Monday, November 2, 2015

Janji Manis Dengan Si Kecil

Selepas pulang dari kerja. Hati dah plan nak ke pasar malam. Lantas saya pergi dengan kakak ipar 2berserta Humaira sekali. Afiq pada masa itu bersiap ke stadium. Antara pasar malam dan stadium, sudah tentu jelas stadiumlah yang menjadi pilihan si Afiq.

Dengan motorsikal, saya dan kakak ipar 2 terus ke pasar malam. Kami tak nak berlama lama sangat di sana. Cukup sekadar membeli ikut keperluan. Dah tentu makanan yang menjadi juara carta dalam minda kami.

Selepas membeli makanan, saya ternampak banyak deretan kotak Robocar Poli. Entah macam mana eja dia eh. Robocarpoli atau Robocar Poli? Nanti lah saya semak kemudian. Saya mengajak kakak ipar 2 ke gerai mainan tu. Satu persatu saya belek.

Saya tanya : Berapa 1 ni eh? 
Penjual menjawab : Oo harga dia RM15.

Penjual tu cakap lagi : yang kecil ni murah. RM10. Tapi tak boleh dijadikan robot. Yang RM15 ni mahal sikit sebab boleh jadi robot.

Dah sah sah lah si Afiq nak yang boleh dijadikan robot. Apa kelas nak main mainan taraf Humaira. Dahlah tak boleh dijadikan robot, kena manualkan untuk bergerak. Itu belum lagi masuk bab suara. Kena bunyikan suara sendiri sebagai enjin mainan tu semua. haha.

Saya bertanyakan pendapat kakak ipar 2 saya. Nak beli ke tak? Saya bajet nak beli 1 je dulu. Kalau Afiq rosakkan mainan tu, tak adalah terasa sangat membazir. 

Kakak ipar 2 cakap, kita cuba tengok kat pasar malam kampung sebelah minggu depan, kalau tak silap, harganya lebih murah.

Bila dia dah cakap macam tu, tak jadilah saya membeli robocar poli tu. 

Nak tahu tak, kakak ipar 2 boleh hafal nama watak untuk cerita kartun ni. Saya sendiri tak tahu apa nama watak mereka tu semua.

Sebetulnya saya memang tak familiar langsung dengan kartun ni. Tapi pada satu malam tu, kebetulan anak saudara saya si Rayyan datang kat rumah. Kebetulan saya buka laptop, dia lah yang tunjuk kartun tu. Sejak hari tu, barulah tahu tentang kewujudan kartun comel tu.

Nak dijadikan cerita. Semasa kat pejabat, saya maklum nak belikan mainan ni untuk Afiq. Lalu kawan sepejabat bagitahu kawan sepejabat yang lain ada jual. Harganya lagi murah. RM10/kotak. Kiranya kalau kita beli 4, dapatlah RM40 aje. Murah sangat la tu berbanding dengan pasar malam. Padahal mainan yang sama je. 

Jadi saya terus call dengan kakak tu untuk booking la kononnya. Sampai sekarang masih belum sampai lagi mainan tu.

Saya perlu bersabar. Namun Afiq dah tak berapa nak boleh bersabar bila dia tahu yang saya dah beli [baca tempah] mainan dengan kakak tu.

Nanti kita tunggu entry baru jika mainan tu dah saya dapat kat tangan. InsyaAllah.

Ketemu lagi eh nanti. HEHE.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.