Wednesday, September 30, 2015

Along, Angah & Achik

Saya agak berat hati secara tetiba tatkala ingin bercerita dan menunjukkan gambar sepertimana di bawah. Harapnya tiada yang salah faham -nak menunjuk nunjuk- atau apa. Kerana bagi saya, menaiki pesawat pada zaman ini bukan hanya untuk orang kaya. Orang biasa macam saya juga boleh menaikinya. HEHE. Ah, mungkin saya yang over berfikir. Tapi memang setiap tindak tanduk kita tu, perlu kita fikir baik buruknya kan?

Pada bulan lepas, saya telah mendapat peluang untuk menaiki Along, Angah dan Achik secara sekaligus di waktu yang agak hampir antara satu sama lain.

Sekiranya kalian betul betul mengikuti blog ini, tentu akan tahu betapa saya gemar akan -gula gula kapas-  di langit biru. Awan awan yang memutih berkepul kepul sememangnya sentiasa menarik perhatian saya.

Namun kalian tahu tak, perasaan tenang ketika berada di langit biru telah bertukar menjadi ketakutan. HAHA.

Jikalau anak anak kecil yang tak tahu erti takut, yang sentiasa berani nak mencuba itu ini. Saya pula telah menjadi sebaliknya. Hey! Wazzap meng! Ya, aku telah menemui ketakutan baru dalam hidupku. Waduh, gusar di hati sangat tidak keruan.

Ogos 8, 2015

Tarikh di atas tu, sebetulnya semasa nak balik ke Terengganu. Beberapa hari sebelum itu, saya ke KL untuk urusan kerja. Namun jangan fikir kerja yang wow atau apa. Jangan. Saya kebetulan terpaksa pergi bagi mencukupkan orang sahaja. Lebih kepada sebagai pembantu kepada bos bos yang ada.

Nak dijadikan cerita, penerbangan saya dan bos saya adalah pada jam 3.40 petang. Kami naik kapal terbang dari KT-KL dan memakan masa selama kurang lebih 40 minit. Ketika itu, cuaca baik. Nak dijadikan kisah, tetiba kapal terbang bergegar melanggar awan. Saya dah tak senang duduk. Saya takut! Ketika itu ramai penumpang bising kerana terkejut dengan insiden gegaran tu. Yang bestnya, pramugara/i rileks jer.

Apabila pengumuman memaklumkan akan mendarat, sekali lagi kapal terbang bergegar. Rasa luruh jantung dan ketakutan semakin membesar. Ketika itu saya sememangnya duduk di tepi tingkap. Tempat kegemaran. hehe. Dan ketika ini, saya sangat takut dengan Along! Along merupakan anak sulung yang telah lama berkhidmat di negara kita telah berupaya menukarkan saya menjadi penakut. Sebetulnya agak stress apabila takut.

Apabila kami tiba di KLIA, sekali lagi penumpang bising [bukan marah tau, bising je] disebabkan kapal terbang tu agak terhoyong hayang ketika mendarat. Kami seolah olah kongsi rasa yang sama. Takut. haha. 

Alhamdulillah selamat sampai.



Pengalaman saya menaiki Along adalah semasa belajar dulu. Itulah kali pertama saya naik disebabkan hal emergency. Beli tiket sendiri, balik sendiri sensorang. Selepas habis belajar, dah kerja dan menaiki Along namun tak sempat merasai ketakutan. Kali ini, dengan sejarah Along yang agak teruk berjaya menipiskan keyakinan saya. Ketika nak balik, saya merenung tiket ini dan urrmmmm.

ps: dapat naik Along disebabkan urusan kerja. tak keluarkan duit sendiri. 

18 Ogos 2015

Saya ke KL untuk ke Aceh dengan menaiki Angah. Saya dah setkan dalam kepala, nanti bilamana isyarat pesawat akan mendarat sebentar lagi ke udara. Bersiap sedialah untuk merasai gegaran. Sebetulnya saya baru perasan akan hal ini. Selama ini mungkin saya tidak begitu prihatin dengan keadaan kot. Sebelum ini tak pernah nak tangkap rasa gegaran melanggar awan tu. Seingat saya, tak kot.

Namun selepas menaiki Along pada 8 Ogos lalu, saya menjadi lebih peka. Gegaran itu yang telah saya jangka tidak berupaya menenangkan saya -_-. Debaran kat hati tu jangan cerita lah. Memang sangat takut!



Sampai jua ke Aceh dalam ketakutan sendiri. haha.

Ogos 23, 2015

Saya pulang ke Terengganu dengan menaiki Achik. Dah lama benar tidak menaiki si Achik ni. Apabila memasuki ruang menunggu. Telinga saya dapat menangkap bunyi yang sangat bising. Ya Allah, bising sangat bunyi enjin Achik ni. 

Kami memasuki badan pesawat dan ketika nak berlepas tu. Fuh! Seolah olah sedaya upaya dia pecut naik. Macam berat sangat badan dia. haha. Saya dan penumpang di sebelah dapat dengar bunyi seolah olah macam nak tertanggal je besi kapal terbang ni. Serius! Tak main main.

Saat kami berlepas, saya pandang wajah penumpang di sebelah saya. Dalam kepala otak saya akak, saya sebenarnya takut! Kami hanya saling memandang, namun tidak bercakap. Lepas keadaan dah ok, baru kami berborak berbasa basi.

Cuma satulah kan, si Achik ni kita tak ada lah rasa bergegar sangat ketika dia nak turun. Ini disebabkan sayapnya berada di atas. Jadi gegaran tu kat atas sana aje la kot. Lega.



Ketika Achik mendarat di LTSM, saya memang terus aje pegang tangan orang sebelah. HAHA. Berani pegang sebab dia perempuan! Tayar Achik ni macam nak meletup. Takut. Selepas Achik dah betul betul selamat mendarat, perempuan di sebelah saya pun cakap 'dah patut tukar tayar baru ni'. haha. Saya memang nak gelak, sebab dia boleh fikir setahap itu. Adik di sebelah ini asal dari Medan, Indonesia  [ingat kan dia akak. hehe] yang berkerja di Kuala Terengganu.

Dan tadi,

September 30, 2015


Pejabat yang bayar tiket ni tau. Bukan bayar sendiri. Mohon maklum. hehe
Terpaksa sekali lagi melalui detik detik ini. Tadi saya takut betul. Dapat kita dengar macam ketulan ketulan ais melantun pada badan pesawat. Rasa dan dan je nak lari ke sebelah kawan saya. Itu lah, dalam takut takut sempat lagi pilih seat sebelah tingkap. huhu!

Bukanlah nak cakap sentiasa takut. Tidak. Kalau dia nih terbang rileks aje. Saya ok. Namun adakala tak dapat menepis rasa tu kat hati ni. 




Ini kali pertama saya melihat skrin seumpama ini. Sebelum ini tak ada pun. p.s Yelah, saya bukan selalu naik Along. Nak dijadikan cerita, bilamana pandang bawah. Rasa macam nak nangis. Saya selalu melihat skrin untuk mengetahui info yang dipaparkan. Berdoa agar semua selamat dan bermacam lagi. Bila melihat pada kelajuan dan ketinggian yang kami harungi, rasa macam pendekkanlah perjalanan ini, sampai cepat.

Ketika mendarat, tak berapa nak smooth sangat lah pulak. Macam terhentak tayar tu ke landasan.  Tapi biar aje lah, yang penting dah sampai.

Entahlah. Bagi saya:
1. Tak serik nak naik pesawat disebabkan kita adakalanya memang perlukan dia. Kapal terbang/kereta/bas/motorsikal hanyalah 1 alat untuk kita ke mana mana.
2. Tidak perlu berbangga naik Along ke, Angah atau Achik [baca naik kapal terbang], kereta yang besar lagi laju berdesup atau seumpamanya kerana yang penting kita selamat pergi dan kembali.
3. Dulu saya selalu fikir, kapal terbang hanya untuk orang kaya. Sekarang, jika kamu punyai wang RM50 dah cukup tambang untuk ke KT-KL [return!]. Err, tengok pada promosi dia la kan.
4. Dulu saya pernah bercita cita nak jadi pramugari. haha. Sekarang? Urmm, tak apa lah. Cukuplah kerja kat kampung ni je. Tak mewah tak mengapa, asal rasa bahagia. hehe.
5. Kagum kepada semangat pilot/steward-ess/pakcik makcik yang pergi haji berjam jam lamanya di atas kapal terbang. Macam mana eh orang yang selalu travel 8+ jam ke atas tu eh?
6. Sebetulnya, saya lebih suka menaiki van pakcik saya yang dah uzur tu berbanding naik kapal terbang. Tidak stress tidak takut dan lebih santai. Tapi itu lah kan, apabila faktor MASA di ambil kira. Nak tak nak kita terpaksa memilih pengangkutan udara.
7. Macam mana nak ajak anak anak buah naik kapal terbang ni bilamana saya sendiri dah jadi penakut! urmm. Sedih. 
Ah, seronoknya menjadi kanak kanak yang tidak perlu memikirkan ketakutan. Hanya hidup dengan gembira. Kalau anak anak takut hantu tu, urmmm siapa suruh momokkan mereka dengan hantu?

Hehe. Tamat sudah luahan hati. 

Err, apa pula ketakutan kalian agaknya eh? - smile



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.