Friday, September 25, 2015

Cenderahati dari Banda Aceh

Tak boleh tak share. Rasa nak tulis juga berkenaan dengan hasil daripada Banda Aceh. Bila ditolak bahagi kira campur semua, not bad juga sebenarnya hasil yang dibawa balik dari Banda Aceh. Pengalaman jangan cakap ar, memang tak terjual di mana mana shopping mall. Pengalaman tu untuk diri sendiri dan sedikit sebanyak telah dikongsi di MPS ni. Jadi mana yang baik ambil, mana yang kureng tu. Mohon diabaikan.

Sudah menjadi kebiasaan untuk saya membeli ole ole kepada anak saudara terutamanya. Nak dibeli kepada semua ahli keluarga, kali ni memang tak ar. haha. Dengan bajet yang ciput, memang tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian walaupun hati mengingini.



Saya dapat 4 helai baju kemeja untuk anak buah. Sehelai lagi ada kat gambar yang 1 lagi. Oleh kerana gambar tu agak kabur, maka saya post gambar ini aje lah. Kali ini, malas nak pening kepala fikir warna apa yang nak dipilih. Saya ambil keputusan untuk memilih warna merah tapi corak yang berbeza beza. Untuk Baihaqi saya dah pilih size 5 tahun. haha. Maafkan cuda ya Bai, sebab badan kamu terlalu comel untuk size 4 tahun. Kalau nak tahu, baju kemeja ini walaupun sizenya 5 tahun, tapi budak 6/7 tahun boleh pakai kot. Kain dia ringan dan selesa pada andaian saya lah.

Baju t-shirt dapat 2 helai. 1 lengan panjang dan 1 lengan pendek. Mulanya nak beli sehelai aje, tapi dah berkenan pada kedua dua corak ni. Maka diangkut ke kaunter 2 helai. Takut teringat ingat dan menyesal. Jauh oo nak patah balik nanti.



Ini rupa beca aceh yang kami naik sepanjang berada di Banda Aceh. Akan kami ingat kenangan manis di sana. Oh ya, baju t-shirt ini yang dibeli ini sizenya agak kecil maka telah berkira kira untuk dibagi kepada anak saudara perempuan.



Kuih kacang hijau Pulau Sabang tu sangat sedap! Sampaikan sepupu saya tanya bila awak nak gi Aceh pulok? Saya nak kirim kuih tu je. HAHA. Hamboi! Dia ingat Aceh - Kuala Terengganu ni, umpama 15 minit pergi dah sampai ke? 

Kopi yang berwarna hitam itulah, saya beli di airport bersama sama dengan seplastik keychain. Bila diingat kenangan di airport, terasa nak gelak pun ada. Itulah, orang nak travel dia pun nak travel. Bawa duit ciput! LOL. Kopi tu dapat diberi juga kepada kawan sepejabat.

Dapat juga Bubuk Kopi Ulee Kareng. Kopi ini saya beli ketika di kedai cenderamata. Harganya tak mahal sangat. Adalah dalam RM5 kot. Oleh kerana kopi ni saya beli adalah beberapa plastik, maka sempat kasi kat kawan pejabat juga satu plastik.

Socolatte itu pula hanya berharga RM3. Saya beli 1 dan berperisa coklat. hehe. Memanglah rasa coklat, dah nama pun coklat. Saja je beli coklat bar ni kerana orang tempatan yang buat. 

Manakala kuih yang bernama Bangket Putu Bambu itu pula juga berharga dalam lingkungan RM5. Tertarik kerana namanya putu bambu. Bila dah bawa balik, rupanya biskut ni sedap. Rasa dia macam biskut semperit tu. Kalau lah Aceh ni dekat, memang saya order biskut ni untuk raya. Serius sedap dan murah. Siapa tak nak kan?

Barangan lain yang sempat dibeli tapi tak ada dalam gambar ialah kain pasang sebanyak 2 persalinan. InsyaAllah masih lagi dalam perancangan nak buat baju apa eh. Kain batik juga sempat dibeli 2 helai. Cantik juga corak batiknya. Bolehlah untuk dibuat basahan atau untuk dibuat baju kurung. Eh! haha.

Ok, itu aje barangan yang saya beli. Semua harga memang dah saya convert kepada RM siap siap. Semoga dapat dijadikan panduan ketika membeli di sana. Senang cerita, kat sana barangan dia tak adalah mahal sangat pun.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.