Saturday, April 11, 2015

Saigon 2015 - Permulaan Yang Perit

Gimana bisaku aturkan ayat permulaan bagi memulakan kisah pengembaraan kami ke Saigon. Ah, sebetulnya gwa pun tak tahu Vietnam itu ialah Saigon. Kalau hang tahu, hang memang terer ah! Gwa memang tak terer. Gwa ngaku terang terang. Tahu pun adalah melalui pembacaan di ruang maya di sekeliling blog yang ada. Itu pun kerana nak mendapatkan info mengenai negara Vietnam. Tak pernah kujejak kakiku ke sana. Mendengar namanya mungkin biasa, namun sangat tidak biasa mengenali budaya mereka, perlakuan mereka, Saya tidak tahu!

Sebenarnya saya sepatutnya dah ke Vietnam pada 2013 yang lalu. Memandangkan tuntutan kerja sampai ke saat akhir tidak menyebelahi diri ini. Maka terhapuslah semua tiket penerbangan saya. Sedih? Siapa tak sedih. Serius saya katakan, Alhamdulillah pada 22 Februari 2015 yang lalu. Senarai tugas saya dah berubah. Tiada lagi jadual waktu dan sesungguhnya saya mulanya agak sedih. Sayang nak tinggalkan jadual yang merupakan hasil pertama saya di bahagian saya berkerja.

Namun, lama kelamaan saya bersyukur. Yelah, sebelum ini saya banyak miss momen momen best bersama keluarga dan saudara mara. Pernah 1 ketika, 31 Ogos 2014 kot. Mak saudara buat makan sempena birthday anak dia merangkap sepupu lelaki saya. Saya jangka akan dapat hadir pada petang, sudahnya sampai malam saya masih di pejabat. Sedih!

Sedih berterusan apabila abang 1 balik ke kampung dan sememangnya bukan senang nak berjumpa kan. Saya ingatkan sempat berjumpa dengannya, dari pagi ke petang sampai malam. Langsung tak dapat bersalam dan bertemu dengan keluarga abang 1. Sedih. Tapi siapa peduli. Saya punya perangai, selagi kerja tak siap memang saya tak berganjak. Sedihlah memerap perasaan seorang diri. HAHA.

Kali ini, saya dah nekad. Nak bercuti setiap bulan. Takkan setiap tahun nak lihat cuti terbakar aje. Setakat ni dah 17 hari cuti saya burn macam tu je. Luput ditelan waktu.

Eh, di mana kita eh? HEHE. Itulah, kan dah cakap tak tahu nak start dari mana. Dah panjang cerita pulak.

-----------------------

VIETNAM 2015

Setiap kali ke luar Malaysia [nak cakap ke luar negara macam malu je]. Sebab bukan pergi negara europe pun. Setakat ni, hanya pernah ke Indonesia je. Jadi saya pilih ayat yang tak nampak macam bajet best. Sebab memang tak ada apa yang nak dibestkan pun.

Di ulang, setiap kali ke luar Malaysia. Tiket biasanya akan ditempah oleh kakak ipar 1 saya. Tugas ni macam dah tugas tetap dia. Harga pulak memang murah. Alhamdulillah. Kalau mahal, memang saya tak mampu pergi. Oleh kerana pada 2013 saya dah melepas untuk ke HCMC. Maka kali ni, kakak ipar 1 dah tempah siap siap tiket pada 2014. 
Tiket dari Kuala Terengganu - Kuala Lumpur - Kuala Lumpur - Kuala Terengganu : RM59.00
Tiket ke Kuala Lumpur - Ho Ching Minh - Ho Ching Minh - Kuala Lumpur : RM173 [Grand Total : RM239.00 [termasuk baggage 25kg: RM50.00, Nasi Lemak Pak Nassir Wahab: RM12]
Oh ya, semuanya Air Asia ya. 
Penginapan adalah dalam RM110 untuk 2 malam. HAHA. Rasanya lah. Bagi saya murahlah untuk saya yang berbajet cipuput ni. Dan saya memang tak kisah pun kalau orang cakap, 'kami naik flight tiket dia lagi mahal. Tak gemar sangat naik Air Asia'. Terpulang pada diri masing-masing. Saya bukan jenis suka bertanding. Saya punya prinsip, ikut kemampuan diri. Tak guna berhabis sakan sedangkan diri tak mampu. 

Saya pernah naik MAS dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, memakan hampir RM300 untuk 1 way. Selebihnya perjalanan saya dengan MAS banyak FOC! HAHA. Jadi sebab tu lah, saya tak kisah lah anda semua naik apa. Janji, saya sampai dengan selamat.

Naik FireFly pun ok juga. Walaupun bergegar dia boleh tahan. Tapi itulah kan, seronok mencari pengalaman ni. Masa kami nak berlepas ke HCMC tu kan. Saya terpandang Royal Brunei. Hati teringin sangat nak naik. Sekali pun jadilah. Nak tengok macam mana je kat dalam dia tu. Pramugari dia macam mana, cara mereka layan macam mana. Haa, tu je. Cita cita saya memang tak tinggi. 

-----

KEPERITAN SEBELUM BERJAYA

Bukan mudah mencapai bintang di angkasa.

Lalu kita sambung selepas saya berjaya alihkan gambar ke dalam laptop eh.

Terima kasih atas keprihatinan anda.



2 comments:

Terima kasih atas pandangan.