Thursday, July 2, 2015

Bajet Raya

Sehari dua ini saya dihimpit perasaan ingin memiliki baju baru merangkap baju raya. Sebetulnya dah nekad tak nak beli baju raya. Fikir punya fikir, banyak lagi kegunaan duit selain baju raya. Masa inilah dompet nak robek, masa ini lah handbag nak terkoyak kulit wajahnya. Masa ini lah. 

Tapi saya tak begitu khuatir kerana memang dah ada handbag lain yang boleh digunakan. Namun jauh di tapak hati saya, 'nok beg baru, nok beg baru'. Ya Allah, adakah ini benar-benar cerminan diriku? Sentiasa ada perasaan ingin memiliki. 

Sabar. Sabar.

Handbag mungkin akan dibeli di lain masa. Bukan di lebaran ini, mungkin selepas lebaran. Mungkin. Tak perlu mungkin mungkinlah. Tulis PASTI je. Baru lah hati tu rasa nekad sikit. Kalau asyik tulis mungkin, ianya mungkin menjebakkan diri ini ke kancah pembelian sebelum lebaran. Tak boleh. Tak boleh.

Ok, insyaAllah pasti handbag akan dibeli selepas lebaran. 

Ok. Perasaan ingin memiliki masih boleh dipujuk. Senang cakap, masih dalam keadaan terkawal. haha. 

Berkenaan dompet. Memang dah nazak sangat. Dah kena gantikan yang baru. Nak tahu. Dompet yang saya gunakan ini dah bertahun-tahun usianya. Hampir 3 tahun sudah. Jangka masa yang lama untuk dompet yang bernilai TERSANGAT MURAH itu. Nak tulis pun segan. Nanti korang terkejut lantas terlepas waktu sahur. HAHA!

Saya dah tahu penangan keterkejutan kalian nanti memang hebat. Sebab itu saya duga siap-siap. Jadi bila saya dah duga, maka tak perlu lah nak nyatakan kat sini.

Malu.

Apabila tiada malu, berbuatlah semahumu.

Maka saya di sini ialah malu.

Dengan itu, biarlah ianya rahsia.

HAHA.

Ceh.

Ok ok. Dah lewat ni. Cepat tulis.

Minggu pertama awal Ramadan, saya temankan sepupu ke TTC. Kat sana, Ya Allah banyaaknnyaa pilihan baju. Rambang mata, rambang jiwa nak pilih yang mana.

Saya terpandang pada baju yang meeeemaaangggg saya suka. Kate Dress. Dress ni selalu saya usha dalam instagram Mazlianul Mazlan.

Cantik dress tu.

Jadi semasa saya kat TTC. Dress yang mati-mati macam kate dress terpampang depan mata. Saya try sarungkan dan padan! Muat tak perlu alter bahu atau apa. Just nice kecuali kena potong sebab labuh. Mungkin dress tu sesuai untuk mereka yang berketinggian 160+ cm. Saya kekurangan 3 cm di sini. Maka agak meleret. Tengok cermin, memang dah ok. 

Biasalah kan. Saya pujuk hati supaya JANGAN BELI. HAHAHA.

Saya tak suka dengan jahitan belakang iaitu dart. Dart/lisu ialah jahitan yang mana kita lipat sedikit kain untuk memberi kesan shape pada baju tersebut. Biasanya kita jahit pada baju kurung moden, baju kebaya dan banyak baju lagi.

Jadi dress tersebut yang memang mempunyai dart maka ianya tidak berapa sesuai dengan saya. Bukanlah nak cakap baju yang ada dart saya tak pakai. Bukan. Tapi nak cakap, dart membuatkan dress tu menampakkan bentuk badan. Maka saya tolak awal-awal.

Bila saya tilik pada cermin. Tudung dah menutup bahagian atas. Tak kan tiba-tiba bahagian belakang kita abaikan. Macam tak kenalah kan. Nak bergaya nak meriah. Nak kelihatan cun [abaikan perasaan saya ni. HAHA]. Tapi tak bolehlah nak tutup mata tolak ke tepi apa yang perlu kita pentingkan dalam berpakaian.

Maka dalam soal ini, saya tiada kompromi.

Walaupun cantik, walaupun ngam dengan saya. Namun kuucapkan selamat tinggal untukmu. Jangan dikau bersedih hati kerana akan ada orang yang sesuai untukmu.

Saya cuba 1 lagi baju. Ingatkan baju kurung moden. Rupanya baju tu dah bersekali dengan kain dan ianya saaangaatttt cantik.

Saya cuba dan muat. Saya dah rasa serba salah. haha. Sebenarnya saya memang senang aje nak jumpa size baju. Nak dengan tak nak dan juga masalah labuh je. Yang lain biasanya tak ada hal.

Baju tu serius cantik. Terasa macam puteri lah. Uish teruk sangat ni berangan. Baju tu simple aje namun sangat umph!

Budak tu kan, dia pandai. Dia cakap 'tudung akak ni, semua match dengan baju kat sini. Size ni dah ok kak. Colour dia pun eksklusif'. 

Tapi saya tolak kerana baju tersebut mempunyai shape. Sebenarnya tak adalah nampak ketara benar potongan baju tu. Namun saya perlukan baju yang selesa.

Eh. Sebenarnya saya memang suka mencuba baju. Nak beli tu, biasanya saya akan fikir dan fikir dan fikir.

Sampai di booth terakhir. Saya dan sepupu berhenti untuk melihat baju di situ. Ah, kelihatan semuanya sangat menarik dan warnanya pula, sangat saya sukai. Warna pastel.

Jatuh cinta tengok baju ni semua.

Masa tu kan, ada seorang budak perempuan tengah berunding 1 baju ni. 

Ironinya, pada masa yang sama, saya pun berkenan pada baju tu!

Apa lagi. Kami pun bertumbuk ar. Dush dush!

Itu drama swasta. Ini realiti. Lain. Kami tak bertumbuk. Kami rileks aje.

Dia cuba dulu baju tu dan memang dia nak beli. Dia berketinggian rendah sedikit berbanding dengan saya. Maka baju itu meleret adalah dalam beberapa inci. Saya dengan tanpa segan silu mengatakan 'saya nak cuba juga baju ni boleh?'. Dia jawab 'boleh, bukan baju saya pun lagi'.

Apa lagi, saya pun cubalah. Dan baju tu muat dengan saya dan tak meleret seperti budak perempuan tu. 

Saya memang suka baju tu, sebab baju tu ada cover [macam long cardigan] yang dibuat daripada material lace. Jadi ianya menutup badan kita secara keseluruhan. Cantik. Warna dusty pink. OO suka sangat warna ni.

Tapi saya dengan terbukanya beralah dengan perempuan tu.

Dia terus bayar RM500 lebih untuk baju dan tudung. 

Sebab tu saya beralah. HAHA. Dah tahu harga sepasang baju tu ialah RM500. Sedangkan saya belum gaji pada waktu itu. Kalau saya dah gaji pun, urmm tentu saya akan fikir banyak kali. hehe.

Maka saya dan sepupu bersama kakak ipar 2 & anak buah terus berlalu sambil bermuhasabahkan diri.

LOL!

Itulah saya masih terbayang akan beberapa baju yang ingin dibeli. Sedangkan saya dah plan, tak ada baju raya pun tak apa. Baju yang dalam almari masih banyak.

Namun kat hati kan, teringin juga hadiahkan something pada diri sendiri. Yang penting tak terlalu mahal. Untuk kepuasan hati sendiri.

Tengoklah macam mana. Andai saya rasa ianya sesuai, mungkin boleh dipertimbangkan.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.