Friday, April 24, 2015

Sesi Melatih Tulang Temulang di Tanah Vietnam

Pada penceritaan yang lepas kita terhenti di mana eh? Ah sudah. Tak jumpa jalan penutup.

Tak mengapalah, sebab memang sel sel otak tak bersambung dengan entry yang lalu. Kita terus aje ke cerita untuk hari pertama pada malam pertama pada hari kedua. Mesti tak berapa nak faham sangat kan? Tak mengapa, marilah saya tuntuni pembacaan kalian semua.

Hari Pertama | 5 April 2015 - SIANG

Kami sampai ke airport. Ye tahu, dah pernah cerita masa entry yang lalu. Tapi ini nak bagitahu keadaan dalam bas aje.

Kami kan naik bas aje ke hotel. 


Dan inilah rupa bas tu. Pemanduan mereka adalah sebelah kiri. Di depan sana adalah tiket untuk penumpang. Bas biasa aje tapi ada aircond. Kira oklah kan. Pemandu depan dia agak 'gereng'. Slang sikit slang sikit. Atau bahasa rasminya garang! Tak tahulah, mungkin dah jenis dia macam tu kot. Tak silap pembacaan saya, Vietnam ni barulah juga dibuka untuk kemasukan pelancong luar. Sebab itulah kot budaya mereka sebegitu. Garang tak ada perasaan. 

Tambahan pula negara mereka adalah sebahagian daripada blok komunis. Jadi jangan expect mereka akan berbudi bahasa. Serius. Namun TAK SEMUA bengis. Masih ada yang ok lah untuk bertoleransi. 

Hari pertama pada sebelah petang, sudah ditulis pada entry lepas. Mohon rujuk sejarah lama di bawah. Maka kita terus ke aktiviti malam hari. 

Hari Pertama | 5 April 2015 - MALAM

Sebelah malam, kami mula turun dari hotel dan terus berjalan kaki ke pasar malam. Meriah macam apa! Sangat meriah seolah olah esok hari raya. Macam tak perlu tidur. Macam habiskan semua duit menjadi barang barang. Macam ya Allah macam orang kaya. Eh, tak sangat. Bukan macam orang kaya. Ini bukan shopping di butik butik ternama yang mana, satu barang dah cecah ribuan ringgit. Bukan. Langsung tak sama. Ini semacam kamu bebas membeli belah secara gembira terlajak namun masih di dalam bajet yang minima. Dan yang penting, tak perlu risau pasal GST. Tak perlu risau ada penjual yang naikkan harga sesuka hati. Serius. 

Contoh, kamu berbelanja RM400 di Kuala Lumpur. Katakan di Jalan TAR. Kain yang kamu boleh beli dengan RM400 mungkin dalam 4 pasang yang berharga RM70. Dan 3 pasang kain yang berharga RM40. Total dia 7 pasang kain kamu boleh beli. 

Namun di sini. dengan RM400. Kita dah boleh angkut balik lebih 12 pasang kain. Seronok sangat membeli dengan tidak merabakkan poket yang sedia rabak. haha. Sepanjang saya berjalan kat sini, rasanya tak ada kot kain yang berharga RM70. Tak tahulah kot saya yang tak jumpa.




Suasana semasa kami sedang menuju ke sepanjang jalan utama pasar malam. Penuh dengan manusia dan barang barang jualan. Orang Malaysia pun ramai jugak. Memang destinasi pilihan bagi orang kita kot.




Udang yang sangat gedempol lagi kurus. Tak tahu nak cakap udang ni macam mana. Nampak memang menyelerakan. Rasa nak ambil satu dan satu dan satu hingga licin. Rasa ajelah, ambilnya tak. Saya alergic pada udang. Maka jamu mata cukuplah sebagai penghilang kempunan.




Bila balik Malaysia, bila tengok balik semua gambar. Rasa mak aih, cantik betul semua tanglung dan barangan kat sini. Mula rasa kenapa eh tak beli, kenapa eh tak tanya harga. Biasalah, syaitan kan sentiasa ada nak goda kita supaya berbelanja sakan.

Syaitan betul kamu syaitan!




Pasar Ben Thanh. Saya mengambil gambar secara rambang sahaja. Tak pasti ini pintu masuk atau pintu belakang. Dan saya rasa, sepanjang di sini. Saya tidak meletakkan dalam kepala sangat mengenai jalan atau bangunan di sini. Maksud saya, Pintu depan dia macam mana, pintu belakang dia macam mana. Main aci redah aje. Mungkin kalau ada rezeki ke sana lagi, akan saya kukuhkan sikit ilmu perjalanan mengenai negara orang.




Buah kat sini memang syurga! Mungkin gaya mereka mengolah buah di dalam polystyrene sebegini berjaya menaikkan seri buah lantas memperlihatkan buah buah ini sangat menarik. Buah ciku yang dijual besar dan nampak macam manis. Tak tahulah manis ke tidak, Nampak aje macam manis melalui penelitian yang tidak bertauliah saya.

Pada malam pertama, kami hanya membeli sedikit aje barang. Banyak masa kami lebih bersantai dan melihat penjual menjual. Ada la juga bertanyakan harga, namun disebabkan mereka ni agak garang semacam, macam makan tebuan. Naik takut nak tanya. HAHA. 

Kami berjalan dan berjalan, pusing lagi dan lagi lalu balik ke hotel. Kami bercadang untuk melihat bagaimana keadaan pada esok hari. 

Hari Kedua | 6 April 2015 - PAGI

Kami makan di kedai yang glamour tu. Hajah Sabariah ke? Apa ek nama dia. Memang glamour betul. Saya aje yang tidak keingatan namanya. Jap ar saya fikir. Sementara saya fikir namanya, mari kita cerita ceriti.




Saya kan tidak memesan mee pho secara setiap hari. Maka cuba lah pesan mee goreng ayam. Boleh tahan rasa dia. Cuma tang ayam tu aje saya rasa semacam. Aneh sangat carikan daging ayam ni. Besar besar dan tidak dipotong dadu sebagaimana kebiasaan. Semasa makan, otak saya ligat berfikir nak pesan apa untuk santapan di lain waktu dan hari. 



Kedai ini memang best!!

Sebelum datang sini, saya ada dapatkan sikit maklumat dan gambaran bagaimana membeli di Vietnam. Dan bagi saya, sebenarnya atas rezeki kita dan nasib juga lah. Ada 1 kedai yang sangat glamour diperkatakan, namun bagi saya ada lagi kedai yang best untuk dilawati oleh orang kita. Nantilah saya reveal nama kedai yang seolah olah, kita ni minta percuma kain mereka. Sabar ajelah. Kena banyak bersabar bila datang sini. Bukan dengan harga kain, namun dengan kerenah penjual tu.

Gambar yang tertera di atas menunjukkan kedai yang perlu anda kunjungi. Memang best. Penjual dia ni sangat ok. Kita boleh tawar menawar. Wow! Wow kerana tak semua kedai kita boleh tawar menawar dengan hati yang gembira. Ada yang macam nak telan kita. HAHA. Takut.

Makcik ni sangat baik dan melayan kami dengan bagus sekali. Mana yang boleh tawar, dia kasi. Mana yang tak boleh dikurangkan harga, memang dia tak kasi. Cubalah ke kedai ni. Ambil nombor kedai ni. Nak bagi direction, saya tak reti. hehe. Apapun, harapnya nasib kalian baik seperti kami.




Pemandangan jalan raya mereka

Selepas itu, kami berjalan ke Taka Plaza. Orang cakap sini ok juga untuk membeli. Saya tak tahu dan hanya mengikut aje.




Sampai di dalam Taka Plaza. Saya tak tahu nak definisi kan seronok atau macam mana di sini. Yang pasti di sini wifinya open dan sangat berdesup lajunya. Kami tak membeli sangat di sini. 

Kami menyambung mencari kedai beg kipling. Abang dan kakak ipar membawa saya dan 3 lagi kawannya menuju ke kedai yang mereka tahu. Di sana, kakak ipar dan kawannya Kak Ain seperti ketidaktahuan. Nampak benar rambang mata mereka. Saya tidak berapa teruja dengan beg yang dibeli oleh mereka. Oh itu tidak bermakna saya tidak berkenan. Berkenan sangat, namun saya dah aim satu beg ni untuk dibeli. Jadinya, saya simpan dan pendam hasrat hati tu diam diam. Nanti saya cari sampai jumpa.

Selepas semua membawa beg penuh di tangan. Kami pulang ke hotel. Selepas Zohor kami akan keluar lagi dan lagi. 


Hari Kedua | 6 April 2015 - PETANG

Pada petang hari selepas berpenat lelah membeli. Kami menyambung perjalanan kami ke segenap pelusuk bandar. 

Dari Ben Thanh Market, kami terus berjalan merentasi jalanraya di sini. Debu jangan cakap lah. Memang berdebu. Ambil tisu dan lap muka anda, naik hitam tisu tu. haha. Ya Allah, kotor sangat. Patutlah penduduk kat sini pakai mask apabila naik motorsikal.

Kami berjalan menuju ke Central Post Office. Ya, berjalan kaki aje. HAHA. Tulang temulang anda perlu berkerja keras sikit pada masa ini.

Kami mungkin telah melalui Nguyen Trung Truc dan berjalan jalan lalu berjumpa dengan People Committee Hall. Di sini, sempat ambil gambar namun sebenarnya tak boleh ambil gambar kat depan bangunan dia. HAHA. 

Nantilah saya masukkan sekali gambar tu. Maklumlah, gambar banyak dan merata rata letaknya. 

Kami berjalan lagi dengan letihnya mencari Central Post Office. Berliku juga laluan kami. Tanya situ, tanya sini. Akhirnya sampai juga. Kami melalui jalan jalan yang saya sendiri tidak tahu namanya. Sampai di sana, kami bergambar gambar. Berbaloi juga berpenat ke sini. Cantik post office dia. Dan selepas rehat seketika di sana, kami teruskan perjalanan nak balik hotel. Maklumlah, malam nanti kami nak berjalan lagi ke pasar malam.

Berjalan dan melalui bangunan Notre Dame Cathredal yang merupakan sebuah gereja yang besar. Binaan dia mungkin tinggalan penjajah dulu kala. 

Sepanjang perjalanan balik dengan berjalan kaki tu, kami terus ke Independence Palace. Tapi bila sampai sana, dah tutup. Ambil gambar sikit sebab dah penat lantas kami buat keputusan untuk balik terus ke hotel.

Penat sungguh dengan sesi berjalan ke semua tempat sebegini. 

Rasanya tulang temulang terkejut dengan kerja keras kami. haha!




Semasa nak balik ke hotel tu kan, saya ternampak kedai ni. Kedai jual beg kipling! Saya ajak kakak ipar masuk dan saya terus tanya harga beg yang saya berkenan. Bila ditanya, wow murahnya. Maka saya beli 1 dan harga tu saya minta kurang la sikit. Eh dia kasi. Dahlah harga di sini lebih murah berbanding di kedai yang merambangkan mata kakak ipar dan Kak Ain sebelum ini.

Penjual kedai ni sangat ramah. Cuma kedai ini bukannya terletak di pasar tetapi di bangunan yang berlainan. 

Kami ke kedai ini sebanyak 2 kali. Pada kali kedua, saya tak membeli kerana dah beli 1 beg sebelum ini. Kakak ipar turut teruja sedangkan dia dah banyak beli beg kipling. Kakak ipar ajak singgah sini lagi dan beli lagi bebeberapa beg.

Dan nak tahu, penjual ni kan. Dia kira dalam matawang dong. Lepas tu dia bagitahu dalam RM dan dia terus potong atau kasi diskaun siap siap. 

Semasa kakak ipar membeli beg, saya hanya menemaninya aje. Eh, selepas siap berjual beli. Penjual ni kasi free satu beg kecil. Nak cakap clutch bukan clutch. Ala-ala lah, boleh lah letak barang barang dan sangat cantik pada mata saya.

Dia kasi kakak ipar 1 dan saya 1. Tanpa PERLU KITA MINTA. Dahlah tu, siap boleh tukar design lagi. haha. Orang dah kasi free kita sempat demand lagi eh. Nasib baik penjual ni sangat ok.

Pergi la cari kedai ni. Seronok membeli sekiranya kamu pencinta beg!

.
.
.
.

macam kakak ipar saya. hehe.


Hari Kedua | 6 April 2015 - MALAM


Saya pendekkan cerita yang sangat panjang dan berliku ini menjadi pendek. Lebih pendek.

Selepas balik ke hotel. Sempat berehat sebelum keluar semula selepas Maghrib. Kami ke pasar malam. Pada malam ni, kami beli macam macam, sebabnya esok petang dah nak balik. Jadi mana yang tak dibeli tu, saya senaraikan siap siap dan beli. 

Tak nak pening kepala susah hati esok hari.



Suasana malam hari semasa kami melalui bulatan untuk ke pasar malam yang hujung. 




Kebetulan ada orang besar besar melalui jalan ni. Semua polis bersiap sedia. Semua motorsikal berhenti. Roundabout kosong dan usai aje orang kenamaan lalu. Maka semua motorsikal macam baru dilepaskan dari pintu, terus berdesup laju menuju ke destinasi masing masing.

Kami hanya berdiri memandang situasi di sana. Seronok juga layan keadaan mereka. 

Malam tu, saya balik ke hotel dan packing semua barang barang yang dibeli. Takut esok tak sempat nak kemaskan semua barangan yang saya buntu nak sumbat kat mana. Bimbang terlebih kilogram. Bimbang juga dengan kastam. 

Tak apalah, kebimbangan yang dibimbangkan itu telah pun berlalu. 

Untuk itu, sekian saje untuk episod kali ini.

Publish!

Log out.




2 comments:

  1. assalamualaikum..nak tanya...stay kat hotel mana? sebab saya nak tau route ke kedai kipling tu. t.kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..saya stay kat Thanh Thu Hotel..sebelah dengan saigon pink 2. kedai tu saya tak sure nama jalan dia. tapi kalau tak silap, selepas pasar ben thanh..bangunan belakang..

      Delete

Terima kasih atas pandangan.