Tuesday, April 21, 2015

Say Yes To The Dress

Tidak dinafikan saya agak selektif memilih rancangan sejak akhir akhir ini. Dah lama tidak mengikuti sinetron Indonesia. Dah lama sangat. Juga sudah lama tidak mengikuti siri siri drama drama melayu hebat di kaca televisyen. Hebat setara mana? Hebatlah andai ianya menjadi buah mulut di media sosial atau paling kokak pun menjadi bualan di pejabat.

Dah lama sangat saya tidak menjadi peminat drama Melayu. Dan saya cuba mengingati kot kot ada drama yang melekat di ingatan. Rasanya tidak ada. Kalau tak silap macam pernah tengok drama yang bukan bersiri tu, tapi tak ingat. huhu. Yang ada dalam ingatan saya ialah dokumentari rancangan rancangan yang sangat menarik untuk saya ikuti. Contohnya Say yes to the dress! Wah suka sangat. Lepas tu, rancangan masak masak kat AFC channel. Love it. Walaupun tak reti nak masak. haha. Dan lagi, rancangan 19 kids and still counting. Juga tak lupa rancangan pasangan menarik ni, Little people, big world! Lepas tu ada satu rancangan yang ala ala ubah gaya fesyen. Tapi kelupaan la pulak tajuk dia. Nanti lah kita google.

Saya akan kongsikan setiap kisah yang saya tonton. Malam ni, kita akan share kisah Say yes to the dress. Rancangan ini mengisahkan bride to be mencari dress mereka untuk hari kahwin. Yang seronok dilihat ialah tali kekeluargaan dan persahabatan mereka amat amatlah erat dan akrab sekali. Mohon ABAIKAN dress mereka yang adakala seksi tu. 

Saya cuba berfikir ke satu sudut yang lain. Walaupun mereka beragama bukan Islam, namun mereka membawa 1 pendekatan yang boleh difikir oleh kita sebagai muslim. Saya cuba mencari ayat agar tidak disalah fahami oleh pembaca.




Ini ialah Randy. Dia satu satunya perunding lelaki di Kleinfeld ni. Yang lain rata rata wanita. Walaupun dia lelaki, tapi dia tahu apa yang ok atau tidak dengan pemilihan pakaian pengantin. Tengoklah barisan baju pengantin belakang dia tu. Cantik kan? Sekali imbas kita nampak macam sama aje fesyen diaorang. Yang membezakan harga antara pakaian tu ialah material, cara jahitan yang cerewet atau biasa biasa aje. Beading yang terperinci kat baju. Semua aspek tu diambil kira. Kebanyakkan dress mereka memang tak ada lengan. Sleeveless macam tu je. Sebab tu saya dah letak macam macam shape kat gambar bawah. Nak cakap seksi tak adalah sangat. Namun keharmonian pandangan kalian dan maksud entry ini juga perlu dijaga. Tak nak ar, saya nak cerita benda positif, tup tup nampak macam bercelaru. Haa sudah.




Alah cumil sangat ajak kawan kawan perempuan datang sama bagi pandangan. Mereka adakala membawa 2 hingga ke 5 sehingga 6 orang rakan rapat mereka. Dan yang bestnya, kawan kawan mereka tu sporting dan ada juga yang urm tak sporting sangat! Biasanya kritikan akan diberi semasa pakaian ni ditunjukkan kepada kawan kawan yang menemani si pencari baju pengantin. Kadang kala kesian pun ada kat pengantin, dah berkenan kat pakaian tu. Namun bila kawan kawan cakap tak cantik, terpaksa cari yang lain. Dress ini kebanyakan mengikut bajet mereka. 

Oh ya, rancangan ini juga ada untuk bridemaid jugak. Say Yes to the dress bridesmaids. Jadi bila dah selesai pemilihan pakaian pengantin. Haa, akan tiba pemilihan pakaian untuk bridesmaid. Leceh juga sebenarnya. Yelah, bila dah ramai, idea pun banyak dan citarasa sangat berbeza beza. Sampai boleh bergaduh, bermasam muka. Tapi mereka berbaik balik selepas adengan gaduh gaduh manja tu.



Contoh kecumilan mereka. Pergi mencuba dress di sebuah butik secara beramai ramai dengan keluarga. Ada yang membawa semua keluarga mereka untuk melihat dress yang bagaimana akan dipilih oleh bakal pengantin. Ada yang membawa kawan kawan dan ada juga yang membawa bakal mertua dan bakal suami mereka. Abaikan bakal suami mereka tu. Yang saya tekankan di sini ialah mereka membawa keluarga mereka. Kita sendiri sebagai pengantin di Malaysia terutamanya Melayu Islam, rasanya tak semua membawa ahli keluarga memilih pakaian pengantin kita. Tak semua kita meminta pandangan mak ayah kita dalam soal berpakaian. Tak semua kan?

Antara perkara yang saya suka lihat ialah kebanyakan mereka sangatlah rapat dengan ayah! Boleh dikatakan, ramai bakal pengantin di dalam rancangan ini adalah anak ayah. Nak pilih dress pun ikut persetujuan ayah. Saya teringat satu episod ini yang mana ayahnya terlibat dalam kebakaran yang menyebabkan kulit muka dan anggota badannya melecur. Kesan melecur itu ada sampai sekarang dan anak perempuannya, meminta pandangan daripada ayah beliau. Sweet angat bilamana ayahnya menitis airmata melihat anak kesayangan akan menjadi pengantin.

Kalau di sini, jarang rasanya kita melihat ayah menemani anak anak mencari baju pengantin. Sukar sudah untuk kita cari anak ayah sampai satu tahap ayah menitiskan air mata. Menitis air mata di saat akad nikah itu mungkin biasa. Ini menangis semasa pemilihan baju pengantin. Nak cakap, betapa prihatinnya ayah sampaikan anak pergi cari baju pun ikut sama. Turut sama bagi idea. Bagi pandangan apa yang ok apa yang tidak.

Rasanya ini lah yang sepatutnya ayah kita buat kan? Peranan seorang ayah kepada anak perempuan dia. Memang tidak dinafikan, mungkin faktor persekitaran, faktor keluarga itu sendiri yang turut memainkan peranan dengan budaya mereka. Sebab itulah mat saleh ni, tua tua pun masih berpegang tangan. Bagus apa yang mereka praktikkan tu kan?

Entry ini tidak bertujuan untuk mengagungkan mat saleh. Nak cakap orang Inggeris kan, macam skema sangat. Namun ketahuilah, bahawa suka saya ambil pendekatan positif mereka. Kalau ada yang macam terdedah ke apa, abaikan.





Satu perkara yang saya belajar daripada rancangan ini ialah, tak semua mat saleh sukakan dress yang seksi yang mendedahkan anggota badan mereka. Ada dalam siri rancangan tu kan, apabila si anak keluar memakai dress pilihan mereka dan ditayangkan kepada ahli keluarga.  Ada yang mengatakan dress tersebut terlalu biasa, tidak gah untuk perkahwinan. Itu reaksi bukan luar biasa. Namun apabila reaksi yang mereka terima ialah NO! Reaksi ini adalah menarik perhatian saya. Kerana, antara alasan mereka menolak dress tersebut adalah disebabkan dress tu terlalu seksi dan tidak sesuai untuk majlis perkahwinan. Terlalu terdedah. Si anak mendengar kata lalu si anak masuk semula ke dalam bilik persalinan. Si Randy dan kuncu kuncunya akan mencari semula dress yang lain sehinggalah mereka bersetuju dengan pemilihan pemakaian tersebut. Selain Randy, Pnina Tornai sememangnya agak glamour dikalangan pencari baju pengantin dalam rancangan ini.

Mat saleh pun tahu tak suka seksi meksi sangat ni. Kita yang ada pegangan agama, sepatutnya lebih baik daripada mereka. Kalau mereka memilih seksi, itu normal dengan life mereka.

Satu lagi, ada di kalangan mereka yang berbadan gempal. Ya Allah, tinggi sangat self confident mereka. Tak ada pun kena kutuk ke apa. Sangat positif penerimaan mereka. Walaupun size mereka xxxl. Tapi dress tetap melecun dan alahai comel sangat! Tak ada pun cakap cakap yang mengatakan 'badan awak besar, susah nak cari size ke apa'. TAK ADA! Jadi mereka yang bersize besar sedikit ni, tak ada la yang menangis kena kutuk ke apa. Langsung tak.

Ah, kamu semua kena lihat sendiri. Barulah mengerti akan mesej entry ni. Sebab tu lah, bagi saya rancangan ni lagi best dari drama. Memang tak dinafikan ada drama yang bagus. Namun sekarang, trend drama adalah sama. Klise sangat. Jadi kalau nak cari yang lain sikit, di luar pemikiran sikit. Silalah cuba cuba alih siaran ke TLC ni. HAHA. Macam promote la pulak. Serius! Best nonton rancangan ni. Saya selalu lihat pada petang hari. Kalau ikutkan rancangan ini pada hari Jumaat malam Sabtu. Kalau tak silap siri baru akan bermula tak lama lagi. Tak tahulah itu siri lama yang baru ditayangkan ke apa. Ah, tak kisah. Janji boleh tengok. HEHE.

Credit to google untuk semua gambar kat atas. xoxo



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.