Wednesday, July 22, 2015

Fajar di Bukhara

Dah lama nak kongsi drama best ni. Dari bulan Ramadan, dari episod awal sampai drama ni dah menemui penamat. Masih tak dapat kongsi.

Hari ni sebab ada kelapangan, maka bolehlah menaip.

Pada bulan Ramadan yang lepas. Tak tahu macam mana boleh tertengok cerita best ni. Dalam kekalutan kami nak menghidang makanan, biasalah tv akan dipasang. Bila dah pasang tv. Tekan channel itu, tekan channel ini. Tertengoklah Fajar di Bukhara.

Pada mulanya, saya ingatkan drama ni bermula pada jam 7.30 malam. Rupanya jam 7 malam dia dah start.

Saya kan jenis memilih sikit kalau bab bab drama kat tv. Bukan apa, banyak drama entah apa apa yang ditayangkan kat tv. Agak sukar untuk mencari drama yang berkualiti mengikut piawaian diri saya. Kalau anda, saya tidak pasti bagaimana piawaian yang anda tetapkan.

Drama ini saya berani kongsikan kerana jalan penceritaan dia. Dan bagi saya, drama sebegini patut dibuat lebih banyak bagi menghiasi tv di malaysia. Err jalan cerita kena berbeza la. Cumanya cara pemakaian dan adengan di dalam drama ini patut diperluaskan lagi oleh pengarah di Malaysia.




Citra, Fahim dan Humairah merupakan peneraju utama cerita ini. Tapi keseluruhan cerita ni nak fokus kepada kisah Fahim dan Humairah.

Kisahnya Citra dan Fahim berkawan baik. Fahim dapat lanjutkan pelajaran di Bukhara, Uzbekistan dan semasa kat sana dia bertemu dengan Humairah.

Masa ni kan, saya ingat Fahim tentu akan kawin dengan Humairah walaupun Fahim sebenarnya dah bertunang dengan Citra. Bertunang disebabkan keluarga mereka nak sangat tengok mereka berdua ni berkawin. 

Eh rupanya, bukan semudah itu jalan cerita drama ni. Dia konar ikut lain pulak dah. Fahim rupanya terkahwin dengan si Nargiza pulak. Ah sudah. Tak tahu tang mana jalan keluar cerita ni. Memang di luar kotak pemikiran kita.

Sebelum ni kan, kita biasa disogokkan dengan jalan cerita yang boleh di agak. Namun drama FB ni lain. Kalian tak boleh nak agak macam mana.

Nargiza ni Fahim selamatkan daripada sindiket pemerdangan manusia kalau tak silap. Untuk mengelakkan fitnah, maka mereka berkawin. Si Citra dengan tenang boleh menerima berita ni. Memang kuat betul si Citra dalam cerita ni. 




Ini pelakon keseluruhan bagi cerita ni. Cuma watak watak ibu ayah si Citra dan Fahim tak ada, adik si Fahim pun tak ada dengan makcik pembantu rumah si Humairah.

Balik Malaysia, Fahim bawa Nargiza. Eh adalah beberapa masalah lalu Nargiza dilepaskan oleh Fahim kononnya sebab Nargiza tak cintakan si Fahim. Nak dijadikan cerita pula, Nargiza berkahwin pula dengan Rustam. Berbelit belit betul jalan cerita ni. Jadi tak payah nak duga la macam mana, kita kena ikuti sampai habis.

Lepas tu, Fahim kawin dengan Citra. 

Dipendekkan cerita macam mana entah Fahim masih teringatkan pada si Humairah. Kat sinilah konflik terjadi sebab Humairah tu ada kanser. Dung dang dung dang pendek cerita. Fahim akhirnya kawin juga dengan Humairah. Mereka berbeza usia sebenarnya. Sangat jauh beza usia mereka.

Dalam drama ni kan, tak ada adengan sentuh menyentuh pegang memegang. Tak ada. Pelakon dia pula menutup aurat boleh dikatakan agak baik. Mana yang kurang tu boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Siap pakai sarung kaki lagi.

Sampai kan saya rasa, drama ni patut disiarkan di TV Al Hijrah. Atau untuk kerja dakwah, boleh siarkan di TV3. Kan TV3 ramai penonton. Jadi kat situ, at least boleh kembangkan drama drama yang bermutu. Kena suap kan juga penonton dengan drama ada pengajaran macam ni [walupun jalan cerita drama ni agak bersimpang siur. Nama pun drama kan. haha]. Ini asyik kena suap drama ala ala mat salleh tak mat salleh. Tapi tak tahu drama melayu ke apa ek?. 

Drama ni oleh kerana selalu sangat saya buka time 7 malam tu. Dengan abang kakak ipar 2 sekali terjebak tengok cerita ni. Namun adakala kami tak tengok betul betul sebab kekangan pergi sana pergi sini semasa nak menghidang. Pada episod dah tengah tengah tu barulah kami dapat ikuti dengan baik.

Episod akhir dia tu tak dapat tengok dengan penuh penghayatan sebab tak buka tv. haha. Jadi mana nak datang penghayatan tu. Masa akhir akhir tu barulah faham yang Humairah tu meninggal. Sedih sangat. Ending dia macam tu je. Nak cakap tergantung pun tak, tapi si Duan tetiba keluar pada last episod tu sambil tersengih sengih. Buat rancangan jahat lagi la tu. haha.



Menarik dari tv ke novel. Biasanya dari novel ke tv. 

Bagi saya, tak rugi beli buku ni. Tentu best! Semua 26 episod drama ni mempunyai bintang dia tersendiri. Walaupun drama ini bukanlah drama yang tiada cacat cela nya, namun masih boleh dikategori drama yang bagus ditonton.

HAHA. Bukan promote tapi sekadar berkongsi. hehe.

oh ya. Gambar ni semua saya ambil dari facebook FB.




Tuesday, July 14, 2015

Mereka Orang Hebat Menerujakan Saya

Dulu 
Selalu rasa kagum bilamana melihat mereka yang mempunyai pengikut yang ramai. Maksud saya followers. Saya rasa mereka hebat. Tidak kira facebook, instagram, blog, atau apajua medium yang mempunyai butang pengikut.

Mereka tentu mempunyai aura yang luar biasa. Jadi tanpa segan silu, saya turut menjadi pengikut mereka. hehe.

Sekarang
Namun sekarang, tidaklah begitu kagum mana. Saya hanya menekan butang follow tanpa mengikuti setiap hari aktiviti mereka. Senang cakap, macam tak berguna aje menekan butang follow tu.

Kebanyakan sekarang saya lebih senang mengikuti bunga bunga, hiasan dalaman atau senang cerita teknik fotografi atau fesyen atau mereka yang mempunyai cerita yang mengagumkan saya contohnya mempunyai anak yang tidak cukup bulan, namun anaknya itu membesar dengan comel sekali. Sangat comel. Kebanyakkan yang saya ikuti adalah mereka yang daripada luar negara. Kalau kawan kawan tu, lain ceritalah kan.

Salah satu sebab kekaguman saya berubah menjadi mendatar. 

1. Pertamanya apabila mendapat berita mengenai kematian seorang yang agak dikenali di dalam bidang fotografi. 

Saya melihat instagram beliau. Gambar-gambar beliau serius cantik! Selalu teruja nak tahu kamera apakah yang digunakan beliau? Saya simpulkan beliau budak yang baik berdasarkan perkongsian gambar dan kata-kata yang dikongsikan. Selepas beliau meninggal, instagram tinggal begitu sahaja. Tiada lagi berguna kata-kata pujian kepada beliau kecuali doa yang dititipkan di ruangan komen.

Orang baik kan Allah ambil cepat.

2. Baru-baru ini saya berkesempatan mengenali beberapa orang yang saya rasa hebat dan menerujakan! Kekaguman saya beralih kepada jeng jeng jeng! Jika diikutkan mereka ini tiadalah pengikut yang ramai. Namun saya kagumi mereka. 

Mereka berpangkat Dr. Err, bukan Dr. perubatan. Namun Dr. yang mengajar di universiti awam. Mereka dapat membaca Al-Quran dengan tajwid yang baik. Mereka dapat mengenal hukum tajwid apabila ditanya. Mereka bersemangat untuk belajar dan terus belajar. Mereka ini menimbulkan putik putik kekaguman di hati. Kagum pada kesungguhan mereka. Ilmu dunia dan akhirat seiring.

3. Seorang pelajar perubatan yang meninggal kerana kebakaran di Rusia. Nor Artikah. Saya doakan beliau berada dikalangan mereka yang beriman. Amin. Saya selusuri cerita beliau di dada dada internet. Masa tu kan, hampir kebanyakan media sosial bercerita mengenai kematiannya. 

Sangat hebat pada hemah saya. Cukup pakej. Cantik, pandai, bakal doktor, sangat baik akhlaknya. Patutnya ada syarikat penerbitan menerbitkan buku mengenai beliau. Sayang sekiranya kebaikan akhlak beliau tidak disebarkan. Sekurang-kurangnya, Ahmad Ammar versi lelaki dan beliau mungkin boleh dijadikan pencetus perubahan bagi kaum hawa.

Insan sebeginilah yang membuka mata saya sedikit demi sedikit agar membaiki lagi diri ke arah yang lebih baik.

Saya tahu [tapi belum bertindak].




4. Ke surau di kampung, masa nak balik terlihat selipar kami disusun dengan begitu baik sekali di hadapan tangga. Sebelum ini, saya pernah ternampak di dalam facebook situasi sebegini. Apabila terjadi di tempat sendiri, terasa macam baiknya adik-adik yang datang ke surau ni. 

Saya agak yang susun semua selipar ni dalam lingkungan umur 6 -14 tahun. 

Hebat bukan?

5. Beliau orang biasa. Namun luar biasa. Kekentalan semangat beliau dan kepadatan jadual harian beliau sangat saya tabik. Dari blog beliau, saya ambil dan semat perkongsian yang beliau amalkan. Beliau mempunyai keluarga, anak yang comel 2 lelaki dan seorang perempuan, berkerjaya, mewah [pada pandangan saya], namun sangat humble. 

Oh, jangan meneka beliau itu siapa. Bukan blogger terkenal ke apa. Bukan. Rutin harian beliau yang padat membuatkan saya berfikir. Beliau mempunyai 24 jam dan saya juga 24 jam. Namun pengisian 24 jam kami umpama langit dan bumi. Sangat jauh. 

Urmm, sebenarnya tak salah sebenarnya ingin mengagumi seseorang, namun bagi saya biarlah berpada-pada.

Ini kerana, adakala akan terjadi perubahan perasaan. Dulu kita kagumi beliau, namun pada hari ini menjadi biasa biasa aje. Sebabnya? Mudah sahaja. Hati manusia ni kan selalu berbolak balik. Sebab itu lah hari ini A esok B. hehe

Jadi pandai pandailah cari orang yang mengujakan dirimu ke arah yang lebih baik lagi [smile].




Thursday, July 9, 2015

10

Kita dah berada di akhir Ramadan. Lebih tepat lagi, 10 hari akhir Ramadan.

Tadi pagi ada lestari Ramadan. Walaupun tak tulis nama, tetap nak pergi juga. Memang dah rancang tak tulis nama, kot-kot tak boleh pergi. Maka tak perlu nak susah-susah kena buat surat tunjuk sebab ke apa. Biasalah, pengalaman mengajarku apa itu erti Plan A Plan B. HAHA.

Kami pergi berempat satu kereta. Naik kereta kudaku. Alah comel sangat nama kereta kuda. Jujur hatiku cakap, tempat untuk perkongsian Ramadan pada kali ini agak hambar. Tidak begitu feel kata orang, bukan kataku ke? Eh.

Eh tak eh, kita sambung cerita.

Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Dr. Abu Anas Madani. Tahun lepas kami juga sempat mendengar tazkirah Ramadan beliau. Menarik sangat kupasannya.

Cuma tadi saya ada juga termengantuk. Terlelap juga lah. Bukan salah pemberi bicara, namun salah diri sendiri. Sangat mengantuk macam telan pil tidur!

Antara intipati perkongsian tadi ialah mengenai Lailatul Qadar. Dinyatakan kewajipan berpuasa kepada kita umat Islam. Boleh rujuk ayat 183 Surah Al-Baqarah.

Banyak nota perkongsian beliau saya tulis di dalam nota. Nota pula memang ditinggalkan di pejabat. Jadi tak banyak sangat lah yang boleh saya kongsikan dengan kalian. Nak tulis kan, takut salah fakta. Ini bab agama, tak boleh main-main.

Tadi beliau juga ada bercakap mengenai tadabbur Al-Quran. Kalau ada kesempatan, boleh rujuk surah Al-Zalzalh [surah ke-99]. Bila buka handphone tadi, memang takut baca makna ayat tu.

Cuma kan, hari tu masa saya belajar Bahasa Arab [tapi tak pandai pun. HUHU]. Sefaham sayalah kan, siapa yang mahir bahasa Arab, dia akan lagi feel dengan ayat-ayat Al-Quran. Mereka insyaAllah akan tahu contohnya ayat untuk penegasan. Mana yang patut diberhentikan bacaan. Mana yang patut ditinggikan nada, dilembutkan. Menarik sangat kalau kalian tahu dan faham bahasa Arab. 




Masa akhir lestari tu kan, Ustaz sempat tayangkan video atas ni. Menarik sangat. Jadi yang ini bolehlah saya kongsikan untuk kalian semua. 

Bila tengok video ni, saya rasa macam kena penampor sepuluh jari kat muka. Panas!

Mana yang baik boleh kita ambil dan baiki diri kita. Saya post kat sini sebagai tanda ingatan untuk diri sendiri. Banyak nak kena baiki diri. Tapi biasalah, kelalaian sentiasa melekat kat diri ni. Hish!

Moga ada manfaat. Dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari nama beliau dalam youtube, boleh jenguk dan baca dalam blog beliau juga di abuanasmadani. 

Publish.



Thursday, July 2, 2015

Bajet Raya

Sehari dua ini saya dihimpit perasaan ingin memiliki baju baru merangkap baju raya. Sebetulnya dah nekad tak nak beli baju raya. Fikir punya fikir, banyak lagi kegunaan duit selain baju raya. Masa inilah dompet nak robek, masa ini lah handbag nak terkoyak kulit wajahnya. Masa ini lah. 

Tapi saya tak begitu khuatir kerana memang dah ada handbag lain yang boleh digunakan. Namun jauh di tapak hati saya, 'nok beg baru, nok beg baru'. Ya Allah, adakah ini benar-benar cerminan diriku? Sentiasa ada perasaan ingin memiliki. 

Sabar. Sabar.

Handbag mungkin akan dibeli di lain masa. Bukan di lebaran ini, mungkin selepas lebaran. Mungkin. Tak perlu mungkin mungkinlah. Tulis PASTI je. Baru lah hati tu rasa nekad sikit. Kalau asyik tulis mungkin, ianya mungkin menjebakkan diri ini ke kancah pembelian sebelum lebaran. Tak boleh. Tak boleh.

Ok, insyaAllah pasti handbag akan dibeli selepas lebaran. 

Ok. Perasaan ingin memiliki masih boleh dipujuk. Senang cakap, masih dalam keadaan terkawal. haha. 

Berkenaan dompet. Memang dah nazak sangat. Dah kena gantikan yang baru. Nak tahu. Dompet yang saya gunakan ini dah bertahun-tahun usianya. Hampir 3 tahun sudah. Jangka masa yang lama untuk dompet yang bernilai TERSANGAT MURAH itu. Nak tulis pun segan. Nanti korang terkejut lantas terlepas waktu sahur. HAHA!

Saya dah tahu penangan keterkejutan kalian nanti memang hebat. Sebab itu saya duga siap-siap. Jadi bila saya dah duga, maka tak perlu lah nak nyatakan kat sini.

Malu.

Apabila tiada malu, berbuatlah semahumu.

Maka saya di sini ialah malu.

Dengan itu, biarlah ianya rahsia.

HAHA.

Ceh.

Ok ok. Dah lewat ni. Cepat tulis.

Minggu pertama awal Ramadan, saya temankan sepupu ke TTC. Kat sana, Ya Allah banyaaknnyaa pilihan baju. Rambang mata, rambang jiwa nak pilih yang mana.

Saya terpandang pada baju yang meeeemaaangggg saya suka. Kate Dress. Dress ni selalu saya usha dalam instagram Mazlianul Mazlan.

Cantik dress tu.

Jadi semasa saya kat TTC. Dress yang mati-mati macam kate dress terpampang depan mata. Saya try sarungkan dan padan! Muat tak perlu alter bahu atau apa. Just nice kecuali kena potong sebab labuh. Mungkin dress tu sesuai untuk mereka yang berketinggian 160+ cm. Saya kekurangan 3 cm di sini. Maka agak meleret. Tengok cermin, memang dah ok. 

Biasalah kan. Saya pujuk hati supaya JANGAN BELI. HAHAHA.

Saya tak suka dengan jahitan belakang iaitu dart. Dart/lisu ialah jahitan yang mana kita lipat sedikit kain untuk memberi kesan shape pada baju tersebut. Biasanya kita jahit pada baju kurung moden, baju kebaya dan banyak baju lagi.

Jadi dress tersebut yang memang mempunyai dart maka ianya tidak berapa sesuai dengan saya. Bukanlah nak cakap baju yang ada dart saya tak pakai. Bukan. Tapi nak cakap, dart membuatkan dress tu menampakkan bentuk badan. Maka saya tolak awal-awal.

Bila saya tilik pada cermin. Tudung dah menutup bahagian atas. Tak kan tiba-tiba bahagian belakang kita abaikan. Macam tak kenalah kan. Nak bergaya nak meriah. Nak kelihatan cun [abaikan perasaan saya ni. HAHA]. Tapi tak bolehlah nak tutup mata tolak ke tepi apa yang perlu kita pentingkan dalam berpakaian.

Maka dalam soal ini, saya tiada kompromi.

Walaupun cantik, walaupun ngam dengan saya. Namun kuucapkan selamat tinggal untukmu. Jangan dikau bersedih hati kerana akan ada orang yang sesuai untukmu.

Saya cuba 1 lagi baju. Ingatkan baju kurung moden. Rupanya baju tu dah bersekali dengan kain dan ianya saaangaatttt cantik.

Saya cuba dan muat. Saya dah rasa serba salah. haha. Sebenarnya saya memang senang aje nak jumpa size baju. Nak dengan tak nak dan juga masalah labuh je. Yang lain biasanya tak ada hal.

Baju tu serius cantik. Terasa macam puteri lah. Uish teruk sangat ni berangan. Baju tu simple aje namun sangat umph!

Budak tu kan, dia pandai. Dia cakap 'tudung akak ni, semua match dengan baju kat sini. Size ni dah ok kak. Colour dia pun eksklusif'. 

Tapi saya tolak kerana baju tersebut mempunyai shape. Sebenarnya tak adalah nampak ketara benar potongan baju tu. Namun saya perlukan baju yang selesa.

Eh. Sebenarnya saya memang suka mencuba baju. Nak beli tu, biasanya saya akan fikir dan fikir dan fikir.

Sampai di booth terakhir. Saya dan sepupu berhenti untuk melihat baju di situ. Ah, kelihatan semuanya sangat menarik dan warnanya pula, sangat saya sukai. Warna pastel.

Jatuh cinta tengok baju ni semua.

Masa tu kan, ada seorang budak perempuan tengah berunding 1 baju ni. 

Ironinya, pada masa yang sama, saya pun berkenan pada baju tu!

Apa lagi. Kami pun bertumbuk ar. Dush dush!

Itu drama swasta. Ini realiti. Lain. Kami tak bertumbuk. Kami rileks aje.

Dia cuba dulu baju tu dan memang dia nak beli. Dia berketinggian rendah sedikit berbanding dengan saya. Maka baju itu meleret adalah dalam beberapa inci. Saya dengan tanpa segan silu mengatakan 'saya nak cuba juga baju ni boleh?'. Dia jawab 'boleh, bukan baju saya pun lagi'.

Apa lagi, saya pun cubalah. Dan baju tu muat dengan saya dan tak meleret seperti budak perempuan tu. 

Saya memang suka baju tu, sebab baju tu ada cover [macam long cardigan] yang dibuat daripada material lace. Jadi ianya menutup badan kita secara keseluruhan. Cantik. Warna dusty pink. OO suka sangat warna ni.

Tapi saya dengan terbukanya beralah dengan perempuan tu.

Dia terus bayar RM500 lebih untuk baju dan tudung. 

Sebab tu saya beralah. HAHA. Dah tahu harga sepasang baju tu ialah RM500. Sedangkan saya belum gaji pada waktu itu. Kalau saya dah gaji pun, urmm tentu saya akan fikir banyak kali. hehe.

Maka saya dan sepupu bersama kakak ipar 2 & anak buah terus berlalu sambil bermuhasabahkan diri.

LOL!

Itulah saya masih terbayang akan beberapa baju yang ingin dibeli. Sedangkan saya dah plan, tak ada baju raya pun tak apa. Baju yang dalam almari masih banyak.

Namun kat hati kan, teringin juga hadiahkan something pada diri sendiri. Yang penting tak terlalu mahal. Untuk kepuasan hati sendiri.

Tengoklah macam mana. Andai saya rasa ianya sesuai, mungkin boleh dipertimbangkan.