Monday, January 12, 2015

Kempen Masuk Sekolah

Tahun 2015 menyaksikan Cucu-cucu Tok Aluh telah melakukan gerak gempur memasuki alam persekolahan. Sejarah telah tercipta dengan menyaksikan 2 orang sepupu rapat telah ke sekolah yang sama. Justeru, kita terus berlintas langsung dengan wartawan lokasi kita di Kuala Terengganu. Silakan EL. 

HAHA. Dan dan je nama bunyi EL. 

Wahai penonton sekalian, saya pasti anda TAK tertunggu-tunggu akan berita ini. haha. Diberitakan pada pagi tadi, suasana agak tenang. Afiq dilihat berjaya membangunkan diri dan memandikan dirinya dengan lebih awal. Lebih awal daripada mak saudara nak ke tempat kerja. Situasi ini sebenarnya amat sulit untuk kita lihat dihari kebiasaan ini. Owh amatlah mengagumkan hati.

Afiq diberi minuman sebagai penambah tenaga yang diharap dapat menjadi pengenyang perut untuk seketika. Susu diminum sambil berbaring. Kelihatan Afiq amat senang sekali untuk ke sekolah. Uminya turut menggoreng keropok sebagai kudapan untuk Afiq.

Afiq turun daripada rumah. Manakala saya turut turun daripada rumah. Kami turun namun membawa haluan yang berbeza.

Afiq dipimpin oleh umi dan ditemani Humaira, masuk ke dalam kereta Toksu.


Semasa saya ke kereta, terdengar suara orang menangis. Saya terus ke kereta Toksu. Suasana nan indah pada awalnya, rupanya tidak bertahan lama. Hujan mulai turun di wajah Afiq.

Penonton sekalian, tahukah kalian semua. Afiq telah menangis sambil mencipta alasan 'Umi mari gi sama'. Ah, sudah!

KEADAAN SEDIKIT MENIMBULKAN ????

Adakah Afiq berjaya dipujuk untuk ke sekolah? Afiq dibawa turun dari kereta. Saya cuba memujuk beliau. Namun agak hampa. Afiq tidak menunjukkan tanda-tanda ingin dihantar oleh saya. Kami cuba pujuk lagi. Teringat akan gula-gula, lalu saya umpan dia dengan gula-gula.

Kami pujuk dengan menyatakan bahawa Adik yakni anak jiran, dah pun pergi sekolah. Jadi Afiq pun perlu ke sekolah juga. Nanti boleh jumpa dengan Adik.

Saya cuba bercerita itu ini. Umi Afiq turut sama memujuk. Humaira diberi peranan agar 'sayang' kat Abang Afiq ni.

Sementara kami memujuk, Toksu pula telah bergerak ke tempat kerja meninggalkan saya dan Afiq. Dengan erti kata lain, pandai-pandai la kami pujuk. Janji Afiq ke sekolah.




Kami berjaya tuan-puan. Foto ketika dalam perjalanan ke sekolah. Jauh merenung. Hanya Afiq yang tahu apa yang ada dalam hati dia, sebab kami tak boleh baca isi hati Afiq. Tapi kami boleh teka, kat tangan Afiq ada keropok keping. Bolehlah dianggap sebagai breakfast Afiq tadi. haha. Harap tidak bergelora lah perut Afiq anak saudaraku.




Orang yang sama menjadi penumpang kereta saya. Bezanya dulu dia 'aaa.' 'aaaaa'. Tak reti nak bercakap. Sekarang dia 'Adik ada kat sekolah juga ke?'. Makin petah bercakap. Saja lah membawa penonton mengimbau kenangan silam.

Semasa dalam perjalanan, telefonku berbunyi. Rupanya Baihaqi nak ke sekolah juga. Kiranya Baihaqi terlewat beberapa minit aje dengan kereta saya. Jadinya Baihaqi telah dihantar oleh ayahnya.

Untuk makluman, saya tak baca mesej di whatsapp. 

Rupanya Baihaqi telah bangun dengan lebih awal lagi. Pada jam 6.09 minit pagi, Baihaqi telah menghantar voice note mengingatkan kepada Afiq 'Afiq Afiq Afiq Afiq Afiq.. nok gi koloh ni. Afiq Afiq Afiq. Nok gi koloh'. Suara Baihaqi adakala kuat, adakala seperti sedih. HAHA.


Banyak juga voice note Baihaqi ni. Kalau boleh post kat sini, dah lama saya perdengarkan kepada penonton semua.

Jam 6.48 pagi, Baihaqi telah lengkap berpakaian sambil menguntum senyuman yang cukup manis. Semanis tebu yang dimamah oleh mereka petang semalam.

Sampai di sekolah. Afiq baru boleh tersenyum sedikit apabila melihat Baihaqi. Masa kami turun dari kereta, sebenarnya Afiq sempat bertanya 'adik ada ke dalam tu?'. Saya biarkan persoalan tu di bawa angin. Malas nak jawab, malas nak kelentong banyak-banyak, takut terbelit.

Kami bertemu di kelas. Ayah Baihaqi selang beberapa ketika keluar meninggalkan kami untuk ke tempat kerja. Diciumnya Baihaqi. Saya selaku penonton nak tergelak pun ada. Yelah, Baihaqi tu kan besar, dah makin petah. Namun itulah anak kesayangan ayah dia.

Baihaqi sangat riang. Dibukanya buku nak menulis. Afiq pula masih terawangan lagi.

Seketika, saya tinggalkan mereka berdua secara dengan normal. Ertinya, berlalu bukan secara senyap-senyap, tetapi macam biasa je. Ini kerana mereka berdua nampak baik-baik sayang aje di situ.

Semasa tengah hari, ketika nak ambil mereka.



Dari luar, saya dengar suara Baihaqi menangis. Ingatkan sebab apa. Rupanya Toksu cakap, dia pukul Afiq. Jadi Toksu tanya 'bakpe wak ke Afiq'. Terus Baihaqi meraung, eh newboys dah besar dah ek. 

Ditika ini, mereka kelihatan asyik bermain. Sebenarnya saya datang senyap-senyap sambil menyorok untuk ambil gambar. Kanak-kanak lain kebanyakkannya dah balik. Jam hampir 1.00 tengah hari. Toksu cakap 'cuda mari doh'. Mereka tak nampak saya, lalu dijawab mereka 'dok mari agi'.

Hanya budak perempuan tu yang perasan saya ada datang berdiri kat situ. Budak perempuan ni 2 beradik. Tadi adik [yang kat depan tu], menangis. Kesian, jadi saya pujuk. Rupanya budak ni, makin kita pujuk makin dia menangis. Lalu saya dinasihatkan agar membiarkan sahaja dia menangis. Tak lama kemudian, dia senyap sendiri. 





Toksu selaku cikgu Tabika Kemas, telah menjalankan tanggungjawab rutin beliau. Menulis nama di mana-mana sahaja. HAHA. Katanya, Baihaqi tak pandai jaga barang. Jadi barang dia merata-rata. Untuk elak daripada hilang, maka langkah pencegahan telah diambil. Kalian nak tahu, barang si Baihaqi akan dikutip oleh Afiq. Toksu cakap 'reti Afiq ni'.




Lagi sekali entry mengenang kisah lalu. Masa Tu Tajuk Tengah Bengang 

Ketika ini, Baihaqi sedang mengukur tinggi dan juga menimbang berat. Toksu cakap, Baihaqi tak ukur, tak nak juga menimbang. Afiq dah selesai buat semua tu. Diceritakan lagi, Afiq kalau orang ajak mengaji, dia pergi. Baihaqi pula tak nak. haha. Ok la tu, janji Bai tak menangis sudah lah.

Berat Baihaqi : 24kg [lebih kurang]
Tinggi : 99/100cm. Dia berdiri tak berapa nak tegak.



Bila melihat mereka berdua. Rasanya baru semalam mereka lahir. Kecil mengekek ketawa, merangkak, muka blur. Sekali pandang lagi, eh dah besar rupanya eh. 

Hari pertama boleh dikatakan mereka berdua berjaya. Berjaya melepasi setengah hari di sekolah. Almaklumlah, budak-budak yang baru nak masuk 4 tahun, apa sangat yang kita boleh harapkan. Nak cakap dia nak pergi sekolah lagi esok? Urmm, jika kita dengar janji-janji mereka. Memang sangat menkencing maniskan sangat. 

Baihaqi : dalam beg dia, penuh dengan buku.
Afiq : dalam beg dia, penuh dengan baju. hahah
Baihaqi : bawa air sebotol besar
Afiq : bawa botol susu lah. 

Namun mereka masih budak-budak yang ingin melalui zaman kanak-kanak mereka. Sekali seminggu ke sekolah, urmm itu pun sudah cukup baik. Dah cukup baik sangat dah tu.

Sekian dulu laporan daripada KT. Nantikan pula laporan di Chabang Tiga dan juga Kemaman di hari esok. Ramai lagi ni saya nak kasi laporan. Nantikan ya sambungan dia. 

Err, kalau tak nak nanti, tunggu pun tak apa juga. HEHE



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.