Tuesday, July 14, 2015

Mereka Orang Hebat Menerujakan Saya

Dulu 
Selalu rasa kagum bilamana melihat mereka yang mempunyai pengikut yang ramai. Maksud saya followers. Saya rasa mereka hebat. Tidak kira facebook, instagram, blog, atau apajua medium yang mempunyai butang pengikut.

Mereka tentu mempunyai aura yang luar biasa. Jadi tanpa segan silu, saya turut menjadi pengikut mereka. hehe.

Sekarang
Namun sekarang, tidaklah begitu kagum mana. Saya hanya menekan butang follow tanpa mengikuti setiap hari aktiviti mereka. Senang cakap, macam tak berguna aje menekan butang follow tu.

Kebanyakan sekarang saya lebih senang mengikuti bunga bunga, hiasan dalaman atau senang cerita teknik fotografi atau fesyen atau mereka yang mempunyai cerita yang mengagumkan saya contohnya mempunyai anak yang tidak cukup bulan, namun anaknya itu membesar dengan comel sekali. Sangat comel. Kebanyakkan yang saya ikuti adalah mereka yang daripada luar negara. Kalau kawan kawan tu, lain ceritalah kan.

Salah satu sebab kekaguman saya berubah menjadi mendatar. 

1. Pertamanya apabila mendapat berita mengenai kematian seorang yang agak dikenali di dalam bidang fotografi. 

Saya melihat instagram beliau. Gambar-gambar beliau serius cantik! Selalu teruja nak tahu kamera apakah yang digunakan beliau? Saya simpulkan beliau budak yang baik berdasarkan perkongsian gambar dan kata-kata yang dikongsikan. Selepas beliau meninggal, instagram tinggal begitu sahaja. Tiada lagi berguna kata-kata pujian kepada beliau kecuali doa yang dititipkan di ruangan komen.

Orang baik kan Allah ambil cepat.

2. Baru-baru ini saya berkesempatan mengenali beberapa orang yang saya rasa hebat dan menerujakan! Kekaguman saya beralih kepada jeng jeng jeng! Jika diikutkan mereka ini tiadalah pengikut yang ramai. Namun saya kagumi mereka. 

Mereka berpangkat Dr. Err, bukan Dr. perubatan. Namun Dr. yang mengajar di universiti awam. Mereka dapat membaca Al-Quran dengan tajwid yang baik. Mereka dapat mengenal hukum tajwid apabila ditanya. Mereka bersemangat untuk belajar dan terus belajar. Mereka ini menimbulkan putik putik kekaguman di hati. Kagum pada kesungguhan mereka. Ilmu dunia dan akhirat seiring.

3. Seorang pelajar perubatan yang meninggal kerana kebakaran di Rusia. Nor Artikah. Saya doakan beliau berada dikalangan mereka yang beriman. Amin. Saya selusuri cerita beliau di dada dada internet. Masa tu kan, hampir kebanyakan media sosial bercerita mengenai kematiannya. 

Sangat hebat pada hemah saya. Cukup pakej. Cantik, pandai, bakal doktor, sangat baik akhlaknya. Patutnya ada syarikat penerbitan menerbitkan buku mengenai beliau. Sayang sekiranya kebaikan akhlak beliau tidak disebarkan. Sekurang-kurangnya, Ahmad Ammar versi lelaki dan beliau mungkin boleh dijadikan pencetus perubahan bagi kaum hawa.

Insan sebeginilah yang membuka mata saya sedikit demi sedikit agar membaiki lagi diri ke arah yang lebih baik.

Saya tahu [tapi belum bertindak].




4. Ke surau di kampung, masa nak balik terlihat selipar kami disusun dengan begitu baik sekali di hadapan tangga. Sebelum ini, saya pernah ternampak di dalam facebook situasi sebegini. Apabila terjadi di tempat sendiri, terasa macam baiknya adik-adik yang datang ke surau ni. 

Saya agak yang susun semua selipar ni dalam lingkungan umur 6 -14 tahun. 

Hebat bukan?

5. Beliau orang biasa. Namun luar biasa. Kekentalan semangat beliau dan kepadatan jadual harian beliau sangat saya tabik. Dari blog beliau, saya ambil dan semat perkongsian yang beliau amalkan. Beliau mempunyai keluarga, anak yang comel 2 lelaki dan seorang perempuan, berkerjaya, mewah [pada pandangan saya], namun sangat humble. 

Oh, jangan meneka beliau itu siapa. Bukan blogger terkenal ke apa. Bukan. Rutin harian beliau yang padat membuatkan saya berfikir. Beliau mempunyai 24 jam dan saya juga 24 jam. Namun pengisian 24 jam kami umpama langit dan bumi. Sangat jauh. 

Urmm, sebenarnya tak salah sebenarnya ingin mengagumi seseorang, namun bagi saya biarlah berpada-pada.

Ini kerana, adakala akan terjadi perubahan perasaan. Dulu kita kagumi beliau, namun pada hari ini menjadi biasa biasa aje. Sebabnya? Mudah sahaja. Hati manusia ni kan selalu berbolak balik. Sebab itu lah hari ini A esok B. hehe

Jadi pandai pandailah cari orang yang mengujakan dirimu ke arah yang lebih baik lagi [smile].




1 comment:

  1. mngkagumi org utk jadi panduan buat kita utk jadi yg lebih baik..in shaa Allah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.