Monday, April 13, 2015

Ah-mazing Race ke Puncak Saigon

Semalam hanya sempat memanaskan keyboard sahaja. Sekapur sireh seulas pinang agak tergantung disebabkan masalah teknikal. Teknikal dari segi hala tuju penceritaan yakni tidak tahu di mana hendak dimulain. Dan juga permasalahan teknikal pada semua gambar yang saya nak alihkan ke dalam laptop. Biasalah, mereka saje buat masalah sebab nak suruh saya berehat tenang tenang. Nanti nak mulakan kerja. Cuti lama lama pun boleh datangkan masalah juga. Lemau!

Tiada niat untuk menulis panjang panjang bagi perkara yang tidak perlu. Ini untuk mengelakkan lagi panjang kalian kena hadam pembacaan. Kang anda semua skip baca, maka tak boleh ar sama sama rasa berpenat lelah dahulu, bersenang lenang kemudian. Tak aci ar saya sorang yang kena harungi cabaran itu semua.

Cabaran apa? Nantilah anda semua akan tahu.

 -----------------

PAGI AHAD 5 APRIL 2015

Bertolak dari rumah abang 1 pada jam 9.25 pagi. Pakcik Rahim ayah kepada kakak ipar 1 yang tolong hantarkan kami ke airport. Kami singgah ambil abang 1 kat pejabat lalu terus ke KLIA 2. Abang 1 mengambil alih pemanduan. Kereta dipacu laju. Macam tekan je butang terus berdesup! HAHA. Dalam hati takut juga. Selebihnya saya malas fikir jadi buat buat rileks aje lah. Saya agak kan, Pakcik Rahim pun kecut perut juga kot. HAHA. 

Sampai airport lebih kurang pada jam 10.25 pagi, kami selesaikan apa yang patut. Abang 1 ke Maybank. Saya melawat di mana tandas, di mana jalan nak berjalan. Manakala kakak ipar 1 menjadi penunggu.

Kami singgah di 7 Eleven. Kami semua berpakat makan pil chi kit teck aun. Sebab kami bertiga macam mengalami gangguan perut selepas menghadiri majlis kenduri kahwin semalam. Patutlah saya perasan yang abang 1 selalu ada stok pil ni, rupanya perut dia jenis sensitif. Dia suka mencuba segala jenis makanan yang kita pun kadang kala tak terlalu nak makan. Tak kena selera. Memang dia 'raja makan'. HAHA.

-----------------------
Ok, tarik nafas dulu. Kita rileks rileks dulu sebelum kita sambung bercerita. Korang dah makan ke? Saya baru selesai meratah sayur labu air bersama canglun ikan. Ni masakan terengganu. Sedap! Kat tempat anda anda semua memang tak ada benda ni. HAHA. Saje je nak kasi terliur. Harap anda semua ada makanan untuk dijamah.

-------------------------

Dah dah, kita sambung cerita.

Selepas tu, kami ke KFC. Abang 1 nak makan. Kami semua mengekor dia dari belakang. Sampai di KFC, kami makan makan secara santai. Saya paling santai kot, yelah bubur nasi tu panas giler. Memang tak boleh nak makan laju laju.

Jam awal lagi. Adalah dalam 11 lebih. Kakak ipar dan abang dah siap makan. Saya masih di meja. Tiba tiba kakak ipar datang sambil cakap 'rasanya kita dah lewat ni'. Saya macam 'eh bukan ke masih awal?'. Tapi dalam hati aje lah. Sebab saya ingat yang gate close pada 11.40 pagi. Yang lain memang saya tak ambil peduli sangat. Lagipun kami tak adalah nak drop bag bagai. Namun apabila dengar kakak ipar cakap macam tu, terus aje bubur nasi tu berubah menjadi suam. Saya terus menyuap bubur tu sampai habis. HAHA. Tak nak membazir. Sayang sebab sedak angat!

CABARAN BERMULA - P19

Saya keluar dari KFC. Kelihatan abang 1 dah mula terkocoh kocoh. Laju kat depan. HAHA. Kakak ipar cakap dekat flight schedule board tu dah tertera gate close! HAA? Saya yang menyorong troli dah kelam kabut. Mereka berdua dah ke depan. Saya terkial kial kat belakang. Nak campak mana troli ni. Saya sorong beberapa langkah, lantas saya ambil beg sandang dan terus aje tinggalkan troli tu kat tengah jalan! Orang kat depan memang tengok perlakuan saya yang nampak macam tak patut lah kan buat macam tu. Bila ingat balik. Macam bengong je rasa. HAHA. 

Saya pandang pada board dan memang tertera AK 0526 gate closed! Apa lagi, terus berlari kejar mereka berdua dan berjaya melintasi kakak ipar yang tak berlari pun. Dia berjalan sehabis laju je. haha. Saya toleh belakang dan ambil trolley bag dari tangan kakak ipar. Tak sampai hati ekpom tengok. Lepas tu saya terus pecut sepecutnya. Berbekalkan pengalaman memenangi beberapa pertandingan marathon ketika di sekolah dulu, saya berjaya mengekalkan rentak larian. Namun rentak itu tidak konsisten dan agak bercampur campur. Dah lama tak berlari, memang lah mengah giler! Saya fikir kenapa perlu lari. Kan tadi dah datang awal! HAHA.  

AH-MAZING RACE


Gambar candid yang diambil oleh kakak ipar. Gwa dah tak boleh cakap. Gwa keterlaluan capek dong!

Saya fikir, kalian semua pun dah mengah membaca marathon esei ni kan. Jangan hempas laptop. haha. Sebelum saya dapat duduk seolah olah santai habis tu. Tahukah kalian apa yang seterusnya kami lalui?

Semasa berlari, saya asyik tengok jam. Masa makin suntuk. Kalut makin meningkat. Jauhhh lagi nak ke P19. Hujung sana. Abang dah ke depan. Saya toleh ke belakang, kakak ipar jauh dan makin jauh. Semasa kami berhenti di lif. Saya minta abang 1 pergi dulu. At least, kalau dia sampai dulu, dia boleh bagitau yang ada lagi 2 pelari pecut negara tengah berhempas pulas kejar pingat emas. haha. Ya Allah, bila ingat balik. 

Di pintu lif, saya berhenti menanti kakak ipar. Kaki masa tu dah cramp! Tak boleh terus stop berlari macam tu. Saya jalan jalan setempat kat depan lif tu. Penat memang tak boleh nak kira dengan kalkulator.
-------------

Masuk lif keluar lif. Saya dan kakak ipar sambung balik larian. Macam lawak sontorian sangat bila mengenangkan, saya melepasi gate P9 menuju ke P19. Saya pandang gate P9 tu namun yang dituju masih jauh di depan sana.

Semasa berlari ramai mata yang memandang. Ah, dah tak kisah. Bukan saya kenal mereka pun. Ada 2 orang mat saleh kat depan tengah berjalan santai. Melihat saya tengah lari, terus dia kasi saya laluan untuk teruskan cabaran.

Dengan berjubah, beg sandang dan trolley bag kat tangan. Ya ampun! Bapakkkk aku capek sekali. Mau aja aku campakkan semua itu lantas berlari lenggang kangkung. Mengertikah kalian akan kegawatan situasiku? 

Adakah Vietnamku hanya di KLIA 2 sahaja? hahaha. Tak nak. Dah isi cuti, dah tak nak tunggu lagi. LOL!




Abang sampai dulu di P19. Semasa saya sampai kat kaunter, kedengaran petugas tu cakap 'dah berlepas dah'. Kalau tak silap, abang tanya bila? 'baru je kejap tadi'. Saya yang kat sebelah abang terus rasa macam 'ini malam ke siang eh. lantas burung burung kecil pening pening lalat berlegar legar kat kepala. Eh, tak boleh pitam lagi'. Saya rasional walaupun macam sedih pun ada. Saya terus tanya pada petugas tu, tapi dalam boarding pass cakap gate close pada 11.40 pagi. Ini belum 11.40 lagi. Terus dia ambil boarding pass dan semak lantas bagitahu 'oo ini flight lain. Ini gate P9'. 

Haa, barulah boleh PITAAMMM! Kena patah balik P9 pulok! haha. Bukan dekat tu. Jenuh nak lari balik ke arah sana. Harapan masih ada walaupun samar samar.

Abang sempat pesan pada petugas tu, supaya kasitau ada lagi 3 orang pelari yang nampak bersinar untuk hadiahkan emas pada negara akan sampai sekejap lagi di P9. Eh, abang tak cakap macam tu. Walaupun ayat tu just untuk suka suka hilangkan semput. Ya, saya tahu abang pesan supaya petugas tu kasitau ada lagi 3 penumpang yang sedang menuju ke P9, tapi ayat sebetulnya saya tak ingat.

Rasanya kalau kami masuk amazing race, mungkin ada harapan nak menang. haha.




Nasib baik saya pakai kasut. Inilah pengganti baru kepada Setanoh aka North Star

Larian tak selamanya larian. Semuanya kan indah pada akhirnya. P9 berjaya kami tujui dalam masa yang sedang elok. Kelihatan orang ramai dah duduk duduk di ruangan menunggu tu. Kami masuk. Kelihatan abang dah rileks main handphone. Terus menuju ke kerusi di depan abang. Saya dan kakak ipar duduk sambil tersenyum. Masing masing saling memandang dan berbalas senyuman. Kami gelak kecil. Bercakap pun kami control aje suara sebab takut abang dengar. haha. Tapi saya rasa penat betul. Nasib ada kertas yang boleh dijadikan kipas. Err boarding pass sebenarnya. Naik lunyai saya hayunkan kertas tu kat muka. 

Saya bangun ambil udara. Kaki lenguh. Nasib baik pemandangan kat sini menyegarkan mata. Walaupun semalam berita helikopter terhempas di Semenyih kadangkala melintas di benak pemikiran. Namun dek kerna kepenatan, ianya tak mempengaruhi keadaan sangat. Jadi tak adalah rasa takut sangat. 



Selepas sempat duduk hampir 10 minit. Kami berlepas meninggalkan KLIA 2. Allah masih sempatkan kami untuk berada di dalam penerbangan ini. Allah duga sikit dengan keadaan keluh kesah, beribut ributan. Lihatlah, nun di sana terletaknya sky bridge. Itu lah salah satu jalan yang kami lalui dengan larian ribut kami. Rasanya kalau ada rakaman cctv, kami nak tengok acara berprestij tu. haha. 

Kalau dulu, LCCT. Jarak tak jauh mana. Kalau datang lambat, rasanya ada can lagi nak berlari kejar masuk. Dulu, dia punya besar pun tak adalah sebesar king size macam ni haa. Ini bapak lagi bapak punya king punya size. KLIA 2 punya cabaran, hai memang memerlukan aturan masa yang terbaik. Kena tahu jam berapa untuk selesaikan apa yang patut. Jam berapa dah kena jalan untuk ke departure hall. Kena tahu dan praktis terus. Naik mengah ooi. Bayangkan kalau orang veteran ada sama. Kasihan. Memang kasihan. Tak boleh nak main taram datang lambat. Mau mereka tak cukup nafas nak berjalan. Berlari apatah lagi.

Wokeylah, nanti kita sambung story kat betnang pulok eh.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.