Saturday, January 31, 2015

Mencari Keserasian

Bagi teman-teman yang rapat denganku, sudah tentu tahu bagaimana pembelian saya terhadap kasut. Boleh disimpulkan ianya menemui simpulan mati. haha. Ingat senang ke nak cari kasut yang betul-betul best dengan kita? Bagi anda mungkin mudah. Namun ketahuilah kalian, bagi saya ianya agak kelam bagaikan meniti arang di malam hari. 

Seandainya kalian pengikut tegar blog ini. haha. Saya tahu tiada yang lebih tegar dari saya melainkan diri ini sendiri. Blog kita, diri kita. Mana mungkin orang lain lebih tegar dari dirimu? Bisakah jadi begitu? Tentu tidak akan terjadi kerana dirimu adalah orang yang paling faham akan dirimu. Lahai, nak ayat berbelit-belit. Ayat mudah, kita yang lebih faham diri kita. Bukan orang lain. Kalau kamu biasa membaca blog ini, tentu akan maklum bahawa banyak juga entry mengenai kasut yang saya ceritakan. Yang paling akhir saya ceritakan ialah pada tahun lepas. Urmm dalam bulan 10/11 mungkin.

PERKARA YANG TIDAK AKAN DIULANG LAGI



Tiamo kasi mesej semalam. Mesej dia saya tak teruja langsung. Tak. Saya rasa fobia! Pabila membaca mesej nih, terimbau kembali kenangan pada awal tahun lepas. Ngam-ngam 1 tahun kejadian. Kegilaan yang sangat menginsafkan, memeritkan, menyesalkan diri sendiri!

Sebab tu orang cakap, jangan ikut hati. Nanti mati. Haa, kan dah mati. Maka tanggunglah mati tu sendiri.




Datang ke Alamanda untuk membeli kasut. Dari kedai ke kedai saya masuk. Lalu kami ke Tiamo. Serius rasa nak beli semua. Kasut ni macam ada kuasa pukau memukau mata kita. Kecomelan mereka lagi lah membuatkan kita rasa 'nak ni, nak tu'. Saya memang suka flat shoes, wedges and say NO to high heels. Dulu saya boleh berlari dengan high heels, namun sekarang. Dah berubah. Pakai sekejap pun dah sakit pinggang. Maka ada yang saya kasi kat orang, ada juga yang masih tersadai dalam rak kasut.




Masa ni saya rambang mata dan fikiran. Yang mustard tu pun cantik, yang dark blue tu pun cantik. Berkira-kira lalu congak cepat-cepat. Nanti kalau nak ke tempat kerja, lebih sesuai dengan dark blue. Walaupun saya ni tak berapa kisah tentang warna, namun kasut ni nak dipakai harian. Maka banyak kena fikir. Lalu saya ambil dark blue.




Sebenarnya kasut ni pun saya berkenan. Namun ianya melebihi bajet saya. Kami hanya ditakdrikan bertemu namun tiada berjodoh. Maka saya tinggalkan dia di situ. Entah siapa tuan dia, tidaklah saya ketahui.




Kan dah cakap, ikut hati mati. Inilah yang mematikan duit-duit saya. HAHA! Dan juga sebenarnya sangat membazir apabila kita membeli kasut secara borong serentak. Bangga ke beli kasut banyak-banyak? SERIUS TAK! Dan saya rasa inilah kebodohan yang tersangat piang! Gambar ini dan segala kenangan ini kalau boleh saya nak delete dari memori saya. Namun saya realistik, mana mungkin kita boleh lari dari ketidakcerdikan, maka belajar lah mengubahnya.

Nak tahu? Kasut yang berwarna hijau tu. Riben dia tercabut selepas 2/3 kali saya memakainya. Riben tu tak berapa sesuai kerana tersekat dengan kain yang saya pakai. Selepas itu, kasut tu tidak menjadi pilihan kerana kecacatan riben dia. Saya yang asyik bertangguh nak letakkan gam pada riben. Akhirnya, kasut tu mengalami proses keuzuran sebelum waktu.

Merah : Selesa dan saya pakai sehingga riben dia terkulai layu nak jatuh. HAHA. Saya selalu bimbangkan riben kasut ni. Bila kita pakai, kita akan dapat rasa yang riben tu menanti mati. Selalu je berdoa 'jangan la riben ni jatuh. maluuu!'. hahaha

Dark blue : yang ni saya selalu pakai dan pakai sehingga lusuh. Nak kata tahan, tak ada lah sangat. Mungkin sebab saya agak lasak. Maka kasut-kasut ini dah menemui titik noktah!

Kesemua kasut di atas dah selamat berada di dalam plastik sampah. Sebenarnya, secara puratanya. Kasut ini sempat bertahan hanya beberapa bulan sahaja. Kiraan kasarnya ialah lebih kurang 8 bulan. Jangan terkejut. Ya, hanya 8 bulan je untuk 4 pasang kasut.

Dan bukan bermakna pada tempoh itu saya tidak membeli kasut. HAHA. Ada lagi kasut-kasut yang sempat saya beli. Contohnya North Star saya yang hilang selepas beberapa minggu saya beli. Saya juga sempat membeli kasut di Vincci dan sekarang tersadai di dalam rak kasut. Juga, flat shoes yang juga tersadai. Tapi ini tersadai di bawah meja di pejabat.

Yang saya pakai hanyalah kasut INI. Kasut ini sebenarnya dah rosak TERUK. Sangat teruk. Saya tanyakan pada sepupu saya [kerana dia biasanya memberi pandangan yang jujur]. 'Kalau awak, awak pakai dok gi kerja?', tanya saya. Jawab dia 'Kalau saya, saya buang doh. Dok pakai ar kasut gini gi kerja'. HAHA. Teruk sangat katanya. Kasut tu baru berusia 3 bulan lebih. Kawan saya cakap, saya pakai lasak sangat. Entah. Susah nak cakap. Memang saya dah tak tahu kasut macam mana yang sesuai dengan saya. Eh jap, macam saya tahu kasut mana yang sesuai. Crocs. Macam kasut-kasut plastik macam tu memang sesuai lah. Tapi bila cuba, tak sesuai dengan saya. Tak berapa selesa nak melangkah, selalu je nak tercabut disebabkan stoking yang saya pakai. Sebab tu lah, saya pendamkan dulu crocs ni.

Dan sebenarnya, kawan baik saya dah warning kat saya. Jaga kasut elok-elok, dan cuba beli kasut 1 kali setahun atau jangan kerap sangat. Tengok berjaya ke tak saya jaga kasut! Sebab dia beli selipar crocs pada tahun 2009 sampai sekarang masih elok! Hampir 6 tahun tu. Malu sangat weyh dengan dia.

Saya tahu, saya dah gagal! Tapi tak apa, nanti saya cuba di lain kasut eh. Tahun ni saya tak beli kasut lagi tau. haha. Wish me luck!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.