Tuesday, May 5, 2015

Serangan Dugaan

Balik dari Vietnam pada 7 April baru baru ini, saya diserang demam. Sebenarnya, dalam masa yang sama, bibir saya seperti ditimpa alergik. Nak cakap alergik lipstick, saya tak pakai lipstick. Namun saya hanya abaikan perkara ini. Hampir seminggu demam barulah kebah. 

Selepas itu disusuli oleh batuk. Bagai nak pecah kerongkong ni batuk. Pergi ke tempat kerja mengelek botol air. Hingga ke satu ketika, sedang saya bercakap dengan bos. Eh, batuk tiba tiba menyerang sampai terkeluar air mata. haha. Lari terus ke toilet. Lepaskan batuk sepuas hati. 

Batuk masih melekat pada diri, datang pula dugaan lain. Pada satu malam, mata saya berair. Sangat kehairanan. Kenapa dengan mata ni? Saya bangun dalam kegelapan. Lampu dibuka dan saya cek mata saya sekilas. Saya fikirkan bulu mata masuk ke dalam mata. Saya hanya mengesat mata lalu ingin sambung tidur. 

Namun mata masih tidak selesa. Terasa ada sesuatu di dalam mata. Saya dapat rasakan mata sentiasa berair. Hati mula rasa takut. Takut. Sangat takut. Sebab saya kenal 2 orang yang matanya sentiasa berair. Tapi saya tidak tahu apakah penyakit mata mereka tu. Fikiran mula melayang jauh. 'eh, mata aku jadi macam tu ke?'. 

Saya bangun kembali dan mula cek pada mata. Nampak mata membengkak. Merah. Lalu saya ke dapur rendamkan mata ke dalam air di dalam mangkuk. Harapan saya habuk atau apa jua dalam mata akan keluar. Namun tiada hasil. Maka tidurlah saya dalam keadaan tidak selesa.

Datang ke tempat kerja, ada kawan sepejabat menegur 'sakit mata ke?'. Saya yakin saya bukan sakit mata. Namun pada tengah hari, saya ke klinik jua. Bukan apa, takut juga kata hati saya itu menyimpang. Sakit mata kan berjangkit. Apabila doktor buat pemeriksaan, dia bagitahu urat mata saya bengkak. Jadi doktor kasi ubat titis. Selang beberapa hari, mata kembali ok. Alhamdulillah.

Eh, selang beberapa lama. Bibir saya menjadi semakin teruk. haha. Menggelupas macam apa. Memang agak teruk. Lantas saya ke klinik dan dapat mc. Doktor cakap saya alergik, mungkin seafood, mungkin lipstick. Tapi semua alasan doktor tu saya sangkal. Sebab saya tak makan seafood sepanjang tempoh itu. Saya tak pakai lipstick sepanjang itu. Doktor kasi ubat sapu pada bibir. Mula tu agak pedih kerana ada sedikit luka.

Dan selepas hampir sebulan, yakni 2 3 hari yang lalu. Barulah bibir saya kembali pulih seperti biasa.

4 Mei 2015

Pagi semalam, saya makan pagi. Ambil menu yang biasanya menjadi pilihan saya. Nasi kerabu ayam bakar double. Selepas selesai makan, saya berada di tempat duduk belakang di dalam kereta kawan. Kepala mula rasa pening. Saya abaikan.

Sampai di pejabat, saya cakap pada member. 'tak boleh naik kereta besar, rasa pening'. Selepas itu, terus ke toilet dan terhambur semua makanan yang dimakan. 

Tak cukup dengan itu, terus diserang dengan 'ceriberi'. Pabila petang, badan saya mula diserang sejuk panas. Lantas, demam mengambil tempat.

Memang sejarah bagi saya apabila demam setiap bulan. huhuhu.

Dan sejarah berulang kembali.

Dulu, saya pernah demam selepas makan ABC coklat. Memang favourite! 

Dulu, saya pernah makan lont*ng lalu pabila petang, badan sejuk panas lantas demam. Hingga sekarang saya dah tak boleh makan makanan ni lagi.

Dan kini, bila makan nasi kerabu. Entah bila pula saya boleh menjamah menu ini. Urmm, hanya masa yang akan menentukan.

Hargai nikmat sihat!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.