Monday, September 7, 2015

Boat Atas Rumah #gamponglampulo

Usai melawat Masjid Raya Baiturrahman, kami asalnya nak balik hotel. Err atau saya yang ingat ingat lupa yang kami dah plan nak jugak pergi kapal yang tersadai atas rumah tu. Justeru, kami tak pulang hotel lagi namun terus ke Gampong Lampulo. Entah macam mana tempat dia eh. Tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan tempat tu. Eh, baru ingat. Masa kat dalam avanza tu, kami dah plan nak habiskan jelajah tempat yang penting dengan pak supir. Dalam masa yang sama, kami juga plan nak datang sini semula sebelum balik. Bila datang kali kedua, kami dah plan nak redah sendiri je, sebab macam ok je kalau pergi sendiri. 

Cerita dah banyak saya tulis. Kali ni, kasi can la pada kalian tengok gambar. Kurangkan tulisan. hehe. 



Ok sambung. Tak lama kemudian, kami sampai kat kampung ni. Jarak kampung ni dengan masjid sangatlah dekat. Rasanya kurang 10 minit aje. Rajah di atas menunjukkan papan tanda untuk ke kapal atas rumah tu. Kalian ambil aje Jalan Tanjung.



Semasa datang kat sini, orang tak adalah ramai sangat. Dah lewat petang pun. Kami hanya datang sini sebab nak lihat sendiri kapal tu atas rumah. Jadi kami kat sini tak adalah lama mana sangat. Kira kira sempatlah berlegar di sini dalam 20-30 minit macam tu. 





Kapal ni melekat atas rumah dan dibiarkan begini sampai sudah. 



Pemandangan ketika berada di atas kapal. Kita boleh naik ke atas kapal ni dengan menyusur satu jalan. Ala ala jalan simen cam tu. Kami naik kat atas ni dan ketika itu adalah beberapa kanak kanak sedang bermain. Kami ambil gambar pun setakat yang mampu aje. Dah nak maghrib! Jadi tak terasa nak berlama lama kat sini. 

Kami beredar dari situ dan terus ubah cadangan untuk ke kedai makan. Bayangkan, kali akhir kami makan ialah pada tengah hari tadi. HAHA. Rujuk entry #ayamtangkap. Betapa semangat berjalan weh! Kami tanya kat mana tempat makan yang best? Pak supir cakap di Mee Razali. Kami ikut aje lah. 

Sampai di restoran ni dah terpampang nama Mee Razali. Kat sini main menu dia adalah mee. Kami pun orderlah menu pilihan kami. Pak supir cakap kat sini mee dia terkenal. Dia makan sekali dengan kami. Jan minta mee rebus campur daging dan udang kot. Saya pula mee rebus campur daging campur telur. Hajat hati nak tambah cumi cumi, tapi confuse pulak cumi cumi tu apa? Air pula saya pesan air kelapa. 

Semasa menantikan makanan, kami duk sembang dengan pak supir kami. Sepanjang hari kami naik avanza dia, kami hanya bertanyakan mengenai tempat dan apa jua perkara mengenai Aceh dan kejadian tsunami. Kami tak tanya sikit pun perihal diri dia, nama dia. haha. Kamikaze betul! Pada ketika inilah Jan tanya nama dia, umur dia. Barulah kami tahu nama dia Fendi. Apa punya orang ni kan? hehe. 

Dan yang paling kami nak gelak. Dia sangkakan kami ni sebaya dia. 27 tahun! HAHA. Kami gelak sendiri. Tak adalah rasa bangga sangat pun, tapi lebih terasa lawak dan lucu. Adakah kerana mungkin kami kelihatan aneh sekali kok. Mungkin dia fikir, datang dari planet manalah agaknya kami berdua. Dahlah nampak macam naif naif sengal aje. Nampak macam tiada arah tujuan aje. LOL! 



Sambil borak makanan dah sampai. Saya lapar, jadi saya makan pelan pelan. Lapar. Betul betul lapar ni. Saya dah tak boleh nak tunggu kawan. Makanan Jan agak lambat sampai. Si Fendi dah berat hati nak makan apabila makanan Jan tak sampai. Jan terpaksa yakinkan pada dia agar makan ajelah, saya ok! Haa, Jan dah keluar arahan bertaraf komandan tu. haha. 

Saya pula teruskan makan. Ah apa punya kawan ni kan? Sambil sambil tu, saya dan Jan makan mee sama sama. Sebetulnya mee ini SANGAT SEDAP!!! Daging oklah mencukupi. Telur pun sama. Menjadi sangat. 
.


Air kelapa yang saya pesan. Memang best. Nikmat sangat rasa dia. Sangat kekelapaan. Fresh! Jan pilih air urmm haa air alpokat. Hehe. Hampir kelupaan. Gambar air si Jan yilek. Tak ada dalam simpanan.

Selepas kenyang, barulah kami balik ke hotel. Tak cukup itu, kami juga sempat tapau murtabak dan roti canai! Nyum nyum. Akhirnya dapat juga kami berehat selepas sehari suntuk kami pusing semua tempat tempat penting. Jadinya apa ya aktiviti kami esok pagi? Apa yang penting, kami nak berehat terlebih dahulu. Dah penat sangat kan.

Maka tamatlah kisah HARI PERTAMA kami di Aceh. haha. Punyalah panjang kisah dia kan?



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.