Wednesday, July 22, 2015

Fajar di Bukhara

Dah lama nak kongsi drama best ni. Dari bulan Ramadan, dari episod awal sampai drama ni dah menemui penamat. Masih tak dapat kongsi.

Hari ni sebab ada kelapangan, maka bolehlah menaip.

Pada bulan Ramadan yang lepas. Tak tahu macam mana boleh tertengok cerita best ni. Dalam kekalutan kami nak menghidang makanan, biasalah tv akan dipasang. Bila dah pasang tv. Tekan channel itu, tekan channel ini. Tertengoklah Fajar di Bukhara.

Pada mulanya, saya ingatkan drama ni bermula pada jam 7.30 malam. Rupanya jam 7 malam dia dah start.

Saya kan jenis memilih sikit kalau bab bab drama kat tv. Bukan apa, banyak drama entah apa apa yang ditayangkan kat tv. Agak sukar untuk mencari drama yang berkualiti mengikut piawaian diri saya. Kalau anda, saya tidak pasti bagaimana piawaian yang anda tetapkan.

Drama ini saya berani kongsikan kerana jalan penceritaan dia. Dan bagi saya, drama sebegini patut dibuat lebih banyak bagi menghiasi tv di malaysia. Err jalan cerita kena berbeza la. Cumanya cara pemakaian dan adengan di dalam drama ini patut diperluaskan lagi oleh pengarah di Malaysia.




Citra, Fahim dan Humairah merupakan peneraju utama cerita ini. Tapi keseluruhan cerita ni nak fokus kepada kisah Fahim dan Humairah.

Kisahnya Citra dan Fahim berkawan baik. Fahim dapat lanjutkan pelajaran di Bukhara, Uzbekistan dan semasa kat sana dia bertemu dengan Humairah.

Masa ni kan, saya ingat Fahim tentu akan kawin dengan Humairah walaupun Fahim sebenarnya dah bertunang dengan Citra. Bertunang disebabkan keluarga mereka nak sangat tengok mereka berdua ni berkawin. 

Eh rupanya, bukan semudah itu jalan cerita drama ni. Dia konar ikut lain pulak dah. Fahim rupanya terkahwin dengan si Nargiza pulak. Ah sudah. Tak tahu tang mana jalan keluar cerita ni. Memang di luar kotak pemikiran kita.

Sebelum ni kan, kita biasa disogokkan dengan jalan cerita yang boleh di agak. Namun drama FB ni lain. Kalian tak boleh nak agak macam mana.

Nargiza ni Fahim selamatkan daripada sindiket pemerdangan manusia kalau tak silap. Untuk mengelakkan fitnah, maka mereka berkawin. Si Citra dengan tenang boleh menerima berita ni. Memang kuat betul si Citra dalam cerita ni. 




Ini pelakon keseluruhan bagi cerita ni. Cuma watak watak ibu ayah si Citra dan Fahim tak ada, adik si Fahim pun tak ada dengan makcik pembantu rumah si Humairah.

Balik Malaysia, Fahim bawa Nargiza. Eh adalah beberapa masalah lalu Nargiza dilepaskan oleh Fahim kononnya sebab Nargiza tak cintakan si Fahim. Nak dijadikan cerita pula, Nargiza berkahwin pula dengan Rustam. Berbelit belit betul jalan cerita ni. Jadi tak payah nak duga la macam mana, kita kena ikuti sampai habis.

Lepas tu, Fahim kawin dengan Citra. 

Dipendekkan cerita macam mana entah Fahim masih teringatkan pada si Humairah. Kat sinilah konflik terjadi sebab Humairah tu ada kanser. Dung dang dung dang pendek cerita. Fahim akhirnya kawin juga dengan Humairah. Mereka berbeza usia sebenarnya. Sangat jauh beza usia mereka.

Dalam drama ni kan, tak ada adengan sentuh menyentuh pegang memegang. Tak ada. Pelakon dia pula menutup aurat boleh dikatakan agak baik. Mana yang kurang tu boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Siap pakai sarung kaki lagi.

Sampai kan saya rasa, drama ni patut disiarkan di TV Al Hijrah. Atau untuk kerja dakwah, boleh siarkan di TV3. Kan TV3 ramai penonton. Jadi kat situ, at least boleh kembangkan drama drama yang bermutu. Kena suap kan juga penonton dengan drama ada pengajaran macam ni [walupun jalan cerita drama ni agak bersimpang siur. Nama pun drama kan. haha]. Ini asyik kena suap drama ala ala mat salleh tak mat salleh. Tapi tak tahu drama melayu ke apa ek?. 

Drama ni oleh kerana selalu sangat saya buka time 7 malam tu. Dengan abang kakak ipar 2 sekali terjebak tengok cerita ni. Namun adakala kami tak tengok betul betul sebab kekangan pergi sana pergi sini semasa nak menghidang. Pada episod dah tengah tengah tu barulah kami dapat ikuti dengan baik.

Episod akhir dia tu tak dapat tengok dengan penuh penghayatan sebab tak buka tv. haha. Jadi mana nak datang penghayatan tu. Masa akhir akhir tu barulah faham yang Humairah tu meninggal. Sedih sangat. Ending dia macam tu je. Nak cakap tergantung pun tak, tapi si Duan tetiba keluar pada last episod tu sambil tersengih sengih. Buat rancangan jahat lagi la tu. haha.



Menarik dari tv ke novel. Biasanya dari novel ke tv. 

Bagi saya, tak rugi beli buku ni. Tentu best! Semua 26 episod drama ni mempunyai bintang dia tersendiri. Walaupun drama ini bukanlah drama yang tiada cacat cela nya, namun masih boleh dikategori drama yang bagus ditonton.

HAHA. Bukan promote tapi sekadar berkongsi. hehe.

oh ya. Gambar ni semua saya ambil dari facebook FB.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.