Tuesday, October 13, 2015

Perangai Anak Nombor 2

ps: Ini pandangan saya berdasarkan pemerhatian kepada tingkah laku anak anak buah saya. Ianya mungkin berbeza dengan anak anak anak atau anak buah kalian

----------------------------
Saya terperasan akan hal ini apabila melihat anak anak saudara yang mana jarak umur mereka dekat dekat. Selang beza hanya setahun atau dua tahun. Kebiasaannya perangai anak nombor 2 ini agak nakal sedikit. Jangan salah faham. Maksud saya nakal budak budak.

Afiq [4 tahun 5 bulan] dan Humaira [1 tahun 7 bulan]
Afiq memang lasak. Segala aktiviti dia memang berbeza dengan kanak kanak seusia dia. Nantilah saya ceritakan dalam entry khas. Kembang hidung Afiq kalau dia faham apa itu entry khas. Special gitu.  Saya nak ceritakan mengenai Humaira. Dah pandai berjalan. Semakin membesar. Bilamana kita balik kerja, dia akan tersengih sengih dan sambut dengan girang yang tidak terperi. Wajah ceria dia tu jangan cakap lah.

Cuma Humaira ni dia punya perangai, kalau saya pasang laptop. Dia akan datang sambil tersenyum. Bukan senyuman biasa akan tetapi ianya membawa maksud lain. Wajahnya memanglah senyum kat kita, tetapi cuba perhatikan tangannya. Hai, dalam senyum dia cuba tarik wayar bateri laptop. Bila kita cakap Humaira, jangan buat gitu. Dia senyum. Dia buat lagi. Bila kita jengilkan mata kita, dia lari sambil gelak kecil. Percayalah. Dia akan datang balik dan tangan dia pelan pelan cuba tarikkkk wayar tu lagi. Lepas tu dia gelak. Memang saja lah kan permainkan kita.

Itu baru tangan. Kita larang tangan dia dari usik wayar, cuba tengok kaki. Bag laptop yang berada di bawah meja kecil kebiasaannya akan dipijak. Dia bukanlah pijak nak menjahanmkan. Tidak. Anak kecil ini lebih kepada nak tengok kita macam mana. Marah ke kita? Kalau kita marah, dia lari. Eh datang balik. Memang agak nakal. Suka mengusik kita.

Bawa balik makanan. Humaira akan datang duduk rapat rapat dengan kita. Muka pandang wajah kita sambil tersengih. Bila kita buka makanan, dia lah orang pertama yang akan sentuh makanan tu tanpa rasa bersalah. Kata orang ni, jom makan sama sama. Agaknya macam tu la dialog kalau dia dah boleh bercakap. 

Anak nombor 2 kebiasaannya banyak mengikut perangai abang dia. Apa yang abang dia buat, itulah yang dia tiru. Setakat ini, kalau abang dia baca doa. Tugas dia tadah tangan dan aminkan doa. Maksud saya dia akan kaupkan muka tanda amin.

Adakala si abang marah kat adik. Eh abang pula yang dimarahi oleh si ayah. Ada satu hari tu kan. Saya lihat Afiq dah main elok sensorang. Datang la si Humaira ni. Saja je dia berebut barangan mainan sama. Afiq marah kat Humaira. Akhirnya Humaira yang menang. Adakala saya siap cakap kat abang 2 saya. Bukan salah Afiq pun, Humaira yang mengacau. Bila Afiq tak nak kasi, Humaira menangis. Jadinya si Afiq yang kena marah. Bagi saya ianya tidak adil. HAHA. Namun biasalah kan, yang kecil selalu menang. Humaira sentiasa ada imuniti kerana dia adik. 


Rayyan [5 tahun] dan Dhia [3 tahun]
Rayyan adalah seorang yang sangat lembut, tidak berkasar sangat. Si Dhia pula agak lasak jugalah. Biasanya si abang akan menjadi mangsa bulian dia. Saya pernah melihat mereka bertengkar. Uish! Boleh tahan. Biasanya abang akan menangis. 

Bila saya tanya pada mama mereka berdua ni. Mamanya cakap biasalah mereka suka bergaduh, tetapi apabila akrab. Hai memang sangat baik habis lah. Bila dah naik hantu, siaplah! Biasanya Dhia ni yang pergi usik abang. Adakala abang yang pergi usik adik. Biasalah proses nak membesar memang kena lalui ini semua. Barulah dinamakan onak dan duri. hahaha.


Baihaqi [3 tahun 11 bulan] dan Adam [1 tahun 2 bulan]
Baihaqi adalah abang yang baik. Rasanya tidak pernah kot dia pukul adik dia. Itu yang saya tahu lah. Kalau di belakang tu, tidak diketahuan lah. Jika umi dia cakap simpan mainan tu, nanti kena kaki adik. Terus dia simpan barang barang dia. 

Adam dan Baihaqi agak berbeza. Adam nampak macam slow je. Namun awas! Dalam keperlahanan dia tu tersimpan satu kelajuan yang kita tidak tahu. Dalam sekelip mata Adam boleh melakukan aksi aksi yang tidak sepatutnya. Agak lasak. Tidak kena dengan wajah beliau yang suka tersenyum tu. Senyum ada makna namanya. Uminya pernah cakap, dulu Baihaqi tak buas macam Adam. Adam ni kalau kita cakap buas orang dok caya. haha. Buas tu maksudnya lasak la.

Ini baru entry mukaddimah sebenarnya. HEHE.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.