Thursday, October 15, 2015

PTPTN

Dah bayar ke PTPTN? Belum bayar?? Kalau belum bayar, datanglah ke mari membaca nasihatku. Tak mengapa, kalian masih belum terlambat.

Sejujurnya saya sedikit cemburu dengan adik adik yang baru habis belajar atau senang cerita pelajar sekarang. Mereka lebih terbuka dan cepat mengejar maklumat di masa kini. Oleh kerana kerja saya sekarang ada berkait dengan PTPTN, rasanya tak salah saya titipkan sedikit perkongsian agar dapat dijadikan panduan kita bersama.

Dulu, saya juga peminjam PTPTN dan sekarang masih lagi bergelar peminjam. HAHA. Ada hati nak nasihatkan orang eh! Nak tahu tak, selepas habis belajar, saya tidak terus membayar pinjaman yang telah dipinjam semasa belajar.

Seingat saya, sempat jugalah membuat surat untuk penangguhan pembayaran PTPTN. Pada ketika itu, gaji saya sekitar RM800. Jika difikir kembali, gaji itu lebih dari cukup untuk membayar RM50 setiap bulan. Saya tidak mempunyai kereta, saya tidak perlu membayar rumah sewa, saya tidak perlu memikirkan keperluan bulanan seperti nak beli barang basah, nak beli barang keperluan rumah. Tak perlu pun. Saya pernah membuat kira kira yang sangat lengkap mengenai perbelanjaan saya selama setahun. Ya setahun. Percaya tak pada tempoh setahun, saya hanya membelanjakan sekitar RM5,000 sahaja. 

Itu dululah. Sekarang bukan zaman kegemilangan saya pandai mengurus wang. HEHE. Saya sudah hilang skill untuk membuat simpanan dengan bijak.

Sekiranya saya dah start membayar sedikit demi sedikit, rasanya dah habis kot pinjaman saya. Ya, ini adalah antara perkara yang sangat saya sesali.

1. Sangat sesal kerana tidak membayar secara konsisten kepada PTPTN sehingga habis.

Pada beberapa tahun yang lepas, saya mula membayar sedikit demi sedikit dan sempat menukar kepada UJRAH. Tidak dinafikan, ada peminjam yang tidak menitik beratkan pembayaran pinjaman tersebut kerana berasakan 'tak mengapalah, nanti nanti lah bayar'. Saya salah seorang daripada mereka yang berfikiran begitu. Sedang kita masih nanti nanti [baca bertangguh], haa ketika itulah interest/kadar kos pentadbiran sentiasa naik dan naik tanpa kita sedar.

Bayangkan saya terpaksa berhempas pulas di tambah sakit hati kerana terpaksa gali lubang tutup lubang untuk PTPTN. Grrr! haha. Padahal silap sendiri.

Gali lubang tutup lubang bermaksud bayar pinjaman namun dalam masa kos pentadbiran tetap masuk setiap bulan. Jadi terpaksa berlawan dengan kos yang dah tertunggak tu. Agak lama saya membayar sehinggalah pada tahun ini, barulah saya boleh membayar jumlah pinjaman yang saya pinjam.

Dari pinjaman RM10,000 telah bertambah menjadi belasan ribu. Jika tak silap hampir RM13,000 kot. Selama bertahun tahun itulah saya membayar lebihan RM3 ribu itu. Huisshhh! Rasa sangat SIA SIA membayar wang tersebut kepada PTPTN. Sebetulnya, saya bernasib baik kerana setahun tak dapat dapat PTPTN disebabkan ada masalah teknikal. Oleh itu baki saya tak adalah meletops sangat.

1. Jika kita dah bersungguh membayar, tak adalah kos naik setinggi itu.

Sekarang baki pinjaman saya dah berkurang sekitar RM8 ribu kot. HAHA. Ya saya tahu, masih banyak lagi bakinya. Maafkanlah saya kerana sangat alpa dan akhirnya telah menerima padah lambat lagi lah langsai pinjaman ni. 

Sepupu saya sendiri pinjaman dia mencecah hampir RM24 ribu! Pengsan nak bayar. Selalu nasihatkan pada dia, bayarlah nanti lagi bertambah. Alhamdulillah dia dah start bayar dengan rekod yang baik.

Jika kalian dah habis belajar:

  • Terus sahaja bayar sedikit demi sedikit pinjaman. Tak banyak tak apa, janji bayar secara konsisten setiap bulan. Rasanya masih berguna kot kata kata ini sikit sikit lama lama jadi bukit. Tapi sekarang bukit dah banyak kena tarah kan? haha. Sempat lagi melencong.
  • Ok, jika anda bersungguh sungguh dan mendapat pointer yang bagus iaitu 3.5 - 4.00 ada peluang untuk memohon pengecualian pembayaran PTPTN. Cumanya perlu mengisi borang di PTPTN dan perlu dapatkan dokumen pengesahan di universiti kalian belajar dulu. 
  • Perlu ingat! Tiada istilah Cina lagi pandai dari Melayu atau Melayu lagi pandai dari India. India lagi pandai dari Cina atau seumpamanya. Saya selalu berpegang kepada prinsip setiap kaum ada baik dan buruk tersendiri. Ianya berbalik kepada individu tersebut tanpa mengira apa bangsa kamu.
  • Siapa yang berusaha dia akan berjaya. Saya lihat, ramai je anak Melayu yang dapat pointer tinggi tinggi, ramai aje India yang pointer cantik, ramai je Cina yang bagus pointer mereka. Dan begitu juga sebaliknya. Jadi kena berusaha dari awal kiranya kalian nak mohon permohonan pengecualian. HEHE.
  • Kalau dah habis diploma dan menyambung lagi pelajaran di peringkat degree, boleh mohon tangguhkan dulu pembayaran PTPTN. 
  • Sebaiknya, jika ada wang tetaplah bayar walau sedikit perit walaupun ketika anda masih belajar. 
  • Sekiranya perlu, buatlah tukaran kepada UJRAH. Biasanya % untuk kos sedikit berbeza dengan apa yang perlu dibayar. Namun sekarang, rasanya % kos dah rendah berbanding dulu.
  • Lagi cepat bayar, lagi cepat habis. Kalau ada duit lebih, bayar lebih. Asingkan siap siap bayaran untuk PTPTN. Jangan dah habis gaji tapi masih belum bayar pinjaman. Sebagusnya, bayar apa hutang kita dahulu, baki tu barulah kita buat belanja.
  • Jika dah ada saving, boleh langsaikan terus keseluruhan pinjaman yang dilakukan. Jika ada lah kan. Saya sendiri sedang menunggu perbentangan bajet pada tahun ini. Biasanya ada berita tentang potongan jikalau bayaran dibuat sekaligus, cuma tak tahu lah mampu ke tak nak bayar habis. haha. Gelak tanda dah tahu dah jawapan dia.
  • Pokok pangkalnya, bayar lah dari awal agar kalian tidak menyesal seperti saya. Ini point yang paling penting!

 Semoga bermanfaat.



5 comments:

  1. assalam.. saya nak tanya, pengecualian bayaran ptptn ni untuk degree saje atau diploma jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Setahu saya, hanya untuk degree sahaja. Boleh mohon dalam tempoh setahun selepas bergraduat. Kalau lepasan diploma, better buat penangguhan dulu atau tetap bayar loan tu even sikit. Untuk details dapatkan maklumat untuk pengecualian pembayaran PTPTN di laman web mereka.

      Delete
  2. assalam.. saya nak tanya, pengecualian bayaran ptptn ni untuk degree saje atau diploma jugak?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. saya nak tanya, kalau nak tukar ujrah tu boleh ke tukar sekarang tapi taknak bayar dulu?? ke kalau dah ready nak bayar baru buat tukaran ujrah tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Cuba dulu, cuma setahu saya dia ada perkiraan berdasarkan baki akhir apabila kita mohon ujrah. Bila kita tak bayar, memang akan jadi tunggakan. Cuma interest dia tak banyak. Tapi lebih baik tanya PTPTN dulu. Takut info saya silap.

      Delete

Terima kasih atas pandangan.