Friday, March 6, 2015

Sesal Separuh Nyawa

Pagi tu, masuk dalam kereta. Afiq anak buahku masih di dalam bilik air. Hati sikit geram! Dahlah kita dah lambat nak ke tempat kerja. Ini dia masih berlama-lamaan dalam bilik air. Kalau lambat sangat, kita tinggal aje dia. Kebetulan masa tu, saya nak ambil si Baihaqi. Kebetulan ayah dia outstation.

Kereta mula digerak sikit demi sikit. Lama-lama terus saya parking di depan kawasan lapang yang letaknya di depan rumah. Setentang dengan rumah.

Masa tu saya tengah pakai dan kemaskan 'hs' saya. Saya memang sentiasa lihat ke belakang, kot-kot Afiq dah datang ke kereta.

Saya sambung pakai 'hs'.. Tak lama kelihatan Afiq melintas jalan yang tiada kenderaan pada masa itu. Jalan kampung je, tapi jalan ni kalau pagi dia agak sibuk sikit.

Sampai di tepi kereta sebelah penumpang. Saya nak bukakan pintu untuk Afiq. Tapi Afiq dari luar cakap sambil tersenyum 'Afiq nok gi dengan walid'.

Saya jawab ok dan terus kemaskan 'hs' saya.

Pada masa itu saya tengok ke hadapan 'KERETA'!!

Minda terus ingat akan Afiq kat belakang. 

Saya kalih secepat kilat dan menjerit sekuat hati. Pagi tu memang saya berlatih vokal!

'Afiiiiiiqqqqqqqqqqqq'.

Saya nampak Afiq muncul dari belakang kereta sambil berlari. Pada masa itu kereta mula meluncur!

Afiq terus berlari dan masa tu saya dah tak lihat Afiq namun hanya memandang kereta kancil yang melintasi kereta saya sahaja.

Alhamdulillah, oleh sebab kereta saya berada di tepi jalan, maka kancil itu bergerak perlahan sikit semasa melintasiku.

Masa itu, saya memang menarik nafas lega namun 1001 rasa bersalah menggebu kat hati.

Selepas kancil tu pergi, dibelakangnya ada motorsikal jiran depan rumah. Dia datang ke kereta saya bertanyakan kenapa. Saya ceritakan 'Afiq melintas'. Dan dia cakap 'bahaya sungguh'

Saya ralat!

Kereta saya memang parking makan jalan sikit. Maka kalau Afiq nak berhenti tengok kiri dan kanan, memang dia kena berada di tengah jalan sikit. Namun apa lah yang boleh diharapkan pada budak berumur 3 tahun 10 bulan tu? 

Saya kesal sebab terlalu fikirkan nak datang awal kerja, nyawa anak buah nyaris-nyaris jadi mangsa kereta.

Saya pandu kereta ke rumah Baihaqi. Sambil memandu saya terbayang wajah Afiq.

Selepas ambil Baihaqi dan sempat cerita pada Umi Baihaqi yang tadi Afiq nyaris kena langgar. Saya terus ke tadika mereka. 

Sampai kat tadika, bersalam dengan Baihaqi dan eh, Afiq sampai dengan walid dia.

Baihaqi kegirangan sangat! Afiq senyum turun dari motorsikal.

Walid dia terus ke tempat kerja. Manakala saya masih di situ sambil pandang mereka berdua.

Saya tanya Afiq 'bakpe [kenapa] Afiq lari tadi?'

Benda saya tak jangka. Afiq tak jawab namun diganti dengan tangisan yang sungguh-sungguh. Saya sedih lalu saya tinggalkan dia dan Baihaqi.

Afiq sedih, cuda lagi sedih. Afiq kecil lagi dan memang patutlah melintas tak pandang kiri kanan., Tapi sepatutnya kita yang besar ni tunjukkan contoh yang baik kat mereka.

Dari dalam kereta, saya terdengar tangisan dia. Saya terus aje ke tempat kerja dengan perasaan sedih dan lebih kepada bersalah yang tersangatan. Terbayang bayang wajah dia senyum semasa bagitau dia nak ke sekolah dengan walidnya. Saya tak mampu nak gambarkan lebih-lebih andai kereta tu mencium badan Afiq. Lepas tu terjatuh lalu... Argh! Cukuplah sampai di situ imaginasiku. Imaginasi ni jahat lagi menakutkan.

Semasa makan pagi saya bercerita kepada kawan sekerja. 'Lepas ni punch card nak merah ke apa, biar ajelah. Yang penting anak buah selamat'. 

Nangis sambil cerita. Saya dah tak malu!

Rasa bersalah tu saya gantikan dengan icecream Mat Kool sekotak. haha! Memang tak berbaloi namun oklah dari tak ada apa-apa.

Moralnya: budak kecil ni yang bawah 9 tahun, kita tak boleh nak harapkan 100% pada mereka. Kadang benda nak jadi memang sekejap aje jadinya. Namun kita sebolehnya berjaga-jaga lah dengan semaksimum mungkin. Keselamatan dia kita kena pantau sehabis baik. Sekurangnya ada usaha kita. Tak adalah nak menyesal macam saya!

Lama tak menulis, tiba-tiba buka cerita yang sedih sedih. Hish!



1 comment:

Terima kasih atas pandangan.