Friday, October 9, 2015

Kahwin Adik 4

Saya kan ada adik lelaki 4 orang. Jadi adalah tidak adil sekiranya saya tidak mematrikan kata-kata kat blog ni untuk adik 4. Kalau nak diikutkan adik 4 dah kahwin pada bulan Jun yang lalu. Biasalah kan, banyak sangat yang nak diceritakan. maka ikut suka tuan blog la kan nak tulis yang mana 1 terlebih dahulu. Bukankah begitu lebih manis? Ya, sangat manis umpama gula gula di bawah.

Jika kalian pernah terbaca entry sebelum ini iaitu:
                       



Maka pada siang pagi hari ini dikala jam sudah 12.20 tengah malam. Gigih pulak menaip eh. Line tidak berapa nak ok tadi. Sementara line terhuyung hayang, sempatlah juga layan candy crush. Dah lama sangat layan game ni. Yelah, saya ni bukan kaki game. Seadanya saja.

JUN 2015

Bulan Jun menjadi pilihan hati adik 4 saya nak kahwin. Semasa dalam proses kerja di belakang tabir, kami berdua banyak berbincang itu ini. Kerja kahwin bukan hal yang mudah, namun kami cuba juga buat setakat yang termampu. Alhamdulillah ada mak saudara yang menolong.

Kali ini kenduri yang kami lakukan agak simple. Lauk pauk masih sama namun jumlah jemputan itu tidak begitu ramai. Jemputan adalah hanya kira-kira 400 orang kot.

Segala kelengkapan dari segi door gift dibeli siap siap kat Nilai. Katanya kat sana ada tempat yang murah.

Balik dari kerja, saya cadangkan pada adik 4 agar buat pelan pelan apa yang kami boleh buat. Lantas kami pilih nak siapkan door gift dulu.



Saya ada cadangkan pada dia agar bagi sesuatu yang istimewa dan boleh digunakan kepada para tetamu. Tiada dalam list saya ialah Yassin. Saya tak sanggup nak tengok orang letak merata-rata aje door gift padahal dalam tu ada Yassin wey. Memang niat kita baik nak kasi something yang ada ganjaran pahala pada pemberi dan penerima. Akan tetapi banyak benda yang perlu kita fikir. Yassin bukan benda yang boleh diletak ikut suka kita aje. Kami pernah kasi Yassin kat tetamu semasa adik 1 kahwin dulu dan selepas itu tak ada.

Saya lebih prefer benda yang best err bagi saya la. hehe. Antara yang saya cadangkan:

Pengetip kuku - adik saya gelak, tapi bersetuju je dengan cadangan bernas ni. haha. Tapi kami batalkan kerana adik 4 dah beli benda lain. Jadi dah terlalu banyak dan over budget dia.

Sikat - lagi sekali dia gelak. Ok aje kan idea ni? haha. Ok. Memang diakui nampak macam pelik sikitlah kan, tapi ok je. Cuma tak jadi nak teruskan sebab tak kan sikat nak letak sekali dengan makanan.

Akhirnya, hanya makanan yang terisi di dalam paper bag tu.




Cop ini saya tempah di kedai kawan. Sebab adik 4 dah cakap dia guna kertas goreng pisang. hehe. Jadi tak ada lah plain aje kami staplerkan benda alah tu.



Bila dah makin banyak kami buat. Mak saudara dan sepupu datang menolong pada malam hari. Seronok sebenarnya buat kerja beramai ramai ni. Meriah. Dengan kakak ipar 2 dan si Afiq pun menolong sama.



Jangan tak tahu, saya siap buat countdown untuk hari besar adik bongsu ni. Bukan apa, banyak benda yang perlu difikir. Jadi ada beberapa perkara yang saya dah plan perlu siap sebelum tarikh ni atau tarikh sekian sekian. Tak adalah menggelabah sangat nanti.



Sehari kot sebelum majlis. Sempat adik 4 memasak. Dia kan pandai masak. Saya pandai makan. hehe. Ini masakan dia sebelum bergelar suami. Licin kami makan. Anak buah saya si Sasha dan si Fiya ni memang makan bersungguh betul. Pinggan yang licin rasanya tidak tergamak untuk dipamerkan kat sini. haha. Macam tak pernah makan ikan bakar.

Hari Nikah



Handphone saya kebetulan memory full house! Jadi tak banyak ambil gambar. Ini semasa akad nikah pada petang selepas Asar di masjid kat kampung. Akad nikah pada hari Khamis, kenduri sebelah perempuan pada Jumaat manakala Sabtu kenduri di rumah saya.




Sebelum ni pernah lihat majlis simple, ini lagi simple rupanya. Jubah tu adik 4 beli aje. Tak pakai baju melayu ke apa. Saya dipertanggungjawabkan untuk menggosok jubah tu sebelum majlis berlangsung. 

Berdiri ramai ramai tu adalah rutin. Memang anak buah suka sangat bab bab kahwin ni. Maka mereka akan menjadi saksi kepada acara sarung cincin. Nasib baik bila akad nikah geng geng lelaki aje yang duduk depan. Kalau perempuan boleh duduk kat depan, rasanya penuh dengan anak anak buah aje berderet.



Adik ipar 4 yang berbaju hijau. Hai dah macam sebaya dengan anak saudara yang sulung

Gambar ni dah lewat petang sangat kami ambil. Anak anak buah dah habis kerja sebagai pengangkat pinggan kotor. Semua dah selebet. Selebet selebet pun, merekalah wajah kesayangan hati.

Oh ya, pelamin tu saya buat sendiri berdasarkan idea idea yang pernah dilihat kat internet. Tapi biasalah kan, kat dalam kepala ideanya lain. Apabila dah siap, mak aih. Lain benor rupa pelamin ni. HAHA. Cincai betul. Untuk dapatkan pelamin yang cantik, kita mesti ada cukup barang keperluan. Contoh lighting, kain berwarna putih. Memang penting untuk pelamin. Bunga yang banyak dengan warna yang indah dan juga pasu atau apa jua penambah seri.

Apa yang saya tampal kat dinding rumah tu hanya menggunakan apa yang ada sahaja. Memang sangat sendu rupanya. haha. Bunga bunga kertas tu semua, saya dan beberapa kuncu yang duk sibuk memintal. Kombinasi warna memang tak menarik sangat.



Gambar ni saya ambil dari internet. Tapi dah tak ingat kat mana sumber page tu. Saya just capture aje image ni sebagai idea pelamin. Kalau tengok gambar atas dan compare dengan pelamin ni. Rasa nak nangis pun ada kan? Pelamin kami tu macam main rumah pondok je  -_-. Bagi saya kepuasan buat sendiri tu best. Cuma next time, kena beli beberapa barangan bagi mencantikkan pelamin. Pelamin buatan sendiri cantik jika kena caranya. Pelamin saya tu tersasar. haha.

Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya. Semoga berbahagia dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang untuk adikku. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.