Monday, January 5, 2015

Tragedi Demi Tragedi

2014 telah menutup tirainya pada beberapa hari yang lalu. Berakhir 2014 bermakna 2015 pula mengambil alih. Azam? Tiada senarai sepanjang 4 muka surat. Bukan bermaksud tiada azam, tapi rasanya diri ini semakin realistik mengenai azam.

Rasanya azam itu perlu mengendeng-ngendeng diri setiap hari. Kalau tak, ianya akan menjadi satu senarai tanpa tindakan yang sangat membazir.

Maka marilah kita ke isi dalam entry ini yang sebetulnya. Oh ya, bukan nak gebang mengenai azam, itu hanya intro yang memang melintas hormat di fikiran.

Sebetul-betulnya ini yang nak diceritakan.

Memandangkan kerja yang masih belum menemui titik penamat. Maka disegerakan untuk menyambung semak di rumah. Adakah ini dipanggil rajin? Tidak. Ini bukan rajin. Namun inilah pengorbanan. Pengorbanan yang perlu dilakukan kerana siang tadi kat pejabat banyak celang celup pergi makan. HAHA. Kebetulan tadi ada jamuan kecil. Maka selalu lah berulang alik ke tempat makanan. Makan buat kerja, makan mengunyah. Masa agak terbuang apabila makan. Berbau workaholic. Tidak juga. Semuanya TIDAK TIDAK. Habis tu apa?? HAHA. Marah nampak. Habis tu dah memang tidak, tak kan nak jawab ya. Asyik ayat HABIS HABIS HABIS, Tak ada ayat lain ke mek?? haha. Maroh ke? Dok eh. Ikut mung ar. LOL!

Maafkan ajelah dia ni. Otak penat gamaknya, tapi nak menulis juga.

Tadi sebenarnya nak cerita kisah sedih. Dah agak berselirat dah cerita ni. Jap, nak kumpul maklumat jap.

Ok. Tadi kan, sambil-sambil buat kerja. Sambil melayan Majalah 3. Kisah yang masih lagi hangat diperkatakan iaitu banjir. Kali ni, M3 membuat liputan di Kelantan. Negeri yang sangat-sangat-dan-sangat teruk dilanda banjir.

Belum berkesempatan untuk jejak kaki ke Kelantan sebagai sukarelawan atau apa-apa lah. Walaupun ada rancang dengan kawan baik nak turun kat sana. Berangan la juga nak jadi sukarelawan. Namun memandangkan kerja masih belum siap. Tanggungjawab di sini turut menuntut diri terus berada di sini. Tak boleh lagi nak bercuti. Kalau berangan, tak ada bayaran kan? hehe. 

Selepas melihat aktiviti sukarelawan di facebook. Hati mengetus, bukan senang untuk menjadi sukarelawan yang sememangnya rela berkhidmat memberi pertolongan kepada mangsa. Kenderaan biasa tak berapa nak kuat kudratnya untuk melawan lumpur berselut. Itu belum dicampur sekiranya perlu meredah air. Ohh kuatkah kita? Saya maksudkan diri saya. Bimbang-bimbang menangis di depan orang ramai. Malu. Kuatkah mental untuk melihat semua kemusnahan dan rintihan penduduk? Sukarelawan yang dah ke sana, anda memang insan hebat! Saya pernah merasai keadaan sunyi ketika banjir besar di Kemaman pada tahun lalu. Rasanya teramat mendalam. Hanya dapat berkongsi rasa dengan diri sendiri. Hening dan sunyi. Sebak mengepung diri. Kali ini keadaannya berkali ganda sedih. Mampu? 

Cuma, apabila melihat M3 tadi. Airmata mengalir bagaikan alur kecil. Entahlah, mungkin hati ini sangat rapuh. Mudah teremosi. Oh, sesiapa pun mungkin akan teremosi juga. Hati apakah yang tidak terusik dengan keadaan sedemikian? Rumah runtuh, hanyut dibadai air, lumpur pula menyaluti rumah. Sekali pandang, lumpur dah macam krim kek. Terlalu banyak. Rumah basah, hati basah, mata basah, baju basah, alam basah. Sejuk lagi membekukan.

Ketika saya masih mampu minum air twister sambil menyemak laporan jadual. Manakala di muka tv memaparkan helikopter TUDM/Bomba menyalurkan bantuan makanan. Terguris. Bukan terguris lah. Urmm, sebak sehingga ke tulang apabila melihat orang-orang kampung berlari ke arah heli yang mengagihkan bantuan. Mereka berlari sambil menundukkan sedikit kepala mereka. Mengambil dengan cepat secepat mungkin. Seumur hidup, rasanya tidak pernah kot melihat situasi menghibakan begini di tanah air sendiri.

Air mata mengalir lagi. Hati berdegil nak tengok juga M3.

Kita tak tahu bila kali akhir mereka menjamah makanan. Bila mereka berganti baju, bila mereka membersihkan diri mereka, bila mereka lena tidur dengan sebetul-betul lena, bila hati mereka tenang. Kita tak tahu.

Yang saya hanya nampak melalui tv. Mereka beratur panjang untuk makanan. Dan yang paling sedih apabila larian mereka sampai di pintu helikopter. Petugas memberikan isyarat 'dah habis'. Mereka berpatah balik sambil berlari. Sangat meruntun jiwa melihat adengan realiti sebegini. Kalaulah saya seorang petugas masa tu, rasanya dah lama menangis. Terdetik dihati saya, betapa kuatnya hati petugas. Rasa nak pinjam kecekalan jiwa mereka. 

Pernah tak kita terfikir. Mungkin dulu kita pernah membazir makanan, mungkin dulu kita enak dibuai senang. Sekali Allah uji, nak dapat makanan punyalah susah. Saya takut sangat bila fikir begini. Kali giliran kalian. Kami pula? DIA sahaja yang tahu. Nauzubillahiminzalik.

Sebenarnya Allah masih sayang pada kita. Allah uji kerana Dia tahu kalian mampu. Banjir ini sangat mengingatkan kepada tsunami, mengingatkan kepada hari Kiamat. Maafkan saya sebab selalu fikir bukan-bukan. Ini yang saya fikir. Kita takut, kita terpisah dengan keluarga. Kita hanya fikir nak selamatkan diri. Kita tak ada apa-apa untuk selamatkan diri. Harapnya insaf ni bertahan lama kat dalam jiwa.

Bezanya kan, tsunami membunuh banyak nyawa. Datang sekelip mata. Meranapkan semua harta benda tak kira bangunan atau kenderaan, rumah segala-galanya. Tapi Allah masih lagi memberi peluang kepada kita. Diberi air sedikit demi sedikit. Menjadi banjir besar. Sekurangnya, sempat juga kita berfikir nak selamatkan apa walaupun keadaan mungkin kelam kabut juga kan. Kita ditarik harta benda, namun masih dipinjamkan nyawa. Masih diberi peluang untuk bertaubat. Sebenarnya, saya sendiri takut untuk menulis yang baik-baik mengenai peluang yang diberi Allah. Kerana takut hanya alim pada tulisan. Moga dijauhkan. Takut kita diberi kesedaran namun tidak mempunyai kekuatan untuk berubah. Seperti yang saya katakan kepada rakan rapat, 'kita sedar tapi sendu-sendu je berubah'. Semoga Allah memberi kita 1000 kekuatan untuk terus dijalanNya.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.