Friday, April 17, 2015

I : Jejak Menjejak ke Tanah Orang

Masihkah dikau bersamaku? Jika masih, marilah kita sambung gebang. Jika dah terputus, pandai pandailah cari balik di mana pangkal cerita.

Sempat rehat selepas berlumus tungkus berlari hanya lebih kurang 10 minit. Maka kita sambung rehat di dalam pesawat. Burung besi meredah angkasa raya. Memberi satu gambaran lukisan yang sangat mengenyangkan pandangan. Saya yakin, berkali kali pun kalian turun naik pesawat. Rasanya pemandangan indah di atas sini senantiasa menggamit pandangan. 

Sukar untuk saya lepaskan peluang untuk menjamu mata dengan gula gula kapas ni. Setiap kali berada di langit biru, inilah pandangan yang saya tunggu. Kerna itu saya lebih gemar memilih tempat duduk di tepi tingkap. Pada penerbangan kali ini, abang siap siap suruh saya duduk di tepi tingkap. Bagi peluang sebab saya tak pernah ke Vietnam. Terima kasih kalian berdua!



Sepanjang pesawat meredah onak duri di angkasa. Minda saya senantiasa berputar berfikir. Saya tak boleh nak stopkan jaringan sel sel otak daripada berhubung. Mereka sentiasa berinteraksi sesama mereka.

Saya selalu terfikir, apakah yang pilot fikir apabila meredah awan putih. Segumpal segumpal kita redah. Pandangan di depan pesawat, dah tentu semua putih. Tidakkah mereka macam suspen. Err, saya selalu suspen pabila meredah awan. Macam duduk dalam kapal honey star! haha. Iklan tu comel.

Mengagumi kebesaran Allah membuatkan diri kita berasa kerdil. Sangat kerdil umpama titik sahaja. Berada di atas membuatkan apabila kita memandang ke bawah, kita tiada apa apa. Melihat saujana mata memandang hamparan langit biru dan bernuansa awan putih mengingatkan saya pada kata kata Ustaz Badli Shah. Apabila kiamat kelak, kita akan dikumpulkan. Bumi yang kita duduki ini akan di salin dengan yang baru. Maksudnya, ianya akan diganti dengan yang baru. Ini apa yang saya ingat, jadi kalau silap tu, tegurkan saya.

Allah mampu mencipta awan, langit segala macam di atas sini. Yang kat bawah sana, jangan cerita lah. Cuba fikir, sehelai daun yang gugur pun Allah boleh tahu sedangkan bumi ini Ya Allah, luas sungguh! Gerakkan jari. Ye, Allah tahu anda gerakkan jari anda.

Semoga dengan mengingati kebesaran Allah ini dapat menjauhkan diri ini daripada sikap sombong, angkuh. Semoga diri ini dapat berjalan di muka bumi Allah sebagai musafir dunia yang ingat akan hari akhir. Doakan saya. 



Saat hampir tiba ke bumi Vietnam. Rumah rumah ini kelihatan seperti sampah. Putih putih nampak bertebaran. Seolah olah merata rata tak dipungut. Semakin lama kita ke bawah, barulah sampah sampah itu bertukar menjadi rumah. Saya tak tahu kenapa saya fikir begitu. Tapi memang macam sampah sebab berselerakan kot.




Saya sebetulnya ingat airport mereka kecil macam Bandung. Rupanya kakak ipar cakap, airport mereka cantik. Tak adalah cokia sangat. Sampai kat sana, kami buat keputusan nak cuba naik bas. Sebelum ini dah plan nak naik cab. Perancangan bertukar. Apakata kita tukar angin. Ambil bas nombor 152. Lalu kami naik. Tak ramai orang Malaysia naik bas. HAHA. Dalam bas tu hanya kami dan 1 lagi keluarga dari Malaysia. Orang lain lebih selesa naik cab. 

Tambang bas ni tak adalah mahal sangat. Adalah dalam RM5 ke bawah kot untuk kami bertiga. Yang peliknya kan, kalau kita bawa beg, dia akan kira asing. Wah, macam naik flight je eh. Kalau kita bawa beg 2, maka 2 itulah yang mereka kira selain diri kita sendiri. Entahlah, aneh lah sistem mereka ni.

Perjalanan ke hotel tak adalah jauh mana. Adalah dalam 15 minit kot. Atau lebih sikit. Saya tak cakna sangat dalam hal ini. Saya lebih sibuk melihat keadaan sekeliling negara dia ni. Maklumlah, tak pernah sampai. 






Keadaan hotel kami. Tak besar dan tak adalah sempit giler. Just nice. Bolehlah nak lelapkan mata. Lagipun datang sini bukan sebab nak membuta dalam hotel. Jadi bagi saya, ianya ok je. Tidak menjadi isu bagi saya. Oh ya, kami tinggal di Thanh Thu Hotel. Terletak di sebelah Saigon Pink 2. Tak jauh dengan Hoang Hai Long Hotel. Kakak ipar sebetulnya dah cuba menempah Saigon Pink 2, tapi dah penuh. Antara ketiga tiga hotel tu kan, nampak yang lebih gah dan cantik dah tentulah Hoang Hai Long Hotel.

Kalau nak tahu, hotel yang kami duduk ni kan. Wifi dia tak best sangat. Memanjang je problem dia. Masuk bilik, dah lost connection. Lepas tu, kalau kita lepak kat lobi hotel pun, kadang dapat kadang yilek. Maka pandai pandai lah korang cari sumber. Kami duduk kat Thanh Thu hotel kan, namun bila buka wifi. selalu aje Saigon Pink 2 menjelma. Bagus betul dia punya coverage. Kasi jeles sangat meh. 

Saya ke Saigon Pink 2. Ingat nak mintak password wifi dorang. Sampai sana, saya masuk kat lobi, nampak kat kaunter ada info kalau nak sejadah boleh minta. Bagus kan. Lepas tu saya tanya kiblat arah mana. Staf hotel tunjuk arah mana. No wonderlah, orang Malaysia suka duduk kat sini. Pasal password yang nak diminta tu, tak dapat pun sebab nampak saya ni mencurigakan. HAHA. Padahal dah tahu, mana boleh nak minta password hotel lain. Nak juga cuba nasib. 

Semasa di sini, internet tidak begitu penting. Cuma sesekali ianya penting bilamana nak tahu apalagi yang dipesan oleh orang yang kat kampung sana. Dan, ada pulak kerja yang tiba tiba mendatang. Jenuh juga nak buka emel kerja.

Usai check in pada petang Ahad tu, kami terus keluar untuk makan dan cuci mata.




Ini bandar dia kot. Gambar ni saya ambil semasa kat dalam bas. Saya tak familiar langsung dengan jalan. Bila dah masuk hari kedua, barulah tahu rupanya jalan ni dekat aje dengan hotel. Cuma perlu menapak lah sikit. Jenuh juga ar.




Macam dah satu kemestian. Mereka yang datang sini, mesti dorang akan tayang air kopi. Kami pun tak terkecuali. Klise sangat eh! Patut kena cari gambar yang lain dari yang lain. haha. Semasa dalam penerbangan, kami tak pesan makanan sebab dah plan nak makan sini aje.

Kakak ipar cakap, dulu kan air kopi ni dia letak sikit aje. Lepas tu kita kacau-kacau, air kopi tu akan jadi penuh. Wah, kedengaran teramat hebat! Sekali kan, bila sampai sana. Uh, tak ada pun macam tu. HAHA. Macam ni ajelah gaya dia. Air kopi biasa je. Tak adalah magik yang saya nak tengok tu. Kakak ipar cakap mungkin mereka dah tukar style kot. Kakak ipar saya khususnya, sangat SUKA akan air kopi ni. Macam ketagih je. haha. Bagi saya pula, biasa je. Tak ada special pun. Macam kopi kamu letak susu. Kacau letak ais. Siap! Mungkin saya bukan penggemar air kopi, nescafe. Hidup saya hanya air masak, air bandung. Ah sebetulnya saya tiada air yang khusus yang digemari.

Air kopi ini dinikmati hanya sekali sahaja semasa saya di sini. Itu pun jenuh nak habiskan air ni.




Orang cakap tak sah kalau datang sini tak makan Mee Poh. Macam mana eh nak eja? Belasah ajelah. Bagi saya, mee ni macam mee sup kat Malaysia. Kebiasaannya kalau kat kampung sendiri, saya akan makan 1 kali seminggu, atau sekali sekala bila dah lama tak makan. Bukannya HARI HARI MAKAN. haha. Pening weh kalau macam tu. Ianya seolah olah melanggar rutin sistem pemakanan saya. 

Kat sini, kami makan dan dia hidangkan dengan ulam ulaman. Jadi saya hanya makan apa yang diletakkan dalam mangkuk sahaja. Ulam ulaman lain, saya abaikan. Pelik ah. Abang dan kakak ipar bersemangat betul makan. Habis dipenuhi ulaman dalam mangkuk. 

Dah kenyang, kami buat keputusan jalan jalan sekeliling hotel. Tapi abang dan kakak ipar saya bukan seperti orang kebiasaan. Dia punya cara lain macam sikit. Mereka sangat suka explore tempat yang mereka pergi. Bersedialah duhai kaki kakiku.




Kami pusing jalan belakang. Sampai di sini, jalan raya kat sini agak berdebu. Ramai penunggang pakai mask. Macam zorro pun ada. 




Melalui kedai menjual bunga di kaki kaki lima. Cantik betul bunga mereka. Naik geram rasa nak cabut semua bunga kat bakul. haha. Gubahan mereka agak berbeza berbanding gubahan di Malaysia. Mereka gubah penuh satu bakul, macam gubah bunga plastik pun ada. Macam murah benar harga bunga ni. Macam bunga ni boleh bertahan bertahun tahun lamanya. Macam.




Abang suka mencuba makanan. Sesiapa yang datang sini, akan nampak pakcik ni berniaga dengan motorsikal di depan hotel. Andai kalian nampak motorsikal yang ada jual karipap macam ni. Haa, itulah dia. Abang beli karipap dan dia bagi kakak ipar rasa juga. Saya tak makan. Bab bab makan saya agak memilih. Bukanlah memilih, sebenarnya saya bukan jenis yang suka mencuba. Sukar untuk saya cuba benda baru.




Gambar ni saya ambil masa dalam bas juga. Tak tersusun gwa upload gambar. haha. Manyak soli la semua. Tengok ni, wayar elektrik mereka memang tahap boleh rentung kalau kena renjatan. Tapi mereka selamba aje dengan keadaan macam ni. Kalau saya jadi technician pun, tentu akan stress lihat wayar macam ni. Mana nak tahu wayar ni bersambung kat mana, wayar ni milik kedai mana , lepas tu berhubung dengan yang mana. Phew! Mungkin mereka tak sempat nak belajar dan habiskan kajian tentang sistem pendawaian yang betul lagi sistematik kot.

Agak agak kan, perkara sebegini menjadi isu tak dikalangan warganegara Vietnam? Kalau kat Malaysia pendawaian macam ni rupa, dah tentu perkara sebegini menjadi viral kat media sosial. Mahu masuk parlimen. haha. Debat punya debat dan tentu akan ada bajet juta juta untuk selesaikan masalah ni. 

Tapi kat sini, rileks betul eh. Tak jadi kudis bagi mereka. Kalau kita pandang dari sudut lain. Mereka sangat KREATIF! Bukan senang nak bagi wayar tu berselirat macam rambut kusut tu.




Bukan Nabil punya. Ini Nabil Biryani House yang punya. Abang pergi semak harga kat sini. Agak mahal berbanding dengan Malaysia. Kami sambung jalan jalan lagi.

Kami masuk ke pasar Ben Thanh. Saya memang tak tahu apa-apa, just ikut aje. Mereka berdua dah tahu gambaran tempat ni macam mana. Ben Thanh tu macam pasar Payang je. Cuma dia 1 tingkat je, Besar lah juga. Jadi kami ronda ronda la dalam tu sebelum balik bilik. Sebabnya, malam nanti kami nak keluar lagi. Keluar ke pasar malam. 

Kami balik bilik dulu. Rehat!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.