Tuesday, September 22, 2015

Baik Buruk Viral

Beberapa minggu ini, terdapat tuntutan kerja yang perlu dilunaskan dengan kadar segera. Nak dijadikan cerita, semester baru telah bermula pada 6 September yang lalu. Balik dari kerja agak lewat dan biasanya balik apabila dah maghrib. Apabila waktu pejabat, kami agak terkekang masa dengan melayani pelajar. 

Agaknya apa kaitan baik buruk viral dengan entry kita kali ini?

Tidak lama dahulu, saya pernah terbaca mengenai 1 komplen daripada seorang pelanggan yang berurusan di kaunter dan menjadi viral di media sosial. Pelanggan tersebut telah mengadu bahawa beliau tidak dilayan dengan baik oleh petugas kaunter.

Dan sepanjang 2 minggu lebih ini, sejujurnya saya banyak menghabiskan masa di kaunter untuk melayan banyak soalan daripada pelajar, permasalahan pelajar pada transaksi mereka dan bermacam lagi. Hinggalah sampai satu ketika, saya berfikir apa lagi yang boleh saya tolong kepada pelajar ini semua. Sebelum tertidur [kalau sempat, kalau tak sempat memang terus tidur. haha], saya cuba setkan dalam minda untuk menolong dan memudahkan seberapa yang mampu kepada adik adik yang datang ke kaunter. Ya, tanpa mengira kamu India, Cina, Melayu. Layan tetap sama rata. Adakah ianya menjadi realiti? Oh tidak semudah yang kita sangka.

Apa yang saya akan tulis ini adalah pengalaman diri sendiri. Jadi kiranya tidak menyamai dengan perasaan kalian, saya mohon sorry banyak banyak.

Melayani pelajar yang datang hampir setiap masa ke kaunter menuntut satu kesabaran yang tinggi.

Perlu sabar menjawab soalan.
Perlu sabar menerangkan apa yang ada di dalam modul mereka.
Perlu cekap berfikir dan menganalisa permasalahan mereka.

Namun adakala saya tewas. 

Apabila kita dah berulang alik dari tempat duduk kita dengan kaunter, yang saya rasa kalau dikira jarak perjalanan saya tu kan. Agaknya dah menyamai beberapa kilometer kot. Adakala diri kita akan urmm, malasnya nak pergi kaunter! Bukan sengaja ngada ngada tak nak pergi, namun otak penat! Tapi kaki tetap melangkah menjalankan tanggungjawab.

Pada satu hari, saya memang sangat penat melayan dari pagi hingga ke tengah hari. Sampai waktu petang, datang beberapa pelajar. Mereka ada menghantar beberapa dokumen namun apabila saya semak, ianya tidak lengkap. Kecewa yang bersilang silang dengan rasa penat membuatkan saya secara spontan rasa nak marah! Namun akal cepat bertindak memujuk, saya ambil masa beberapa saat untuk menenangkan diri bagi menerangkan kepada pelajar apa yang perlu mereka lakukan. Kat wajah jangan cakaplah, memang tergambar wajah kesal/kecewa. Saya yakin pelajar di hadapan saya dapat lihat air muka saya yang tegang tu. 

Saya perhatikan, ramai pelajar [walaupun bukan semua] tidak begitu minitikberatkan memo penting yang diupload di dalam modul mereka. Banyak maklumat di hujung jari dan mata mereka terbiar sepi tidak diusik. Itulah perkara yang sangat saya terkilan.

Semasa saya di tempat duduk selepas melayani pelajar tersebut, saya berfikir. Andai ada pelajar yang mengambil gambar [sepertimana viral yang pernah saya baca], atau andainya ada aduan daripada pelajar tentang mereka dilayan dengan tidak mesra pelanggan. Tentu saya akan mengalami kekalahan yang sangat teruk! Macam Malaysia kena belasah bola. haha.

Kerana itulah, pandangan saya mula berubah kerana saya juga pernah berurusan di kaunter bank/PTPTN dan dengan manusia! Ya berurusan dengan manusia dewasa ni kan, lain macam sikit ragamnya.
  • Jangan mudah kecewa andainya ketika berurusan di kaunter, mereka macam acuh tak acuh. Mereka juga manusia. Ada mood tersendiri.
  • Jangan mudah nak bengang andainya anda diminta untuk melengkapkan salinan ic contohnya ketika berurusan dengan PTPTN. Siapa suruh kamu tak buat salinan betul betul?
  • Jangan mudah hukum seseorang itu kerana kita tidak tahu bahawa mereka telah penat sepanjang di kaunter. Mungkin 99 senyuman telah dia lemparkan dan hanya 1 masam yang dia lemparkan kepada anda. Tak kan nak dihapuskan 99 senyuman tadi dek kerana 1 masam? Urmm.
  • Jangan mudah nak viral mengenai sesuatu terutama yang melibatkan maruah seseorang insan. Teringat saya akan imam yang ditampar oleh seorang lelaki minggu lepas. Entah kenapa, saya tidak setuju dengan video tersebut. Beliau ada maruah, airmuka nya berubah ketika ditemuramah oleh wartawan. Entahlah. Cubalah viralkan benda benda yang elok. Hish! 

Dan saya pernah rasa, tengah tengah geram dengan pelajar. Apabila urusan mereka dapat diselesaikan. 'terima kasih akak, maaf kerana menyusahkan'. Dusshhh!!! Terus hati sejuk macam salji turun. Automatik ayat keluar kat mulut 'sama sama. tak adalah menyusahkan. tapi lain kali baca apa yang kami upload. Kalau tak, memang kamu tak kan tahu'. Ya, sempat lagi menceceh. haha.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.