Tuesday, November 3, 2015

Oktober & Kisahnya

Banyak kisah terlakar di Oktober. Cepat kan berlalu angka 10 ni kan? Nak cakap bulan ni adalah bulan sibuk, hurmm kedengaran macam ek eleh sangat. HAHA. Senang cerita, agenda memang agak bertimbun pada bulan ini. Tapi kan, bukan agenda gempak sangat pun, akan tetapi sememangnya perlulah dilunaskan.

Cerita pertama kita ialah HARI JUBAH!! Biasa dak dengar Hari Jubah. Konon macam wow aje sebut macam tu. Nama sebenar ialah hari Konvokesyen! Hehehe. Bukan saya yang konvo tetapi orang lain. Kita ni hanya tukang meramaikan dan memeriahkan suasana je. Maaflah, dah lama tak menulis ni, rasa tak pandai nak tulis dan tak tahu ayat apa yang perlu ditulis.

Kalau kenduri kawin, akan ada persiapannya. Kalau nak cukur jambul anak pun ada persiapannya juga. Kalau nak buat birthday party pun akan ada persiapannya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan konvokesyen kami.

Bagi pihak yang sememangnya menguruskan event ini, mereka memang sibuk. Saya pula hanya dapat menolong pihak mereka [padahal 1 office je] pada saat saat akhir menjelang konvokesyen.

Sesi raptai.



Keadaan dewan memang togel tak ada bunga bungaan lagi. Ketika ini pelajar sedang mendengar dan menunggu sesi raptai. Seronok juga kami yang terpacak kat belakang melihat gelagat pelajar yang naik pentas turun pentas ni. Masa taklimat ditaklimatkan kepada mereka, haaa ada yang bantai gelak. Bila turn mereka untuk berlakon olok olok nak ambil skrol kat pentas, haa mula lah tak tahu step macam mana. haha.

Kami sebetulnya ada 3 sesi selama 3 hari. Sesi pertama melibatkan Permaisuri Nur Zahirah. Oleh itu cara mereka agak berbeza dengan sesi yang lain.



Selepas dah jemu terpacak kat dewan, kami beransur ke meja pembahagian smart card dan juga jubah. Seronok sebenarnya hari pembahagian jubah ni. Kami sampai rasa berpeluh peluh dengan asakan pelajar. Semasa hari pertama pembahagian, ramai betul pelajar yang menyerbu.

Memang normal sebenarnya hari pertama dan akhir akan menjadi sibuk. Ini kerana, pelajar memang perlu merebut peluang untuk mendapatkan size yang sesuai dengan mereka. Jika datang pada waktu kecederaan, memang dapat kuah tapi lauk tak ada lah jawabnya. Terpaksalah mereka memilih size yang ada tanpa dapat membuat apa apa pilihan. Talian hayat dah tak berapa nak menyala dah.



Tinggi betul Faezah dengan pertolongan heel 2 inci. Mintak sorry Faezah. haha. Dia memang tinggi. hehe.
Kedudukan meja kami kan bertentangan dengan corner ni. Nak dikisahkan, pada mula mereka sibuk meniup belon, mendekorasi corner ni kan. Kami yang duduk kat depan ni sempat lah juga komen pasal kegigihan mereka ni.

Akan tetapi, pada hari ke berapa entah, pelajar dah berkurangan. Saya dan seorang lagi kawan membuat keputusan untuk mengambil gambar di sini. HAHA. Nasib baik yang in charge ni adalah kawan saya. Sempatlah berborak dengan dia dan siap bagitahu apa yang saya komen. haha. Tak boleh harap punya member kan. Alih alih, saya cakap kat dia 'aku mari gambor ork? haha'.
Esok dah konvo
Petang menyusul, jubah pun dah diagihkan semua. Barulah kami pergi menjenguk gerai konvo. Beli makanan sikit, air sikit buat basahkan tekak hilangkan panas badan.

Sebetulnya, hampir setiap tahun. Pemandangan di luar dewan sebegini memang menjadi pilihan hati saya #wajibcapture!.



Ini gambar pada hari ke-3 iaitu 26 Oktober 2015. Sesi ke 3 berlangsung pada sebelah pagi, selebihnya ada yang bertugas untuk pemulangan jubah. Dah lewat petang barulah kami boleh keluar untuk jalan jalan melawat tapak ber-pesta.


Khemah-khemah putih kelihatan melambai lambai mintak duit. haha. Nasib baik coconut shake makcik tu sedap! Hinggakan kami repeat order. Memang sangat terbilang. haha. Hyperbola sangat ayat ni.




Ketika ini perarakan akademik belum berlangsung. Jadi sempat ambil kesempatan untuk ambil gambar. Saya yang kat dalam ni, nak ambil gambar pun takut. HUHU. Bila kami tengok pelajar, mak aih! Selamba je mereka berselfie. Kalau yang over sangat tu, memang kami tegur. Sebetulnya handphone perlu di silentkan atau OFF! Tapi biasalah, ini zaman smartphone tumbuh selepas hujan. Memang tak terdaya nak melarang dah.



Keadaan luar dewan. Dah biasa sangat tengok graduan berlari sambil memakai jubah. Ada yang berjalan macam tak cukup langkah. Kebiasaannya, ianya terjadi kepada graduan yang datang lewat. Memang penat! Dengan berpeluh peluh, kita yang tengok kesian. Tapi itulah, datang konvo kenalah on time dik!



24-26 Oktober 2015 [Hari Konvokesyen]

Buku konvo pada tahun ni. Rasa sesal pulak sebab tak ambil 1 pada hari konvo tu. Padahal banyak lagi yang berlebih.



Tempat yang kami akan bergambar setiap tahun. Kebetulan pada tahun ni saya tak bertugas bersama mereka. Lepas selesai tugasan, terus naik stage join mereka. Ada lah juga kenangan tahun ni. Si fotogenik kita kasi duduk kat depan, biarkan kami suram di belakang. haha. Memang suri ram ram ram.



Bilik yang jarang saya dapat masuk, sebab saya tak bertugas kat sini. Nasiblah mengekori mereka ni semua, sempatlah juga bergambar kat dalam ni.



Sebetulnya tak nak upload banyak banyak gambar kami #segan. haha. Tapi ada problem masa saya transfer gambar. Jadinya kita terpaksa abaikan ajelah. HUHU. Nak delete gambar yang tengah atas ni, tapi dah tak guna dah. Google dah simpan apa jua yang kita upload. HUHU. 



Penutup hari Jubah! #flyinghatconvocation. Mortarboard berterbangan umpama rama rama dapat sayap. 

TAHNIAH SEMUA GRADUAN! Alhamdulillah, selesai juga tugas kami.

ps: sakit mata apabila tulisan kat gambar di atas sana tak dapat dijustify. Tak tahu apa masalah dia. Sobs!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.