Tuesday, March 31, 2015

Sabtu 29 Mac Tiba Jua

Mukadimmah kan dah bagi malam semalam. Hari ini marilah kita bercerita. Pagi Jumaat, datang ke rumah MakTeh. Tolong apa yang patut. Benda yang tak patut ditolong, kita tak payah tolong. Kerja kerja memasak, kita serahkan kepada yang pakar. 

#MYCOUSINWEDDING

KHAMIS


Anda suka kek? Saya pun suka tapi tak pandai sangat nak buat. Maka kita gunakan kelebihan yang ada iaitu tolong. Tolong tengok. hehe. Kek coklat ini akan diagihkan kepada pihak lelaki. Lepas tu letak topping memang meleleh. Sedap sangat bila rasa. Tabur dengan rainbow rice. Maka berpelangilah bekas plastik tu di bias cahaya. Kek ni kami dapatlah makan sebiji dua. Sedap sebab dia tak manis sangat. Lemak lemak dengan topping coklat. Memang terasa nak tambah lagi. Diri cepat sedar, maka segan nak minta lagi. HAHA. Lagipun kek ni dibuat elok elok je 300 biji. Sekejap je nak siap. Tukang tengok, memanglah cakap sekejap je kan?

Kek ini disediakan oleh MakTeh, lepas tu ada dayang-dayang yang menolong. Saya tak masuk campur sebab dah ramai sangat. Hanya mampu meramaikan lagi orang dan membuat sibuk agar kehadiranku dapat dirasai oleh semua orang. haha. Nak cakap ada datang, tapi kerja tak buat. Tadi cakap nak tolong. Ini masih ditakat yang sama je. hehehe.

Selepas tu, kami bergegas ke tapak pesta muda mudi. Adakah anda percaya dengan ayat ini? Tidak? HEHE. Kami bergegas ke kedai bunga yang menggubah hantaran. Nama kedainya tidak melekat di dalam kotak memori.

Sampai kat sana, apabila sepupu dah lihat hantaran. Owh! Ada beberapa perkara yang dia tak berapa puas hati. Perfume yang dia wrap cantik cantik dah dibuka lalu diletakkan di atas dulang hantaran. Agak kecewa namun memandangkan masa dah suntuk. Esok dah nak nikah wey. Maka api kemarahan dibuang jauh jauh walaupun kecewa menyapa diri.



Hantaran yang digubah. Alas kain orange tu, memang tak berapa berkenan. Namun apakan daya, benda dah jadi. Maka agenda seterusnya harus bergerak dan tidak terhenti di kedai bunga ni aje. Come on girl! 


Barang barang kelengkapan BUKAN perang yang telah bersedia untuk di bawa ke kereta.

Larian seterusnya, kami ke butik Firdaerdy. Entah betul entah tak ejaan dia. Best sangat butik ni. Layanan dia bagus. Boleh bertolak ansur dalam perkara yang kita nak. Kira mudah cerita, sangat senang berurusan dengan pihak mereka. Diucapkan terima kasih bertimbun timbun daripada kami.

Baju nikah cantik! Simple namun tampak elegan dan classy. Kami dah datang pada bulan 12 tahun lepas. Semasa proses memilih baju nikah dan sanding, memang agak merambangkan mata. Liya try baju ni, dia terus suka. Saya pun suka lalu banyaklah komen komen membina dan mempengaruhi minda menjelma dari mulut ini. Lantas, Liya setuju nak ambil baju ni namun ada sedikit ketidaktahuan semasa nak pilih baju sanding. 

Pilihan banyak. Tengok baju tu, cantik. Tengok baju ni, cantik. Saya tak berapa berkenan dengan baju ala ala songket ni. Sebab imaginasi saya lebih sukakan yang simple. Hey! Majlis siapa ni ha? HAHA. 

Saya bagi cadangan kepada sepupu 1 baju yang saya rasa cantik. Simple dan nampak moden. Moden pada pandangan saya la. Mungkin pandangan orang lain berbeza. Saya tak gemarkan warna yang terang. jadi baju tu just nice.

Korang bayangkan aje baju Irma masa bertunang tu. Haa, macam tu la bajunya. Lebih kurang lah. Layahnya mengurai dibelakang, tu je bezanya. Baju nikah ni berwarna peach. Sepupu setuju dengan cadangan tu. Maka, selesailah kerja kami pada bulan 12 yang lalu.




Saya sukakan warna putih dan background putih. Saje je ambil gambar hand bouquet ni. Masa ni sepupu masih mencuba bajunya untuk kali kedua. Selepas tu kami sama sama pilih bunga yang mana menjadi pilihan hati. Dan bunga ini, sememangnya bukan pilihan hati sepupuku.

SABTU

Sabtu tiba jua. Selepas puas dihitung harinya, maka inilah hari yang bersejarah selain semalam. Jumaat lagi bersejarah kerana termeterainya ikatan pernikahan. Sabtu pun sejarah juga, sejarah untuk kami apabila dapat menyaksikan 1 konsert anak sepupu saya. HAHA. Si Danish baru berusia 4 tahun. Tapi dia punya konsert, wow! Ditonton oleh anak anak anak buahku sambil kesukaan. 

Konsert dia memang woww sebab hanya pandai nyanyi 'cintaku padamuuu'. Itu aje. haha.




Pagi Sabtu yang masih pagi. Eh tak tak. Kalau tak silap ini mungkin dah hampir tengah hari. Sebelum pelamin ini kesibukan, apa kata kita minta Dhea ambil peluang bergambar kat sini. Memang lah Dhea suka, tapi si Pooh pun ada sama. Tak boleh tinggal Pooh yang comot tu.

Oh ya, flower crown tu adalah buatan Naa dan Liya. Dia buat banyak banyak untuk anak anak buah saya sekali termasuk lah saya sekali. Tapi hari sanding dan sibuk adalah sinonim. Maka tak sempat pun nak melaram dengan flower crown ni.




Anak anak anak buah saya merata rata dan hadir di semua kawasan. Dahlah kecil kecil lagi. Nampak macam pusat asuhan kanak kanak lah pula. Humaira tersengih sengih aje. Si Baihaqi kat sana, kat sebelah Baihaqi tu Adik Amat. Yang nampak biru biru tu, haa itu anak saudara sepupu saya. Manakala yang meniarap muka toye tu. Itu ialah Adam. Bila muka Adam tak toye, oh sangatlah manis dan manja. 

Oh jika anda tak tahu. Adam dan Baihaqi itu adik beradik.
Humaira pula adik beradik dengan si Afiq.

Kalaulah kamu pengikut tegar MPS ni, tentu dapat cam. Kalau bukan pengikut tegar, kamu tentu lebih mengenali siapa itu Siti Nurhaliza. Eh!

Eh, 2 jam lagi GST akan bermula. Marilah kita berhempas pulas habiskan entry malam ni. Tulis entry banyak banyak tak ada GST. HAHA.

Saje je nak selit perihal GST yang sangat innocent tu.


 JUMAAT

Betul, Jumaat dulu barulah Sabtu. Tapi saya dah silap aturkan gambar. Maka Sabtu menjelma terlebih dahulu dalam entry ni. Maafkan saya yang telah bersalah ini.



Dahla gambar kami bertiga tak banyak. Ini pula tak berapa nak jadi. Sorang tengah bercakap apa entah. Sorang terkiput kiput. Sebenarnya saya paling rendah. Kurang 1 atau 2 cm daripada Naa. Walaupun bezanya sikit, namun terasa kerendahan diri ini. Manakala Liya pula tingginya 164 cm. Kalau dia pakai heels, maka dia akan berubah menjadi 180 cm. HAHA. Saya yang terasa macam tu. Padahal tak adalah sebegitu tinggi melampau! Naa selalu dianggap kakak dikalangan kami. HAHA. Biasanya dia akan cakap 'biasa doh orang kata gitu'



Semuanya saya suka. Baju, pelamin. Argh! Cantik dan tampak sempurna di mata. 




Mak buah dan anak anak buah. Humaira memang tak boleh berenggang dengan saya. Cuma ketika gambar ini diambil, dia menangis nak minta didukung. Tak nak duduk lepak lepak. Haish.




Pelamin yang cantik. Masa ni lampu tak boleh dipasang sebelah. Pada esok hari, barulah ianya bertambah woww dengan effect pencahayaan yang membangkitkan elemen glamour. Glamour celah mana pun tak tahulah. Saya jelah yang perasan. 

Abaikan raket kat depan. Anak anak buah sibuk nak main badminton. Biasalah, anak buah ramai katakan.

Ini ajelah ceritanya. Nak tulis lebih lebih pun, bukan dapat hadiah pun. HAHA. Macam lah ada orang paksa dia tulis cerita ni.

Semoga perkahwinan yang dibina ini diberkati Allah dan semoga Allah memberi kerahmatan di dalam berumahtangga dengan kehadiran anak anak dan keturunan yang baik. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.