Saturday, September 12, 2015

Penangan Mee Razali

Selepas Pak Anto hantar kami di depan hotel & selepas kami bayar tambang berserta tambahan tambang yang tidak kuduga itu, kami pun naik ke bilik. Simpan barang barang yang dibeli dan tak lama kemudian kami keluar semula selepas solat. Err, kami tak jadi naik dengan Pak Anto, sebab takut dia ternanti nanti. Kami naik dengan orang lain.

Pada jam 8.55 malam, kami telah pun berada di atas beca menuju ke restoran Mee Razali. Mee Razali ni sedap! Sebab tu sanggup repeat makan kat situ. Kami rasa nak makan lagi dan lagi. Mungkin sebab rasanya macam mee kat Malaysia je, tapi yang ini agak special. 


Hadphone murah, jadi tak dapat snap dengan baik

Ini kali pertama kami naiki beca pada waktu malam. Angin malam dingin sekali. Walaupun beca ni tak ada tabir kat depan, tapi kami ok je. Adalah rasa sikit suspen terutamanya kalau nampak kereta macam sipi sipi aje dengan beca ni. Namun usah khuatir, sebab pemandu kat sini bukan macam pemandu kat negara kita. Kamu tak kasi signal pun, diaorang tak marah. Tetiba je kamu main u turn pun diaorang sempat brek dan tak ada jeritan hon yang panjang kedengaran. Mereka pula sangat cool. Saya memang kagum betul dalam hal ni. Sempatlah juga tanya pada pemandu ni semua, tak rasa nak marah ke mereka tak kasi signal? Tak rasa nak marah ke pemandu tiba tiba brek mengejut? Mereka seolah olah tak ada masalah tentang itu. Bagusnya mereka ni semua. 

Sebetulnya tadi kan, Jan minta pak supir hantar dan ambil kami. Tapi pak supir tu tak nak sebab dia ada kerja lain. Masa kami dalam perjalanan, saya tanyakan soalan pada dia. Ramai tak orang Malaysia naik beca ni? Yelah. Kami ni kan bajet ciput, manalah tahu orang lain tak pandang pun beca cenggini. Pak supir tu jawab ramai juga dan dia terus tanya kami dari Malaysia ke? Bila kami jawab ya. Terus dia tukar fikiran, bersetuju untuk hantar dan ambil kami. 

Dah sampai kat depan restoran, pak supir tak nak ambil tambang walaupun kami nak bayar. Cuba bayangkan kalau kami ni lari tak tunggu mereka dan ambil beca lain. Tak ke pak supir ni kena tipu? Tapi mereka percayakan sangat kat orang luar. Kalau kita la kan, haish rasanya tak yakin nak buat macam tu. Dia sempat kasi nombor telefonnya pada kami.


Bersih restoran Daus ni namun pelanggan dia tak seramai restoran Mee Razali

Tak lama kemudian, kami pun sampai ke restoran Mee Razali. Oleh kerana restoran tu terlalu ramai pelanggan, kami mengambil keputusan untuk makan di kedai sebelah. Itupun selepas kami tahu yang mereka tiada masalah untuk menghantar makanan kat restoran sebelah. Kiranya kami makan Mee Razali, tapi di restoran Daus. Kalau kat negara kita, kedai engkau kedai engkaulah. Makan kat sebelah, kat sebelah lah. Mana boleh datang kat kedai kami tapi order makanam kat tempat lain. Sebenarnya kami sendiri tak pasti sama ada kat restoran Daus ni ada mee ke tak. huhu

Mee Razali ni sebenarnya nama kedai. Kat dalam menu tak ada pun nama menu mee Razali tu. 



Malam ni kami order mee rebus campur daging dan cumi cumi. Woww! Dengar pun macam telan air liur. hehe. Masa kali pertama kami makan tu, bila order mee rebus. Kami bayangkan macam mee sup, ada kuah banyak berwarna jernih sebab guna rebusan daging ke apa. Tapi rupanya mee rebus kat sini macam mee bandung. Rasanya lagi sedap dari mee bandung. Dahlah banyak betul daging dan cumi cumi yang dia letak. 

Jan macam biasa, dah jatuh cinta pada es alpokat. Suka sangat! Mee belum sampai tapi air dia dah habis dah. 



Ini dia rupa mee rebus daging campur cumi cumi aka sotong. Mee Razali sebenarnya juga dikenali sebagai mee Aceh. Kalau kalian datang ke sini, bolehlah cuba rasa. Sedap dan tak menyesal! Masa menulis ni kan, teringat betul kat mee ni. Rindu nak makan lagi. 

Ketika saya cari maklumat pasal Aceh sebelum datang sini kan, ada jugalah yang cakap kat sini tak ada pengemis. Sebenarnya tak betul info tu. Ketika kami makan, datang beberapa orang pengemis untuk minta sedekah. Cuma keadaan dia tak adalah seteruk di Bandung. Kita dah boleh perasan, yang datang minta sedekah ni mesti berdua. Salah seorang tu mesti sakit/ada masalah penglihatan. Sekali tengok macam bukan penduduk Aceh aje. Kalau kita ke pasar Aceh, memang tak ada pengemis. Rasanya mereka aim tempat tempat tertentu aje kot. 

Satu lagi kan, kat sini tak ramai pengamen jalanan. Ala yang menyanyi lepas dah nyanyi tu kita kasilah duit kalau nak kasi. Macam Tegar tu. Sepanjang kat sini memang sorang aje yang kami nampak. Kalau kat Bandung memang bersepah sepah. Suara orang Indonesia memang sedap lah sebenarnya. Penjual kat kedai pakaian pun bila dorang nyanyi, mak aih sedap suara dia. 

------

Kami selesai makan selepas beberapa jam berlalu.



Ni murtabak yang dipesan oleh siapa entah. Saje ambil gambar sementara menunggu pak supir datang. Murtabak mereka pelik dan berbeza dengan negara kita.

Oleh kerana dah lama sangat menunggu dan pak supir tak menjelma. Jan kasi cadangan untuk pinjam atau minta orang telefonkan pak supir ni. Kami memang tak beli simkad kat sini. Lalu kami ke kedai menjual telefon. Sedihnya, permohonan kami ditolak. 



Jadi Jan cadang cuba minta tolong dengan penjual top up di tepi lorong. Kami pergi dan Alhamdulillah mereka tiada masalah nak tolong. Selesai mereka telefon tu, kami nak bayar namun mereka menolak dengan baik. Terharu sangat weh! Yelah, ketika kita terdesak dan orang tu pula tolong dengan ikhlas. Mau tak terharu. 



Tak lama kemudian pak supir tu sampai dan terus hantar kami ke hotel Mekah. Nak dijadikan cerita, internet di hotel Mekah kami ni ada masalah. Entah apa masalahnya pun kami tak tahu. Jadinya kami ambil keputusan untuk lepak di hotel Madinah. Hotel tu sebelah jalan aje dengan hotel kami. Sampai aje di perkarangan hotel Mekah, kami terus berjalan ke hotel Madinah. Pergi je kat lobi dan ternampak password yang dipamerkan. Apa lagi, on wifi berdesup aje coverage dia. Kalau nak tahu hotel mekah dan Madinah tokey dia orang yang sama je. 

Kami duk melepak kat dalam hotel ni sehingga lewat malam. Haha. Yang bestnya, pekerja kat kaunter tu tak pula tanya kami ni dari mana, hotel mana atau apa apa soalan. Yelah kami ni dahlah bukan menginap kat sini. Orang lain lepak sekejap aje, kami lepak berjam jam sampai beralih alih tempat. haha. 

Bila jam 12 malam, kami pun nak balik hotel. Jarak hotel Mekah dan Madinah hanyah lebih kurang 5 minit perjalanan je. Dekat sangat. Itu sebab kami berani lepak kat situ. Masa dalam perjalanan balik hotel tu, kat tepi jalan tu ada orang jual rambutan. Jan cakap dia nak beli. Saya memang tak nak beli, dah kenyang kan. 

Bermula la insiden lawak. 

Jan tanya berapa harga rambutan ni? Penjual tu cakap RM6. "Haaaa???? RM6??". Tapi kami terkejut dalam hati jelah kan. Tetiba aje, Jan tanya saya aida mung nok beli dok? Saya terus jawab takmo aku. Maka Jan pun belilah rambutan tu. Eh Jan terpaksa la beli rambutan tu. HAHA!. Yelah kan, dah tanya harga tak kan nak lari bodo je. 

Sampai hotel kami gelak puas puas. Jan cakap aku dok pernah beli rambutan mahal gini kat Malaysia. Haha. Dohla tu ada wape utir [biji] je ni. Betul tak sampai kot 25 biji apatah lagi 1kg. Memang sikit sangat. Bila terkejut dengan harga. Eh dan dan je mu tanya aku, mu nok beli dok? Hamboii, haha cara nak meloloskan diri nampak. Masa kat bilik, Jan bersandar  di dinding sambil makan rambutan mahal. haha. Rasa nak menangis pun ada. Dalam sejarah beli rambutan RM6 seikat. Dahla tu, kena bodek lagi kat penjual. Jan bayar RM6 tapi penjual tu cakap bagilah duit Malaysia untuk kenangan. Lalu dikasilah RM1. Seronok sangat penjual tu. 

Masa kami dah selesai bayar rambutan tu, kami dah berjalan ke arah hotel Mekah. Kesian pula tengok pak supir yang sedang lepak dekat warung buah tu. Mereka semua berebut nak tengok note RM1 dengan penjual buah tu. Lantas rasa kesian. Kami pun pergilah kasi seringgit seorang kat pak supir tu semua. Mereka gembira sangat sangat.  Kami pun happy juga tapi dalam masa yang sama rasa nak tergelak dengan harga rambutan. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.