Sunday, September 20, 2015

Sayonara Aceh!

#owh cerita sangatlah panjang # tapi kisah berbeza beza 

Malam tadi, kami mulai mengemas barangan di dalam beg. Hasilnya Jan memperolehi 2 beg manakala saya pula maintain 1 beg. Jan banyak sangat beli kain pelekatlah, beg lah, kopi lah. Macam macam dia beli. Saya pula hanya membeli barangan asas sahaja.

Ketika kami berkemas tu, Jan ada bagitahu bahawa kita dok makan pun ork maggi ni. Yelah, nak makan macam mana. Mangkuk tak ada, sudu tak ada. Tetiap malam pergi restoran Mee Razali. Hasilnya maggi ni terbiar sepi menjeruk rasa di dalam plastik. Jan bagi cadangan agar diberi maggi tu semua kepada staf di kaunter hotel. Ok juga idea tu. Lagipun dia dah tak nak bawa balik maggi tu.

Kalau nak tahu, bilamana duduk bersembang di kala malam time nak tidur. Kata kata ini akan bergema di angkasa bilik kami 'dok caya rasa, esok kita nak balik doh'. Ya, terimalah hakikat bahawa esok pagi dah tiba masa untuk kami pulang ke negara yang tercinta. 

PAGI 22.8.2015 - SABTU
Hari ini merupakan hari ke 4 kami di Banda Aceh. Hari ke 4 bermakna hari terakhir kami berada di sini. Plan kami sebetulnya berubah apabila melihat waktu penerbangan kami. Bilamana melihat waktu penerbangan adalah dalam jam 2 petang, lantas kami plan nak check out terus dari hotel, bawa beg siap siap dan terus ke airport selepas ke muzium tsunami.

Hari terakhir ni, kami sempat merancang nak ke muzium tsunami. Sebab itu hari walaupun kami dah pergi tapi muzium tutup. Kami nak sangat ke terowong harapan ke apa eh nama dia tu? Nak masuk kat situ lah. Oleh kerana notis kat muzium maklum dibuka pada hari ini, gigihlah kami nak ke sana pagi ni. 

Sebelum check out, kami pastikan tiada barangan tertinggal. Eh, tetiba ada 1 kisah spontan yang lucu!


Gambar kenangan ini masih dalam plastik diambil dan dihantar through whatsapp oleh Jan semasa kami balik ke Malaysia. Lawak betul!
Me: Jan, ni nape eh?Jan: Oo maggi.Bila saya cek, nampak macam bukan maggi. Pelik je. Hati dijentik rasa hairan. Yang saya nampak berus gigi, sabun.
Me: Benda apa nih?? - sebab dah terlalu hairan.
Jan: Aku nak bagi ke Fendi. [padahal kami tak plan lagi nak ambil dengan Fendi untuk hantar ke airport]
HAHAHAHAHA! - gelak sakan. Selepas membelek baru perasan, maggi kat bawah sekali sebab dah terlindung dengan toiletries ni.
Kami sama sama gelak.
Me: Nasib baik aku cek. Agak agak gok kalau nak bagi ke orang pun. Berus gigi, sabun mung ingat ye dok kejut ke dapat benda ni seme? Aku rasa ni lagi teruk berbanding pengakuan kami nggak ada uang. Kami gelak sakan.
Saya sehingga kini, tak dapat berfikir, dari mana datangnya idea nak kasi semua toiletries tu kat supir kami si Fendi. 

Saya ambil satu persatu berus gigi, sabun, shampoo ni semua letak kat dalam plastik. Saya rasa inilah insiden yang paling lawak ketika kami di sini. Jan akhirnya mengalah dan dia cakap yelah aku bawa balik je la eh. haha. 


Cantik kan nama dewan kat hotel ni, rasa macam kat Mekah je
Ketika kami dikaunter, kami berkira kira tentang tambang untuk ke muzium. Duit kami dah tinggal sisa sisa nih. Memang sangat haru, dalam keterdesakan wang sempat lagi kami fikir nak ke muzium. haha. Tanya kat receptionist, kalau mereka tolong call teksi dan hantar ke airport berapa kosnya? Dia cakap IRxxxx [tak ingat berapa kosnya]. Lalu saya cakap kat Jan, apakata kita suruh receptionist ni call nombor Fendi ni. Kita tanya dulu berapa harga dengan dia, lepas tu kita decide la nak ambil yang mana. Sampai tahap tu sekali kami nak jimatkan duit. haha. Tapi sempat juga kami beli international adapter plug. Harga dia RM3 aje. haha. Memang kami terus beli tanpa tawar menawar. Harga mampu milik!

Bila dah call si Fendi dengan menggunakan telefon staf kat kaunter tu, kami dah buat keputusan untuk ambil dengan Fendi yang mana merupakan supir kami pada hari pertama. Harga boleh runding. Kiranya agak murah berbanding yang diberitahu oleh receptionist.

Kami check out dan tak lama kemudian si Fendi datang ambil kami.

Tanpa membuang masa, perjalanan kami terus ke muzium tsunami. Namun mendukacitakan kerana muzium betul betul ditutup kepada pengunjung. Kami dah tak tahu nak pergi mana. Dahla kami ni keluar awal pagi. Jam baru kira kira 9.30 pagi macam tu.

Lantas si Fendi membawa kami ke rumah Cut Nyak Dhien. Mungkin dia tahu yang kami ni kecewa kot. Dia tak caj pun tambang untuk ke sini.

Sebetulnya rumah ni dah kami pergi pada hari pertama, namun tutup. Jadi kiranya ini kali kedua lah kami datang ke sini.

RUMAH CUT NYAK DHIEN


Baca sendiri. Rasa malas pulak nak menaip



Suasana dalam rumah Cut Nyak Dhien



Ada peluang, datanglah ke sini. Ajak anak anak, ajak keluarga, ajak kawan kawan, ajak jangan tak ajak. Saya pergi sekali rasanya dah cukup lah. Tak nak pergi lagi. huhuhu.


Thank you Fendi sebab ambilkan gambar kami
Ketika kami berada di sini, ada seorang wanita yang kami agak dia bertanggungjawab menjaga rumah sejarah ni kot. Beliau sukarela menerangkan semua cerita sejarah kepada kami. Menarik tentang rumah ini, ianya dibina tidak menggunakan paku. Cerita mengenai Cut Nyak Dhien sangat menarik jika betul betul kita hayati. Tapi sejarah kat negara kita pun, tak kurang menariknya.

Nak dijadikan cerita, adalah 1 kisah haru. Selepas kami bergambar di dalam rumah ini dan mendengar penerangan beliau. Kami pun nak beransur baliklah kan. Ketika selesai bersalaman dengan wanita tu, kami dah turun dari tangga. Tetiba wanita tu panggil.

Ucapnya:
'Biasanya kalau yang datang ke sini, akan memberi sumbangan. Jika ada sumbangan, bolehlah bagi ke tabung ini'.
Gulp!! Telan liur. Kami memang tak ada duit yang sesuai untuk bagi ke tabung ni. Duit dalam purse hanya untuk tax. Jangan gelak eh. Akhirnya saya bagi IR2,000. Duit syiling ada, tapi tak kan saya nak kasi syiling kot. Saya tahu jumlah tu sikit sangat -_-  Nak kasi pun tak sampai hati. Segan pun ada. Tabung tu kosong, hanya duit saya yang ada kat dalam tu. Rasanya wanita tu naik pitam tengok duit saya bagi tu. hahaha. 

Sebetulnya kami langsung tak terfikir pun perlu kasi sumbangan masa datang kat sini. Jadi kiranya kalau kalian nak datang ke sini, siapkan terus duit yang nak disumbangkan tu. Jangan jadi macam kami.

Kami gelak bilamana teringatkan kenangan kat sini. Jangan ingat orang Malaysia yang datang kat sini semuanya kaya kaya. Nak nak orang macam kami ni haa. hahaha

Ketika dalam perjalanan ke airport, si Fendi ni suka pasang lagu lagu best. Memang best pun lagu lagu dia. Jan siap cakap nak beli mp3 dia. Bisa bisa. Sanggup nak beli mp3 tu, tapi nak bayar duit RM lah.

AIRPORT TAX
Sampai kat airport. Masa nak turun dari avanza supir kami. Jan bayar tambang dan dengan penuh kesopanan:

Jan: ini untuk kamu. makanan dari Malaysia [saya dah terkejut sambil tahan gelak! makanan dari Malaysia?? padahal maggi. HAHA]
Fendi: oowwhh..mekaseih
Jan: ini wang RMxx untuk kamu

Kami dah berpakat nak kasi duit RM kepada si Fendi, sebab sudi layan kami dengan baik sepanjang berada kat sini. Dahlah tak berkira pasal tambang. Mudah nak berurusan.

Kami sempat singgah ke satu kedai ni. Nak dijadikan cerita, kami sebetulnya agak keliru mengenai cukai lapangan terbang. Saya dah sediakan IR100,000 bersamaan RM30 duit kita untuk tujuan tax tu. 

Masuk kat dalam kedai serbaneka tu, saya tanyakan tentang kos sebenar airport tax. Penjual perempuan tu jawab airport tax dah tak ada. Uishhh! Suka hati kami. haha. Terasa macam kaya kembali. Tapi kami tetap gusar, jadi berulang kali kami tanya dia. Lalu dia bertanyakan kawan kawan dia yang merupakan pekerja bahagian kaunter penerbangan [melihat pada uniform mereka], maka sahlah airport tax TAK ADA! Yahoo.com! Jadi kalian usah khuatir tentang tax semua ni, memang tak ada.

Bagi meraikan ketiadaan tax, saya pun membuat keputusan untuk membelanjakan habis duit tu. haha. Memandangkan cenderamata belum saya beli untuk kawan kawan pejabat, maka saya plan dengan RM30/IR100,000 tu, dapatlah saya berbelanja sikit. 

Dalam banyak banyak barang, adalah ternampak keychain. Saya tanya berapa satu keychain tu? Penjual perempuan tu cakap seringgit lebih kot. Duit saya memang tak cukup untuk lebih kurang 22 orang. HAHA. Insiden giler kentang terjadi lagi.
Me: Kalau saya beli banyak, boleh kurang tak?
Penjual perempuan : Mau berapa?
Me: Urmm, nak banyak ni. Jap saya kira.

Saya ambil 1 persatu keychain sehingga cukup 22 orang.
Banyak ni, 22. Boleh kurang tak? Lihatlah, betapa gigih sesi tawar menawar berlangsung. haha. Padahal kalau difikirkan secara logik, kat kedai serbaneka di airport pula tu, mana boleh tawar kan? Tapi kami main hentam aje. HAHA. Cuba nasib.
Penjual perempuan tu kasi! Happy sangat. Jan tak beli keychain, dia beli kopi. Banyak juga dia borong kopi kat sini. Saya memang tak dapat ar nak beli kopi. Harga kopi dah RM3 lebih. Jadi memang duit tak mencukupi dah. 

Masa nak bayar tu, hati teringin juga nak try beli kopi. Terus tanya penjual tu, kalau dengan kopi dan keychain ni kan, boleh dapat tak dengan duit IR100,000 nih? Memang tak untung lah penjual tu hari ni dapat kami. Tapi kami doakan dia dapat rezeki yang lebih di hari lain. Amin.

Baik hati sangat dia ni. Dia kasi lagi. Dahlah tu, siap kasi free gift pada kami keychain sorang satu! Siapa yang tak happy kan?

Tapi sempat warning kat dia. HAHA.

Kalau ada airport tax, kami hantar balik kopi dan keychain ni semua.  


Dia gelak sakan bila kami cakap macam tu. Oleh kerana dia baik, sempat kami bergambar sama sama. Ewah! 

Masa kami sedang membeli tu kan, si Fendi datang bawakan mp3 tu untuk Jan. Bagus betul, si Fendi sanggup pergi cari tu. Padahal Jan bukan nak portable mp3 tu. Jan nak simcard dia je. Lantas si Fendi cakap oo nggak bisa. ada foto dalam tu. Haha. Tulah, macam macam lagi permintaan kan.



Dah siap masukkan baggage. Kami terus ke tingkat atas airport ni. Sebenarnya kalau kalian nak ke sini, tak perlu kelam kabut sangat. Contohnya kalau flight korang jam 2 petang, jam 12 tengah hari boleh datang lagi. Sebab airport dia kecil aje dan tak jauh sangat pun kalau nak berjalan. Kami dapat rileks lagi kat tingkat atas airport ni sebelum dapat masuk kat departure hall.



Sayonara Aceh~!! 


Merah membara. Mereka ni macam berjanji aje kemerah kemerahan

Walaupun berat hati nak melangkah balik. Tapi kena melangkah juga, sebab duit IR sdah hampir habis. Cuma ada baki duit syiling berjumlah IR1,000 = 30 sen. haha. Kali pertama saya habiskan duit kertas IR bilamana datang Indonesia. Sebelum ini, mesti akan ada baki duit kertas Rupiah tu.




Kami mula meninggalkan bumi Aceh menuju ke Kuala Lumpur. Kelihatan kehijauan masih lagi menyebelahi Banda Aceh. Tak banyak bangunan tinggi pun kat sini. Siapa yang nak lari dari kebisingan kota. Cubalah datang sini.

TAMAT LAH KISAH ACEH. 



2 comments:

  1. assalamualaikum..saya akan aceh jugak nanti.boleh dapatkan nombor pak fendi?
    /

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.