Monday, August 31, 2015

Masjid Rahmatullah Lampuuk

Selepas ke pantai Lampuuk. Pada jam lebih kurang 12pm lebih kot. Kami teruskan perjalanan kami ke masjid Lampuuk. Ketika disebut nama masjid Lampuuk ini, sebetulnya kepala tak boleh nak bayangkan masjid yang mana. Saya khususnya tidak berapa familiar dengan nama masjid di Aceh selain nama masjid Baiturrahman. Yelah, nama masjid sini bukanlah kita kenal sangat. Biasanya kita akan kenal apabila tengok gambar ketika tsunami dulu. Itu pun dah banyak berubah. Sangat banyak! Dengan pokok menghijau, rumah di kiri kanan jalan. Mana kita nak cam kawasan tu macam mana kan? 



Apabila dah sampai, barulah hati berkata oo masjid ni. Sampai di dalam kawasan masjid ni, kami turun dari avanza dan cari port untuk ambil gambar. Kami hanya mengambil gambar masjid dari luar sahaja. Ini kerana, sebetulnya kami tak tahu pun dapat masuk kat dalam masjid tu. Kami naik anak tangga dan hanya melihat dari luar permukaan cermin masjid. 

Sedang kami ralit melihat masjid dan mengambil gambar. Tiba tiba ada jemaah yang baru pulang dari masjid menyapa kami. Pakcik tu datang dari arah tepi masjid dengan motorsikal. Bila dia lihat kami kat luar, terus dia berhenti dan cakap masuklah kat dalam tu. Pakcik juga bertanyakan kami dari mana. Kami sempat tanya untuk kepastian. Boleh masuk ke? Pakcik tu jawab boleh. Masa itulah kami tahu dia baru bersihkan masjid. Kami pun apalagi, terus masuklah dalam masjid tu. 






Ini adalah keadaan di dalam masjid. Luas dan tenang. Sebetulnya, di mana mana masjid sememangnya menenangkan. Sebab itulah andai hati kalian galau, datanglah ke masjid. Teringat satu soalan seorang ustaz kepada kami ketika di dalam satu ceramah kat tempat kerja dulu. Tempat mana yang kita akan cari kalau rasa serabut? Tentu kita pergi ke masjid kan? Masjid ni memang menenangkan, sebab tu kalau tidur haishh boleh lena. hehe



Sebetulnya saya silap susun gambar ni semua. Jadi agak bercelaru kedudukan dia. Gambar masjid ini kami tak dapat ambil penuh. Kesilapan teknikal dan ilmu fotografi masih kurang. hehe. Sepatutnya kami perlu snap dari luar pagar masjid. Barulah jelas gambaran masjid ni. Tak mengapalah. Tak perlu sesal. Tak perlu ralat. Dapat tengok macam ni pun dah kira ok daripada langsung tiada kan?. 



Pagar terbina cantik. Ruang kawasan masjid ini agak besar. Gambar ni diambil ketika lepak lepak menunggu pak supir solat. Zohor dah masuk waktu ketika itu. Sememangnya Banda Aceh apabila dilihat dari udara, masih banyak kawasan hijau. Ianya berbeza dengan negara kita yang mana dah banyak bukit atau hutan diterokai sampai botak licin! 


Maklumat mengenai masjid Lampuuk.







Disana. Err, bukan merujuk kepada model yang berdiri tu. HEHE. Nun disana, kita boleh lihat pintu masuk ke dalam masjid. Masjid ni jika kita lihat, sangat simple. Tapi cantik! 




Kawasan tepi masjid. Di sini ada wakaf yang boleh kita duduk duduk. Maka, duduk lah kami di sini sambil mengambil gambar dan layan asam masin. Tak lama, azan berkumandang. Alhamdulillah, Jan sempat rakamkan azan tu. Kalau rindu boleh dengar. Kami tidak bersolat di sini, namun mengambil keputusan untuk solat di masjid Baiturrahman sahaja.





Semasa kami melangkah ke dalam masjid. Tertera maklumat mengenai pembaikan mengenai masjid di sini. 



Maklumat mengenai kewangan mereka. Yang bagusnya kan, papan kenyataan ini terletak betul betul di depan pagar masjid. Jika kita masuk, memang boleh nampak maklumat ini semua. 



Antara kesan tsunami yang sengaja ditinggalkan. Mungkin untuk tanda ingatan kepada penduduk kampung. Dan kami sebagai pengunjung pun boleh lihat betapa teruknya kerosakan yang dialami oleh masjid dan kawasan ini. Bila melihat ini semua, hati memang sebak. Rasa kerdilnya kita kan. Air yang tenang boleh membadai dengan rakus hampir keseluruhan Banda Aceh. Saya pernah melihat video yang mana kata katanya berbunyi manusia hanya tahu berlari dan lari. Air pula mengikut arahan Allah. 

'Air itu makhluk kami, lagi patuh arahan penciptaNya. Tidak seperti manusia yang sering BERLARI. Lari dari tanggungjawab terhadap TuhanNya. Menunggu azab datang, baru ingin tersedar? Akan ditenggelamkan keangkuhan manusia itu...................." 

#renungpadadirisendiri





Jika kita lihat masjid ini pada ketika ini. Dah tentu kita tidak menjangka bahawa masjid ini pernah dibadai tsunami. Persekitaran masjid juga telah berubah. Namun itulah realitinya. Landskap kawasan sekitar juga umpama bersalin wajah. Mereka membina dan bangun dari kesukaran dengan tabah! Semoga ada iktibar yang kami perolehi daripada kunjungan kami ke sini.



Gambar ni kan tak tersusun. Ini adalah kesan tsunami. Kerangan [saya tak pasti nak panggil apa] jelas boleh kita lihat. Dari perut laut di bawa ke daratan. Ini bahagian depan masjid yang sengaja tidak dibaiki. Boleh rujuk gambar atas atas tadi.

Ketika kami duduk di sini menantikan jemaah habis solat Zohor. Dapat dilihat kehadiran jemaah di masjid ini tidaklah begitu ramai sangat. Mungkin jumlah penduduk di sini tak begitu ramai kot.

---------------

Selesai pak supir solat. Kami merancang untuk berhenti makan tengah hari. Kami tak makan breakfast lagi tau sejak tiba ke sini. Belasah aje makan makanan yang ada. Sempat makan kerepek ehsan si supir. Lepas tu makan biskut ketika dalam perjalanan masa mula mula nak ke pantai tadi. Makan asam. Itu aje. Tapi kami okay. Sangat okay. Sebab perut bukanlah kosong terus. Jadi masih boleh bertahan. Lagipun, seronok datang sini sedikit sebanyak mengubat rasa perut kami. hehe.

Jom kita bergerak ke restoran.



Saturday, August 29, 2015

Gigi

Kita hentikan seketika penceritaan mengenai Aceh. Bagi lah penulis rileks kan minda dahulu untuk menyusun cerita Aceh. Yelah kan, bila dah menulis secara non stop macam ni. Gusar juga pembaca bosan. Haha. Pembaca tu saya lah. Saya tulis saya baca. Sesekali bila baca kembali kisah kisah Aceh, akan teringat kembali momen momen indah di sana. 

Tadi saya keluar ke bandar Kuala Terengganu bersama Makcik dan sepupu saya. Ketika berada di dalam kereta. Kami bercakap banyak benda random. Lepas tu terkeluar la mengenai hal gigi. Saya rasa isu gigi agak sensitif untuk dibicarakan dengan sebarang orang. Maksud saya, kita hanya boleh bicarakan dengan mereka yang open sahaja. Bimbang ada orang akan terasa.

Macam saya, tidak dinafikan menghadapi beberapa permasalahan gigi. Walaupun tidak besar, namun ianya menyerabutkan dan membuatkan kita akan rasa kena pergi cek gigi nih! Sedar atau tidak, sebenarnya gigi kita memerlukan penjagaan yang khusus dan berkala. Paling elok 2 kali setahun. Itu tidak termasuk dengan proses pencucian gigi. Saya sangat sarankan kalian pergi jalani proses scaling pada gigi. Tak rugi. Scaling gigi ialah proses cuci gigi. Haa, faham kan? Ia berbeza dengan proses pemutihan gigi. 

Sebelum ini, saya tak pernah nak cakna pada gigi. Namun beberapa tahun sebelum saya pakai braces. Saya pergi klinik gigi dan buat rawatan pencucian. Alhamdulillah. Pengalaman yang menarik. Jika sepanjang hidup kita kan, tak pernah pun pergi cuci gigi. Sayang tau. Sayang pada gigi. Bukan apa, kita tak tahu kotoran yang dah melekat pada gigi dah bertukar menjadi karang gigi. Proses cuci pun akan sakit sikitlah. Sebab karang gigi dah tebal. Sebab itu elok dibuat secara berkala. Biasanya, proses scaling memakan  masa dalam 30-45 minit bergantung kepada gigi kita. Harga bayaran adalah dalam lingkungan RM40-RM60 kot. Harga sekarang saya tak pasti.

Memang tak dinafikan kita gosok gigi pagi, tengah hari dan malam atau bila bila masa yang sesuai. Namun ia tak bermakna kita telah hapuskan semua kuman/bakteria degil. Ianya tidak menjanjikan gigi kita bersih 100%. Tidak. Ditambah lagi dengan belakang gigi kita atau kawasan yang tak mampu kita lihat. Macam mana kita nak agak gigi kita bersih? 

Selepas saya pakai braces. Saya tak pernah lagi pergi scaling gigi. Namun sekarang, rasa itu membuak buak. Hati nak sangat pergi. Sementelah saya lihat sudah sampai waktunya saya ke klinik gigi. Alangkah rugi sangat jika kalian masih menangguh untuk melakukan pemeriksaan gigi. Hati saya makin bersemangat untuk menjaga anugerah yang dipinjamkan oleh Allah ini, apabila melihat gigi mak saudara saya. Di waktu usia beliau telah mencecah akhir 50 an. Giginya tetap cantik. Kecil dan tersusun. Namun pada tahun lepas, giginya mengalamai masalah. Dicabutnya satu persatu. 

Natijahnya, beliau sekarang telah bergigi palsu. Nampak macam ok aje pakai gigi palsu. Ada juga gigi kan?. Namun apa yang kita tidak ketahui ialah tentang perasaan pemakai gigi palsu tersebut. Makcik saya selalu bagitahu, nak mengunyah pun tak sedap. Nak kunyah kena hati hati, takut patah. Gusi sakit kalau makan makanan yang keras. Ini kerana daya gigi palsu menghimpit gusi. Keluhan yang saya anggap bukan keluhan itu sangat menyedarkan saya. Apa yang Allah kurniakan kepada kita, perlu kita jaga dengan sehabis haik. 

Ya, mungkin dulu kita bukan seorang yang prihatin pada kondisi gigi kita. Janji tak sakit dah kira bagus! Namun sedarkah kita bahawa ada gigi yang bermasalah tanpa kita sedari. Kata orang yang tak sakit itu lebih merbahaya daripada yang selalu sakit. Yelah, tiba tiba kita dapat tahu gigi kita dah rosak kat akar atau berlubang dari dalam. Naya! Kalau boleh diselamatkan ok lagi lah kan. Namun kalau yang memang terpaksa dicabut. Haishh sayangnya. Memang tiap anggota badan kita ini dipinjamkan sementara. Namun setiap anggota itu ada hak mereka. 

Tadi semasa berborak dengan sepupu. Saya suarakan kepadanya bahawa ingin cek gigi hadapan. Sedar atau tidak. Gigi hadapan ini selalunya bermasalah pada bahagian belakang. Yang mana sedikit demi sedikit, lama kelamaan ianya menjadi hitam. Nak dijadikan cerita, saya perasan bahagian gigi depan saya nampak macam ada unsur unsur hitam. Hati dah takut dah. Takut ianya merebak di sebelah dalam. Rasanya dah tentu kena tampal nanti. Bagi saya masalah ini paling banyak yang dihadapi oleh kita semua. Tak terlepas juga oleh anak kecil. Pernah tak lihat budak kecil yang apabila tersenyum giginya hitam? Ala muka dah comel tapi gigi pulak buat hal. Anak buah saya pun ada yang mengalami masalah ini tau. 

Sebagai bekas pemakai braces, saya dah ada pengalaman membezakan antara gigi asli dengan gigi yang tak asli. Maksud saya gigi berlapis itu asli dan gigi yang tersusun itu tidak asli. Memang nampak cantik gigi yang tersusun namun kalian tidak tahu. Untuk mengekalkan kesusunan gigi tersebut, kami perlu pakai retainer. Dan retainer ini sebenarnya tidak dapat menghalang 100% gigi kita daripada tidak bergerak. Serius! Gigi yang disusun [baca pakai braces] sebenarnya tidak dapat melawan gigi yang original. Sebab itulah saya selalu ingatkan pada diri bahawa gigi yang tersusun ini boleh menjadi bahana sekiranya tidak dijaga dengan baik. 

Memang kita selalu bayangkan atau bandingkan gigi kita dan orang lain. Itu begini. Namun bagi saya, lebih elok walaupun gigi berlapis TAPI semua geraham boleh mengunyah dengan baik di kiri dan kanan. Ah itu lebih baik daripada gigi yang cantik namun nak makan daging pun adoiii sakit! Doktor gigi pernah memberitahu saya bahawa, walaupun ada ruang antara gigi sebanyak 1 milimeter, ianya dah cukup menyebabkan gigi kita sakit. Makanan boleh terlekat pada ruangan itu. Kerana itulah, hanya pemilik gigi yang boleh menilai gigi mereka di kondisi baik atau sebaliknya. 

Dan saya kira, belum terlambat untuk kita menjaga gigi dengan lebih bagus lagi. Mulakan dengan diri kita sendiri. Selepas itu jika ada anak anak kecil. Ajar mereka sayangi gigi mereka. Pada masa kecillah gigi hendak dijaga dengan serius. Apabila dah dewasa kita hanya mampu menjaga apa yang kita ada sahaja [baca just maintainkan dia ajelah]. Yakni kesinambungan gigi kita yang dijaga ketika kecil. 

Saya pernah bertemu dengan rakan seusia namun telah kehilangan gigi yang penting seperti gigi depan atau gigi geraham sampai nampak lompongnya. Umur masih muda namun begitulah kan. Kita tidak boleh menolak hukum alam. Tapi kita ada pilihan. Saya pun menyesal mengorbankan gigi geraham ketika nak buat braces dulu. HUHU. Apapun, lewat sedar itu lebih baik daripada langsung tak sedar! Sama samalah kita menjaga anugerah yang tak ternilai ini. Anugerah lain dilupa jangan. Lagi bagus andai kita seiringkan dengan nikmat yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Jangan dah tiada baru menyesal. Bayangkan harimau tak ada gigi. Tentu sulit untuk mereka mencari mangsa. kan?

Masih sempat ni. Yok!



19 Ogos 2015 | Banda Aceh

Aceh juga dikenali sebagai Serambi Mekah. Di bawah lembayung negara Indonesia. [Lepas tulis pasal Serambi Mekah, saya terfikir nak google pasal Banda Aceh. Boleh klik link tu eh]. Pernah terbaca mengenai hudud yang telah dilaksanakan di negara tersebut Aceh. Namun ketika berada di sini, tidak teringat langsung nak tanya mengenai hukuman hudud yang telah dilaksanakan tu. Banyak sangat benda yang difikir. Soalan penting ni yang tak terluah. Rugi pulak rasanya. 

Ok. Berbalik pada sambungan cerita semalam. Selepas kami mendarat di bandara Sultan Iskandar Muda dan selepas melepasi pemeriksaan kastam, kami kan tak tahu arah tujuan kami. Maksudnya selepas kami check in hotel. Nak pergi mana? Kami keluar dari pintu masuk airport dan melihat ramai pak pak supir menanti penumpang masing masing. Dan ada juga pak supir yang tiada penumpang namun menanti jikalau ada rezeki mereka memperolehi pelanggan. 

Kami pada ketika itu melilau lilau. Tak tahu nak naik apa. Sedang kami berjalan keluar, ada seorang lelaki menghampiri kami. Disapanya kami dengan baik dan berserta senyuman. Pada ketika itu saya lebih banyak fikir. Yelah, dahlah baru sampai sini. Selok belok sini saya tak tahu. Lelaki tersebut yang mana merupakan pak supir di situ, bertanyakan kami mahu ke mana? Tak silap saya si Jan kot bagitahu kami nak ke Mekah Hotel. Jan tanya tambang. Dia bagitahu la berapa berapa. 

Saya pada ketika itu tak boleh nak fikir sangat. Pertamanya saya langsung tak tahu rate biasa tambang yang dikenakan oleh pak supir ke hotel atau ke tempat tempat sekitar Banda Aceh. Saya hanya tahu di sini pengangkutannya tidaklah begitu mahal melampau. Itu aje. Dan ketika di Bandung dulu, kami banyak menaiki angkutan kota yang mana tambangnya memang murah giler! Jadi bila si Jan minta keputusan sama ada bersetuju atau tidak nak naik dengan lelaki ni. Saya tak dapat bagi keputusan on the spot. 

Saya cadangkan pada Jan baik kami survey dulu harga dengan pak supir yang lain. Lelaki tersebut mengekori kami dan akhirnya turut terhenti di depan kedai runcit di situ. Jan tanya berapa tambang ke hotel dan juga tambang ke sekitar tempat lawatan tempat tsunami. Lelaki tu kasitau la harga. 80k untuk ke hotel dan kalau ke sekitar kawasan tsunami pula, dia caj dalam 450k [kalau tak silap lah, saya pun ingat ingat lupa harga dia]. Jan tanya saya macam mana? Saya berat hati. Huhu. Bila dia dah tengok kami macam nak tak nak aje. Dia pun berlalu pergi. Semasa dia nak pergi tu, telinga saya sempat menangkap kata katanya. Nggakpelah, nggak ada rejeki. 

Selepas tu saya dan Jan berbincang. Katanya si Jan, harga tu dah ok dah. Saya memang zero pasal harga kat sini. Jadi langsung tak boleh nak buat perbandingan. Akhirnya saya mengalah. Saya ikut plan Jan. Kami akhirnya pergi balik kat tempat lelaki tu. HAHA. Konon. Tadi jual mahal sangat. Ini dah tak jual mahal dah, harga dah drop macam nilai RM juga. Masa kami sampai kat tempat lelaki tu berdiri. Kami cakap setuju dengan harga dia. Tapi kan, lelaki tu dah tak nak. Dia suruh naik aje dengan mereka yang lain kat situ. Bila saya tengok muka pak supir yang lain kan, tak mahulah. Muka yang lain tu agak ganas sikit. Nampak macam gangster. Tiba tiba rasa takut. Jahat kan menilai orang dari segi rupa. Mungkin sebab kat Malaysia kita terlalu terdedah dengan beraneka kes kes jenayah. Jadi hati tu ada sedikit prasangka tak elok. Haish. Malu je kat mereka tu semua. Nanti saya cerita kenapa saya rasa malu. 

Kami cakap kat lelaki tu, tak nak naik dengan orang lain. Nak naik dengan dia je. Akhirnya lelaki tu mengalah. Maka bermulalah kisah kesengalan kami di sini. haha. Punyalah panjang cerita sebelum ini. Malam ni baru masuk cerita yang betul betul. 

Kami pun ke kereta avanza pak supir tu. Sebenarnya saya punya perangai, cepat rasa bersalah kalau buat salah pada orang yang cakap elok elok dengan kita. Jadi semasa kami di dalam avanza tu, saya terus minta maaf kat lelaki tersebut sebab tak nak ambil dengan dia sebab kena fikir dulu. Dia jawab oo nggak papa, dia tak simpan dalam hati pun

Itu ok lagi, dialog paling sengal. Saya bagitau la kat dia sebenarnya kami nggak punya uang. Hahaha. Sampai hari ni, kalau saya dan Jan mengimbau kenangan di Aceh. Dialog sengal ni memang paling haru. Masa bercakap tu tak fikir dialog tu sengal tahap cipan! Ada ke patut sampai sampai kat tempat orang, pergi kasitau tak ada duit. haha. Jan cakap, nasib baik Fendi tu tak balas so whatt! haha. Memang pengakuan tu ikhlas dan lahir dari hati. Tak plan apa apa pun. Dahlah baru hari pertama kat sini. Tempat banyak lagi tak pergi. Kalau hari pertama pun dah ratusan ringgit, hari kedua kami akan alami kesulitan kalau cenggini gayanya. Ini sebab kami sebenarnya hanya tukar duit Rupiah sebanyak RM500 aje. Saya cakap kat Jan sebelum kami ke sini, tukar RM500 dah cukup memandangkan saya pernah dengar budak lelaki pejabat saya kan, dia bawa RM500 aje ke Bandung. Itu pun masih ada baki. Itu pasal la saya confident cakap kat Jan tukar 500 aje. 

Mekah Hotel
Kami dihantar ke hotel dan memang dah pesan dekat pak supir ni yang kami nak siap siap dulu. Yelah, kami ni dari malam tadi tidur di airport. Baju tak bersalin. Mandi pun belum. Tapi kami tak ada lah cerita details macam tu kat dia. Cukup sekadar pesan tunggu kami. Kami nak check in dan terus ke tempat tsunami. Saya setuju je dengan idea Jan untuk ambil pak supir ni ke tempat tsunami. Jan minta kurang sikit caj tambang dan dia setuju. Ok la kan. 

Jan check in lepas tu kami terus ke kamar hotel. Sempat lagi Jan minta baju dia di iron oleh orang hotel. Saya pulak jenis hentam keromo aje. Malas ar nak iron bagai baju ni semua. Lama juga sebenarnya kami bersiap. Adalah hampir 1 jam. Apabila kami turun dari bilik ke lobi. Aih. Pak supir tu dah tak ada. Melilau kami cari. Pun tak ada. Kami keluar dari hotel dan cari kat tempat parking. Tak ada. Entah entah pak supir ni dah lari kot. hahaha. Yelah. Lama sangat bersiap! Semasa kami masuk semula ke lobi, ternampaklah dia dari mana entah. Terus kami ekori dia ke avanza. 

Pantai Lampuuk
Masuk dalam avanza kami terus di bawa ke Pantai Lampuuk. Oleh sebab tempat ini jauh sikit, jadi kami ambil keputusan ke sini dulu sebelum ke tempat lain. 



Sepanjang perjalanan ke sini, banyak sangat masjid yang boleh kita jumpa. Rasanya tak sampai 10 minit akan jumpa masjid lagi dan lagi. Saya rasa tenang dan seronok melihat pemandangan sebegitu rupa. Kawasan kat sini pun masih lagi hijau. Tak ditarah dengan kejam. Masih lagi jauh dari pembangunan yang menggila pesatnya. Bangunan mereka seadanya sahaja. Rumah kotak kecil aje. Mirip segi empat. Memang tak berapa besar nampak size rumah kat sini. Padi padi menghijau. Pemandangan menyejukkan mata.




Tak lama kemudian, kami pun sampai di Pantai Lampuuk. Pantai ni pada pandangan kami biasa biasa aje. Tapi bila sampai kat sini. Dah tentu kita nak abadikan kenangan kat pantai negara orang kan? Jadi kami sampai aje kat sini. Terus ambil gambar. Pantai, pasir, pemandangan semua kami ambil.




Nampak tak pelampung yang terdampar kat pantai sana. Kami dimaklumkan, pengunjung hanya dibenarkan mandi sampai situ aje. Kiranya pelampung tu sebagai tanda amaran kepada pemandi mandi kat pantai ni. Saya pernah tengok pemandangan begini ketika di Pulau Gemia [pulau ni tak jauh dengan Pulau Kapas] dulu. Ianya sebagai pemisah antara laut dalam. Takut bila difikirkan kita melepasi border tu. Takut sebab tak pandai berenang. Ditambah lagi takut air! 

Kami dimaklumkan, pantai di sini turut dilanda tsunami. Bila kami pandang segenap pelusuk pantai ni. Aish. Tak boleh nak jangka macam mana keadaan pada hari kejadian tu. Pada hari kami datang ke pantai ini, waktu dah tengah hari. Pengunjung tak ramai pun. Ini disebabkan bukan hari minggu. Kami difahamkan, pantai ini akan penuh dengan pengunjung tatkala hujung minggu.




Stereotypes sangat kan ambil gambar macam ni. haha. Tapi kami nak juga. Buat kenang kenangan.




Wakaf wakaf yang dibina memang cantik. Nak lepak pun senang. Nak makan pun mudah. Ini kerana, restoran/kedai kedai makan ada aje kat sebelah dengan wakaf ni.  Lihatlah pemandangan sepanjang pantai ni. Kami ambil dan terus ambil gambar. Semasa tengah duduk duduk rileks kat wakaf ni. Saya memang dah nampak ada penjual kerepek. Tapi tak terbuka hati pun nak beli kerepek kerepek tu. Penjual tu tunjuk kerepek namun saya goyangkan tangan tanda tak nak beli. Sambil sambil tu kami ambil gambar. Kali kedua penjual tu lalu. Kalau tak silap si Jan pun tak nak beli kerepek tu. Masa duduk tu lah saya ternampak penjual tu lalu depan pak supir. Eh dia beli kerepek tu. Kami tak terfikir apa pun. Cuma saya tengok aje la kan.




Ini mineral water yang kami ambil dari hotel. Memang kami bawa siap siap sebagai penghilang dahaga. 

Sedang kami saling mengambil gambar. Eh eh pak supir datang bawakan kerepek tu kepada kami. Sorang satu. Nak dijadikan cerita. Kami boleh buka dan makan kerepek tu laju laju. Sambil cakap sedap eh kerepek ni. haha. 



Kami siap ambil gambar acah acah makan kerepek. Konon candid la kan. Sambil makan sambil ambil gambar. Betapa naifnya kami dan tak terfikir apa pun akan hal itu. Bila kami dah balik Malaysia. Barulah kami terfikir. Alangkah sengalnya kami. haha. Orang jual kerepek, aih kami tak nak beli. Bila si pak supir kasi terus aje makan. Dahla tu, bergaya itu ini dengan kerepek. Mesti Fendi tu cakap. Entah dari mana la datangnya perempuan dua orang ni. haha. Malu je kan, sampai sampai sini, pak supir belanjakan kerepek. Mesti pak supir tu kesian tengok kita. Tadi dahla cakap nggak punya uang. LOL! Oh ya. Pak supir tu namanya Fendi. Itu pun Jan yang tanya masa kami berhenti makan di Mee Razali selepas seharian kami melawat tempat kenangan tsunami. 

Gambar atas, bukti Jan makan kerepek dengan tak segan silu. hahaha. Mati la kalau dia baca blog ni. Sebab tu saya kaburkan muka dia. Upload tanpa kebenaran. heheh. Gambar saya tak real sangat makan kerepek. Si Jan nampak lebih telus makan kerepek free. haha. Kalau kami sedar kesengalan tindak tanduk kami, dah tentu kami tak bergambar dengan kerepek ni. haha. Lainlah kalau kami beli sendiri. Malu je kan! Kami makan habis kerepek tu tau. Memang sedap sebab kerepek udang. 

Bila dah bosan, kami nak beransur dari pantai ni. Yelah lama lama kat sini pun, tak ada apa pun. Hanya pemandangan yang mendamaikan. Yang lain tak ada. Lagi lama kami kat sini. Mata boleh berubah menjadi berat. Ngantuk ar kena angin pantai. 

Kami akan dibawa pula ke Masjid Rahmatullah yang terletak tak jauh sangat lah dari pantai Lampuuk ni. 



Semasa kami dalam perjalanan ke masjid tu kan, tiba tiba ternampak pintu gerbang ni. Siap suruh pak supir berhentikan kereta dia. Kami dan dan je ambil gambar di sini. Lepas dah ambil gambar, kami teruskan perjalanan ke masjid. 

Haa. Cerita kat masjid akan disambung nanti. Jenuhlah eh kalian baca kisah ni. Saya pulak memang akan tulis panjang dan details kisah kami. Sebab best! haha. Bajet sangat dia ni. Ye ye oi je. Tapi betul. Kami tak tipu. 



Friday, August 28, 2015

Langkah Kami Bermula

Subuh yang hening sedikit demi sedikit kami tinggalkan. Kami menyemak tiket selepas kami melepasi pemeriksaan Kastam. Menyemak bagi mendapatkan kepastian. Sejujurnya, saya berasa agak cuak sebenarnya. Tak tahu nak tuju terminal yang mana. Sambil berjalan tu kan, kami akhirnya nampak information board. Lantas kami terus melihat nombor pesawat dan terminal mana. Langkah kami terus diatur ke terminal 21. Nun jauh di hujung sana. 

NIAT
Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada niat. Dan saya dah pesan awal awal pada teman saya ini semasa kami berwhatsapp. Niat kena betul dan kami sememangnya ingin ke Aceh untuk melihat kesan tsunami. Sejujurnya, saya tidak pernah ada gambaran Aceh sebelum dan selepas tsunami. Rasanya dah lama sangat kot saya tak mengikuti perkembangan Aceh. Agaknya kali akhir saya melihat berita tsunami kira kira 2004 yang lalu. Sebelum ke sini, saya dah letak nama pada kembara saya pada kali ini. Kononnya namakan dia #jaulahrohani. Tapi sudahnya, saya tukar #jaulahibrah. Saya tak cakap pun pada si Jan. haha. Malu!

Sambil berjalan ke terminal, kami berborak ringan. Oleh kerana kami dah check in siap siap & dah solat Subuh awal awal. Jadi banyak masa yang kami ada. Perjalanan ke terminal pun tak adalah tergesa gesa. Best sebab rasa lebih rileks dan santai! Sampai di tempat duduk ruangan menunggu. Kami melayan handphone masing masing seketika. Sambil itu, kami menikmati pemandangan Subuh hari di sini. Tenang dan udara yang dingin dingin agak menyegarkan kami. 

Ketika jam dah hampir 8 pagi, kami mula beratur untuk masuk dalam perut pesawat. Apabila semua penumpang dah masuk dalam pesawat. Kami tukar mode handphone ke Offline! Masing masing layan kepala. Si Jan siap siap cakap nak duduk kat tepi tingkap. Saya duduk tengah dan sebelah tepi saya ialah Makcik Saleh. 



Ni aje gambar yang sempat saya ambil

Sepanjang penerbangan banyak masa saya lali lali mengantuk dan zzz. Suasana  pemandangan alam langit hanya dapat saya nikmati ketika telah berada di ruangan udara Aceh. Mata pada masa tu pun dah segar. Saya bosan sebab si Jan sebelah masih lagi zzz. Jadinya saya ambil kesempatan berborak dengan makcik saleh kat sebelah. Ok la sekadar berbasa basi. Makcik tu asalnya dari France tapi menetap di Thailand. Datang ke Aceh untuk berjalan jalan macam kami juga. Sambil berborak tu kan, hati saya memang cuak kembali. Yelah, makcik ni main on aje hanphone dia. Saya tahu dia nak tukar simkad. Tapi dalam kepala saya takut terjadi apa apa je. Pramugari sempat tegur perbuatan dia tu. Haish. Menakutkan. haha. Tak senang duduk bila tengok adengan macam ni.


SAMPAI DI BANDA ACEH
Alhamdulillah kami selamat mendarat pada jam 9.30 pagi waktu Aceh. Waktu sini berbeza 1 jam dengan Malaysia. Jadi kira kira perjalanan yang telah dilalui ialah hampir 1 jam setengah - 2 jam jam kot. Masa pesawat mendarat tu kan, sementara menantikan pintu pesawat dibuka. Saya memerhatikan keadaan sekeliling. Si Jan dah bangun dari lena yang bersifat sementara itu. Seketika terdengar suara makcik saleh ni menyuarakan sesuatu. Tak perlu ditulis lah sebab makcik saleh ni tegur sesuatu kat somebody ni. Bila terdengar suara somebody ni kan, saya cakap kat Jan. Aku rasa macam kenal je dia ni. Sebenarnya dari terminal lagi saya ternampak dia ni. Muka memang saya cam, cuma tak pasti betul ke tak orang nya. Kali ni saya nekad nak tegur. haha. Asyik nak tegur orang aje kerjanya. Jan cakap tanya la dia. 

Saya pun bagi salam dan tanya adakah dia tu Prof. di tempat saya dulu. Dan dia mengiyakan. Haa, sahlah saya tak salah orang. Rupanya bila dia dah retired from UMT, dia sambung kontrak kat tempat lain. Kecilnya dunia. Boleh terserempak kat dalam pesawat ni. Dia sempat tanya apa tujuan datang sini. Kami beria aje cakap bercuti. Memang cuti pun. Dia minta call kalau ada apa apa. Sebab dia datang sini atas urusan kerja. 

Bila pintu pesawat dah dibuka, dia dapat jalan keluar dulu dan kami agak kemudian. Ini kerana kami tak tergesa gesa nak ke mana pun. Nak tahu, Makcik saleh yang saya tegur tadi tu kan, kasi kat kitaorang DODOL! Yuhuu. Makcik saleh ni pun makan dodol. haha. Saya sendiri tak akan kot beli dodol jika ada pilihan makanan yang lain. Yelah, bukan makanan kesukaan. Mulanya saya agak ragu ragu nak ambil. hehe. Jadi selalu fikir dulu sebelum ambil. Saya ambil dan Jan pun ambil. 



Kami melangkah keluar dari perut pesawat terus ke bangunan Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda. Orang lain semua dah ke depan. Kami ambil peluang untuk bergambar. Bayangkan semua orang dah turun ke bawah. Tinggal kami aje yang happy bebenor dapat sampai sini. Ambil punya ambil gambar. Adalah petugas Air Asia cakap masuk ke dalam cepat. Rupanya laluan kami dan laluan penumpang yang akan menaiki pesawat adalah laluan yang sama. Kami tak sempat nak lari lagi, penumpang dah jalan masuk ke pesawat. Kami apa lagi, cepat cepat turun ke bawah untuk beratur pemeriksaan kastam. 

Cuma pelik sikit la, kenapa tak ada borang yang perlu kami isi eh. Biasanya dalam kapal terbang lagi kami diberi borang pengisytiharan ke apa benda ntah. Beratur sekejap, si Jan pergi tanya kat akak yang beratur sesama kami. Rupanya borang tu perlu diambil kat kaunter. Kami terus ke belakang dan ambil aje borang yang sedia ada. Borang tu sebenarnya borang yang silap ditulis oleh orang lain. Mereka tinggalkan kat situ. Tapi kami main rembat aje. Lagipun yang salah tu hanya baru ditulis nama. Jadi tak ada hal lah. Lepas dah settle hal pemeriksaan. Kami sebenarnya tak tahu nak ke mana. HAHA. Kami ke sini tak ada petunjuk yang jelas. Masing masing tak tahu tempat di sini.
  • Kami tak ada pak supir yang datang jemput/ambil kat airport
  • Kami hanya berbekalkan nama nama tempat kat sini yang saya print di kertas A4 aje. Itu pun point point penting aje


  • Kami hanya berbekalkan maklumat hotel yang di print screen oleh si Jan. 

Oh ya, saya nak juga guna ayat jaulah yang bermaksud merantau, jalan jalan, bermusafir dan juga makan angin. Saya fikir ianya sangat bersesuaian sekali dengan tujuan kami ke sini. Sepenuhnya kami letakkan pergantungan kami kepada Allah. Dia yang akan jaga kami. Yakin! Ia juga bermaksud sekumpulan manusia (sama ada sekumpulan ikhwah, atau sekumpulan akhawat atau keluarga) yang mengembara sama ada berjalan kaki, menaiki kereta, bas, keretapi, kapal terbang atau kapal layar untuk merapatkan ukhuwwah sesama mereka sambil mencari keredhaanNya! sumber :HERE  

Agak agak ke mana hala tujuan kami eh? Nantikan kesinambungan kisah jaulah kami ke Aceh di entry akan datang. InsyaAllah. Ah, entry kisah kali ini akan panjang. Sangat panjang. Sebab rasa rugi kalau saya tak kisahkan di sini tentang semua ini.

Tapi, cukup dulu sampai sini.



Tuesday, August 25, 2015

Novela 1 Malam Yang Panjang di #klia2

Mendaratnya flight Air Asia di KLIA2 menandakan separuh perjalanan saya telah selesai. Perjalanan dari Terengganu yang memakan masa hampir 1 jam itu akan disambung lagi pada pagi esoknya untuk ke Aceh.

PENGEMBARAAN
Siri pengembaraan kami akan bermula pada bila bila masa sahaja. Dengan hanya berbekalkan 1 bag [backpack]. Saya terus menonong menuju ke urmmm. Entahlah. Pada saat itu sebenarnya saya ingin terus ke surau, memandangkan saya belum solat Isyak lagi. Tapi saya tidak pasti di mana surau. Jadi saya terus berjalan mengikut kaki.

KLIA2 tidak lah begitu asing sementelah pada bulan 4 itu hari, dah pernah saya jejak kaki ke sini. Maka, sisa sisa tempat yang pernah saya ronda masih ada di dalam ingatan.

Kaki terus melangkah dan akhirnya saya bertemu dengan Celcom. Ini adalah penanda bagi saya apabila sampai ke sini. Makna kata selepas itu, kita akan berjalan keluar sama ada terus mengambil public transport atau menaiki kenderaan yang sedia menjemput kita.

Pada malam itu, saya mengambil keputusan untuk meronda ronda terlebih dahulu memandangkan kawan sejaulah saya masih belum sampai. Masuk kedai ini, masuk kedai itu. Eh eh berkenan pulak pada kasut di Vincci. Dah lama sangat saya tak membeli di Vincci. Kasut tersebut menggamit pandangan. Namun hati memujuk, nantilah dahulu. 

Selepas dah puas berjalan. Saya mengambil keputusan mencari surau untuk membayar hutang. Jumpa surau, solat lepas tu saya melepak tak tahu nak buat apa. Sebenarnya kami akan bermalam di airport. haha. Ini idea giler saya. Nasib baik si Ijan bersetuju untuk sama sama melepak kat airport sama sama. Lega. 

Sebenarnya, saya tak nak bazirkan masa abang 1 datang ambil saya di KLIA2. Nanti seawal jam 4 pagi dia dah perlu hantar saya lagi sekali ke sini. Kan macam sia sia kerja nya tu. Lebih elok kiranya saya terus stay kat sini sementara flight menjelma esok paginya.

-----------------------------------------------------------------

KAMI BERSUA JUA
Beberapa jam kemudian, saya mendapat mesej daripada Jan memaklumkan dia dah bergerak ke airport. Jam ditangan saya lihat dan diminda mencongak congak jam berapa dia akan sampai airport. Hampir 1 jam kemudian, Jan dan suaminya sampai. Saya mengambil keputusan untuk keluar dari surau sementelah dia bukannya biasa dengan selok belok airport sini.

Kami berjumpa tak jauh dengan Famous Amos. Masing masing dah senyum. Saya pula terasa segan. haha. Yelah, pada masa itu kebetulan saya mengalami alergic pada muka dan bibir. Habis menggelupas disebabkan apa pun tak pastilah.

Selepas Jan say tata pada husband dia. Kami macam hilang arah tau. Yelah, mana lah kami pernah tidur kat airport. Tak dapat digambarkan macam mana. 

Panjang kan cerita ni. Sabarlah, sikit aje lagi. haha. Mau 4 hari 5 malam saya tulis pasal trip ni.

Kami buat keputusan untuk makan. Saya dah lapar! Siang tadi tak sempat makan. Kami mengambil keputusan untuk ke KFC. Pada masa tu kan, jam dah menghampiri 12 malam. Saya tetap mengambil menu yang mempunyai nasi. Dah tahap kebulur. Jadi perut perlu diisi.

Kami lepak sambil borak borak. Macam macam kami borak. Pasal kawan kawan, pasal kami. Pasal apa saja yang terlintas dalam fikiran.

Saya dah mengantuk, maka dicadangkan agar ke surau. At least kami boleh lepak dengan selesa.

-----------------------------------------------------------

MELEPAK MELEPAS KANTUK
Di dalam surau, kelihatan beberapa orang telah sedia ada melepak di dalam sana. Jam semakin lama semakin menginjak. Mata saya mula penat. Namun dalam masa yang sama, saya takut juga. Takut tak terkejut pada siangnya.

Keputusan diambil untuk ZZZZ. Maka beradulah kami bersama sama dengan mereka yang lain.

Pada jam 3 pagi, saya terkejut. Entah sebab apa entah. Tapi ketika di airport sini kan, suasana lewat pagi tidak begitu terasa. Mungkin kerana orang keluar masuk dan kami pula berada di dalam bangunan yang sentiasa penuh dengan orang ramai.

Saya mengambil keputusan untuk ke tandas. Ketika keluar dari surau, saya melihat sekumpulan pekerja sedang membersihkan lantai di hadapan kedai yang ada.

Melihat pada susuk tubuh dan bahasa mereka, dah terang terang mereka bukan warga tempatan. Rata rata berwajah seperti Bangladesh. Saya terfikir, adakah orang kita sanggup untuk berkerja sehingga lewat pagi sebegini?

---------------------------------------------------------

MEDAN DAN IRAQ
Semasa pulang dari tandas, disebelah saya ialah seorang perempuan yang tidak saya ketahui. Kawan saya bersandar di tepi dinding bersetentang dengan saya. Entah macam mana, kami dapat berborak. Dia nak balik Medan disebabkan ibunya sakit. Dah lama dia berkerja di Malaysia di sebuah kilang di Johor. 

Sebelah kiri saya pula ialah seorang perempuan yang saya yang jelas nyata bukan orang sini. Kami akhirnya berborak. Dia berasal dari Iraq. Banyak yang kami bualkan. Kami saling tegur menegur. Kami sama sama gelak apabila ada perkara yang lawak menjelma. Masing masing mempunyai destinasi tersendiri namun dalam surau tu kan, umpama 1 keluarga. 

Perempuan yang berasal dari Iraq itu rupanya telah menetap di UAE. Biarlah saya *rahsiaka *amaya. Pada masa dia bercerita, saya sebenarnya ada sedikit ragu ragu. Ya, dalam ramah kita melayan dia. Hati saya tetap beringat ingat. Sikit demi sedikit saya cuba cungkil bukti daripada beliau. hahaha. Takut!

Selepas dia tunjukkan bukti. Ok, saya percaya dia pelajar di sebuah universiti di negara kita. Pelajar PhD. Dan selepas itu, lagi rancak kami berborak memandangkan saya juga berkerja di universiti. Jadi banyak benda yang kami boleh share. Sempat kami bertukar emel untuk beberapa perkara.

Pada jam 4.30 pagi. Mata masih segar, namun saya paksa juga untuk tidur tidur ayam. Simpan tenaga untuk pagi nanti.

Dalam masa yang sama, saya berselang seli borak dengan akak dari Medan tu. Tapi tak rancak sangat sebab dia lena zzzz.

Pada jam 5.00 pagi. Si perempuan Iraq bersiap untuk meneruskan perjalanan dia. Si perempuan Medan pula bangun untuk ke tandas dan mengambil wuduk. Yang bestnya, si akak dari Medan tu ke tandas bersama kawan saya. Nampak tak, macam senang aje kan nak dapat kawan baru.

SUBUH
Akak dari Medan tu bagitahu kami agar ke surau atas. Katanya kat situ lagi luas. Wah wah, dia lagi terer dari kami tau. Dah terbalik, orang Indonesia yang tunjuk jalan kepada kami kat sini. haha. Kami memang betul betul ikut aje dia. Sampai kat surau atas kan, memang betul la. Dah la luas, bersih. Selesa sangat. Namun surau ni ditutup pada jam 12 malam - 5 pagi. Kita tak boleh nak tidur kat sini ya sekalian.

5.30 pagi. Kami masuk surau dan bersiap mengambil wuduk untuk Subuh.

Usai Subuh, kami terus turun untuk ke terminal. Apabila sampai di bawah, kami berpisah dengan akak Medan tu. Dia beratur mengikut foreign passport dia. Manakala kami terus ke laluan kami. Melangkahlah kami meninggalkan kisah perkenalan kami dengan beberapa orang ketika di surau.

Kami melangkah sambil berborak borak.

Macam dok caya kan kita nok gi Aceh.

hahaha.

Kami gelak.

Ok ok. Tak boleh panjang sangat, nanti kalian pening. hahah.

Publish.



Jaulah ke Aceh

Di saat jari ingin menaip perkisahan mengenai jaulah kami ke Aceh. Hati saya berbunga bungaan. Tidak dijangka sama sekali, jaulah kami ke sini memberi satu pengalaman yang sangat sangat istimewa. Tidak terjangkau pada pemikiran, tidak tertulis pada perancangan kami.

Sanggupkah kalian membaca cerita ini?

Sebetulnya, saya tak sabar nak menulis tentang Aceh. 

Permulaan Perancangan Kami
Sebenarnya saya sendiri kelupaan bagaimana plan ini timbul. Setahu saya, kami nak sangat pergi ke negara Turki. Ecewah, bajet tak ada tapi hati berangan nak ke tempat best best aje. haha. Kami juga mahu ke Aceh. Hajat kami nak melihat sendiri kesan tsunami.

Maka pada bulan April yang lalu, saya booking tiket melalui Air Asia. Itu pun selepas mengambil kira faktor kerja pejabat. Masa dan tarikh. Saya rasa boleh on pada tarikh tu. Maka kami pilih Ogos sebagai pilihan tarikh kami.

19 Ogos sehingga 22 Ogos 2015. Tiket yang saya tempah hanyalah berharga RM235.08 pergi balik. Sebetulnya tiket ni harganya lebih murah, namun biasalah kan. Siapa yang tak kenal AA ni. Campur itu ini, maka itulah harga yang kami kena bayar. Tapi kira oklah kan, jika kita fikir sekali jalan RM117.54. haha. Siap divide kepada 2 lagi ni. 

Jadi tipsnya, carilah tiket semasa AA buat promosi. Haa, masa tu lagi murah benor tiketnya.

Bulan Julai
Kawan saya memperingatkan diri saya 'eh kita gi Aceh dalam beberapa minggu lagi ni'. Sebetulnya saya lupa. Saya ingatkan pada bulan September. haha. Padahal saya yang tukang tempah tiket bagai. Tapi dah sibuk dengan kerja lain, memang tak berapa nak ingat date ke Aceh. Kawan saya cakap 'aku dah agak mu mesti dok ingat'. 

Kawan saya kerja dia adalah mencari hotel. Maka hasil yang dia perolehi daripada tempahan di Groupon adalah RM300 untuk 4 hari 3 malam. Kira sangat berbaloi lah tu. Kami akan tinggal di hotel Mekah. Macam mana hotel tu, saya pun tak tahu.

Dah habis cerita kisah macam mana kami booking flight/hotel. Maka kita berpindah pula ke cerita episod perjalanan kami.

18 Ogos 2015/Selasa
Minggu ini adalah minggu yang sangat berbolok bagi saya. Tarikh yang saya pilih itu rupanya telah bertembung dengan tugasan di pejabat. Hati berasa tidak enak lagi nyaman untuk liburan. Ecewah terus berbahasa Indonesia ya. haha.

Sebetulnya bukan silap saya pilih tarikh. Namun telah terjadi beberapa perubahan pada hal ehwal kerja saya di pejabat. Maka ada 1 aktiviti pelajar tu kan, telah ditunda dan ditunda maka jatuhlah ia ke tarikh saya ke Aceh. Halamak! Hati dah cuak. Cuak sangat. Yelah, giler ke nak bercuti ketika mana kerja masih bertimbunan? Saya suka feel free ketika bercuti. Tak mahu terikat dengan kerja. Maka, pada minggu ini saya berkerja betul betul. Err, sebelum ini pun betul betul juga namun ada la sikit diselang seli dengan sedikit rileks. Saya fokus dan berdebar debar. Takut sangat menyusahkan orang lain. Yelah orang tengah sibuk, kamu pula nak bercuti. Macam selfish kan?

Tapi saya pujuk hati. Bukan salah saya. Lagipun saya dah pernah burn tiket ke Vietnam disebabkan kerja saya. Walaupun sebenarnya, saya boleh aje pergi tinggalkan kerja sekejap.

Sebab itulah, kali ni saya nekad. Ah, tak kira. Kena pergi juga. hahaha. 

Minggu ni, saya balik agak lambat. Pada hari Selasa tu, kerja saya selesaikan sehabis baik. Mana yang tak baik tu, saya letak dalam kepala untuk diperbaiki ketika balik nanti.

Baju masih belum dipacking lagi. Entah apa saya nak bawa pun, saya tak tahu lagi. Eh tahu la sikit sikit. Namun tak sempat buat list. Saya penat lantas ketiduran pada malam sebelum ini. 

Buat kerja, tengok jam. Jam menginjak angka 5. Saya masih di pejabat. Malam ni dah berangkat ke KL. Baju tak simpan lagi. Tiket flight pada jam 9.10 malam kot. Saya duk congak congak. Sempat ke tidak nak mengemas nanti? Saya still fokus buat kerja. Lepas tu bila dah rasa ok. Saya tutup semua file dan shut down pc.

Balik terus.

Sampai rumah, terus kemas baju. Sebelum tu sempat termenung seketika nak bawa apa eh?

Saya ambil keperluan diri semua. Sumbat dalam beg. Nasib baik kami backpack aje. Saya cuba minimakan berat beg. Saya seorang yang bencikan berat. haha. Dasar tak suka bawa barang berat! Sebolehnya paling berat pun 4 kg pun ok la. Lebih daripada itu, saya akan berubah menjadi pemarah. Pemarah kepada diri. hehehe.

Lepas dah siap semuanya. Saya persiapkan diri dan pada jam 8.15 malam, saya minta makcik saya hantar ke airport. Nasib baik jarak airport dengan rumah tak adalah jauh mana.

Sampai airport, terus masuk departure hall sebab saya dah buat web check in siap siap. Semua tiket dah saya print, dah saya check in semuanya. Kiranya saya tak nak kelam kabut bila last minute. Tang kemas baju tak paa ar last minute, tang tiket. Hang jangan buat kacau! Kita nak pi jauh ni. Mau nangis tak berlagu kalau silap tarikh ke apa.

Saya masuk departure hall. Sembang kat whatsapp sekejap. Bila dah masuk pesawat, time tu kan kita bertenang. Mulalah duk fikir apa lagi eh yang aku tak bawa? Haa, time tu jugalah baru teringat. Pencuci muka lupa nak bawa, anak telekung pun lupa nak bawa. Hentam sajelah labu. Nanti sampai sana, kita beli. haha. Mudah cerita aih.

Maka berlepaslah saya ke Kuala Lumpur [KLIA2]. 

Saya sekarang berada di dalam perut pesawat, maka biarkan saya berehat seketika. Nanti kita sambung balik bila dah sampai KL eh. haha.

Ketemu lagi ye!

Daa. Publish!



Thursday, August 20, 2015

Aceh

Alhamdulillah. Kami telah selamat sampai di Aceh, Indonesia. Subhanallah, setakat dua hari kami di sini, banyak pengalaman yang amat berharga telah kami lalui dan hanya pada Allah kami panjatkan rasa kesyukuran. Nanti, bila dah balik Malaysia, saya akan kongsikan. Ini kerana, internet di hotel kami tak berapa elok hubungannya. Dan sekarang, kami melepak di hotel sebelah. hehehe. Menumpang kasih di sini. Nanti InsyaAllah saya tulis jaulah kami ke Aceh. Sampai jumpa ya.


Friday, August 14, 2015

Kerja Apa Yang Paling Memenatkan?

Bagi kaum wanita, seringkali kita dengar rungutan rungutan mereka mengenai kepenatan dan kelelahan yang mereka alami.

Siang berkerja, balik rumah pula perlu menguruskan keluarga. Itu bagi mereka yang berkeluarga. Bagaimana bagi mereka yang masih belum berkeluarga lagi? Saya memikirkan perkara ini sementelah melihat beberapa contoh yang saya nampak, terutamanya yang berada di sekeliling saya.

Surirumah. 
Zaman ini rasanya, agak sukar untuk menggunapakai surirumah satu pekerjaan yang paling memenatkan. Surirumah merupakan pekerjaan yang paling baik berbanding pekerjaan lain bagi kaum wanita. Namun bagi saya, pekerjaan ini tidaklah sesukar mana.

Cuba kita fikir. Rutin seorang surirumah dengan seorang surirumah yang lain sudah tentu tidak sama. Manakan sama.

1. Seorang surirumah A, mempunyai anak seramai 5 orang. 3 daripada anaknya bersekolah. Bangun seawal pagi uruskan hal ehwal anak anak. Dah selesai, uruskan hal si suami pula. Sediakan sarapan, sediakan pakaian anak anak serta suami. Pendek kata dari A hingga Z. Jika berkemampuan, anak akan dihantar oleh bas atau van sekolah yang dibayar bulanan. Sekiranya tidak, anak dibiarkan berjalan kaki sahaja ke sekolah. Itupun sekiranya jarak sekolah dekat dengan rumah.

Jika tidak, si isteri lah yang akan menghantar anak anak ke sekolah. Itu pun jika si isteri pandai membawa kereta. Atau paling mudah, si suami yang akan menguruskan hal ehwal anak anak dengan menghantar kesemua tiga tiganya ke sekolah.

Si isteri pula akan menguruskan rumah yang tidak bertangga. Jika rumah itu rumah teres lah. Dari pagi, si isteri akan mengemas rumah. Anak dah 5, jangan nak harap sangat rumah tidak bersepah dengan permainan anak anak. Yelah, tak semua rumah mempunyai bilik khas untuk dijadikan tempat bermain. Sapu sampah dalam rumah, basuh baju, lipat baju.

Tengah hari pula, memasak untuk anak anak balik sekolah. Uruskan anak-anak nak mengaji atau bersekolah petang pula. Tidak cukup dengan itu bersusah payah menyediakan minum petang untuk si suami yang akan pulang kerja tak lama lagi.

Anak anak yang masih belum bersekolah, ligat bermain di rumah. Sepahkan rumah, telingkupkan rumah macam baju yang kena putar dalam mesin basuh.

Ya. Surirumah ini memang memenatkan.

2. Surirumah B, mempunyai anak seramai 3 orang. Tidak perlu fikirkan sangat perihal anak anak hendak ke sekolah. Maklumlah anak anak masih berusia di bawah 6 tahun. Bangun pada jam berapa, si suami tidak ambil hal. Janji si isteri tu bangun pada hari itu, kalau tak bangun kan ke haru! haha. Yelah, dapat si suami pula jenis yang tidak kisah. Ada sarapan atau tidak, hidup tetap berjalan seperti biasa. 

Si isteri pula, selepas si suami ke tempat kerja. Membuat makanan untuk anak anak. Selepas itu rehat sehinggalah masuk ke dapur kembali pada jam yang dia suka. Apabila petang menjelma, si suami balik dan makan. Itu sahaja.

Bagi saya, surirumah ini tidak memenatkan langsung. Tak perlu bersusah payah nak kemas rumah, tak perlu fikir nak basuh baju, nak hantar anak ke sekolah. Nanti kalau rajin, si isteri akan buat kerja rumah, jika malas. Si isteri tutup perkhidmatan macam kedai runcit la pulak. Apabila suami balik dia akan makan dan tidak pula ditanya apa aktiviti kamu pada hari ini? Tiada.

Maka, beruntunglah andai kalian tergolong dalam golongan ini. Mana penat, tak penat kan?

3. Surirumah C, mempunyai anak seramai 3 orang juga. Bangun pagi pagi sediakan sarapan kepada si suami. Ah, sebetulnya zaman sekarang kan, dah JARANG BENAR si isteri sediakan sarapan kepada si suami. Ada, namun dah tak ramai yang buat begitu.

Apabila si suami pergi kerja, si isteri mengambil peluang masa yang ada untuk mengemas rumah, membasuh dan melipat baju. Jika rumah dah bersih dan tak perlu dibersihkan lagi, si isteri mengambil peluang untuk belajar menjahit manik atau apa apa jua yang boleh mengisi masa lapang beliau.

Dah tengah hari, masuk ke dapur memasak. Menguruskan kehendak anak anak, melayan kerenah mereka. Si isteri menyambung lagi kerja rumah. Melipat baju yang masih belum terlipat. Membuat apa jua kerja yang perlu.

Bagi surirumah ini, beliau juga penat. Penat kerana dirinya mungkin tidak betah melihat rumah tidak terurus umpama rambut yang berkerinting tebal. Kusut mata melihat rumah yang berselirat memanjang.

Wanita Berkeluarga dan Berkerjaya

1. Wanita A, beliau bangun pagi yang sangat awal. Siapkan sarapan, siapkan keperluan suami, siapkan keperluan anak anak seramai 3 orang. Sebelum ke tempat kerja, sapu rumah dulu. Mana yang boleh diselesaikan, dia akan selesaikan dengan baik sebelum turun dari rumah.

Pergi kerja dengan suami. Hantar anak anak ke sekolah. Si suami hantar isteri ke tempat kerja dan apabila tengah hari. Si suami ambil anak dari sekolah. Fuh, hantar pula kat pusat jagaan kanak kanak.

Pada waktu petang hari, suami dan si isteri balik dari kerja. Pergi ambil anak anak, sampai rumah. Si isteri uruskan hal ehwal anak anak. Masak untuk makan malam. Dah siap masak, iron baju pulak. Tengokkan kerja sekolah anak anak lagi.

Mata si isteri dah melepek dah.

Penat kan wanita ni?

2. Wanita B. Bangun pagi tak adalah pagi sangat. Urus anak anak 3 orang. Urus suami. Tak buat sarapan pun sebab tak perlu. Kedai makan banyak kat luar, apa susah. Pilih aje mana yang berkenan. Pulak dah.

Anak anak dihantar ke sekolah. Si suami hantar isteri kat pejabat. Pada tengahari pula, ambil lagi anak hantar ke pusat asuhan kanak kanak sementara mereka pulang dari kerja.

Pada petang, mereka berdua ambil anak anak dari pusat asuhan kanak kanak. Tak balik terus kat rumah, tapi mereka akan singgah ke kedai makan. Makan malam walaupun hari masih terang. Yelah, anggap aje makan petang itu ialah makan malam. Kan tak elok kalau makan malam lewat sangat.

Balik rumah, siapkan anak anak. Si isteri layan handphone, kerja rumah masih tertangguh. Nantilah, dah ada mood baru isteri buat. Anak anak bertelagah, ah biarkanlah mereka. Nanti nanti diam lah tu. Manakala si suami pula asyik tengok televisyen. Jadi anak menjerit atau meraung. Tak dikisahkan sangat. Cukup sekadar memberi cubitan atau rotan sekali seorang! Ah dah cukup untuk diberi pengajaran.

Urmm, tak berapa nak penat sangat wanita ini.

3. Wanita C. Anak ada seorang aje. Bangun pagi buat sarapan dan juga makanan untuk anaknya. Sementara masa masih ada, si isteri akan basuh baju, kemas rumah dan paling kokak dia akan sapu rumah sebelum keluar ke tempat kerja.

Si isteri hantar anak ke sekolah kerana sekolah anak tu sejalan dengan tempat kerja. Macam biasa, pada waktu tengahari, ambil anak dan hantar anak ke tempat asuhan. Balik dari kerja, ambil anak dan terus meluncur balik ke rumah.

Balik rumah, minta anak mandi dan siapkan diri. Masuk dapur, masak untuk makan malam. Suami balik, buat air untuk hilangkan dahaga sementara dihidangkan makan malam.

Dung dang dung dang, Selepas maghrib baru selesai hidang makanan, solat dan semuanya. Selepas makan malam, tengok anak buat kerja sekolah. Anak dah tidur, si isteri sambung kerja rumah. Lipat kain mana yang belum dilipat, basuh baju supaya tak terbengkalai dan melonggok menjadi gunung everest!

Wanita ini penat! Kerana dia menjalankan tanggungjawabnya yang tersendiri.

Sebab itulah, kita tidak dapat menduga pekerjaan apakah yang paling memenatkan. Pada dewasa kini, susunan hidup kita adalah bergantung kepada kita sendiri.  Jika dapat pasangan yang jenis tak kisah, memang agak berlemaklah si isteri. hahah. Yelah, tak perlu fikir sangat perihal rumah.

Mood baik, dia rajin. Mood ke lautan Hindi, dia berubah menjadi permaisuri M.

Ditambah pada masa sekarang, perniagaan online dah macam buy 1 free 10. Banyak sangat! Jadi ada sesetengah surirumah yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Anak ke tepi dulu, mak nak buat kerja ni. Terima pesanan, mengadap handphone lebih banyak berbanding menatap wajah anak anak.

Betul! Walaupun tak semua lah macam ni.

Zaman dah berubah beb! Jadi tak perlu nak beria benar claim kita ni yang paling penat dalam buat kerja! Ini kerana, ianya berbeza dengan seseorang yang lain.

Begitu juga pengisian bagi perempuan yang masih bujang.

Ada yang menggunakan masanya dengan hebat sekali. Penuh dengan pengisian hidup.

Manakala yang lain, tidak menggunakan masa yang ada dengan berkualiti. Rajin dia akan bersungguh, kalau malas dia rileks! Tak ada siapa nak marah. Ah, terasa sungguh dengan ayat ini. hahaha.

Kenyataan hidup ni berlaku disekeliling kita. Jadi, tak usah melatah.

Err, kalian yang mana satu agaknya eh? hehehe.



Wednesday, August 5, 2015

Sayang

Sejak akhir akhir ini, Afiq selalu bertanyakan soalan errrr. Soalan yang membuatkan kami berfikir 'kenapa dengan dia?'.

Kakak ipar 2 pada satu petangnya, memberitahu kepada saya.

'Afiq sejak akhir akhir ni sokmo tanya Ummi sayang dok Afiq?'

Selalu sangat tanya soalan tu.

Beberapa malam yang lepas, saya terdengar soalan itu di dalam bilik mereka.

'Ummi sayang dok Afiq?'.

Hinggalah pada malam tadi, ketika saya sedang berehat rehat melayan mesej kawan kawan.

Afiq masuk.

'Cuda sayang dok Afiq?'

Serius weh! Satu perasaan yang hiba sangat memenuhi ruang jiwa.

Saya jawab sayang!

Saya pandang muka dia. Saya tanya, kenapa Afiq tanya macam ni?. Dia hanya tersenyum. Fikiran saya berfikir bukan bukan namun saya tepis. Saya pandang muka dia, dia senyum sambil mencari cari highlighter saya untuk menconteng.

Lepas tu dia keluar dan bagitahu kat Ummi dia. Cuda sayang gok Afiq.

Saya tidak pasti adakah pertanyaan sebegitu normal bagi kanak kanak? Sementelah saya ramai sangat anak buah. Dah berpuluh puluh orang dah, namun tak ada yang bertanyakan soalan sebegitu rupa. Namun saya andaikan, setiap ibu bapa akan berasa terharu tahap gaban apabila diajukan soalan sebegitu. Yelah, saya yang bukan ibu pun rasa terharu, takkan ibu sendiri tak rasa terharu kot.



Ini gambar pada hari Selasa. Dah lama Afiq tak ke sekolah. Pada pagi tu, dia bangun dengan mood yang baik dan nak ke sekolah. Si Baihaqi yang mana mempunyai rekod kehadiran yang sangat cemerlang senyum girang.

Mana tak girang. Dah lama sangat Afiq tak ke sekolah bersama sama dia. Maka pagi tu dia sangat seronok!

Untuk ibu bapa, tak salah kalau kita marah atau pukul untuk tujuan mendidik. Namun apabila kalian dah tahap mendera anak anak, rasanya itu keterlaluan. Baru tadi membaca perihal kes kes dera kanak kanak.

Bila tengok muka mereka yang baru kenal dunia ni, dah cukup buatkan kita rasa sebak. Jangan cerita masa mereka tengah nakal. Itu membuatkan kita akan jadi raksasa nak marah mereka. hahaha.

Sayangilah anak anak kalian dan anak anak buah jangan dilupa ya!

Publish.




Saturday, August 1, 2015

Berhari Raya. Eh Bukan Bukan. Si Afiq

Kalau mintak gambar raya. Maaf cakaplah, memang tak ada yang proper. Mintak sorry sangat sangat. Gambar tak ada, namun cerita saya ada. Banyak sangat cerita.
Mulanya tadi nak bercerita pasal Afiq. Maka saya cerita pasal si Afiq dululah ya. Kena tulis sebelum lupa akan kenangan indah nian ini.

Baihaqi masih mengekalkan momentum kerajinan untuk ke sekolah. Sangat rajin. Adakala pada jam 6.40 pagi sudah terpacak di dalam rumah menanti saya untuk ke sekolah. Semangat dia sangat berbeza dengan ayahnya pada waktu kecil dahulu.

Mungkin kerajinan itu lahir daripada tabiat beliau suka bangun pagi. Morning person. Bagus andai perangai ini sampai ke besar. Eh sebenarnya apa saya nak cerita tadi ya? Ok.

Baihaqi masih lagi rajin namun berbeza dengan si Afiq.

Afiq sudah hilang momentumnya. Hilang di bawa arus angin yang menyapa. Hilang dan masih lagi belum dapat dikembalikan. 

Apabila Baihaqi datang ke rumah, dia selalu tanya.

'Mana Afiq? Afiq tidur lagi ke?'

Adakala ketika telah sampai ke sekolah, dah sampai depan sekolah pun. Eh Baihaqi masih lagi sempat tanya 'Afiq?'. Selalu terangkan pada dia bahawa Afiq tak datang ke sekolah.

Apabila di tanya pada Afiq. Bukan saya la yang tanya, sebab saya dah tahu reason dia tak ke sekolah.

Jiran sebelah rumah. 'Afiq tak pergi sekolah ke?' Dia akan jawab 'Afiq jaga Humaira'. Woww kelas sangat alasan yang dia beri. Entah macam mana dia punya jaga pun tak tahu lah.

Bila ditanya lagi pada hari yang lain, dia akan jawab 'Afiq selsema'.

'Afiq batuk'.

'Afiq tak sihat'.

Alasan sentiasa ada.

Memang tak boleh nak jangka apa dia akan jawab.

Tiba tiba kehabisan idea. Urgh! Nasib baiklah sekarang bukan di dalam dewan peperiksaan.