Monday, March 9, 2015

Duit Kerah

Setiap orang mempunyai hobi yang pelbagai. Tak terkecuali diri ini. Entah, boleh dicakap hobi atau memerangkap diri dalam kesukaran? haha. Jawab sendiri.

Diri ini sangat alah dengan duit baru aka duit kerah [duit keras sebab tak terlipat lagi, tak kedut kedut lagi, masih berbau bank]. Bajet sayang nak guna duit-duit tu semua. Namun pada hari raya, saya memerlukan duit kerah disebabkan tak suka guna duit buruk. Tak suka nak kasi kat orang atau anak-anak buah atau anak-anak kenalan dengan duit buruk. Tak suka dan rasa tidak hari raya! haha. Nasiblah hanya bab duit raya. Kalau tak, mahu hidupmu dirundung kesukaran.

1. Kalau nak bayar makanan atau membeli apa jua barang lah kan. Biasanya duit buruk-buruk akan menjadi mangsa. Bukan niat nak membuang mereka, dihati sayang namun sesuatu perlu dikorbankan demi melalui kelangsungan hidup dan mewujudkan proses jual beli. 

Maka, saya akan cari semua duit yang dah kedut-kedut. Haa! Jangan terlintas kat dalam hati tu 'kalau duit kedut, iron lah dia'. HAHA. Siaplah siapa yang buat lawak Ujang macam tu.

2. Kalau withdraw duit, mana yang baru saya akan simpan. Duit tu saya tak guna. Biasanya memang tak guna melainkan dah tak ada duit buruk yang nilainya boleh dibayar dengan harga barangan. Contoh kan, biasanya kalau ambil RM200. RM100 berada di dalam kategori baru, maka akan disimpan RM100 tu. Balance dia saya akan belanjakan mengikut keperluan ataupun jika terpedaya dengan duniawi. 

Cuma saya tak adalah semua simpan duit baru. Pandai pandai lah. Kalau note RM20 dah ada beberapa keping, itu dah cukuplah. Tak kan nak simpan sampai berpuluh puluh keping, itu namanya haru biru!

Cuba juga nak buat tak endah pada duit baru, namun masa kita nak membayar tu kan. Mesti macam ada speaker kat telinga hasut 'duit kerah ni..sayang nya!'. Ah, samseng sungguh hasutan ni.

3. Kalau ada apa-apa pembayaran yang saya memang dah tak ada duit buruk, sanggup tukar dengan member dan cakap kat dia 'nanti orang ambil balik lepas ada duit'. Kiranya macam member terheret sekali dengan hobi aneh lagi membelitkan ini. haha.

Biasanya akan dipesan oleh penaja 'jangan guna duit ni, jaga molek bla bla bla'. Kalau member tu boleh pancarkan dialog yang ada dalam minda diaorang, rasanya dah lama saya nangis. haha

Kisah Tragis

Satu malam beberapa malam yang lepas. Saya ke Giant beli kasut. HAHA. Kasut lagi. Nantilah kita share cara DIY. Itu pun kalau rasa tak kedekut nak share idea. Ya Allah jahat betul lintasan hati ni.

Selepas pembayaran kasut berakhir, saya dan kakak ipar 2 terus keluar dari kedai. Semasa melintasi 1 kiosk, saya tertarik nak tanya harga untuk 1 cream ni. Alah, segan sangat weyh nak sebut nama cream tu. Nanti kena gelak dek orang je.

Niat asal nak tanya harga je. Namun nak dijadikan cerita, lepas dah tanya harga dan pendapat kakak ipar 2. Akhirnya saya berlembut hati nak beli cream tu. 

Masa nak bayar cream tu, kat purse saya tak ada langsung duit RM20. Saya hanya ada RM10 dan duit seringgit dan seringgit yang mana apabila dilihat sepintas lalu. Urmmm, tak cukup!

Lalu dengan berat hati, saya ambil note RM50 yang masih baru lalu dihulur kepada puan kiosk tu. Lepas dah hulur duit tu, tangan masih mengagau duit kat dalam purse. 

Tiba tiba, puan kiosk tu cakap:

PK: Ada duit kecik dok?
Pembeli: Ooo.. kejap. Tengah cari gok ni takut ada.

Bila saya ambil semua duit dalam purse tu, rupanya cukup RM20. Maka saya bagi ajelah duit tu kat dia.

Eh eh. Apabila saya dah bagi duit RM20 kat dia, ada ke dia kasi saya duit RM50 yang lain. Buruk dan dah terkoyak kat tengah tengah. Nasib tak terbelah dua. Rasanya sebab dilipat lama sangat kot. 

Saya terkejut lantas secara spontan:

Pembeli: takmo duit ni. Nok duit kerah hok saya bagi tadi.

HAHA. Maaf sebab sangat spontan. Tak berniat apa-apa. Saya cuma nak duit saya balik. Itu aje.

Lantas dia juga spontan, atau mungkin sebab terkejut campur takut kot. Terus buka drawer plastik tempat duit dan ambil note RM50 terus kasi kat saya.

Sebab saya rasa mana boleh, dia ambil duit RM50 saya yang baru dan nak duit kecil. Bila kita kasi duit kecil, dia pulang balik duit buruk. Macam 'urmm tak moh gitu'.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.