Wednesday, September 16, 2015

Makam Syiah Kuala

Hari ke 3 [21.08.2015 - Jumaat] 
Hotel Mekah 

Bangun pagi kami pada hari ketiga di Aceh tidak membuatkan kami leka seperti hari kedua. Kami tidak membuang masa dalam bilik lama sangat. Ini bagi mengelakkan makanan habis. Kami turun makan dan sempat mengambil beberapa keping roti. Kami bungkus dalam tisu. HEHE. Untuk buat bekalan sementara menunggu makan tengah hari. 

Aktiviti kami pada pagi hari ialah tidak ke mana mana pun. Maklumlah hari ni adalah hari Jumaat. Jadi kami plan nak bergerak selepas solat Jumaat. Lagipun dah tak banyak tempat kami nak pergi dah. Hari ni kami nak ke Makam Syiah Kuala. 

Selepas makan pagi, kami bergerak ke hotel Madinah untuk menumpang line internet. HEHE. Kami lepak di hotel tu dari pagi sehingga tengah hari. Bila dah hampir solat Jumaat kami beransur balik ke hotel Mekah. Kami persiapkan diri dan solat jamak siap siap. 

Turun dari hotel terus kami mencari beca. Hari ini kami direzekikan berjumpa lagi dengan pak supir malam tadi. Ala yang bawa kami ke restoran Mee Razali tu lah. Beca dia agak berumur, tidak seperti beca Pak Anto yang masih baru lah juga. Takut tu tak adalah sangat bilamana naik beca pak supir ni, tapi rasa macam wuhuuu. Extreme. Ngada ngada je rasa extreme sebab kalau toleh belakang boleh nampak penunggang lain. Ini disebabkan kanvas beca pak supir ni sengaja dibiarkan terbuka. Jan tengok ar belakang. Tapi Jan takmo tengok. haha. Dia takut kot. 

Kami melalui jalan jalan yang saya rasa macam dah cam sikit. Macam tak cam sangat. 



Dengan beca ini pak supir gigih membawa kami ke destinasi yang kami ingini. Sekali tengok macam beca ni tak mampu nak melepasi besi di tengah jalan ketika kami nak naik jambatan. Err mungkin kami ni berat kot. hehe. Tapi kan, dalam macam tak boleh tu, rupanya boleh je motor ni lepasi halangan tu. Beca terus dipacu. Ketika melalui kampung ni, rasa tenang dan mendamaikan. Yelah kan tempat kita tak biasa pergi, memanglah kita rasa lain sikit. Seronoknya lebih sikit, damainya lebih mendekat. 



Dah sampai ke perkarangan Makam Syiah Kuala. Sekali tengok tempat ni macam pondok agama je. Beca melalui batu batu kecil dan tayar cuba dielak dari melanggar ketulan batu yang besar di atas tanah. Akhirnya pak supir parking beca di bawah sebuah pokok. Angin bertiup sederhana kuat mungkin disebabkan tempat ini betul betul di sebelah laut. 




Kami terus berjalan ke makam tapi sambil ke sana, kami sempat mengabadikan beberapa foto. 

Di dalam makam  kami tidak dibenarkan mengambil foto. Ketika itu ramai pengunjung yang datang melawat makam ini. Mereka semua sama sama menyedekahkan bacaan Yassin dan doa. Bila dah selesai, kami terus keluar memandangkan Asar dah masuk waktu. 

Ketika kami meninjau ninjau kawasan sekeliling kat sini, dapat dilihat tempat ni nak kata dijaga dengan sebaiknya. Tak juga. Urmmm, ini kerana ada bangunan seolah olah dah ditinggal lama tak berpenghuni. Tapi apabila dilihat pada 1 bangunan yang macam baru siap dibina, nampak macam ada la kot pentadbir tempat ni. 


Atap merah tu ialah makam

Kami ke tepi pagar kawasan kat sini. Pelawat lain sanggup memanjat pagar untuk ke mengambil gambar di atas batu disebelah pagar tempat ni. Tapi kami tak sanggup la nak panjat. Macam tak sesuai nak buat macam tu. 

Ketika kami balik ke beca, azan Asar berkumandang. Sedang elok saya nak bagitahu pada pak supir bergerak lepas azan. Eh pak supir terlebih dahulu bagitahu kat kami  kita tunggu adzan ya. Kami memang bersetuju. 

Selesai azan kami terus bergerak. Pak supir tanya tak nak ambil gambar ke di tepi pantai ni. Kami bersetuju sebab dah alang alang sampai sini kan. Sebenarnya kami nak ambil gambar di tepi tepi kawasan tempat makam ni je, tapi pak supir cakap lebih elok di depan. Kami ikut aje la. 



Sampai kat sini, memang betul pemandangan kat sini cantik! Pasir di pantai ni hitam dan beralun alun. Saujana mata memandang melihat hamparan air laut di depan mata. 



Ini beca pak supir kami. Tengoklah, kanvas dia sengaja dibiarkan terbuka macam tu. Lawak bila teringat saat saat berpaling muka kat celah kanvas tu. Kami tak berlama di sini, selang dalam 10-15 minit kemudian kami beransur meninggalkan pantai ni.



Tak boleh nak sembang panjang semasa kat atas beca dengan pak supir. Helmet beliau ketat sangat kot, jadi beliau asyik kena angkat sebab nak dengar soalan kami. Lalu tak jadi ar nak sembang kencang tanya soalan kat beliau. Tak sampai hati sebab nampak menyusahkan pula.



Ketika kami bersembang dengan pak supir tadi, beliau memaklumkan bahawa kampung ini habis dilanda tsunami dan menyebabkan ramai penduduk meninggal. Ini mungkin kerana kampung ini terletak tidak jauh dengan pantai. Kebanyakan penduduk yang ada di sini ialah mereka yang datang berpindah ke sini dan mereka adalah orang luar yang berkelana ke sini selepas tsunami Aceh. Pak supir ini sebenarnya berasal dari Medan. Beliau berkahwin dengan isterinya yang merupakan orang Aceh. Mak mertua dan adik adik ipar beliau hilang [dikhuatiri telah meninggal] ketika tsunami dulu. 



Kami sekarang bergerak untuk ke Taman Putroe Phang pula sambil melalui sekitar kampung yang terkena tsunami. Dah banyak rumah didirikan selepas kejadian tu. Ketika ini hari dah petang dan suasana macam best je untuk dinikmati. Seronok sebenarnya berjalan jalan kat sini dengan beca. Cuma kenalah berani nak mencuba!

Jumpa nanti di Taman Putroe Phang.

Daaa~!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.