Monday, October 12, 2015

Jalan Raya & Tol & Masa Lalu

Sejujurnya aku adalah seorang yang sangat mengikuti rapat isu isu semasa di dalam negaraku Malaysia. ps. Tak berapa nak kena guna saya dalam entry ini. Jadi beraku lah aku di malam ini.

Ketika di Aceh, banyak persoalan yang terbuku di dalam minda membuatkan aku bertanyakan macam macam kepada pak supir kami. Jawapan yang sangat cool yang diberikan oleh mereka telah membuatkan aku terfikir bahawa mereka seolah olah tiada perasaan marah! Betapa bahagianya mereka. 

Aku tanya marah tak kalau orang tak bagi signal? Marah tak kalau orang brek emergency macam tu? Marah tak kalau orang main masuk aje jalan macam tu? Mudah cerita, tak menjadi kudis bagi mereka.

Lalu, aku semat dalam hati kemas kemas. Mereka orang Aceh bukan hidup senang. Hidup seadanya mereka. Gaji mengikut hari bergantung kepada kerajinan mereka. Kerja mereka bukan di bawah aircond yang mana engkau buat kerja atau tidak gaji tetap jalan. Mereka mencari rezeki dengan cara mereka. Namun mereka tetap okay! Tetap sabar. Betul, orang Malaysia pun ada yang sebegitu. Namun yang aku nak kongsikan ialah kita berbeza dengan mereka. Mereka ketika di jalan raya hampir TIADA STRESS! Kita kat Malaysia? Agak agak apa jawapan kalian?

Benda yang aku bawa balik selepas pulang dari Aceh ialah ingin mengubah sikap aku ketika di jalan raya. Orang Aceh gaji tak banyak, tapi tetap rileks. Aku? Alhamdulillah, gaji bulanan tapi adakala stress oo kat jalan raya. Bukan stress dengan kesesakan jalan raya. Bukan. Tetapi adakala stress dengan sikap pemandu lain [entah entah aku lagi teruk! huk huk].

Lantas, bila balik ke Terengganu hari Ahad. Hari Isnin aku turun ke tempat kerja dan pegang stereng kereta. Aku dah tanam kat dalam hati tak guna nak stress atas jalan raya. Ini Kuala Terengganu je pun, lainlah kat Kuala Lumpur sana. Kat KL, dahla mereka stress kat jalan raya, masa banyak terbuang kat jalan raya. Masa dengan anak anak, masa dengan keluarga. Nampak sangat argggghh di situ [bagi aku lah]. Sementelah aku ni pula, PERGI DAN BALIK KERJA cuma 25-30 minit bergantung kepada lampu hijau atau merah ketika di traffic light. Jadinya, tak guna nak kumpul stress dalam diri. 

Cuba fikir. Kita nak ke   

1. Kat pejabat stress. 
2. Kat jalan raya stress.

Jadi, kat mana baru kita boleh tenang dan mendamaikan? Ah, aku tak nak stress atas jalan raya dengan hal remeh. Kerana itulah aku cuba pelan pelan buang dan kikis sikit demi sikit buang rasa stress atas jalan raya. 

Kita fikir camni je lah, kita nak pergi kerja. Kita nak sampai ke tempat kerja. Atau nak pergi ke destinasi mana mana lah. Kalau orang nak jalan, kita kasi. Mana yang tak kasi signal tak perlu hon jika tak perlu dan tak mendesak! Mana yang slow tapi bawa kat lorong kanan, kita ke lorong kiri aje lah tanpa perlu ekori rapat kereta depan. Biarkan mereka. Kita freekan minda kita. Jangan terkesan sangat dengan benda tu semua. Errr, tapi tengok keadaan lah kan bergantung kepada kadar kebahayaan tu. 

Mudah cerita, selepas aku ubah sikit sikit tu kan, memang ada perubahan untuk diri kita. Sekarang dah sebulan lebih aku praktikkan hal ini dan Alhamdulillah ianya berhasil! Bukanlah tak ada stress langsung. Stress tu ada tapi sangat minima berbanding dahulu. Sebetulnya ianya bergantung kepada sikap kita ketika di jalan raya.

Dan aku masih lagi membaiki dan membaiki diri.

Beberapa minggu lalu, balik kerja dah lewat petang. Ada sebuah hilux yang terkedek kedek nak masuk lorong. Saya tahu hilux tu tak boleh buat macam tu sebab bahaya. Sepatutnya hilux tu tunggu dahulu kereta saya dan kereta belakang lepas baru dia boleh masuk lorong. Saya brek bilamana melihat hilux tu bergerak masuk ke lorong saya. Kereta belakang rapat betul dengan saya dan dia cepat cepat ubah lorong ke kiri. Kerana saya dalam tempoh membaiki diri di jalan raya, saya tak hon pun hilux tu dan hanya memberi hadiah high beam sahaja. Eh tersaya pulak. haha. Dah biasa nak buat macam mana kan. 
Selepas itu, aku nak tukar lorong ke kiri. Kelihatan signal hilux itu juga ke kiri. Jadi aku tak boleh nak agak ke mana hilux tu nak pergi sebenarnya. Bila tengok dia perlahan, aku masuk lorong kiri. Eh dia pun masuk kiri juga. Dan yang paling BAHAYA! Hilux tu tetiba nak masuk ke lorong sebelah kanan sedangkan pada masa itu ada motorsikal. Ketika itu aku dah hon. Tapi bukan hon panjang. Sekadar hon sendu aje. Bila dah nampak budak motorsikal tu dah terbabas mengawal motorsikal mengelak daripada di langgar hilux tu, aku terus hon lagi dan lagi. Err 2 kali je aku hon. Kereta belakang turut sama hon kat hilux tu. Aku dan kereta belakang berhenti di pinggir jalan nak lihat keadaan budak tu macam mana. Alhamdulillah, budak motor tu tak bawa laju dan dia berjaya kawal motor daripada menggelungsur terus di jalan. 
Lepas tu aku nampak pemandu hilux keluar dan hulurkan tangan nak bersalam. Aku pun ambil keputusan teruskan perjalanan balik.
Kesimpulannya ialah sikap kita ketika memandu. Adakala kita terlupa kepada penunggang motorsikal. Memang diakui adakala penunggang motor ni suka cilok tetapi tak semua begitu. Kita kena ingat, destinasi kita semua adalah sama. Ada yang nak pulang ke rumah, ada yang nak balik outstation jumpa keluarga, ada yang dalam raga motorsikal mereka ada makanan untuk anak anak mereka. Ada yang dah seminggu tak lihat wajah mak ayah mereka. Jadi sangat perlu untuk kita bertimbang rasa dan SABAR ketika di jalanan.

Ini pula tadi, berita dah maklum kadar tol NAIK! Tragedi Oktober. Banyak amat dia punya naik, kalau tak silap 20 sen kot sehingga RM3 bergantung pada tol yang kita lalu. Ya Allah, rasa bersyukur sangat dapat kerja kat kampung. 

Pada masa lalu kan, aku selalu berangan nak kerja kat KL. Nak kumpul pengalaman sementara masih muda. Ecewah. Namun sekarang, aku sangat bersyukur walaupun anganan aku tak menjadi kenyataan. Allah lebih tahu daripada aku hamba dia ni yang adakala tak genap sebulan pun gaji dah menye'eh [maksudnya gaji dah semput!]. 

Kat kampung [setakat inilah kan], dalam purse ada RM20 pun masih cukup nak makan pagi dan makan tengah hari. Ada 2 bar minyak pun Alhamdulillah sempat pergi dan balik ke rumah. Minyak dah berkelip kelip pun, sempat lagi pusing ke tempat kerja dan rumah. Ya Allah, banyak betul nikmat yang kita kecapi selama ini. 

Mereka kat bandar sana, urmm kesian. Nak nak kalau yang dah ada keluarga. Gaji kecil. Pergi balik kerja kena harungi jem, kena hadap bayaran tol lagi. Sangat kesian tapi aku tak boleh nak tolong.

Semoga hidup kita di tunjuki jalan jika kebuntuan melanda. Amin.



Gambar hiasan kesesakan jalan raya ketika nak ke Summit hotel beberapa bulan lepas. Urmmmmmm. Bayangkan kalau kerja kat KL, kena pula dengan jalan yang selalu jem. Mahu aku homesick nak balik rumah kalau begini setiap hari.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.