Wednesday, October 21, 2015

Mengenang Tempat Jauh

Bulan April yang lalu selepas balik dari Vietnam, saya sempat bermalam di rumah abang 1. Keesokkan harinya bersama kakak ipar 1 dan anak buah Damia, kami menjelajah kampus yang menduduki carta hati. Carta paling atas. Kampus sekarang pun tak boleh nak lawan dengan tempat susah senang tatkala belajar dulu.

Sepanjang belajar banyak onak dan duri. Ada banyak kenangan yang saya rasa nak delete tak nak ingat. Ada juga perkara yang saya rasa nak baiki lebih baik walhal memang dah tak boleh nak dibaiki lagi dah. Nama pun masa lalu, masakan kita dapat memutar balik masa. Mustahil!

Akan tetapi, tidak salah jika saya sekadar mengenang tempat yang jauh tetapi dekat dengan diri ini. 

Entry ini bukan bersempena konvokesyen yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Bukan. Tak belajar macam mana nak graduate. HEHE.

Punca utama rasa bersemangat betul nak tulis tentang kampus ini selepas saya TERbaca sebuah blog pada petang semalam. Ketika itu saya sedang mencari info, namun nak buat macam mana, tak pasal pasal dapat info lain. Selepas saya membaca luahan sinis pelajar berkenaan mengenai kampus saya sekarang, dan penulisan pelajar itu membuatkan saya fikir dan fikir. Perkara yang menerjah minda saya ialah tentang pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang turun padang melihat sendiri kesusahan rakyatnya. Memang saya tak boleh nak ubah apa apa, namun betullah jawatan itu sesuatu yang berat untuk dipikul. Ianya adalah amanah buat kita tak kira siapa kita.

Kerana itulah saya rasa bersyukur sangat belajar di UiTM Shah Alam. Saya abadikan yang manis manis sahaja di dalam entry kerana kepahitan yang pernah dilalui adalah hasil dari ketidak matangan saya ketika remaja dulu kala. haha.

Apa yang ada di dalam kampus Shah Alam ini? Datang ke mari akan ku ceritakan segalanya.



Jalan ini merupakan jalan utama untuk ke destinasi school kami. Selalunya jika kami dari kolej kediaman, kami akan melalui bukit sana. Kalau naik bas tu, memang terasa macam urmm. Takut pun ada tapi kami boleh gelak lagi sebab terpaksa berpaut pada kawan kawan nak elak dari jatuh bila bas membelok.



Ini adalah Fakulti Seni Reka [Art and Design]. Kalau naik bas, selalu usha school ni. Kat tepi tepi bukit ni selalu ada kerja tangan budak AD ni. Jangan cakap lah, macam macam ada kat atas rumput tu. Kreatif sangat. Adakala kami akan nampak apa kerja yang dibuat oleh pelajar kat situ, nampak lah fabrik atau apa jua kerja mereka melalui tingkap bas. haha. Skodeng dari atas bas je. 

Seronok juga sebetulnya jadi budak AD ni kan? Dulu tak berapa nak tahu pasal program yang best. Sekarang bila dah kerja, memang kita akan lebih nampak apa program yang boleh kita kembangkan untuk majukan diri kita. 



Di sanalah tempat menunggu bas untuk kami bila nak balik ke kolej. Seronok. Kat sinilah kami beramai ramai naik bas, kalau bas dah penuh hampa! Terpaksa tunggu bas yang lain. Kalau kami malas nak tunggu, kami balik jalan kaki. Nak cakap jauh, tak adalah jauh sangat. Adalah lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki. Ikut kadar langkah yang diatur. Kalau cepat cepat berjalan, lagi cepat sampai. Kalau slow motion, maka lambat sikitlah, tapi sampai. InsyaAllah sampai.



Ini bangunan school kami. Buruk ke tak ke, kami tetap sayang school ni. Dulu, kat dalam bangunan ni ada terdapat seorang lelaki yang kami panggil Abang Mat, menjual kuih muih. Selalu sangat beli kuih kat dia. Banyak yang amat kuih/makanan kat gerai dia. Tak tahulah mana Abang Mat ni borong. Dulu tak fikir, sekarang baru terfikir. haha. Kalau tak, dah lama interview beliau.

Kampus ni kan dah lama, jadi ada lah juga kemudahan yang tak berapa nak sihat lagi walafiat. Tapi tak pernah lah pula kami sebagai pelajar nak komplen meja dah tercabut, kerusi dah tercabut. Tak ada. Kami fikir kami nak belajar sahaja. Uish, seronok zaman belajar. Percayalah cakap akak duhai adik adik sekalian. 

Cuma sekarang ni kan, pelajar dah banyak saluran nak luahkan ketidakpuasan hati mereka. Haa, itulah yang saya terbaca semalam. Nak cakap saya marah pada pelajar tu, tidak. Terpaksa saya akui, ada point yang dia tulis tu betul. Benarlah kan, berkata kata benar itu pahit. Tak semua kita tahu apa yang pelajar tahu dan tak semua pelajar tahu apa yang kita tahu. 



Ketika dulu, di sini terdapatnya cyber cafe, kedai alat tulis dan beberapa kedai lain. Kalau nak fotostat boleh datang kat sini. Kalau nak print kami datang kat sini juga. Sekarang dah jadi parking. Nostalgia betul.



Palang? Apa itu palang. Dulu zaman saya, tak ada palang palang ni semua. Boleh masuk tanpa ada sekatan sebegini. Entah bila palang ini wujud? Mungkin ketika palang ini wujud, saya dah sibuk bekerja. Mungkin.





Kalau jalan kaki, inilah jalan wajib yang kami lalui selain jalan yang 1 lagi. Kami boleh aje lalu depan Pusat Islam, tapi jauh lah. Jalan ni lebih dekat dengan kolej kami. Sekarang kolej Seroja dah nampak jadi tempat pengajaran. Entahlah, dah tak berapa nak tahu. Perubahan pesat sangat.



Kolej Perindu. Masih seperti dulu, biru dan tersergam indah. Kenapa nak indah pula eh kolej nih? Ala, sekadar penyedap bahasa jelah. 

Kalau nak tulis semua kenangan kat sini, rasanya kena berpuluh puluh episod ni. Banyak dan panjang sangat ceritera nya. Kita kongsi yang mana sempat aje la eh.




Hentian bas bagi kami kalau nak ke kelas. Nak ke kelas jam 8, bas dah ada. Sentiasa ada. Bagus betul perkhidmatan bas kat sini. Sekarang tak tahulah macam mana prestasi bas kat sini. Harapnya masih bagus seperti dulu. Atau mungkin dah berbeza disebabkan pelajar sekarang lebih gemar naik kenderaan sendiri. Tak tahulah betul atau tidak.




Inilah kolej pujaan hati. Kat sinilah tempat saya mendaftar ketika mula mula datang ke UiTM dulu. Tak pernah duduk hostel, inilah tempat pertama untuk saya yang berjauhan dari keluarga. Andai dapat ku undurkan putaran dunia. Hey! Itu lagu bolehlah cakap macam tu. Kita kena berpijak di realiti. 

Haa adik adik, apa lagi. Belajar lah elok elok, sungguh sungguh. Nikmati hidup sebagai seorang pelajar dengan semaksimum yang mungkin. Jangan menyesal di kemudian hari. 

Kolej Delima 3 merupakan kolej yang dihormati satu ketika dulu. Kebanyakan penghuni kolej ini dijaga dengan begitu baik sekali. Pengetua dia, kalau tak silap Hajah Rahimah kot. Bertudung labuh, chinese look. Seorang pengetua yang tegas tapi kami ikut aje peraturan yang dikenakan. Alhamdulillah, kami tak rasa itu satu sekatan atau apa. Bagi saya, ianya untuk kebaikan kami juga. Atau mungkin juga saya tak pernah tinggal di hostel, jadi ianya sesuatu yang baru bagi saya.

Jelas kelihatan bilik yang pernah saya tinggal ketika belajar dulu. Nampak tak tingkat yang paling atas tu. Itulah tingkat 6 yang setentang dengan tangki air. Bilik saya nun hujung sekali. Biasanya kalau naik tangga, saya akan naik tangga di sebelah bilik tv. Penat nak naik tingkat demi tingkat. Tapi tak pernah merungut sebab kami kan hanya belajar dan tidak memikirkan kos sara hidup makin naik atau tidak. Tak fikir apa pun. Kami fikir kelas belajar nak cuti. haha.

Yang ada tulisan KD3 tu ialah rumah pengurus asrama. Dulu pengurus asrama kami ialah Puan Norlida. Kalau tak silap la kan, saya tak berapa nak ingat nama dia. Tapi anak dia saya ingat sangat. Anak dia comel betul. HAHA. Geram sangat kat Aina tu. Dahla tembam. Becok. Mesti dah besar budak tu sekarang.

Atas rumah pengurus tu pula ialah surau. Kat situlah kakak kakak senior buat usrah. Rasa rugi betul tak pegang ukhuwah persahabatan dengan akak akak senior tu semua. Dah ramai saya lost contact dengan mereka termasuk roommate dahulu kala.

Sekarang dah mudah. Kemudahan banyak, whatsapp ada, facebook dah berleluasa. Pada zaman saya, hanya sempat SMS yang bermaharajalela. Friendster ada tapi tak berapa nak pandai sangat. haha. Kalau tak, mesti dah boleh buat group dengan pensyarah, kawan kawan kelas, kawan kawan kolej, akak akak senior yang suka buat usrah tu. Ah! Rugi kan. Malas ar nak ingat balik benda yang dah lepas. Tapi kalian yang masih belajar, sempat lagi nak buat semua ni sebelum tamat belajar. Tak rugi pun ramai kawan. Ukhuwah kerana Allah, insyaAllah akan berpanjangan.



Air gedegang yang selalu menjadi pilihan bilamana balik kelas. Itu kalau ada duit lah. Kalau macam nak jimat, kami selalu tapau air kat tepi toilet aje. FOC katakan. 



Dah pernah tinggal kat tingkat 5 pada semester pertama. Tingkat 3 dan 6. Alhamdulillah bilik yang saya dapat memang cun lokasi dia. 

Teringat masa part 1 dulu. Kami tak terkejut dari tidur, saya Siti dan Nett. Kami bertiga memang tidur mati. Gosok gigi dalam bilik. HAHA. Lepas tu turun masuk barisan. Sebetulnya kami tak tahu apa aktiviti pelajar yang lain pada pagi itu. Yelah patut bangun jam 6 atau 5 pagi. Kami bangun jam 7. Memang sangat haru kepenatan. Saya tak pernah buat sesuatu yang nakal ketika di sekolah dulu dan saya rasa itulah kenangan yang memang akan dikenang sentiasa.


Tiada lagi bunga bunga kertas yang menghiasi pandangan mata. Entah di mana pakcik Burn eh. Dulu dia sangaaaatttttt rajin menanam pokok bunga. Bermacam warna pokok bunga kertas yang dia tanam. Orangnya tinggi berbadan gelap. Sebab itulah kot orang panggil dia pakcik Burn. Baik sangat dia dan kebiasaan beliau datang ke tempat kerja dengan motorsikal. Semoga pakcik Burn dikurniakan kesihatan dan keberkatan umur dan terima kasih atas segala jasa pakcik Burn.



Tempat wajib kami melepak. Rasanya dulu kami macam berkuasa sangat kat sini. HAHA. Bukan berkuasa macam super saiya. Bukan. Urmm lebih kurang macam otai lah. Sebab kami ramai yang dari Pantai Timur. Pahang dan Terengganu. Kalau KL tu sikit sangat lah. Boleh dikatakan selalu aje balik ke rumah kalau weekend. 

Kami dulu rajin mengumpul kupon dan join aktiviti sebab nak duduk kolej untuk semester berikutnya. Dahla tu kan, siap ambil kupon banyak banyak dan kasi pada orang yang tak datang aktiviti. HAHA. Seronok sangat. 

Manakala kalau orang Selangor pula, biasanya yang berasal dari Sabak Bernam macam tu. Dulu kita tak tahu Sabak Bernam tu rupanya macam Kuala Terengganu dengan Jertih la senang cerita. Daerah lain lain walaupun negeri aje sama.

Sedang saya duk asyik mengambil gambar, barulah saya perasan yang kolej Delima ni dah jadi kolej siswa. Woww! Haha. Macam menceroboh pula ketika itu. 

Benda terpenting ialah bilik di dalam kolej ini sangat selesa. Untuk mereka yang terpaksa tinggal berempat tu, tak crowded pun. Saya pula biasa tinggal bertiga. Memang sangat sangat selesa. Dan tak terfikir pula nak komen pasal bilik ketika belajar dulu. 



Menara 2. Dulu hanya ada menara di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz je. Sekarang ni dia dah bina menara lain untuk kejuruteraan. Jalan ni saya agak keliru kerana dulunya kami akan lalui jalan yang membukit sangat sebelum dapat keluar kat jalan belakang. Tak mengapalah, lain kali insyaAllah ada rezeki, saya akan datang lagi untuk melawat. HAHA. Kalau boleh biarlah dengan versi yang lain pula. Mana tahu kot nak sambung belajar ke apa kan? hehe. Doakan aje lah yang terbaik untukku. Amin. Eh, tak tahulah sambung ke tak. Tengok orang konvo kita rasa nak konvo balik. Ah tak tahu nak cakap.

Simpan kemas kemas memori kat sini sambil terngiang ngiang lagu UiTM. 

Tetiba rasa touching ni kenapa?



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.