Thursday, September 3, 2015

Ayam Tangkap!

Laptop saya sebenarnya telah jatuh gering. Dah beberapa post pasal Aceh saya taip dalam handphone. Gigih sangat kurasakan pada saat ini dan saat yang telah berlalu. Taip kat dalam handphone, edit perenggan dalam laptop. Eh tadi cakap laptop gering. Ya betul. Tenat sangat tu. Huruf N tiba tiba tidak berfungsi dengan normal. Tak boleh tekan. Lepas tu tiba tiba akan keluar nnnnnnnnnnnnn dan berbunyi treetttt dengan sendirinya. Entah apa masalah pada saraf tunjang keyboard ni eh. 

Afiq kebetulan sedang mewarna. Dia terdengar bunyi nnnn tu bergerak sendiri. Dia tanya kenapa bunyi? Bagitau lah laptop rosak. Dia jawab nanti bila Afiq menang [menang mewarna], Afiq beli ke cuda. Afiq sedang bersemangat nak asah skill mewarna selepas balik dari pertandingan masa Hari Kebangsaan tempoh hari. 

Ok. Dah menyeleweng kisah dah ni. Fokus fokus. 

Selepas kami singgah di Masjid Rahmatullah Lampuuk. Kami teruskan perjalanan nak makan sebenarnya. Kami sendiri tak tahu mana tempat tu. Yang kami tahu nak tempat murah dan sedap. Eh bukan kami je cakap macam tu. Pak supir kami pun cakap macam tu. Enak tapi murah. Eloklah tu. Sangat  bertepatan dengan visi poket kami. HEHE! 




Kami nak pergi ke pesantren. Tapi tak tahu di mana dan kami sebenarnya tak sedia apa apa pun. Sedang kami lalui jalan kat situ. Kami dibawa ke satu pesantren. Namanya Dayah Nurul A'laa. Masa tiba kat sini. Sunyi aje tempat ni. Sekali pandang macam pondok belajar agama. Dua kali pandang macam rumah anak yatim. Tiga kali pandang dah rasa kesian. Tapi kesian tu simpan dalam hati je. Tempat ni sangat seadanya. Entah berapa orang yang ada kat sini. 

Kami tak nak turun dan hanya sekadar ambil gambar dari dalam kereta je. Bukan tak nak turun walaupun telah ditanya oleh pak supir kami si Fendi. Tapi tak ada orang pun. Jadi macam tak bestlah. Dahla kami dua dua perempuan. Datang tangan kosong. Haish. Sebab inilah saya tak nak. Tapi tak tahulah si Jan sebab apa tak nak turun. Rasanya kami fikir benda yang sama kot. 

Bila ditanya kenapa tempat ni kosong. Pak supir cakap mereka ke sekolah. Betul juga kot. 

Jadi kami minta terus pergi ke kedai makan. 



Sepanjang perjalanan kami dapat lihat pemandangan yang menghijau. Kata orang Indonesia. Ijo. Kat sini masih banyak lagi sawah yang diusahakan dengan banyak sekali. Kebetulan padi sedang menguning. Cantik sangat. Umpama hamparan emas dari kejauhan.

Selang beberapa minit kemudian, kami sampai di satu kedai makan yang berdekatan dengan roundabout dan sebuah masjid di seberang jalan sana. Tak silap nama masjid ni Inderapuri kot. Kalau silap saya betulkan nanti eh. Masjid ni tak kena tsunami. Kami tak snap pun gambar masjid tu. Dah nampak kedai makan depan mata. Jadi kami tak pergi seberangi jalan ambil gambar masjid tu. 



Masa sampai kat kedai makan tu. Tak tahu nak makan apa. Kami diminta untuk duduk. Semasa dah duduk, terus datang pelbagai lauk pauk kat meja. Rambang mata nak pilih. Kalau mereka yang jenis suka mencuba. Haa tentu dah seronok sakan ni. 



Tapi kami tak menurut hawa nafsu. Kami pilih lauk yang simple. Ayam goreng, terung goreng, udang goreng [sebelum ni saya ingatkan bilis goreng]. 


Rupa ayam tangkap. Macam mana entah mereka boleh dapat nama ni eh

Dan tak lupa juga ayam tangkap. Ayam ni kena tangkap di celah celah rimbunan pepohonan menghijau. haha. Buat lawak gelak sendiri. Hambar! Ok. Menu ni dibuat dengan daun kari dan daun pandan kot. Saya sebetulnya tak tahu sangat kat sini famous dengan ayam tangkap. Jan cakap nak cuba lauk ni. Betul juga. Alang alang dah sampai sini, baik kita cuba. Bila makan semua lauk yang kami pilih tu kan. Alhamdulillah. Semuanya sedap! Walaupun kami makan nasi dengan tak ada kuah. Namun rasa pada kesemua lauk ni cukup buat kami. 

Kebetulan pada masa kami makan tu, adalah beberapa orang pakcik. Jika tengok pada uniform mereka ni, urmm lebih kurang macam pegawai jpj la. Kat uniform mereka ada tulis Penguasa Aceh. Lebih kurang macam tu la. Ramah sangat pakcik tu semua. Kami sempat la borak kejap dengan mereka. Sempat dia cakap orang Malaysia tak ada beza dengan orang Aceh. Salah seorang pakcik tu kan, haa siap ada saudara mara lagi kat Kedah. Mereka cakap kalau naik kapal/feri ke Malaysia, adalah dalam sekitar 2 jam kot. Tapi kena naik kat Pulau Sabang kot. Kalau info ni silap, mohon dibetulin. Haha. Naya kalau cikgu BM baca blog ni. Mana ada dibetulin dalam BM. Ayat ni saya reka je. Adik adik jangan tiru tau ayat ni. Akak aje yang boleh guna tau. hehe. 

Kami dah selesai makan dan bila nak dibayar. Harganya cuma 80,000 rupiah aje. Murah sangat dong! Kejutan kami. 80k bersamaan dengan 20 something kot duit Malaysia. Murahlah sebab kami bayar untuk 3 orang makan termasuk pak supirnya. 




Selepas makan, kami plan nak ke Muzium Tsunami. Masa dalam perjalanan kami lalui satu perkuburan massal. Tak tahu nama. Rasanya nama tempat ni Jan tahu kot. Sebab sempat minta dia ambilkan foto nama kuburan ni. Kami tak turun masuk kat dalam pun. Ambil gambar aje kat luar sikit sikit. Sebab tempat ni masih direnovasi nyaa buk. Jadinya kami akur lah dengan keadaan pada masa itu. Kami teruskan perjalanan ke muzium. 

Ayuh semua, kita ke muzium. Jangan gentar! haha. Tetiba je. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.