Friday, September 18, 2015

Setengah Petang di Taman Putroe Phang

Selepas ke pantai yang tidak kami ketahuan namanya, perjalanan diteruskan ke Taman Putroe Phang. Apakah itu TPP? Bagaimana tempatnya? Entah. Kami pun tak berapa pasti. Demi untuk 1 kepastian kami minta supir bawakan kami ke sana. 



Ini jalan yang kami lalui semasa menuju ke taman. Tak pasti kenapa pokok tu di cat berbelang belang sebegitu rupa.



Sekali tengok macam kat Cameron Highlands pun ada.



Taman ni taklah jauh sangat dengan pantai tadi. Dalam 10-15 minit kot, kami sampai kat taman tu. Sekali tengok tak ada benda yang menarik sangat. Kami masuk ke dalam sambil sambil melihat pemandangan sekitar taman. 



Kami berjalan merentasi satu jambatan gantung untuk ke sebuah tugu berwarna putih ni yang tersergam kukuh. Sampai kat sini, sempatlah juga ambil gambar kenangan. Kami baca baca info sikit. Taman Putroe Phang ini ialah Taman Puteri Pahang. Dalam bahasa Aceh, Putroe itu Puteri. Phang itu Pahang. Kisahnya dulu Sultan Iskandar Muda memenangi peperangan dan berjaya menawan kerajaan Pahang, Johor. Nak dijadikan cerita, Sultan Iskandar Muda ni tertarik kepada Puteri Pahang disebabkan kecantikannya, budi bahasa dia. Dalam syarat peperangan, siapa yang menang dia boleh ambil apa yang dia suka macam rampasa perang. Jadi Sultan ni dapatlah peristerikan Puteri Pahang. Dibawanya balik ke Aceh. Bagi mengurangkan rasa rindu Puteri Pahang kepada keluarganya di Pahang sana, dibinanya tugu ini khas untuk isterinya. Lebih kurang macam tu lah kisahnya.



Pemadangan dari jauh tugu Puteri Pahang. Bila lihat air tasik [jika boleh dipanggil air tasik], nampak macam tidak berapa dijaga dengan penuh kasih sayang. Kebetulan semasa kami ke sini, terdapat renovasi bagi taman ni. Banyak betul tempat diaorang tengah baiki. Muzium baiki, Masjid Raya Baiturrahman pun dibaiki kat kawasan depan masjid tu. Tapi tak kisahlah, janji kami sampai ke sini.



Boleh baca jika nak tahu kisah sebenar. Tapi agak blur tulisan tu.

Kami hanya berputar di kawasan ini sahaja sebab dah tak tahu nak pergi mana. Selepas dah puas berada di sini, kami nak balik. Sekejap je kami datang sini. Adalah dalam 20-30 minit kot. Mungkin tak berapa banyak tempat atau apa apa tarikan yang menarik hati dan pandangan mata. 

Kalau kalian nak cuba datang sini, bolehlah datang. Mana tahu pengalaman kita ni berbeza. Kami sebetulnya tak jumpa satu lagi tugu kat sini. Bila dah balik Malaysia barulah Jan jumpa tugu tu kat instagram. 



Semasa  kami berada di depan pintu pagar utama taman ni, Jan sempat membeli beberapa batang makanan. Urmm ala macam sosej, sate ke apa entah. Saya jenisnya tak suka mencuba sangat. Jadinya Jan yang beria makan. Tekak saya ni cerewet sikit. Harga 1 cucuk tu kan, murah betul. Percaya tak harga dia adalah dalam lingkungan 30 sen aje! 30 sen. Kita nak bayar pun rasa kesian. Baki duit tu Jan sedekah aje.

Lokasi seterusnya ialah Mee Razali. Yaa, tiap tiap malam kami ke sini. Makanan kat restoran ni mahal la juga. Yelah kan, kalau 1 pinggan mee harganya dalam RM8/pinggan, agak mahal la kan. Dek kerana sedap, kami memang tak kisah sangat tang harga dia tu. Kira oklah kan. Kami hanya makan pagi je kat hotel, makan kat luar sekali je. Wah. Memang bajet sangat. Sebetulnya tak terfikir pun nak bajet pasal makan, tapi bila kita dah sibuk jenjalan. Haaa makan pun boleh lupa. Hanya signal lapar yang mengingatkan kami akan time untuk sorruuu!  



Ini harga makanan kat restoran ni. Malam ni kami makan mee rebus sotong aka cumi cumi dan daging. Tapi malam ni kami berpenat lelah menghabiskan mee. Maunya tak, tetiap malam kami makan mee. Tekak pun dah tepu!



Lepas makan balik hotel sebab esok dah nak balikkkkk. Saya yang mulanya plan nak cari baju kemeja untuk bapakanda malam semalam, telah membatalkan plan tersebut. Ini memandangkan bajet tidak mengijinkan saya ya dong. Tak mengapa, lain kali lah kita beli eh. 



Masa balik hotel sempat lalui sebuah gerai apam balik. Saya syak, apam balik adalah berasal dari Indonesia. Sampai hotel, kami semak tiket flight. Mati mati ingatkan flight kami jam 4 petang, rupanya jam 2 petang camtu. Haish, nasib baik semak sebelum hari esok. Jadi kami ubah plan untuk esok. Daaaa~!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.