan duduk 1 geng dengan budak pejabat dan juga dengan budak 1 tempat kerja. Faham tak? 1 pejabat lain, 1 tempat kerja lain tau. hehe. Sehinggalah pada 1 ketika, kami terpisah. Saya datang memang dah lambat, namun selalu aje antara yang datang awal. Rumah saya dekat dengan tempat kami belajar. Natijahnya, kelihatan saya antara yang awal datang kelas. Padahal keluar dah lewat. 5 minit sebelum jam 8 malam. Jam 8 malam dah sampai kelas. 

Jadi, tempat 2 tempat member telah diisi oleh mereka yang datang selepas saya. Tak kan nak cakap tak boleh. Tempat duduk kan free. Sesiapa pun boleh duduk. Maka bermulalah saya duduk bersama-sama makcik-makcik yang saya tak kenal. Tak sangka ianya berbuahkan keseronokan.

Cerita tak tahu nama pengajar
1 malam, kami dah nak habis kelas untuk sesi tu kan. Makcik baju purple kat sebelah tanya. Masa tu dia baru aje masuk kelas ni. Dia memang nak sangat tahu nama pengajar kami tu apa. 
'Ustaz ni nama apa?', tanya makcik tu.
Saya terpana. Sebab saya tahu langsung apa nama pengajar ni. Senyap seketika. Lalu saya menjawab 'dok pasti pulak', teruknya saya masa tu!
Lalu saya bertanyakan pula kepada kawan di depan. Barulah saya tahu nama pengajar kami.

Hai, macam mana ni. Kelas dah separuh jalan baru tahu nama pengajar. 




Baru-baru ni kami dah dapat sijil. Kecil aje majlisnya. Lepas dah dapat sijil, kami sambung belajar balik. Makcik kat atas berdua ni adalah teman semeja saya. Ya Allah, mereka ni cepat tangkap apa yang diajar.

Selalu makcik yang tudung hijau ni tanya saya 'doh kalau gini, gane eh?'. Lepas dia tanya, dia jawab sendiri. haha. Dia pandai sangat dari diri nih. Selalu je jawab apa yang ditanya oleh pengajar. Berani. Peramah. Sebab tu saya kadangkala segan dengan makcik ni berdua. Mereka pandai sangat lah. Segannnn! Lepas tu saya ni kan selalu mengantuk kat kelas. Eh, betulkan sikit statement. Adakala mengantuk. Mulalah apabila ditanya mereka nih, saya terpinga-pinga. HAHA. 

Makcik baju purple tu kan, dia dah hadiri kelas kat lain. Eh kat sini pun dia datang. Saya terpegun masa dia ceritakan, dia belajar kat situ. Rajinnya dia. Memang patut malu lagi sekali.

Makcik baju purple tu kan. Alahai ada 1 kisah sedih. Minggu lepas, saya perempuan ke dua yang awal datang kelas. Masa tu tak ramai orang sangat. Kawan 1 tempat kerja saya dah sampai, jadi kami duduk bersama. Dah lama sangat rasanya tak dapat duduk bersama. Makcik baju purple ni kan teman semeja saya. Dia datang lambat. Jadi kami tak dapat duduk bersama macam kebiasaan. Makcik ni duduk di sebelah kanan meja sebelah. Bayangkan SIDE A and SIDE B. Makcik tu duduk kat side b. Saya kat side a. Haa, macam tu la lebih kurang.

Kelas tengah berlangsung, saya duk melilau-lilau sambil mendengar ustaz mengajar. Sekali tu, terasa macam ada orang pandang je. Sangat perasan kan? haha. Naluri ini kuat menyatakan ada orang pandang aku je. Saya kalih wajah saya ke kanan. Ternampaklah makcik ni ajak duduk sebelah dia. Kalau makcik nak tahu, banyak dialog kat kepala saya masa tu. 'saya naaakkkkkkk sangat duduk sebelah makcik. Tapi saya serba salah, tak kan nak tinggalkan kawan saya. Lagi 1, saya segan nak bangun dan duduk kat sebelah. Kelas kan tengah berlangsung, pengajar kat depan tengah mengajar. Jadi segan. Mintaakkkk maaf sangat'. Dah bajet nak mintak maaf dengan makcik ni minggu depan di kelas akhir kami. Bersalah sangat. Tolonglah rasa bersalah sama-sama.




Saya kaburkan muka-muka mereka, tak nak nanti kalau anak-anak mereka TERbaca blog ni. 'eh ini mak kita, ini ayah kita'. HAHA. Jadi untuk tidak menimbulkan masalah dan berlaku berat sebelah. Muka saya pun turut dikaburkan. Ini namanya seia sekata kami sekelas. haha. Memang dah plan nak pakai baju kurung, pakai tudung bawal pada malam tu. Sebelum ni saya main taram aje. Pakai instant syria je. Lepas tu pakai dress or jubah. Baju kurung tetap win di hati.

Girang bukan kepalang. Walaupun saya ni pelajar yang entah apa-apa, tak adalah nak bagus sangat. Tapi macam bagus aje dapat sijil. hahaha. Kasilah saya chance nak pegang sijil ni.

Nak tahu tak, masa pembahagian sijil kan, memang saya gelak sensorang. Bayangkan semua pakcik keluarkan handphone masing-masing. Dahlah canggih. Semua sibuk ambil gambar kawan-kawan yang kat depan. Masa tu macam, 'alahai comelnya mereka ni'. Handphone saya kecil je, handphone dorang besar lagi canggih. Pernah tau, seorang pakcik tu selfie kat dalam kelas. Saya tergelak tengok. Sebenarnya nak juga selfie, tapi saya segan. haha. 

Saya rasa kan, benda yang paling saya banyak buat ialah selalu perhatikan makcik dan pakcik ni di dalam kelas. Mereka sangat senang dan nyaman untuk kita lihat dan perhati. Gelagat mereka kadang mengundang lucu. Kadang buatkan kita rasa kerdil, maksud saya sebab ilmu mereka banyak. Kami ada group whatsapp tau. Haa, bayangkan saya dikelilingi oleh mereka yang dah berumur. Tengok gaya mereka bagi mesej kat dalam whatsapp. Mereka ni best!

Lagi 1, saya mungkin tak sambung untuk ke kelas seterusnya. Saya rasa macam tak mampu nak ikut lah. Serba salah sangat bilamana makcik yang berbaju hijau tu cakap 'rugilah kan kalau tak sambung', dia bercakap pada saya sambil matanya bersungguh-sungguh. Saya hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Namun tidakkah dia tahu. Saya tak akan sambung kelas seterusnya. 

Minggu lepas, lagi nampak kesungguhan yang ada pada semua pelajar ni. Makcik pakcik ni berusaha juga rancang untuk diadakan juga kelas seterusnya. Memandangkan pengajar kami dari KL, bukan senang dia nak ulang alik tanpa membabitkan kos yang rendah.

Saya perhatikan aje mereka berbincang macam tu macam ni. Masa tu la rasa macam, 'bersungguhnya mereka ni'. Kita yang muda patut malu pada diri sendiri.

Ya, saya memang dah cukup malu dengan mereka.

Kelas ni lah, satu-satunya kelas yang saya segan nak keluarkan handphone melayan whatsapp. Entah kenapa saya sangat hormati pada pengajar kami walaupun saya ni adakala mata terbuka otak tidur! haha.

Semangat mereka memang jauh tinggi dari saya. 
Saya tahu, saya akan rindu nak datang kelas ni lagi.
Saya sedar, akan rasa rindu nak tengok gelagat mereka lagi.
Saya harap saya tak menangis masa kelas akhir nanti!
Doakan saya, kalau tak mesti bertambah 1 lagi malu.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.