Sunday, September 6, 2015

Masjid Raya Baiturrahman

Selepas kami menjelajah kapal besi. Kenderaan terus dipacu menuju ke Masjid Raya Baiturrahman. Sampai di sana, kami sempat merakam foto. Selepas itu, terus mencari ruangan wuduk wanita. 



Antara masjid yang terselamat ketika tsunami melanda di sini. Susuk bangunan ini tetap utuh berdiri dengan izin Allah. Begitu juga kami, dengan kehendak Dia jugalah kami akhirnya sampai juga kat sini. Macam percaya tak percaya aje. Dulu masjid ni kami hanya lihat di instagram, dalam video, gambar. Kali ni, dapat lihat depan mata. Dapat masuk lagi dalam masjid ni.



Masuk aje ke dalam masjid, nampak raaaamaaaiii sangat kanak kanak yang sedang belajar agama. Seolah olah kalau kita lihat kan, umpama sekolah agama petang. Cumanya mereka buat kelas bersepadu di masjid. Suasana sebegini tidak pernah saya lihat di negara kita. Suasana memang bising sebenarnya dengan suara murid murid belajar membaca, mengeja, menyebut dan macam lagi aktiviti. Yea, macam lagi aktiviti tu bermaksud murid murid yang sedang membuat aktiviti bebas seperti berlari. hehe. Kami sempat ambil video di sini merakam suasana yang yelah kan, jarang dapat kita saksikan. Kalau kat negara kita, dah tentu kena marah ni. hehe.


Ambil masa hayati saat di dalam masjid 

Selepas itu kami solat dan selesai solat, kami menikmati seketika suasana di sini. Pemandangan dan suasana masjid umpama berada di Mekah. Dengan nuansa putih yang diwarnakan pada dalam masjid itu membuatkan kita terasa berada di Masjid Nabawi. Seronok sangat dapat sampai kat masjid ni. Bayangkan, ini baru masjid di Aceh. Kalau masjid di Mekah. Tak tahulah bagaimana perasaan ni. 

Di sini kami tidak berlama lama sebenarnya. Hanya singgah untuk melawat dan solat sebentar. Di hadapan masjid ini masih di dalam proses penambahbaikan. Kebanyakan tempat yang kami pergi macam berjanji je. Semuanya under construction. Jadi gambaran masjid ini tak dapat kami ambil dengan gambaran yang penuh. 

Pada saat ini, jam sudah ke angka 6 lebih petang. Sepatutnya kami dengan pak supir ini hanyalah sehingga jam 4 jika tak silap. 



Kami ambil gambar di sini. Iaitu pintu gerbang di sebelah tepi kot. Pintu utama mereka saya tidak pasti di mana. Agaknya di depan kot. Suasana kanak kanak balik dari kelas agama. 



Semua berpusu pusu mencari penjual jalanan. hehe. Kami tak lama pun kat sini. Selepas tu, terus aje bergegas nak balik hotel. Ketika itu hari pun dah beransur nak gelap walaupun jam baru hampir 6 ++ petang. Kami meninggalkan masjid Raya Baiturrahman untuk terus ke hotel. Itu plan asalnya. Namun demkian. Haa, nanti kita sambung. Harapnya entry 1 lagi nanti, boleh kita tamatkan HARI PERTAMA di Aceh T_T. Jenuh nak tamat hari pertama ni kan? hehehe.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.