Friday, September 4, 2015

Muzium Tsunami Aceh

Adalah diingatkan bahawa di dalam entry ini mempunyai lebih kurang 12 keping gambar. Maka dapatlah kita panggil ianya cerita bergambar. Usah khuatir, ianya dijangka tidak memberatkan page ini untuk di-loading kerana saya dah ambil langkah awal. Saya dah reduce berat semua gambar ini.

Berbalik pada kisah kita. Hai tak tahula berapa episod yang perlu saya habiskan tentang perjalanan kami ini. Almaklumlah, dokumentari kalau kat TV1. Biasanya panjang lagi berilmiah. Diharap entry ini begitu juga. hehe. Harapnya adalah sedikit ilmu atau info yang dapat dikutip dari penulisan yang panjang ni kan. InsyaAllah. 

Ok. Selepas beberapa minit kemudian, selepas melepasi satu padang yang sememangnya agak besar pada pandangan kami. Rasanya ini padang bagi mereka lakukan apa apa acara formal di bandar ni kot. Maka kami rakyat Malaysia pun sampai di Muzium Tsunami Aceh. Bolehlah dikatakan bahawa muzium ini letaknya di tengah tengah bandar. Bandar yang tidak terlalu sibuk dan tidak terlalu mati. 

Perjalanan dari kedai makan tadi dengan muzium ini tak adalah jauh sangat. Itu pun kami dah berhenti pada kubur massal. Anggaran masa kami bertolak dari kedai tu ialah 3.15 pm - 3.40 pm.

Kami berada di muzium ini sekitar 3.40 pm - 4.30 pm.




Sesampainya kami di sini. Turun sahaja dari avanza, kami terus mengambil gambar. Aktiviti wajib sepanjang datang kat sini. Ini adalah pandangan hadapan muzium. Kreatif rupa bentuk muzium ini. Ianya berbeza dengan muzium di negara kita yang mana banyak memaparkan sejarah sejarah dahulu kala. Muzium ini pula dibina khas selepas tsunami. 



Pandangan kami tertacak pada sebuah helikopter yang telah rosak teruk! Kami baca pada satu pernyataan mengenai helikopter ini. 
NBO-105 adalah sebuah helikopter ringan, serbaguna, bermesin ganda yang diproduksi oleh IPTN di bawah lisensi dari MBB [Eurocopter]. Pada saat terjadi bencana tsunami, 26 Disember tahun 2004, helikopter ini berada di halaman POLDA Aceh. POLDA tu ringkasan bagi Polisi Daerah Aceh. 
Kami ambil beberapa keping gambar dan berlalu ke dalam bangunan muzium. Cuaca ketika ini agak panas walaupun berangin. Sebetulnya agak penat memandangkan kami masih belum berehat setibanya di Aceh. Haha. Cerita pada hari pertama pun dah memakan hampir 5 6 entry. Bayangkan nak habiskan sampai kami balik KL. Mau sel sel otak perlu direhatkan seketika. Nanti la saya selitkan cerita lain pula eh. Tapi kalau tak tulis terus, nanti dah banyak ingat tak ingat. Ah tak mengapalah. Mana mana ajelah eh. 

Kami masuk kat dalam dan Jan sempat tandatangan buku pelawat. Selepas itu kami sempat mengambil gambar di bahagian tangga muzium. Tika ini kami mahu naik ke tingkat atas. Hampir selesai kami bergambar, turunlah para pengunjung yang dah selesai melawat. 

Tetiba ada pemuda lelaki yang menunjukkan sesuatu kepada kami sambil tersenyum. Kami pandang pada yang ditunjukkan tu, owh! haha tak boleh bergambar kat tangga rupanya T_T. Kami sempat sambung ambil gambar sekeping dua dan terus melangkah ke atas. 

Sampai di atas, kami difahamkan ada tayangan video tsunami. Selepas dapat masuk dalam mini panggung tu, kami mengambil tempat yang dirasakan strategik. Tunggu punya tunggu hanya 4 orang aje yang lihat tayangan video tu. Lampu dipadamkan dan video dimainkan. Sedih memang sedih lihat video yang ditayangkan. Namun kesedihan itu tidak dapat menghalang mata saya daripada lali lali kerana mengantuk. hehehe. 

Selang beberapa minit kemudian, habislah tayangan tu. Kami keluar dan melihat pelbagai gambar ketika tsunami yang dipamerkan di ruangan sebelah. Banyak maklumat yang dapat kami baca pada ruangan pameran di sini. 



Ini merupakan jam antik [wooden pendulum clock] yang mati sebab terendam air tsunami. Ianya terhenti pada jam 8.16 WIB yang mana menunjukkan waktu terjadinya tsunami. Err abaikan imej yang terpantul di dalam cermin jam. Itu bukti gambar ni dirakam sendiri dengan handphone yang dah suam suam kuku ruangan memorinya. hehe. 


Kapal PLTD Apung 1 yang tersadai akibat tsunami.


Situasi di perkampungan pada saat datangnya tsunami. Ombak sememangnya besar lagi menggerunkan. 


Maklumat mengenai Masjid Rahmatullah. Boleh baca pada gambar ni. 

Perbezaan Aceh sebelum tsunami.



Dan ini pula selepas tsunami. Dahsyat! Merubah permukaan daratan dan pemetaan Aceh. 




Ini pula Al Quran yang hanya kembang terkena air tsunami dan masih elok pandangannya. Banyak lagi gambar yang diambil ketika kami di sini. Namun tak dapatlah nak share semua gambar tu. 



Ini pula pemandangan di tepi muzium. Rupanya kat belakang banhunan muzium ni ada rumah orang eh. Ini gambar selingan je. hehe. 




Jadual muzium. Jadi tak adalah kita silap datang pada hari muzium di tutup. Nak dijadikan cerita. Kami datang kat sini dan kebetulan muzium ini dalam proses renovation. Jadi kami tak dapat masuk ke dalam terowong muzium ni. Tak ada rezeki nak tengok dan rasai suasana dalam tu. 

Bila tengok papan kenyataan, dia cakap renovation sampai hari Jumaat kot. Jadinya kami plan nak datang lagi pada hari Sabtu nanti. Kami harap dapat masuk sini. Tunggu aje lah. 

Selepas dah selsai melawat dalam muzium ni, kami keluar di depan kawasan muzium. Sempat jugalah bergambar di depan nama Muzium Tsunami Aceh. Dah selesai, kami naik avanza dan terus menuju ke Situs Tsunami PLTD Apung untuk melihat sendiri kapal besar tu. 

Jom kita pergi.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.