Sunday, April 26, 2015

Eksplorasi

Akan banyak dikongsikan gambar dalam post kali ini. Bagi yang suka tengok gambar, yang suka scroll terus sampai ke bawah, tak suka membaca bebelan panjang panjang sampai naik pening membaca kan?. Mungkin ini entry yang sesuai untuk kalian semua. Eh, bukan ke membaca amalan mulia. krik krik.

Penceritaan telah saya jelaskan dengan panjang, selebar lebarnya di dalam ruang post yang lepas. Nah, gambar untuk tatapan yang lebih jelas bagaimana perjalanan yang telah kami lalui sepanjang menuju ke pejabat pos di sana.



Semasa kami berjalan, antara yang kami temui ialah pekerja 'TNB' ini yang bersusah payah membaiki eletrik di sini. Tidak kami ketahui apa yang rosak. Cuma mereka ini bolehlah diklasifikasikan penyumbang kepada hasil seni wayar wayar di sini. Lihatlah contoh wayar di atas. Bergulung gulung tanpa adanya lintar pintas. Eh, agak agak pernah terjadi ke tidak lintar pintas eh? 

Melihat cara kerja mereka, wah agak rumit untuk diterjemahkan. 

Kita teruskan perjalanan lagi dan tinggalkan mereka di situ membuat kerja.

Eh, jap jap. Tadi cakap entry ni HANYA BANYAK GAMBAR DAN TAK BANYAK PENULISAN. Ini macam dah berbaur cerita yang panjang ni. haha.

Ok ok. Saya cuba. Jari tolonglah saya, jangan banyak menaip!




Antara bangunan yang kami temui. Tidak pasti ini bangunan apa. Motorsikal banyak, kereta siiikitt aje. Kebanyakkan mereka hanya mampu memiliki motorsikal untuk ke mana mana.




Rex Hotel. Nampak mewah dan kebanyakkan yang turun masuk ke dalam hotel ini ialah mat dan mek saleh. Rasanya untuk mereka yang berbajet biasa biasa aje, hotel ini jarang menjadi pilihan hati kecuali yang dapat sponsor. Oh, mungkin juga yang datang ke Vietnam kerana kerja. Maka company mereka dah tempah siap siap hotel ini untuk mereka. Ah, banyak andaian betul kamu ni,.




Tengok gambar. Mata berkelip.




Sepatutnya kami akan jumpa People Committee Hall terlebih dahulu. Tapi silap susunkan gambar, maka kelihatan kita akan jumpa Parkson dulu. Just lalu aje, tak masuk lah ke dalam pun. Kami teruskan perjalanan aje ke destinasi pilihan kami.








Inilah dia rupa bentuk bangunan People Committee Hall. Kami melintas jalan kat sini dengan harapan nak bergambar kat sini. Sempat snap 1 atau 2 keping gambar abang kat sini. Eh, terus pak guard datang bagitahu tak boleh bergambar di sini. HAHA. Kami sesuka hati betul. Serius, tak nampak pulak kot ada signage yang melarang bergambar. Alih alih, bergambar aje la di tepi tepi pokok hiasan kat sepanjang jalan tu. Oklah dari tak ada. 

Berlalu teruskan perjalanan ke pejabat pos dengan sisa ketawa. 




Unik betul binaan seni bangunan dia. Ini boleh dikategorikan bangunan bersejarah. Dah lama benar dibina. Kami mengambil kesempatan untuk membidik lensa handphone kami di kawasan ini. 

Jam menunjukkan angka 5.35 petang. Betapa banyaknya kami melangkah. Dan kami akan cuba balik dan sampai ke hotel pada jam 7 malam. Sejam berehat dan pada jam 8 malam, kami akan keluar semula untuk ke pasar malam. Pasar malam pada malam akhir di sini.



Nak tunjuk gambaran dalaman pejabat pos ni. Oleh yang demikian, kita perlu mengaburkan wajah yang tertera di dalam rajah di atas. Saya tidak pasti waktu urusan di sini. Kebiasaan pejabat pos kita akan terhenti operasinya pada jam 4.30 petang kan? Haa? Jam 5.00 petang? Saya tak pasti, tapi rasanya mungkin dalam 4.30 - 5.00 sahaja kot. Di sini, kaunter masih dibuka namun tak pastilah sama ada masih ada urusan yang berjalan atau tidak.

Urmm, itu tak menjadi hal lah. Yang penting kami dapat masuk dan ronda kawasan kat sini.




Wajah ini tidak perlu dikaburkan kerana gambar ini kabur sedia ada. Maka tersengih sengihlah beliau di sana. Konon nak kasi nampak macam over the sea, namun saya sendiri tidak pasti apakah negara yang tertera pada jam di atas. Nampak sangat trick tak berapa nak menjadi. Oh ya, bilik bilik kecil ini adalah untuk sesiapa membuat panggilan. Sementara di sebelah hadapan saya pula, bilik bilik nya adalah untuk mesin atm. Maka kalau kita nak keluarkan duit, boleh aje masuk ke bilik depan. Saya tak pasti nak kasi nama apa untuk setiap ruangan khusus ini. Main taram aje panggil bilik.




Bukan tugu negara tetapi tugu di hadapan pejabat pos. Tak tahulah apa signifikan untuk tugu ini.

Kami mula mengorak langkah untuk kembali ke hotel. 




Antara bangunan yang kami temui semasa kami dah beransur balik.

Semasa dalam perjalanan pulang, eh sempat lagi ke Independence Palace. Macam saya maklumkan dalam entry yang lepas, apabila kami sampai kat Independence Palace, dah tutup dah. Maka kami bergambar kat situ, hari dah gelap. Mungkin di lain masa, kalau ada rezeki datang sini. Mungkin lah boleh datang lagi ke IP ni. Boleh tengok macam mana kawasan kat dalam dia. Err itu pun kalau dapat masuk lah.

Kami buat keputusan untuk pulang terus ke hotel. Plan kami kononnya nak balik dan sampai kat hotel jam 7 malam tidak menjadi realiti. Memang dah tak sempat nak sampai hotel pada jam 7. Rancangan nak ke pasar malam tetap ON, tapi kami rehat sekejap aje la kat bilik.



Rumah sakit yang kami temui semasa dalam perjalanan balik.




Macam ada perarakan besar besaran pada petang hari. Penuh dengan motorsikal. Yang perempuan pakaian dia cantik cantik, macam office wear lah, tapi selamba aje naik motorsikal. Lelaki pun sama. Sempat juga bergambar di sini semasa motorsikal lalu lalang di belakang.




Vincom Center. Saya yakin ini shopping mall. Nampak ada sorang dua pak arab balik shopping dari sini. Kami hanya ambil gambar sambil melintasi terus ke destinasi. Abaikan kecelaruan susunan gambar. Sepatutnya selepas bangunan ini, kami akan jumpa dengan pejabat pos. Tapi gambar ni dah tercampak terpelanting ke belakang. 

Selepas ke Independence Palace, kami terus balik hotel.

Balik tu, sempat ke kedai beg kipling. Sempat juga ke kedai kasut mencari kasut abang. Saya dan kakak ipar mengekor aje.



Semasa kami balik ke hotel. Pasar malam baru aje sedang dalam persiapan pembukaan. Memang tak berbaloi nak tunggu sebab tak semua penjual dah buka gerai mereka. Yang boleh saya kasi tau kat kamu semua, cepat betul mereka ni buat kerja. Berdentam dentum bunyi besi yang mereka angkat. Tangkas dan cekap betul mereka pasang khemah ni. 

Akhirnya, kami sampai ke perkarangan hotel. Kakak ipar dan abang sempat lagi membeli di kawasan sekitar hotel. Saya dah angkat bendera putih. Sakit pinggang! Maka saya masuk ke hotel untuk berehat selama setengah jam sebelum keluar semula ke pasar malam. Gigih betul. Ya, saya tahu saya gigih. HAHA. Ok ok, abaikan ayat yang perasan tu. Mana tak gigih, esok dah nak balik dan masih ada barang yang saya tak beli lagi.

Apa yang boleh saya katakan, penjelajahan dengan berjalan kaki di sini memang sangat menarik. Sekiranya saya datang dengan pakej, rasanya tak boleh merasai semua ini. Tentu kami akan di bawa ke sungai mekong. Kalau tak silap saya lah, alah yang naik sampan di tengah tengah pokok tu. Untuk trip kali ini, pada saya [pada saya lah] penjelajahan ke sana adalah tidak berapa penting. 

1. Kakak ipar dan abang dah pernah pergi. Mereka cakap, memang makan masa untuk ke sana.

2. Nanti tak sempat nak buat pembelian sekiranya kami ke sana. Kami hanya ada 1 hari yang penuh untuk membeli. Hari hari lain hanyalah sekerat hari sahaja [datang dan balik].

P.S Mungkin blog ini bukan tempat sesuai untuk membuat rujukan bagi perjalanan ke Vietnam. HAHA. Penulisan yang ditulis caca merba tanpa menunjukkan kesungguhan untuk shopping di sini. Nantilah, cerita shopping kita cerita di lain ketika.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.