Friday, January 16, 2015

Kisah Mereka & Sekolah

Hari ini sudah menjangkau 15 Januari 2015. Saya sambung lagi perjuangan kisah mereka dan sekolah. Beberapa hari yang lalu, saya menceritakan perihal anak-anak saudara yang dekat dimata. Hari ini, InsyaAllah saya akan bercerita pula mengenai mereka yang jauh dimata akan tetapi selalu melekat di sanubari. 

Memang 2015, menyaksikan ramai anak-anak buah mula bersekolah dengan pelbagai ragam dan 1001 cerita. 





Abam Rayyan yang tinggalnya tak adalah jauh sangat dengan kami. Namun jambatan Sultan Mahmud menjadi pemisahnya. Jadinya, saya dan keluarga hanya mengetahui ceritanya hanya melalui whatsapp sahaja.

Dimaklumkan bahawa prestasi abam agak goyah pada hari pertama sekolah. Menangis dan tidak dapat berjauh-jauh dengan ayahnya. Ketika aktiviti dilakukan, terpaksa emaknya menemankan di belakang. Kalau tidak, mesti akan ada aliran air di wajah. hehehe.



Bertabahlah abam. Dunia persekolahan abam telah bermula. Kami yakin abam akan dapat sesuaikan diri di PASTI yang saya tak tahu nama penuhnya. Walaupun abam mempunyai pelbagai alasan di tika pagi, namun akalan yang kreatif abam perlu disimpan dahulu.

Kita ke sekolah dulu eh! Kan abam dah pandai nyanyi 'a i e o u, i bunyi ikan, u bunyi ular. O o otak yang bijak, u ular membelit'. HAHA. Main taram je lirik. 




Kita ke Shah Alam. Anak buah yang sememangnya jauh dimata. Rasanya tahun ini Biha ok. Dah masuk tahun 2, jadinya cerita Biha saya tak pandai nak olah. Bangun di awal pagi. Bagus sangat! Dan yang lain-lain, yang saya tahu, beg Frozen Biha masih belum sempat dipos. Masih tersimpan di pejabat. Hari demi hari nak keluar dari pejabat, namun kekangan dengan kerja membuatkan saya terpaksa sedapkan hati 'pos esok'! 

Hutang masih belum langsai.

Manakala kakak-kakak Biha dah pun masuk sekolah menengah. Damia dan Nina di sekolah menengah. Tahun pertama bagi Damia di sekolah menengah dan Tahun ketiga bagi Nina. Sekejap je masa berlalu. Oh, gambar mereka tak akan dipostkan ke sini.




Bergerak ke Gombak. Anak buah yang masuk darjah 1. Biasalah, pagi-pagi nak ke sekolah mestilah ada telenovela. Kalau tiada telenovela hari kita tidak indah. Senyum-senyum meoww! haha. Rasanya tak ada masalah sangat dengan Fiya. Boleh ditinggalkan tanpa pengawasan yang maksimum daripada emaknya.




Masa rehat mungkin. Gambar masuk kat dalam whatsapp terlalu banyak pada hari persekolahan. Selalu juga belek handphone semasa kerja. Namun saya nekad, aih! Handphone kena tolak ke tepi dulu. Curi-curi taip cecepat macam tu je la.



Ini kakak Fiya. Panggilan manjanya Sasha. Tahun ni dah masuk darjah 2. Cukuplah tanda peace membuktikan Sasha ok di sekolah. Kan dah besar kan? Dah jarang kami bermesej sejak dia masuk sekolah. Kalau tak, memang kena melayan mesej dia. Kalau lambat jawab, maka 'Sasha dah tidur dah, cuda baru balas'. Kesian, sebab tu terpaksa maklum awal-awal. Lepas balik kerja nanti cuda mesej. Tak adalah dia tertunggu-tunggu.




Kita kembali ke Pantai Timur. Nun di Kemaman, 1 pasukan Mok Chili telah bersiap sedia untuk ke sekolah, Tiada dalam gambar, Qayyim dan Rusyda. Mungkin masih tidur. Anak kecil tidak perlu diheret sama. Ini cerita mereka yang bersekolah.Qayyim juga bersekolah di PASTI Adam, Mok Chili. Kebiasaannya, Qayyim datang lambat ke sekolah. haha. 

Ok, berbalik kepada mereka. Adaa pada tahun ni dah masuk darjah 1. Alhamdulillah, kesemua ok setakat ni lah kan. Rasanya tak banyak permasalahan sangat kot. Mereka dah biasa dengan sekolah. Dah dilatih dengan jayanya oleh kakak-kakak mereka. Yang sulung dah pun sekolah menengah. Eh dah Tingkatan 2! Wah! Satu lagi, mereka boleh berdikari sendiri. Almaklumlah, adik beradik mereka ramai. Meriah! Dan mereka juga sebenarnya bersaing sesama mereka terutamanya dalam penglibatan di sekolah dan juga kokurikulum. Baju pink sebagai bukti. 

Sekian untuk cerita sekolah anak-anak buahku. Kali ni, tak boleh lah nak tulis panjang-panjang sangat. Ini sebab, mereka tak ada kat depan mata. Jadi saya tak akan pandai mengolah ayat sesuatu yang saya tak tahu cerita. Tak akan ada nak mereka cerita pasal anak-anak buah macam itu macam ini. HAHA. Yang saya tahu saya akan tulis, yang saya tak tahu memang tak akan dicoret di sini.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.