Thursday, October 1, 2015

'Hadiah' Bai Yang Amat Berharga!

ps: Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sedang bersantapan/penggeli [err. macam saya. tapi redha aje lah, andai tidak bagaimana dapat berceritera]

Ke hadapan anak buahku Bai [Baihaqi],

Pagi tadi ayah datang hantar Bai ke rumah tokki. Cuda [sebetulnya cuda lebih suka panggilan Cikda] jenguk melalui tingkap nako. Eh Bai. Kelihatan Bai senyum memandang cuda. Ayah Bai meminta Bai menyalami beliau sebelum ke sekolah. 

Tahukah Bai, ayah sangat sayangkan Bai. Selalu cuda tengok betapa kasihnya ayah Bai kepada Bai. Dipeluk dicium Bai. Cuda dapat rasakan betapa mendalam ke jurang yang paling dalam umpama jurang Mariana sayangnya pada Bai. 

Bai juga sayangkan ayah dan umi kan? Kalau tidak, tak adalah Bai menangis teresak esak ditinggalkan ummi dan ayah semasa Aidiladha bebaru ini. Tapi kan Bai, cuda cakap ikhlas lah kan. Teruk benor gaya Bai menangis. Tak pernah cuda lihat Bai menangis sebegitu rupa. Tapi yelah kan, Bai masih anak kecil yang baru berusia 4 tahun. hehe.

Ok. Kita sambung cerita. 

Bai naik ke atas rumah dan bermain menulis di atas buku buku yang ada sementara cuda bersiap.

Bai budak yang sangat rajin ke sekolah. Walaupun Bai ke sekolah dengan niat nak bermain main, tak nak menulis. Tak mengapa Bai. Tak mengapa untuk umur 4 tahun. Bilamana dah berumur 5 tahun nanti, Bai tak boleh leka macam ni lagi. Bai juga morning person. Bagus sangat. Tak pernah rasanya Bai bangun lambat. Harapnya Bai kekal sebegini sampai dewasa sampai bila bila. Amin. Err aminkan kepada cuda juga ya. Bai nak tahu, Bai juga rajin ke surau. Orang surau dah kenal Bai. Yelah, kalau mereka tak kenal Bai tu. Hurm, saja lah tu kan Bai. Semua orang geram tengok Bai. Nak buat macam mana Bai, kasih sayang 100%. Itu sebab Bai comel.

Sedang cuda bersiap, Bai berteriak 'nok berok'.

Bai bersusah payah nak tanggalkan seluar. Cuda suruh Bai cepatkan sikit tindakan tu. Kekangan badan Bai yang comel menghalang pergerakan pantas Bai.

Cuda sebenarnya dah tahu Afiq dan Bai baru berhadapan dengan serangan cirit birit. Kesiannya.

Dalam terkial kial Bai berjaya tanggalkan seluar. Cuda menunggu di bawah tangga dan memimpin tangan Bai untuk ke tandas.

Bai sarungkan selipar dan naik ke atas tandas. Cuda dah pesan, berak tu dalam tandas. Bai akur. Cuda ingatkan lagi agar Bai cucurkan air semasa sedang buat operasi tu. Bai senyap je. 

Tak lama kemudian, Bai cakap dah siap. Cuda ke tandas melihat Bai. Kelihatan Bai dah di bawah tandas dan tersenyum. 

Bai cakap dok basuh lagi cuda.

Cuda bukakan air dan minta Bai basuh sendiri -_-

Bai dengar arahan namun dok sapa cuda.

HAHA. Tangan Bai tak sampai nak basuh rupanya.

Lantas cuda buka tandas nak cuci berak Bai.

Apabila pintu tandas di buka, urrmmm pandangan cuda terasa kelam. Pagi pagi dah uji cuda dengan segala isi perut Bai. Kenapa Bai tak simbah. HAHA. Weeii. Rasa nak pitam. Tapi cuda gagahi juga menyimbah hadiah yang Bai tinggalkan. Terpaksa cuda pandang ke tempat lain. Cuda dah lama tak buat kerja macam ni Bai. Sampai hati Bai.

Cuda minta Bai naik ke tandas dan terpaksalah cuda cuci berak Bai. 

Selepas sekian lama tak mencuci berak anak buah, akhirnya cuda terpaksa mengalah. Terpaksa mengalah Bai. Terpaksa. Kurelakan jiwa, tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu. Uh! Lagu pulak tak berapa nak kena dengan cerita ni. HURMM!

Geli Bai. 

Kalau kat rumah siapa basuh berak Baihaqi?
Ayoh ar. Kalau rumah Tokteh, basuh la sendiri. 

Pandai pulok basuh sendiri. Macam mana boleh cakap tak sampai tadi? Cuda telah terpedaya ke? Urmm.

Dah selesai, cuda minta Bai pakai seluar sendiri. Nasib Bai pandai tapi tak reti nak kancing pulak. Cuda tolong sebab perut Bai besar. hehe. Sebab itulah agak payah nak dikancing Bai.

Nak gi sekolah ke? Nak balik rumah?
Nak gi sekolah.
Nak gi sekolah ke? Nak balik?
Nak gi sekolah lah.

Ok. Cuda ambil keputusan hantar Bai ke sekolah. Afiq ketika itu masih lena di peraduan. Biasalah Afiq tu kan Bai. Bukan Bai tak tahu sepupu Bai tu macam mana.



Dalam perjalanan. Cuda minta Bai pandang cuda sebab nak ambil gambar. Cuda kan memang selalu ambil gambar Bai dalam kereta walaupun bukan nak di upload di dalam blog. Bai terus palingkan wajah Bai menghadap cermin.

Bai cakap takmo!. 

Cuda dah faham sangat perangai Bai tak berapa gemar nak bergambar tu.

Cuda cuba lagi.

Bai pandang sini. 

Senyum.

Bai terus berpaling dan senyum!



Alah comel sangat Bai. Walaupun cuda terpaksa membasuh berak Bai. Cuda terubat hati melihat keletah Bai.

Sampai ke sekolah, cuda dah pesan pada cikgu tengokkan Bai. Alhamdulillah, sepanjang di sekolah Bai tak berak. Agaknya perut Bai dah ok. 

Bai, kalau Bai dah pandai baca ni nanti. Bai jangan malu eh.

HAHA!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.