Tuesday, March 31, 2015

Sabtu 29 Mac Tiba Jua

Mukadimmah kan dah bagi malam semalam. Hari ini marilah kita bercerita. Pagi Jumaat, datang ke rumah MakTeh. Tolong apa yang patut. Benda yang tak patut ditolong, kita tak payah tolong. Kerja kerja memasak, kita serahkan kepada yang pakar. 

#MYCOUSINWEDDING

KHAMIS


Anda suka kek? Saya pun suka tapi tak pandai sangat nak buat. Maka kita gunakan kelebihan yang ada iaitu tolong. Tolong tengok. hehe. Kek coklat ini akan diagihkan kepada pihak lelaki. Lepas tu letak topping memang meleleh. Sedap sangat bila rasa. Tabur dengan rainbow rice. Maka berpelangilah bekas plastik tu di bias cahaya. Kek ni kami dapatlah makan sebiji dua. Sedap sebab dia tak manis sangat. Lemak lemak dengan topping coklat. Memang terasa nak tambah lagi. Diri cepat sedar, maka segan nak minta lagi. HAHA. Lagipun kek ni dibuat elok elok je 300 biji. Sekejap je nak siap. Tukang tengok, memanglah cakap sekejap je kan?

Kek ini disediakan oleh MakTeh, lepas tu ada dayang-dayang yang menolong. Saya tak masuk campur sebab dah ramai sangat. Hanya mampu meramaikan lagi orang dan membuat sibuk agar kehadiranku dapat dirasai oleh semua orang. haha. Nak cakap ada datang, tapi kerja tak buat. Tadi cakap nak tolong. Ini masih ditakat yang sama je. hehehe.

Selepas tu, kami bergegas ke tapak pesta muda mudi. Adakah anda percaya dengan ayat ini? Tidak? HEHE. Kami bergegas ke kedai bunga yang menggubah hantaran. Nama kedainya tidak melekat di dalam kotak memori.

Sampai kat sana, apabila sepupu dah lihat hantaran. Owh! Ada beberapa perkara yang dia tak berapa puas hati. Perfume yang dia wrap cantik cantik dah dibuka lalu diletakkan di atas dulang hantaran. Agak kecewa namun memandangkan masa dah suntuk. Esok dah nak nikah wey. Maka api kemarahan dibuang jauh jauh walaupun kecewa menyapa diri.



Hantaran yang digubah. Alas kain orange tu, memang tak berapa berkenan. Namun apakan daya, benda dah jadi. Maka agenda seterusnya harus bergerak dan tidak terhenti di kedai bunga ni aje. Come on girl! 


Barang barang kelengkapan BUKAN perang yang telah bersedia untuk di bawa ke kereta.

Larian seterusnya, kami ke butik Firdaerdy. Entah betul entah tak ejaan dia. Best sangat butik ni. Layanan dia bagus. Boleh bertolak ansur dalam perkara yang kita nak. Kira mudah cerita, sangat senang berurusan dengan pihak mereka. Diucapkan terima kasih bertimbun timbun daripada kami.

Baju nikah cantik! Simple namun tampak elegan dan classy. Kami dah datang pada bulan 12 tahun lepas. Semasa proses memilih baju nikah dan sanding, memang agak merambangkan mata. Liya try baju ni, dia terus suka. Saya pun suka lalu banyaklah komen komen membina dan mempengaruhi minda menjelma dari mulut ini. Lantas, Liya setuju nak ambil baju ni namun ada sedikit ketidaktahuan semasa nak pilih baju sanding. 

Pilihan banyak. Tengok baju tu, cantik. Tengok baju ni, cantik. Saya tak berapa berkenan dengan baju ala ala songket ni. Sebab imaginasi saya lebih sukakan yang simple. Hey! Majlis siapa ni ha? HAHA. 

Saya bagi cadangan kepada sepupu 1 baju yang saya rasa cantik. Simple dan nampak moden. Moden pada pandangan saya la. Mungkin pandangan orang lain berbeza. Saya tak gemarkan warna yang terang. jadi baju tu just nice.

Korang bayangkan aje baju Irma masa bertunang tu. Haa, macam tu la bajunya. Lebih kurang lah. Layahnya mengurai dibelakang, tu je bezanya. Baju nikah ni berwarna peach. Sepupu setuju dengan cadangan tu. Maka, selesailah kerja kami pada bulan 12 yang lalu.




Saya sukakan warna putih dan background putih. Saje je ambil gambar hand bouquet ni. Masa ni sepupu masih mencuba bajunya untuk kali kedua. Selepas tu kami sama sama pilih bunga yang mana menjadi pilihan hati. Dan bunga ini, sememangnya bukan pilihan hati sepupuku.

SABTU

Sabtu tiba jua. Selepas puas dihitung harinya, maka inilah hari yang bersejarah selain semalam. Jumaat lagi bersejarah kerana termeterainya ikatan pernikahan. Sabtu pun sejarah juga, sejarah untuk kami apabila dapat menyaksikan 1 konsert anak sepupu saya. HAHA. Si Danish baru berusia 4 tahun. Tapi dia punya konsert, wow! Ditonton oleh anak anak anak buahku sambil kesukaan. 

Konsert dia memang woww sebab hanya pandai nyanyi 'cintaku padamuuu'. Itu aje. haha.




Pagi Sabtu yang masih pagi. Eh tak tak. Kalau tak silap ini mungkin dah hampir tengah hari. Sebelum pelamin ini kesibukan, apa kata kita minta Dhea ambil peluang bergambar kat sini. Memang lah Dhea suka, tapi si Pooh pun ada sama. Tak boleh tinggal Pooh yang comot tu.

Oh ya, flower crown tu adalah buatan Naa dan Liya. Dia buat banyak banyak untuk anak anak buah saya sekali termasuk lah saya sekali. Tapi hari sanding dan sibuk adalah sinonim. Maka tak sempat pun nak melaram dengan flower crown ni.




Anak anak anak buah saya merata rata dan hadir di semua kawasan. Dahlah kecil kecil lagi. Nampak macam pusat asuhan kanak kanak lah pula. Humaira tersengih sengih aje. Si Baihaqi kat sana, kat sebelah Baihaqi tu Adik Amat. Yang nampak biru biru tu, haa itu anak saudara sepupu saya. Manakala yang meniarap muka toye tu. Itu ialah Adam. Bila muka Adam tak toye, oh sangatlah manis dan manja. 

Oh jika anda tak tahu. Adam dan Baihaqi itu adik beradik.
Humaira pula adik beradik dengan si Afiq.

Kalaulah kamu pengikut tegar MPS ni, tentu dapat cam. Kalau bukan pengikut tegar, kamu tentu lebih mengenali siapa itu Siti Nurhaliza. Eh!

Eh, 2 jam lagi GST akan bermula. Marilah kita berhempas pulas habiskan entry malam ni. Tulis entry banyak banyak tak ada GST. HAHA.

Saje je nak selit perihal GST yang sangat innocent tu.


 JUMAAT

Betul, Jumaat dulu barulah Sabtu. Tapi saya dah silap aturkan gambar. Maka Sabtu menjelma terlebih dahulu dalam entry ni. Maafkan saya yang telah bersalah ini.



Dahla gambar kami bertiga tak banyak. Ini pula tak berapa nak jadi. Sorang tengah bercakap apa entah. Sorang terkiput kiput. Sebenarnya saya paling rendah. Kurang 1 atau 2 cm daripada Naa. Walaupun bezanya sikit, namun terasa kerendahan diri ini. Manakala Liya pula tingginya 164 cm. Kalau dia pakai heels, maka dia akan berubah menjadi 180 cm. HAHA. Saya yang terasa macam tu. Padahal tak adalah sebegitu tinggi melampau! Naa selalu dianggap kakak dikalangan kami. HAHA. Biasanya dia akan cakap 'biasa doh orang kata gitu'



Semuanya saya suka. Baju, pelamin. Argh! Cantik dan tampak sempurna di mata. 




Mak buah dan anak anak buah. Humaira memang tak boleh berenggang dengan saya. Cuma ketika gambar ini diambil, dia menangis nak minta didukung. Tak nak duduk lepak lepak. Haish.




Pelamin yang cantik. Masa ni lampu tak boleh dipasang sebelah. Pada esok hari, barulah ianya bertambah woww dengan effect pencahayaan yang membangkitkan elemen glamour. Glamour celah mana pun tak tahulah. Saya jelah yang perasan. 

Abaikan raket kat depan. Anak anak buah sibuk nak main badminton. Biasalah, anak buah ramai katakan.

Ini ajelah ceritanya. Nak tulis lebih lebih pun, bukan dapat hadiah pun. HAHA. Macam lah ada orang paksa dia tulis cerita ni.

Semoga perkahwinan yang dibina ini diberkati Allah dan semoga Allah memberi kerahmatan di dalam berumahtangga dengan kehadiran anak anak dan keturunan yang baik. Amin.



Monday, March 30, 2015

Majlis Besar Sepupu

Jenuh juga nak mengedit gambar. Jam 10.57 baru siap semuanya. Masa dah mengejar jari ni dari tadi lagi. Maka kalau tak sempat balun malam ni, kita sambung tulis malam esok esok pulak eh.

Tanggal 28 April 2015 bersamaan Jumaat, sepupu dah selamat nikah. Dah lama gils tak dibuat kenduri di sebelah perempuan. Last adalah kenduri kakak saya pada tahun 2005 yang lampau. Memang terlampau lama sampaikan geng geng lelaki dah ambil turn.

Maka pada tahun ini, perempuan mengambil alih. Mana yang boleh jalan dulu, silakan berjalan.

Rabu dan Khamis pada minggu lepas, saya dah mula mengambil cuti. Memang hajat di hati dah rancang betul betul nak tolong Mak Teh merangkap mak kepada Liya sepupu kami. Mak Teh ni banyak baaannnnnyaaakkkkkkkkkkkk sangat tolong kami. Memang banyak. Kalau boleh tulis banyak tu 8 perenggan, dah lama saya tulis. Tapi tak mahulah, kita nak tulis cepat ni. Dah lewat malam. Esok kerja. 

Pada hari Khamis, kami bertiga ke Chendering menginaikan kuku kami. Eh kami tak inai kuku, hanya bakal pengantin yang inai kuku. Kami pulak mengambil kesempatan menginai tangan.

Sebelum proses penginaian dilakukan, bakal mak mertua Liya dah pesan awal awal supaya tak inaikan dengan corak corak yang entah apa apa. Cukup sekadar inai kat kuku je. Saya pula, sebelum nak jawab 'yes' untuk inai, sempat juga cari mesej dalam whatsapp group pasal pemakaian inai. Alhamdulillah, jumpa mesej tu. Mesej tu cakap, kalau corak yang tak melampau dan tidak menyerupai tatu, ok je. Jadi selepas sepupu dan sepupu saya dah pakai inai, tiba turn saya. 

Naa yang merupakan adik kepada Liya tak kisah corak apa yang dilukis. Jadi corak dia berbunga 2 kuntum sambil dilingkari akar akar bunga. Manakala saya pula, memang tak gemar corak banyak banyak. Nampak serabut. Lagipun tangan saya kecil jadi memang tak sesuai nak dibuat lakaran corak umpama mencanting batik. Ini tangan gua bukan kain yang nak dicorak. HAHA.




Keseluruhan sangat berpuas hati. Dahlah tukang lukis inai ni baik, ramah sebab sepupu saya ramah. Jadi kami tak ada lah senyap membisu sepanjang proses inai tu. Memang proses inai, bukan majlis berinai pun. Ini bukan majlis grand pun. Pakai sendiri pun boleh, tapi nak juga merasa orang pakaikan kan kan? Pengantin simple je, kami je yang over mak jemah!

Kos kesemuanya ialah RM35. Jari sepupu RM25. Tangan saya dan sepupu pula masing masing RM5! MURAH! Manyak murah. Gua terkejut. 

Ok, habis cerita inai dan mukadimmah bicara.

Malam esok kita sambung lagi. Harap rajin tidak meninggalkan diri ini jauh jauh.




Monday, March 23, 2015

Hadapi April Dengan Perisai

Apa khabar hari anda? Hari saya adalah baik. Saya juga adalah berkondisikan baik baik aje. Namun ada beberapa yang tidak berapa nak baik.

Menjelang tibanya April, pada Jumaat yang lalu. Pelbagai perancangan tiba tiba menerpa di kepala sehingga menyebabkan kesesakan dan perancangan itu bertembung dan berselirat di minda. Lalu saya huraikan keseliratan itu di atas nota putih dan saya realitikan pada hari Sabtu keesokkannya. 

Sebelum saya huraikan tentang perancangan tersebut, marilah saya huraikan perancangan yang telah menjadi kenyataan. Kan sedap sikit nak berkongsi kat MPS.

1. Berjaya beli radio combo! Boleh pasang kaset. Haa jangan gelak bila cakap boleh mainkan kaset. Memang sangat old style, namun kaset kaset masih berkeadaan baik, maka kenapa perlu kita membazir? Radio ini juga boleh dimainkan vcd, usb serta memory card. Nama pun set combo, memanglah macam macam ada. 

Dan sekarang, radio ni memang aktif berkhidmat untuk saya. Alunan yang saya suka dengar sekarang berkumandang di corong radioku. Ewah. Rasa macam sajian istana di zaman silam pulak.

Bukan mudah nak dapatkan radio ni. Sepupu saya terpaksa mainkan peranan penting. Sebenarnya, dialah yang mula mula beli radio ni. Lalu saya berkenan. Pada masa itu harganya ialah xxx je. Saya pergi survey namun tak bawa pulus pun. Mereka masih boleh kasi harga seperti yang sepupu dapat. Aih, masa Sabtu baru baru ni kan. Harganya telah naik hampir RM30! Woww! Penyesalan mula berkumpul diminda.  Saya suruh menyesal pergi main jauh jauh. Memang menyesakkan kepala.

Saya memang dah nekad nak radio tu. Akhirnya dapat beli radio tu dengan harga yang berbeza sikit la dengan sepupu saya. Tak apalah, memang tak ada rezki nak dapat harga sama dengan yang dulu. Amoi ni cakap, harga barang dah naik sebelum GST lagi. Dia pening kepala oo nak guna mesin yang semua transaksi kena print. Dulu aa, amoi ni cakap dia manyak sinang. Tulis tangan je oo, ini tidak. Kena print pulak. Sistem ni pula kena bayar 8 libu. Mahal oo. Nah, mu amik seme la kertas ni. Aku print saloh doh. HAHA. Comel sangat auntie ni! Saje je guna ayat amoi tadi, sebab nampak comel.

2. Saya beli prepaid banyak banyak. Nak kumpul sampai hujung tahun 2015. Bila dah 2016 baru lah nak beli prepaid dengan harga GST! HAHA. Saya dah beli stock baru untuk 2 bulan. Dan bakinya, saya masih lagi fikir. Nak jadi tokey prepaid ke tak eh? hehe. 

Oh ya, 2 bulan lepas saya dah terminate semua bil. Jadinya tiada lagi postpaid melainkan prepaid sahaja. Saya cuba urus kewangan dengan baik. Dan setakat ini sangat baik bagi kos kos internet/bil telefon. Sepatutnya dah lama saya cuba transformasikan perkara ni. Sekarang saya gunakan U Mobile and Maxis. UMi baru je guna beberapa minggu manakala Maxis dah berzaman.

Setakat hari ini, 4 senarai telah tertera di atas nota itu. 

1. Perancangan pertama ialah mengenai hidupku. Maksud saya mengenai jangka panjang hala tuju kehidupan. Kata mudahnya ialah mengenai duniawi. Impian untuk memiliki aset semakin meruncing tatkala April menjelma. 

Sebelum ini, saya dah banyak kali turun naik dengar penjelasan itu ini. Balik rumah, semua maklumat itu saya simpan. Simpan eh bukan buang. Akhirnya pada Jumaat beberapa hari yang lepas, saya merasakan memang perlu 1 keputusan dibuat. Doakan saya semoga berjaya. Ah bukan nak buka bisnes pun. Jangan fikir yang jauh sangat ke depan. HEHE.

2. Ada beberapa peralatan eletrik yang perlu saya beli. Contoh wayar. Dah beli tapi silap. Alahai, bila tanya kat kedai, dorang cakap dah tak keluar wayar macam saya nak tu. Manalah nak cari ni eh.

3. Barangan untuk kereta ada yang perlu ditukar. Maka kos untuk kereta dah disiapkan. Saya tak nak tukar bila bulan April, nanti kos naik [biarkan saya fikir macam ni. Biarkan]. Jadi dah plan dengan abang 2. Nak minta dia belikan dan dia pasangkan. Jimat kos! Saya rasa saya dah macam dalam rancangan extreme cheapskates! HAHA.

4. Oh, masa Jumaat itu juga saya membelek belek promosi Tupperware. Dan entah kenapa, apabila saya membuat kira kira beberapa barangan, owh! Dah naik lebih kurang RM4. Lalu saya bongkarkan semula nombor seorang penjual 1 tupperware cepat cepat. Saya tanya berapa RM bekas yang saya nak. Dia bagitahu harga. Tak terus setuju, tapi saya tanya pulak dengan member yang memang penjual tegar tupperware. Dikasinya harga. Eh tak cukup tak cukup. 

Pada hari Sabtu, saya pergi sendiri ke stokis Tupperware dan dikasinya harga. Ok, dengan penjual 1 lagi murah! hehe. Saya setuju nak beli dengannya. Ada lagi beberapa yang saya berkenan. Cuma saya dah bajetkan hanya beberapa RIBU je untuk tupperware. RIBU?? Bukan ribu, itu nak berniaga namanya. Hanya beberapa ratus untuk tupperware. Percayalah bukan RM999. Tidak dan rumah saya bukan rumah tupperware. Cuma menggunakan bekas plastik biasa. Tak adalah sampai nak menyertai perlumbaan membeli dan membeli tupperware pada setiap bulan. Syukur, setakat ini tak ada dan harapnya tiadalah sebegitu.

Ini pun baru berjinak jinak nak membeli. Cukuplah sekadar ada. Saya tidak tamak untuk memiliki semua koleksi tupperware. Cukuplah sekadar seadanya. Cukuplah, boleh diisi makanan apabila ada apa apa majlis. Tu je. Kalau nak buat koleksi sampai penuh almari namun tak digunakan, rasanya saya perlu fikir dan tidak mengikut nafsu yang kelak membinasakan diri.

5. Saya pandang bilik yang kosong. Entah kenapa minda saya terus bayangkan pampers Humaira satu rak, barangan dapur penuh 1 bahagian, peralatan rumah dan keluarga macam sabun ke apa satu bahagian. Penangan GST. HAHA! 

Saya kecoh kecoh menjelang 1 April. Bila dah masuk 1 April, itu memang realiti yang perlu dihadapi lah kan. Namun yang penting, sekurangnya ada la juga buat persiapan sendiri daripada menyerah diri bulat bulat kepada GST! 

Gunalah masa yang ada dan selamat menempuhi GST!



Monday, March 9, 2015

Duit Kerah

Setiap orang mempunyai hobi yang pelbagai. Tak terkecuali diri ini. Entah, boleh dicakap hobi atau memerangkap diri dalam kesukaran? haha. Jawab sendiri.

Diri ini sangat alah dengan duit baru aka duit kerah [duit keras sebab tak terlipat lagi, tak kedut kedut lagi, masih berbau bank]. Bajet sayang nak guna duit-duit tu semua. Namun pada hari raya, saya memerlukan duit kerah disebabkan tak suka guna duit buruk. Tak suka nak kasi kat orang atau anak-anak buah atau anak-anak kenalan dengan duit buruk. Tak suka dan rasa tidak hari raya! haha. Nasiblah hanya bab duit raya. Kalau tak, mahu hidupmu dirundung kesukaran.

1. Kalau nak bayar makanan atau membeli apa jua barang lah kan. Biasanya duit buruk-buruk akan menjadi mangsa. Bukan niat nak membuang mereka, dihati sayang namun sesuatu perlu dikorbankan demi melalui kelangsungan hidup dan mewujudkan proses jual beli. 

Maka, saya akan cari semua duit yang dah kedut-kedut. Haa! Jangan terlintas kat dalam hati tu 'kalau duit kedut, iron lah dia'. HAHA. Siaplah siapa yang buat lawak Ujang macam tu.

2. Kalau withdraw duit, mana yang baru saya akan simpan. Duit tu saya tak guna. Biasanya memang tak guna melainkan dah tak ada duit buruk yang nilainya boleh dibayar dengan harga barangan. Contoh kan, biasanya kalau ambil RM200. RM100 berada di dalam kategori baru, maka akan disimpan RM100 tu. Balance dia saya akan belanjakan mengikut keperluan ataupun jika terpedaya dengan duniawi. 

Cuma saya tak adalah semua simpan duit baru. Pandai pandai lah. Kalau note RM20 dah ada beberapa keping, itu dah cukuplah. Tak kan nak simpan sampai berpuluh puluh keping, itu namanya haru biru!

Cuba juga nak buat tak endah pada duit baru, namun masa kita nak membayar tu kan. Mesti macam ada speaker kat telinga hasut 'duit kerah ni..sayang nya!'. Ah, samseng sungguh hasutan ni.

3. Kalau ada apa-apa pembayaran yang saya memang dah tak ada duit buruk, sanggup tukar dengan member dan cakap kat dia 'nanti orang ambil balik lepas ada duit'. Kiranya macam member terheret sekali dengan hobi aneh lagi membelitkan ini. haha.

Biasanya akan dipesan oleh penaja 'jangan guna duit ni, jaga molek bla bla bla'. Kalau member tu boleh pancarkan dialog yang ada dalam minda diaorang, rasanya dah lama saya nangis. haha

Kisah Tragis

Satu malam beberapa malam yang lepas. Saya ke Giant beli kasut. HAHA. Kasut lagi. Nantilah kita share cara DIY. Itu pun kalau rasa tak kedekut nak share idea. Ya Allah jahat betul lintasan hati ni.

Selepas pembayaran kasut berakhir, saya dan kakak ipar 2 terus keluar dari kedai. Semasa melintasi 1 kiosk, saya tertarik nak tanya harga untuk 1 cream ni. Alah, segan sangat weyh nak sebut nama cream tu. Nanti kena gelak dek orang je.

Niat asal nak tanya harga je. Namun nak dijadikan cerita, lepas dah tanya harga dan pendapat kakak ipar 2. Akhirnya saya berlembut hati nak beli cream tu. 

Masa nak bayar cream tu, kat purse saya tak ada langsung duit RM20. Saya hanya ada RM10 dan duit seringgit dan seringgit yang mana apabila dilihat sepintas lalu. Urmmm, tak cukup!

Lalu dengan berat hati, saya ambil note RM50 yang masih baru lalu dihulur kepada puan kiosk tu. Lepas dah hulur duit tu, tangan masih mengagau duit kat dalam purse. 

Tiba tiba, puan kiosk tu cakap:

PK: Ada duit kecik dok?
Pembeli: Ooo.. kejap. Tengah cari gok ni takut ada.

Bila saya ambil semua duit dalam purse tu, rupanya cukup RM20. Maka saya bagi ajelah duit tu kat dia.

Eh eh. Apabila saya dah bagi duit RM20 kat dia, ada ke dia kasi saya duit RM50 yang lain. Buruk dan dah terkoyak kat tengah tengah. Nasib tak terbelah dua. Rasanya sebab dilipat lama sangat kot. 

Saya terkejut lantas secara spontan:

Pembeli: takmo duit ni. Nok duit kerah hok saya bagi tadi.

HAHA. Maaf sebab sangat spontan. Tak berniat apa-apa. Saya cuma nak duit saya balik. Itu aje.

Lantas dia juga spontan, atau mungkin sebab terkejut campur takut kot. Terus buka drawer plastik tempat duit dan ambil note RM50 terus kasi kat saya.

Sebab saya rasa mana boleh, dia ambil duit RM50 saya yang baru dan nak duit kecil. Bila kita kasi duit kecil, dia pulang balik duit buruk. Macam 'urmm tak moh gitu'.



Friday, March 6, 2015

Sesal Separuh Nyawa

Pagi tu, masuk dalam kereta. Afiq anak buahku masih di dalam bilik air. Hati sikit geram! Dahlah kita dah lambat nak ke tempat kerja. Ini dia masih berlama-lamaan dalam bilik air. Kalau lambat sangat, kita tinggal aje dia. Kebetulan masa tu, saya nak ambil si Baihaqi. Kebetulan ayah dia outstation.

Kereta mula digerak sikit demi sikit. Lama-lama terus saya parking di depan kawasan lapang yang letaknya di depan rumah. Setentang dengan rumah.

Masa tu saya tengah pakai dan kemaskan 'hs' saya. Saya memang sentiasa lihat ke belakang, kot-kot Afiq dah datang ke kereta.

Saya sambung pakai 'hs'.. Tak lama kelihatan Afiq melintas jalan yang tiada kenderaan pada masa itu. Jalan kampung je, tapi jalan ni kalau pagi dia agak sibuk sikit.

Sampai di tepi kereta sebelah penumpang. Saya nak bukakan pintu untuk Afiq. Tapi Afiq dari luar cakap sambil tersenyum 'Afiq nok gi dengan walid'.

Saya jawab ok dan terus kemaskan 'hs' saya.

Pada masa itu saya tengok ke hadapan 'KERETA'!!

Minda terus ingat akan Afiq kat belakang. 

Saya kalih secepat kilat dan menjerit sekuat hati. Pagi tu memang saya berlatih vokal!

'Afiiiiiiqqqqqqqqqqqq'.

Saya nampak Afiq muncul dari belakang kereta sambil berlari. Pada masa itu kereta mula meluncur!

Afiq terus berlari dan masa tu saya dah tak lihat Afiq namun hanya memandang kereta kancil yang melintasi kereta saya sahaja.

Alhamdulillah, oleh sebab kereta saya berada di tepi jalan, maka kancil itu bergerak perlahan sikit semasa melintasiku.

Masa itu, saya memang menarik nafas lega namun 1001 rasa bersalah menggebu kat hati.

Selepas kancil tu pergi, dibelakangnya ada motorsikal jiran depan rumah. Dia datang ke kereta saya bertanyakan kenapa. Saya ceritakan 'Afiq melintas'. Dan dia cakap 'bahaya sungguh'

Saya ralat!

Kereta saya memang parking makan jalan sikit. Maka kalau Afiq nak berhenti tengok kiri dan kanan, memang dia kena berada di tengah jalan sikit. Namun apa lah yang boleh diharapkan pada budak berumur 3 tahun 10 bulan tu? 

Saya kesal sebab terlalu fikirkan nak datang awal kerja, nyawa anak buah nyaris-nyaris jadi mangsa kereta.

Saya pandu kereta ke rumah Baihaqi. Sambil memandu saya terbayang wajah Afiq.

Selepas ambil Baihaqi dan sempat cerita pada Umi Baihaqi yang tadi Afiq nyaris kena langgar. Saya terus ke tadika mereka. 

Sampai kat tadika, bersalam dengan Baihaqi dan eh, Afiq sampai dengan walid dia.

Baihaqi kegirangan sangat! Afiq senyum turun dari motorsikal.

Walid dia terus ke tempat kerja. Manakala saya masih di situ sambil pandang mereka berdua.

Saya tanya Afiq 'bakpe [kenapa] Afiq lari tadi?'

Benda saya tak jangka. Afiq tak jawab namun diganti dengan tangisan yang sungguh-sungguh. Saya sedih lalu saya tinggalkan dia dan Baihaqi.

Afiq sedih, cuda lagi sedih. Afiq kecil lagi dan memang patutlah melintas tak pandang kiri kanan., Tapi sepatutnya kita yang besar ni tunjukkan contoh yang baik kat mereka.

Dari dalam kereta, saya terdengar tangisan dia. Saya terus aje ke tempat kerja dengan perasaan sedih dan lebih kepada bersalah yang tersangatan. Terbayang bayang wajah dia senyum semasa bagitau dia nak ke sekolah dengan walidnya. Saya tak mampu nak gambarkan lebih-lebih andai kereta tu mencium badan Afiq. Lepas tu terjatuh lalu... Argh! Cukuplah sampai di situ imaginasiku. Imaginasi ni jahat lagi menakutkan.

Semasa makan pagi saya bercerita kepada kawan sekerja. 'Lepas ni punch card nak merah ke apa, biar ajelah. Yang penting anak buah selamat'. 

Nangis sambil cerita. Saya dah tak malu!

Rasa bersalah tu saya gantikan dengan icecream Mat Kool sekotak. haha! Memang tak berbaloi namun oklah dari tak ada apa-apa.

Moralnya: budak kecil ni yang bawah 9 tahun, kita tak boleh nak harapkan 100% pada mereka. Kadang benda nak jadi memang sekejap aje jadinya. Namun kita sebolehnya berjaga-jaga lah dengan semaksimum mungkin. Keselamatan dia kita kena pantau sehabis baik. Sekurangnya ada usaha kita. Tak adalah nak menyesal macam saya!

Lama tak menulis, tiba-tiba buka cerita yang sedih sedih. Hish!