Monday, March 23, 2015

Hadapi April Dengan Perisai

Apa khabar hari anda? Hari saya adalah baik. Saya juga adalah berkondisikan baik baik aje. Namun ada beberapa yang tidak berapa nak baik.

Menjelang tibanya April, pada Jumaat yang lalu. Pelbagai perancangan tiba tiba menerpa di kepala sehingga menyebabkan kesesakan dan perancangan itu bertembung dan berselirat di minda. Lalu saya huraikan keseliratan itu di atas nota putih dan saya realitikan pada hari Sabtu keesokkannya. 

Sebelum saya huraikan tentang perancangan tersebut, marilah saya huraikan perancangan yang telah menjadi kenyataan. Kan sedap sikit nak berkongsi kat MPS.

1. Berjaya beli radio combo! Boleh pasang kaset. Haa jangan gelak bila cakap boleh mainkan kaset. Memang sangat old style, namun kaset kaset masih berkeadaan baik, maka kenapa perlu kita membazir? Radio ini juga boleh dimainkan vcd, usb serta memory card. Nama pun set combo, memanglah macam macam ada. 

Dan sekarang, radio ni memang aktif berkhidmat untuk saya. Alunan yang saya suka dengar sekarang berkumandang di corong radioku. Ewah. Rasa macam sajian istana di zaman silam pulak.

Bukan mudah nak dapatkan radio ni. Sepupu saya terpaksa mainkan peranan penting. Sebenarnya, dialah yang mula mula beli radio ni. Lalu saya berkenan. Pada masa itu harganya ialah xxx je. Saya pergi survey namun tak bawa pulus pun. Mereka masih boleh kasi harga seperti yang sepupu dapat. Aih, masa Sabtu baru baru ni kan. Harganya telah naik hampir RM30! Woww! Penyesalan mula berkumpul diminda.  Saya suruh menyesal pergi main jauh jauh. Memang menyesakkan kepala.

Saya memang dah nekad nak radio tu. Akhirnya dapat beli radio tu dengan harga yang berbeza sikit la dengan sepupu saya. Tak apalah, memang tak ada rezki nak dapat harga sama dengan yang dulu. Amoi ni cakap, harga barang dah naik sebelum GST lagi. Dia pening kepala oo nak guna mesin yang semua transaksi kena print. Dulu aa, amoi ni cakap dia manyak sinang. Tulis tangan je oo, ini tidak. Kena print pulak. Sistem ni pula kena bayar 8 libu. Mahal oo. Nah, mu amik seme la kertas ni. Aku print saloh doh. HAHA. Comel sangat auntie ni! Saje je guna ayat amoi tadi, sebab nampak comel.

2. Saya beli prepaid banyak banyak. Nak kumpul sampai hujung tahun 2015. Bila dah 2016 baru lah nak beli prepaid dengan harga GST! HAHA. Saya dah beli stock baru untuk 2 bulan. Dan bakinya, saya masih lagi fikir. Nak jadi tokey prepaid ke tak eh? hehe. 

Oh ya, 2 bulan lepas saya dah terminate semua bil. Jadinya tiada lagi postpaid melainkan prepaid sahaja. Saya cuba urus kewangan dengan baik. Dan setakat ini sangat baik bagi kos kos internet/bil telefon. Sepatutnya dah lama saya cuba transformasikan perkara ni. Sekarang saya gunakan U Mobile and Maxis. UMi baru je guna beberapa minggu manakala Maxis dah berzaman.

Setakat hari ini, 4 senarai telah tertera di atas nota itu. 

1. Perancangan pertama ialah mengenai hidupku. Maksud saya mengenai jangka panjang hala tuju kehidupan. Kata mudahnya ialah mengenai duniawi. Impian untuk memiliki aset semakin meruncing tatkala April menjelma. 

Sebelum ini, saya dah banyak kali turun naik dengar penjelasan itu ini. Balik rumah, semua maklumat itu saya simpan. Simpan eh bukan buang. Akhirnya pada Jumaat beberapa hari yang lepas, saya merasakan memang perlu 1 keputusan dibuat. Doakan saya semoga berjaya. Ah bukan nak buka bisnes pun. Jangan fikir yang jauh sangat ke depan. HEHE.

2. Ada beberapa peralatan eletrik yang perlu saya beli. Contoh wayar. Dah beli tapi silap. Alahai, bila tanya kat kedai, dorang cakap dah tak keluar wayar macam saya nak tu. Manalah nak cari ni eh.

3. Barangan untuk kereta ada yang perlu ditukar. Maka kos untuk kereta dah disiapkan. Saya tak nak tukar bila bulan April, nanti kos naik [biarkan saya fikir macam ni. Biarkan]. Jadi dah plan dengan abang 2. Nak minta dia belikan dan dia pasangkan. Jimat kos! Saya rasa saya dah macam dalam rancangan extreme cheapskates! HAHA.

4. Oh, masa Jumaat itu juga saya membelek belek promosi Tupperware. Dan entah kenapa, apabila saya membuat kira kira beberapa barangan, owh! Dah naik lebih kurang RM4. Lalu saya bongkarkan semula nombor seorang penjual 1 tupperware cepat cepat. Saya tanya berapa RM bekas yang saya nak. Dia bagitahu harga. Tak terus setuju, tapi saya tanya pulak dengan member yang memang penjual tegar tupperware. Dikasinya harga. Eh tak cukup tak cukup. 

Pada hari Sabtu, saya pergi sendiri ke stokis Tupperware dan dikasinya harga. Ok, dengan penjual 1 lagi murah! hehe. Saya setuju nak beli dengannya. Ada lagi beberapa yang saya berkenan. Cuma saya dah bajetkan hanya beberapa RIBU je untuk tupperware. RIBU?? Bukan ribu, itu nak berniaga namanya. Hanya beberapa ratus untuk tupperware. Percayalah bukan RM999. Tidak dan rumah saya bukan rumah tupperware. Cuma menggunakan bekas plastik biasa. Tak adalah sampai nak menyertai perlumbaan membeli dan membeli tupperware pada setiap bulan. Syukur, setakat ini tak ada dan harapnya tiadalah sebegitu.

Ini pun baru berjinak jinak nak membeli. Cukuplah sekadar ada. Saya tidak tamak untuk memiliki semua koleksi tupperware. Cukuplah sekadar seadanya. Cukuplah, boleh diisi makanan apabila ada apa apa majlis. Tu je. Kalau nak buat koleksi sampai penuh almari namun tak digunakan, rasanya saya perlu fikir dan tidak mengikut nafsu yang kelak membinasakan diri.

5. Saya pandang bilik yang kosong. Entah kenapa minda saya terus bayangkan pampers Humaira satu rak, barangan dapur penuh 1 bahagian, peralatan rumah dan keluarga macam sabun ke apa satu bahagian. Penangan GST. HAHA! 

Saya kecoh kecoh menjelang 1 April. Bila dah masuk 1 April, itu memang realiti yang perlu dihadapi lah kan. Namun yang penting, sekurangnya ada la juga buat persiapan sendiri daripada menyerah diri bulat bulat kepada GST! 

Gunalah masa yang ada dan selamat menempuhi GST!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.