Wednesday, September 30, 2015

Along, Angah & Achik

Saya agak berat hati secara tetiba tatkala ingin bercerita dan menunjukkan gambar sepertimana di bawah. Harapnya tiada yang salah faham -nak menunjuk nunjuk- atau apa. Kerana bagi saya, menaiki pesawat pada zaman ini bukan hanya untuk orang kaya. Orang biasa macam saya juga boleh menaikinya. HEHE. Ah, mungkin saya yang over berfikir. Tapi memang setiap tindak tanduk kita tu, perlu kita fikir baik buruknya kan?

Pada bulan lepas, saya telah mendapat peluang untuk menaiki Along, Angah dan Achik secara sekaligus di waktu yang agak hampir antara satu sama lain.

Sekiranya kalian betul betul mengikuti blog ini, tentu akan tahu betapa saya gemar akan -gula gula kapas-  di langit biru. Awan awan yang memutih berkepul kepul sememangnya sentiasa menarik perhatian saya.

Namun kalian tahu tak, perasaan tenang ketika berada di langit biru telah bertukar menjadi ketakutan. HAHA.

Jikalau anak anak kecil yang tak tahu erti takut, yang sentiasa berani nak mencuba itu ini. Saya pula telah menjadi sebaliknya. Hey! Wazzap meng! Ya, aku telah menemui ketakutan baru dalam hidupku. Waduh, gusar di hati sangat tidak keruan.

Ogos 8, 2015

Tarikh di atas tu, sebetulnya semasa nak balik ke Terengganu. Beberapa hari sebelum itu, saya ke KL untuk urusan kerja. Namun jangan fikir kerja yang wow atau apa. Jangan. Saya kebetulan terpaksa pergi bagi mencukupkan orang sahaja. Lebih kepada sebagai pembantu kepada bos bos yang ada.

Nak dijadikan cerita, penerbangan saya dan bos saya adalah pada jam 3.40 petang. Kami naik kapal terbang dari KT-KL dan memakan masa selama kurang lebih 40 minit. Ketika itu, cuaca baik. Nak dijadikan kisah, tetiba kapal terbang bergegar melanggar awan. Saya dah tak senang duduk. Saya takut! Ketika itu ramai penumpang bising kerana terkejut dengan insiden gegaran tu. Yang bestnya, pramugara/i rileks jer.

Apabila pengumuman memaklumkan akan mendarat, sekali lagi kapal terbang bergegar. Rasa luruh jantung dan ketakutan semakin membesar. Ketika itu saya sememangnya duduk di tepi tingkap. Tempat kegemaran. hehe. Dan ketika ini, saya sangat takut dengan Along! Along merupakan anak sulung yang telah lama berkhidmat di negara kita telah berupaya menukarkan saya menjadi penakut. Sebetulnya agak stress apabila takut.

Apabila kami tiba di KLIA, sekali lagi penumpang bising [bukan marah tau, bising je] disebabkan kapal terbang tu agak terhoyong hayang ketika mendarat. Kami seolah olah kongsi rasa yang sama. Takut. haha. 

Alhamdulillah selamat sampai.



Pengalaman saya menaiki Along adalah semasa belajar dulu. Itulah kali pertama saya naik disebabkan hal emergency. Beli tiket sendiri, balik sendiri sensorang. Selepas habis belajar, dah kerja dan menaiki Along namun tak sempat merasai ketakutan. Kali ini, dengan sejarah Along yang agak teruk berjaya menipiskan keyakinan saya. Ketika nak balik, saya merenung tiket ini dan urrmmmm.

ps: dapat naik Along disebabkan urusan kerja. tak keluarkan duit sendiri. 

18 Ogos 2015

Saya ke KL untuk ke Aceh dengan menaiki Angah. Saya dah setkan dalam kepala, nanti bilamana isyarat pesawat akan mendarat sebentar lagi ke udara. Bersiap sedialah untuk merasai gegaran. Sebetulnya saya baru perasan akan hal ini. Selama ini mungkin saya tidak begitu prihatin dengan keadaan kot. Sebelum ini tak pernah nak tangkap rasa gegaran melanggar awan tu. Seingat saya, tak kot.

Namun selepas menaiki Along pada 8 Ogos lalu, saya menjadi lebih peka. Gegaran itu yang telah saya jangka tidak berupaya menenangkan saya -_-. Debaran kat hati tu jangan cerita lah. Memang sangat takut!



Sampai jua ke Aceh dalam ketakutan sendiri. haha.

Ogos 23, 2015

Saya pulang ke Terengganu dengan menaiki Achik. Dah lama benar tidak menaiki si Achik ni. Apabila memasuki ruang menunggu. Telinga saya dapat menangkap bunyi yang sangat bising. Ya Allah, bising sangat bunyi enjin Achik ni. 

Kami memasuki badan pesawat dan ketika nak berlepas tu. Fuh! Seolah olah sedaya upaya dia pecut naik. Macam berat sangat badan dia. haha. Saya dan penumpang di sebelah dapat dengar bunyi seolah olah macam nak tertanggal je besi kapal terbang ni. Serius! Tak main main.

Saat kami berlepas, saya pandang wajah penumpang di sebelah saya. Dalam kepala otak saya akak, saya sebenarnya takut! Kami hanya saling memandang, namun tidak bercakap. Lepas keadaan dah ok, baru kami berborak berbasa basi.

Cuma satulah kan, si Achik ni kita tak ada lah rasa bergegar sangat ketika dia nak turun. Ini disebabkan sayapnya berada di atas. Jadi gegaran tu kat atas sana aje la kot. Lega.



Ketika Achik mendarat di LTSM, saya memang terus aje pegang tangan orang sebelah. HAHA. Berani pegang sebab dia perempuan! Tayar Achik ni macam nak meletup. Takut. Selepas Achik dah betul betul selamat mendarat, perempuan di sebelah saya pun cakap 'dah patut tukar tayar baru ni'. haha. Saya memang nak gelak, sebab dia boleh fikir setahap itu. Adik di sebelah ini asal dari Medan, Indonesia  [ingat kan dia akak. hehe] yang berkerja di Kuala Terengganu.

Dan tadi,

September 30, 2015


Pejabat yang bayar tiket ni tau. Bukan bayar sendiri. Mohon maklum. hehe
Terpaksa sekali lagi melalui detik detik ini. Tadi saya takut betul. Dapat kita dengar macam ketulan ketulan ais melantun pada badan pesawat. Rasa dan dan je nak lari ke sebelah kawan saya. Itu lah, dalam takut takut sempat lagi pilih seat sebelah tingkap. huhu!

Bukanlah nak cakap sentiasa takut. Tidak. Kalau dia nih terbang rileks aje. Saya ok. Namun adakala tak dapat menepis rasa tu kat hati ni. 




Ini kali pertama saya melihat skrin seumpama ini. Sebelum ini tak ada pun. p.s Yelah, saya bukan selalu naik Along. Nak dijadikan cerita, bilamana pandang bawah. Rasa macam nak nangis. Saya selalu melihat skrin untuk mengetahui info yang dipaparkan. Berdoa agar semua selamat dan bermacam lagi. Bila melihat pada kelajuan dan ketinggian yang kami harungi, rasa macam pendekkanlah perjalanan ini, sampai cepat.

Ketika mendarat, tak berapa nak smooth sangat lah pulak. Macam terhentak tayar tu ke landasan.  Tapi biar aje lah, yang penting dah sampai.

Entahlah. Bagi saya:
1. Tak serik nak naik pesawat disebabkan kita adakalanya memang perlukan dia. Kapal terbang/kereta/bas/motorsikal hanyalah 1 alat untuk kita ke mana mana.
2. Tidak perlu berbangga naik Along ke, Angah atau Achik [baca naik kapal terbang], kereta yang besar lagi laju berdesup atau seumpamanya kerana yang penting kita selamat pergi dan kembali.
3. Dulu saya selalu fikir, kapal terbang hanya untuk orang kaya. Sekarang, jika kamu punyai wang RM50 dah cukup tambang untuk ke KT-KL [return!]. Err, tengok pada promosi dia la kan.
4. Dulu saya pernah bercita cita nak jadi pramugari. haha. Sekarang? Urmm, tak apa lah. Cukuplah kerja kat kampung ni je. Tak mewah tak mengapa, asal rasa bahagia. hehe.
5. Kagum kepada semangat pilot/steward-ess/pakcik makcik yang pergi haji berjam jam lamanya di atas kapal terbang. Macam mana eh orang yang selalu travel 8+ jam ke atas tu eh?
6. Sebetulnya, saya lebih suka menaiki van pakcik saya yang dah uzur tu berbanding naik kapal terbang. Tidak stress tidak takut dan lebih santai. Tapi itu lah kan, apabila faktor MASA di ambil kira. Nak tak nak kita terpaksa memilih pengangkutan udara.
7. Macam mana nak ajak anak anak buah naik kapal terbang ni bilamana saya sendiri dah jadi penakut! urmm. Sedih. 
Ah, seronoknya menjadi kanak kanak yang tidak perlu memikirkan ketakutan. Hanya hidup dengan gembira. Kalau anak anak takut hantu tu, urmmm siapa suruh momokkan mereka dengan hantu?

Hehe. Tamat sudah luahan hati. 

Err, apa pula ketakutan kalian agaknya eh? - smile



Sunday, September 27, 2015

Sembang - K o s o n g

Biasalah. Kalau blog mak/ayah budak, tentu akan diceritakan pasal ragam anak anak. Kalau blog hiburan, dah tentu bersusun cerita hiburan. Kalau blog travel, memanjang aje cerita pasal travel ke sini sana. Kalau dah namanya blog pangkat mak mak saudara ni, maka memang bermacam cerita lah yang akan dirojakkan dalam setiap kisah. 

Malam semalam, kebetulan anak anak buah ada balik kampung. Lantas terjadilah beberapa perbualan yang membuatkan saya tergelak. Bila berbicara dengan si cilik.

Drama A:

Sasha : kenapa orang Terengganu selalu bercakap ada 'nggg' kat belakang?
Fiya : aa selalu aje 'makang'..bla bla
Lepas tu mereka berdua gelak, macam teramat lucu bagi mereka. Mereka duk buat macam macam ayat yang ada 'ng' kat belakang.

Saya pun nak tergelak, tapi control ar. Kurang asam anak buah main ajuk ajuk kita cakap pulak.

Saya : mama cakap macam mana?
Sasha : mama cakap macam biasa aje lah. 

Drama B:



Watak 1 : Sasha



Watak 2 : Nabiha



Watak 3 : Afiq [yang sebelah kiri tu]

Sedang saya lepak kat rumah, tetiba ada 2 budak masuk dalam rumah. 

Nabiha : Bosan lah.
Sasha : aa, bosanlah.
Saya : kenapa bosan?
Nabiha : tak ada apa nak main.

Perbualan kami tak tamat setakat itu sahaja, tapi dah lupa apa kami bualkan.

Tak lama, saya masuk bilik untuk buat kerja pejabat. 

Nabiha : kenapa tak ada aircond bilik nih?
Saya : ada.. tu aircond [sambil tunjuk kipas] 
Nabiha hanya senyum.
Afiq : kekgi kalau Afiq buat rumah bintang, Afiq nak letak ekonggggg [ayat aircond ni dia panjangkan nada]

Afiq sambung lagi. Bila walid dapat gaji, Afiq nak suruh walid pasang tv dalam bilik. Muka tu sangat innocent! Hamboi mung Afiq, nok letak tv dalam bilik. haha. Saya tak terfikir nak letak tv bagai kat bilik.

Sasha : cuba Afiq sebut aircond
Afiq : ekonggg
Sasha : urmm ekong juga

Kebetulan ada botol air dalam bilik. 

Afiq : walid ada gak botol ni, wak mancing. walid letak urrmmm nape eh? [dia bercakap dan berfikir sambil cekak pinggang]. Macam comel je gaya dia masa ni.
Saya : walid letak nape? letak ikan ke?
Afiq : bukaannnn. urmmm nape eh?
Saya : letak umpan?
Afiq : hoo ye ar, letak umpan

Amboi dia punya cekak pinggang tu, macam gaya isu besar tengah berputar putar kat kepala.

Sasha dan Nabiha hanya mendengar. Saya alih topik. 

Saya : Sasha, cuba suruh Afiq cakap KL.
Sasha : Afiq pandai tak cakap KL?
Afiq : dok pandai cakap KL [suara dan nada dia alahai, tersangat naif!]
Sasha/Nabiha : Afiq pandai tak cakap KL?
Afiq : dok pandai cakap KL
Mereka gelak kat Afiq.

Sebetulnya, jika anak anak buah yang lain balik kampung dan berkumpul dengan saya. Boleh nampak sangat si Afiq ni akan menjadi tertib, santun dan mengharapkan saya menyebelahi dia. Kalau anak anak buah perempuan tak nak berkawan dengan dia sebagai contoh, dia akan berasa sedih dan akan cakap 'kakak Sasha takmo kawan dengan Afiq'. Macam tu la lebih kurang. Padahal, kalau tak ada orang kat rumah urmmm dialah yang paling juara. Fe'el tu jangan cakap ar. Kena sabar ajelah. 

Kami bersembang macam macam perkara. Tapi ada benda yang saya lupa apa yang kami sembangkan. 

Nabiha : Haa sebenarnya tak nak makan, tapi mama suruh makan. 

Saya tahan gelak. Pertama, sebab dia suka bahasakan diri dia Haa. Macam orang besar je lagaknya. 

Nabiha on off masuk ke dalam bilik. 

Saya : Afiq takmo tidur lagi ke?
Afiq : walid dok panggil pun suruh tidur.

Padahal dia nak lepak bersembang dengan kami. 

Afiq : masa afiq kecik, lidah afiq kecik je [sambil jelirkan lidah]
Saya dan Sasha : ehhhh, bakpe lidah Afiq panjanggg gitu??? [pura pura terkejut. haha]
Muka dia dah berubah macam cuak je. Dia takut takut jelirkan lidah dia.

Saya : eh ke Afiq raksasa??

Spontan dia jawab.

Afiq : dok, orang.

HAHA. Saya tak tahan terus gelak bila dengar dan lihat muka Afiq. Tolong lah Afiq, jangan buat muka naif macam tu. Tahu pulak jawab orang. Biasanya kan, dia nak jadi ultraman dan saya pula kena jadi raksasa. haha. Letih ar nak melayan.

Dalam hanpdhone ni ada kucing terbang. Afiq beria nak tengok.



Kami berempat duk pakat tengok pada gambar. Niat hati saja nak eskyen kat si Afiq. Nabiha dan Sasha dah darjah 2 & 3, kita tak boleh nak putar alam sangat. hehe.

Afiq : bakpe kucing ni takdok benda gitu? [sambil kedua tangannya digedik gedik menghala ke belakang]
Saya : oo sayap ke? 
Afiq : aa, sayap.
Dia sambung lagi bercakap. Afiq tengok burung terbanggg.

Saya terkeliru seketika. Eh burung memang boleh terbang. haha. Kita pulak yang terkena.

Selepas tu, saya tunjuk gambar lain.



Mereka cakap 'gemuknya kucing ni'.

Jadi tak ada point sangat, saya terus ke gambar lain. Gambar kucing memang banyak kat handphone walaupun saya sebetulnya tak suka sangat pada kucing.



Afiq : bakpe ye gitu? 

Saya tak jawab. Tapi terus ke gambar lain.



Bila saya tunjuk gambar ni pada Afiq. Terus dia 'urm dok payah ar'. Saya hairan, kenapa dia tolak handphone saya. Saya tunjuk lagi. 'dok payah ar'. Oo rupanya dia takut. Mungkin sebab mata kucing ni kot. HAHA. Jadi saya usik dengan tunjukkan gambar tu kat muka dia. 

Tak lama lepas tu, 'Afiq nak tidur ar'. haha. Pandai dia ni mengelak.

Sebetulnya Sasha dan Nabiha banyak lagi duk bersembang, cuma saya ingat ingat lupa.



Friday, September 25, 2015

Cenderahati dari Banda Aceh

Tak boleh tak share. Rasa nak tulis juga berkenaan dengan hasil daripada Banda Aceh. Bila ditolak bahagi kira campur semua, not bad juga sebenarnya hasil yang dibawa balik dari Banda Aceh. Pengalaman jangan cakap ar, memang tak terjual di mana mana shopping mall. Pengalaman tu untuk diri sendiri dan sedikit sebanyak telah dikongsi di MPS ni. Jadi mana yang baik ambil, mana yang kureng tu. Mohon diabaikan.

Sudah menjadi kebiasaan untuk saya membeli ole ole kepada anak saudara terutamanya. Nak dibeli kepada semua ahli keluarga, kali ni memang tak ar. haha. Dengan bajet yang ciput, memang tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian walaupun hati mengingini.



Saya dapat 4 helai baju kemeja untuk anak buah. Sehelai lagi ada kat gambar yang 1 lagi. Oleh kerana gambar tu agak kabur, maka saya post gambar ini aje lah. Kali ini, malas nak pening kepala fikir warna apa yang nak dipilih. Saya ambil keputusan untuk memilih warna merah tapi corak yang berbeza beza. Untuk Baihaqi saya dah pilih size 5 tahun. haha. Maafkan cuda ya Bai, sebab badan kamu terlalu comel untuk size 4 tahun. Kalau nak tahu, baju kemeja ini walaupun sizenya 5 tahun, tapi budak 6/7 tahun boleh pakai kot. Kain dia ringan dan selesa pada andaian saya lah.

Baju t-shirt dapat 2 helai. 1 lengan panjang dan 1 lengan pendek. Mulanya nak beli sehelai aje, tapi dah berkenan pada kedua dua corak ni. Maka diangkut ke kaunter 2 helai. Takut teringat ingat dan menyesal. Jauh oo nak patah balik nanti.



Ini rupa beca aceh yang kami naik sepanjang berada di Banda Aceh. Akan kami ingat kenangan manis di sana. Oh ya, baju t-shirt ini yang dibeli ini sizenya agak kecil maka telah berkira kira untuk dibagi kepada anak saudara perempuan.



Kuih kacang hijau Pulau Sabang tu sangat sedap! Sampaikan sepupu saya tanya bila awak nak gi Aceh pulok? Saya nak kirim kuih tu je. HAHA. Hamboi! Dia ingat Aceh - Kuala Terengganu ni, umpama 15 minit pergi dah sampai ke? 

Kopi yang berwarna hitam itulah, saya beli di airport bersama sama dengan seplastik keychain. Bila diingat kenangan di airport, terasa nak gelak pun ada. Itulah, orang nak travel dia pun nak travel. Bawa duit ciput! LOL. Kopi tu dapat diberi juga kepada kawan sepejabat.

Dapat juga Bubuk Kopi Ulee Kareng. Kopi ini saya beli ketika di kedai cenderamata. Harganya tak mahal sangat. Adalah dalam RM5 kot. Oleh kerana kopi ni saya beli adalah beberapa plastik, maka sempat kasi kat kawan pejabat juga satu plastik.

Socolatte itu pula hanya berharga RM3. Saya beli 1 dan berperisa coklat. hehe. Memanglah rasa coklat, dah nama pun coklat. Saja je beli coklat bar ni kerana orang tempatan yang buat. 

Manakala kuih yang bernama Bangket Putu Bambu itu pula juga berharga dalam lingkungan RM5. Tertarik kerana namanya putu bambu. Bila dah bawa balik, rupanya biskut ni sedap. Rasa dia macam biskut semperit tu. Kalau lah Aceh ni dekat, memang saya order biskut ni untuk raya. Serius sedap dan murah. Siapa tak nak kan?

Barangan lain yang sempat dibeli tapi tak ada dalam gambar ialah kain pasang sebanyak 2 persalinan. InsyaAllah masih lagi dalam perancangan nak buat baju apa eh. Kain batik juga sempat dibeli 2 helai. Cantik juga corak batiknya. Bolehlah untuk dibuat basahan atau untuk dibuat baju kurung. Eh! haha.

Ok, itu aje barangan yang saya beli. Semua harga memang dah saya convert kepada RM siap siap. Semoga dapat dijadikan panduan ketika membeli di sana. Senang cerita, kat sana barangan dia tak adalah mahal sangat pun.



Wednesday, September 23, 2015

Coretan Raya Idul-Fitri

Esok dah nak raya Aidiladha. Petang ni balik dari kerja on time. Ramai kawan sepejabat yang dah bercuti. Oleh kerana, masih banyak perkara yang nak dilangsaikan. Pejam mata tak payah bercuti lah aida oi!

Memandangkan esok raya dan masih ada lagi cerita yang tak sempat nak di muziumkan di sini. Urmm, curi curi masa aje la menaip.

RAYA DI RUMAH



Seperti tahun tahun yang lepas. Ahli keluarga balik beramai ramai. Aktiviti rutin anak anak buah ialah bermain bunga api. Setakat bermain 2 3 orang memang tak syok arh! Untuk merasai kemeriahan hingar bingar, lebih elok andainya bermain secara berkelompok. Memang meriah terutamanya kalau ada anak anak kakak 2. Memang sangat havoc.

Tahun ini, sempat juga beraya di rumah saudara mara. Dan yang penting, tahun ni juga agak rajin menziarahi kawan kawan. Syok sangat beraya. Ada kawan kawan datang ke rumah walaupun raya dah masuk hari ke 6 macam tu. Sempat jamukan mereka dengan masakan sendiri. HAHA. Nasib baik ada adik 4, dialah yang banyak menolong di dapur. InsyaAllah andai ada rezeki, nak kekalkan menjamu makanan kepada saudara mara dan sahabat handai. Aminkan beramai ramai. Amin T_T

RAYA DI PEJABAT

Pejabat dah plan nak buat jamuan raya pada minggu terakhir Syawal. Seperti tahun tahun yang lepas, kami biasanya membuat potluck. Ada yang bawa kuih muih, ada yang bawa laksa, laksam, cocktail dan bermacam jenis makanan yang saya sendiri dah lupa.




Tapai. Kalau nak tahu, tapai kat Terengganu ni kebiasaannya akan dibungkus dengan daun getah. Selepas dah siap dibungkus, tapai akan diletakkan di dalam periuk dan dibungkus dengan kain batik atau apa apa kainlah. Tapai biasanya memakan masa beberapa hari untuk masak. Jika dah masak, perghhh! Sedap. Manis dia tu kan, memang meresap pada mulut. Cuba letak dalam peti, makan semasa dia sejuk. Lagi lah nyum nyum!




Kawan sepejabat sibuk menyusun atur makanan. Saya memang jarang sangat mengambil bahagian menyusun atur makanan. haha. Bukan tak pandai. Tapi jika ada yang lebih pandai daripada kita, apa kata kita kasi aje lah mereka buat. Tolong sikit sikit bolehlah.



Kak Dah-Me-Sue
Ini selepas jamuan dah. Dah penat makan, kami saje ambil gambar. Ada dikalangan kawan kawan saya tak berapa gemar bergambar. Tapi kawan saya si Sue ni, biasanya dia rajin melayan kerenah saya. haha. Thanks!


RAYA TEMPAT KERJA

Seperti kelaziman tahun tahun sebelum ini. Hari raya kat tempat kerja juga dilakukan pada minggu akhir Syawal. Tahun ini saya agak rajin sikit nak pergi ke dewan untuk beraya bersama warga kerja yang lain. Biasanya saya mengambil pendekatan, pergi -makan-dan-terus balik.

Namun pada tahun ini, saya rasa macam nak beraya.


Emie-Kak Ta-Kak Tie-Me
Sempat berjumpa dengan kawan kawan sekerja pejabat lama. Ramai akak yang satu pejabat dulu dah terpecah kepada pelbagai department yang lain. Oleh kerana banyak sangat pusat kat sini, agak susah nak berjumpa sebetulnya. Raya untuk warga kerja memang meriah. Inilah masa untuk kita berjumpa kawan kawan pejabat yang lain. Ketika inilah kita boleh pusing dari satu meja ke satu meja mencari makanan. haha. Setiap pejabat dah diperuntukkan untuk menyediakan menu masing masing. Contoh pejabat A sedia satay, pejabat B sedia air cendol, pejabat C kambing golek. Macam tu lah. Memang sedia kaki dan perut aje nak berjalan dari satu meja dan makan! hehe.

Dan yang lagi best, sempat lagi jumpa kawan kawan lama yang dah giler lama tak berjumpa. Dengan akak akak yang biasanya banyak kami berhubung mengenai kerja di telefon. Bila dah jumpa face to face, sempat bergambar kenangan.

Suasana ketika ini sangatlah meriah. Bising jangan ceritalah. Bukan bising apa pun, bising dengan lagu raya je. Ramai sangat orang ketika ini. Pelajar ada, staf ada, anak anak yatim dan ibu tunggal pun ada. Ianya adalah sesuatu yang normal bagi kami apabila melihat keadaan seumpama ini.



Ini bukan makanan saya sorang aje tau. haha. Nampak aje banyak. Tapi kami main ambil dan makan separuh kat pejabat. Tak larat nak makan semua kat dewan ni. Jadi tak nak lah membazir, kami ambil keputusan untuk balik pejabat.

Oh ya, gambar kami semuanya agak kabur disebabkan handphone kawanku telah diselubungi wap. haha. Kami memang hairan, kenapalah gambar ala ala blur macam ni. Rupanya handphone kesejukan kerana aircond.



Tuesday, September 22, 2015

Baik Buruk Viral

Beberapa minggu ini, terdapat tuntutan kerja yang perlu dilunaskan dengan kadar segera. Nak dijadikan cerita, semester baru telah bermula pada 6 September yang lalu. Balik dari kerja agak lewat dan biasanya balik apabila dah maghrib. Apabila waktu pejabat, kami agak terkekang masa dengan melayani pelajar. 

Agaknya apa kaitan baik buruk viral dengan entry kita kali ini?

Tidak lama dahulu, saya pernah terbaca mengenai 1 komplen daripada seorang pelanggan yang berurusan di kaunter dan menjadi viral di media sosial. Pelanggan tersebut telah mengadu bahawa beliau tidak dilayan dengan baik oleh petugas kaunter.

Dan sepanjang 2 minggu lebih ini, sejujurnya saya banyak menghabiskan masa di kaunter untuk melayan banyak soalan daripada pelajar, permasalahan pelajar pada transaksi mereka dan bermacam lagi. Hinggalah sampai satu ketika, saya berfikir apa lagi yang boleh saya tolong kepada pelajar ini semua. Sebelum tertidur [kalau sempat, kalau tak sempat memang terus tidur. haha], saya cuba setkan dalam minda untuk menolong dan memudahkan seberapa yang mampu kepada adik adik yang datang ke kaunter. Ya, tanpa mengira kamu India, Cina, Melayu. Layan tetap sama rata. Adakah ianya menjadi realiti? Oh tidak semudah yang kita sangka.

Apa yang saya akan tulis ini adalah pengalaman diri sendiri. Jadi kiranya tidak menyamai dengan perasaan kalian, saya mohon sorry banyak banyak.

Melayani pelajar yang datang hampir setiap masa ke kaunter menuntut satu kesabaran yang tinggi.

Perlu sabar menjawab soalan.
Perlu sabar menerangkan apa yang ada di dalam modul mereka.
Perlu cekap berfikir dan menganalisa permasalahan mereka.

Namun adakala saya tewas. 

Apabila kita dah berulang alik dari tempat duduk kita dengan kaunter, yang saya rasa kalau dikira jarak perjalanan saya tu kan. Agaknya dah menyamai beberapa kilometer kot. Adakala diri kita akan urmm, malasnya nak pergi kaunter! Bukan sengaja ngada ngada tak nak pergi, namun otak penat! Tapi kaki tetap melangkah menjalankan tanggungjawab.

Pada satu hari, saya memang sangat penat melayan dari pagi hingga ke tengah hari. Sampai waktu petang, datang beberapa pelajar. Mereka ada menghantar beberapa dokumen namun apabila saya semak, ianya tidak lengkap. Kecewa yang bersilang silang dengan rasa penat membuatkan saya secara spontan rasa nak marah! Namun akal cepat bertindak memujuk, saya ambil masa beberapa saat untuk menenangkan diri bagi menerangkan kepada pelajar apa yang perlu mereka lakukan. Kat wajah jangan cakaplah, memang tergambar wajah kesal/kecewa. Saya yakin pelajar di hadapan saya dapat lihat air muka saya yang tegang tu. 

Saya perhatikan, ramai pelajar [walaupun bukan semua] tidak begitu minitikberatkan memo penting yang diupload di dalam modul mereka. Banyak maklumat di hujung jari dan mata mereka terbiar sepi tidak diusik. Itulah perkara yang sangat saya terkilan.

Semasa saya di tempat duduk selepas melayani pelajar tersebut, saya berfikir. Andai ada pelajar yang mengambil gambar [sepertimana viral yang pernah saya baca], atau andainya ada aduan daripada pelajar tentang mereka dilayan dengan tidak mesra pelanggan. Tentu saya akan mengalami kekalahan yang sangat teruk! Macam Malaysia kena belasah bola. haha.

Kerana itulah, pandangan saya mula berubah kerana saya juga pernah berurusan di kaunter bank/PTPTN dan dengan manusia! Ya berurusan dengan manusia dewasa ni kan, lain macam sikit ragamnya.
  • Jangan mudah kecewa andainya ketika berurusan di kaunter, mereka macam acuh tak acuh. Mereka juga manusia. Ada mood tersendiri.
  • Jangan mudah nak bengang andainya anda diminta untuk melengkapkan salinan ic contohnya ketika berurusan dengan PTPTN. Siapa suruh kamu tak buat salinan betul betul?
  • Jangan mudah hukum seseorang itu kerana kita tidak tahu bahawa mereka telah penat sepanjang di kaunter. Mungkin 99 senyuman telah dia lemparkan dan hanya 1 masam yang dia lemparkan kepada anda. Tak kan nak dihapuskan 99 senyuman tadi dek kerana 1 masam? Urmm.
  • Jangan mudah nak viral mengenai sesuatu terutama yang melibatkan maruah seseorang insan. Teringat saya akan imam yang ditampar oleh seorang lelaki minggu lepas. Entah kenapa, saya tidak setuju dengan video tersebut. Beliau ada maruah, airmuka nya berubah ketika ditemuramah oleh wartawan. Entahlah. Cubalah viralkan benda benda yang elok. Hish! 

Dan saya pernah rasa, tengah tengah geram dengan pelajar. Apabila urusan mereka dapat diselesaikan. 'terima kasih akak, maaf kerana menyusahkan'. Dusshhh!!! Terus hati sejuk macam salji turun. Automatik ayat keluar kat mulut 'sama sama. tak adalah menyusahkan. tapi lain kali baca apa yang kami upload. Kalau tak, memang kamu tak kan tahu'. Ya, sempat lagi menceceh. haha.



Sunday, September 20, 2015

Sayonara Aceh!

#owh cerita sangatlah panjang # tapi kisah berbeza beza 

Malam tadi, kami mulai mengemas barangan di dalam beg. Hasilnya Jan memperolehi 2 beg manakala saya pula maintain 1 beg. Jan banyak sangat beli kain pelekatlah, beg lah, kopi lah. Macam macam dia beli. Saya pula hanya membeli barangan asas sahaja.

Ketika kami berkemas tu, Jan ada bagitahu bahawa kita dok makan pun ork maggi ni. Yelah, nak makan macam mana. Mangkuk tak ada, sudu tak ada. Tetiap malam pergi restoran Mee Razali. Hasilnya maggi ni terbiar sepi menjeruk rasa di dalam plastik. Jan bagi cadangan agar diberi maggi tu semua kepada staf di kaunter hotel. Ok juga idea tu. Lagipun dia dah tak nak bawa balik maggi tu.

Kalau nak tahu, bilamana duduk bersembang di kala malam time nak tidur. Kata kata ini akan bergema di angkasa bilik kami 'dok caya rasa, esok kita nak balik doh'. Ya, terimalah hakikat bahawa esok pagi dah tiba masa untuk kami pulang ke negara yang tercinta. 

PAGI 22.8.2015 - SABTU
Hari ini merupakan hari ke 4 kami di Banda Aceh. Hari ke 4 bermakna hari terakhir kami berada di sini. Plan kami sebetulnya berubah apabila melihat waktu penerbangan kami. Bilamana melihat waktu penerbangan adalah dalam jam 2 petang, lantas kami plan nak check out terus dari hotel, bawa beg siap siap dan terus ke airport selepas ke muzium tsunami.

Hari terakhir ni, kami sempat merancang nak ke muzium tsunami. Sebab itu hari walaupun kami dah pergi tapi muzium tutup. Kami nak sangat ke terowong harapan ke apa eh nama dia tu? Nak masuk kat situ lah. Oleh kerana notis kat muzium maklum dibuka pada hari ini, gigihlah kami nak ke sana pagi ni. 

Sebelum check out, kami pastikan tiada barangan tertinggal. Eh, tetiba ada 1 kisah spontan yang lucu!


Gambar kenangan ini masih dalam plastik diambil dan dihantar through whatsapp oleh Jan semasa kami balik ke Malaysia. Lawak betul!
Me: Jan, ni nape eh?Jan: Oo maggi.Bila saya cek, nampak macam bukan maggi. Pelik je. Hati dijentik rasa hairan. Yang saya nampak berus gigi, sabun.
Me: Benda apa nih?? - sebab dah terlalu hairan.
Jan: Aku nak bagi ke Fendi. [padahal kami tak plan lagi nak ambil dengan Fendi untuk hantar ke airport]
HAHAHAHAHA! - gelak sakan. Selepas membelek baru perasan, maggi kat bawah sekali sebab dah terlindung dengan toiletries ni.
Kami sama sama gelak.
Me: Nasib baik aku cek. Agak agak gok kalau nak bagi ke orang pun. Berus gigi, sabun mung ingat ye dok kejut ke dapat benda ni seme? Aku rasa ni lagi teruk berbanding pengakuan kami nggak ada uang. Kami gelak sakan.
Saya sehingga kini, tak dapat berfikir, dari mana datangnya idea nak kasi semua toiletries tu kat supir kami si Fendi. 

Saya ambil satu persatu berus gigi, sabun, shampoo ni semua letak kat dalam plastik. Saya rasa inilah insiden yang paling lawak ketika kami di sini. Jan akhirnya mengalah dan dia cakap yelah aku bawa balik je la eh. haha. 


Cantik kan nama dewan kat hotel ni, rasa macam kat Mekah je
Ketika kami dikaunter, kami berkira kira tentang tambang untuk ke muzium. Duit kami dah tinggal sisa sisa nih. Memang sangat haru, dalam keterdesakan wang sempat lagi kami fikir nak ke muzium. haha. Tanya kat receptionist, kalau mereka tolong call teksi dan hantar ke airport berapa kosnya? Dia cakap IRxxxx [tak ingat berapa kosnya]. Lalu saya cakap kat Jan, apakata kita suruh receptionist ni call nombor Fendi ni. Kita tanya dulu berapa harga dengan dia, lepas tu kita decide la nak ambil yang mana. Sampai tahap tu sekali kami nak jimatkan duit. haha. Tapi sempat juga kami beli international adapter plug. Harga dia RM3 aje. haha. Memang kami terus beli tanpa tawar menawar. Harga mampu milik!

Bila dah call si Fendi dengan menggunakan telefon staf kat kaunter tu, kami dah buat keputusan untuk ambil dengan Fendi yang mana merupakan supir kami pada hari pertama. Harga boleh runding. Kiranya agak murah berbanding yang diberitahu oleh receptionist.

Kami check out dan tak lama kemudian si Fendi datang ambil kami.

Tanpa membuang masa, perjalanan kami terus ke muzium tsunami. Namun mendukacitakan kerana muzium betul betul ditutup kepada pengunjung. Kami dah tak tahu nak pergi mana. Dahla kami ni keluar awal pagi. Jam baru kira kira 9.30 pagi macam tu.

Lantas si Fendi membawa kami ke rumah Cut Nyak Dhien. Mungkin dia tahu yang kami ni kecewa kot. Dia tak caj pun tambang untuk ke sini.

Sebetulnya rumah ni dah kami pergi pada hari pertama, namun tutup. Jadi kiranya ini kali kedua lah kami datang ke sini.

RUMAH CUT NYAK DHIEN


Baca sendiri. Rasa malas pulak nak menaip



Suasana dalam rumah Cut Nyak Dhien



Ada peluang, datanglah ke sini. Ajak anak anak, ajak keluarga, ajak kawan kawan, ajak jangan tak ajak. Saya pergi sekali rasanya dah cukup lah. Tak nak pergi lagi. huhuhu.


Thank you Fendi sebab ambilkan gambar kami
Ketika kami berada di sini, ada seorang wanita yang kami agak dia bertanggungjawab menjaga rumah sejarah ni kot. Beliau sukarela menerangkan semua cerita sejarah kepada kami. Menarik tentang rumah ini, ianya dibina tidak menggunakan paku. Cerita mengenai Cut Nyak Dhien sangat menarik jika betul betul kita hayati. Tapi sejarah kat negara kita pun, tak kurang menariknya.

Nak dijadikan cerita, adalah 1 kisah haru. Selepas kami bergambar di dalam rumah ini dan mendengar penerangan beliau. Kami pun nak beransur baliklah kan. Ketika selesai bersalaman dengan wanita tu, kami dah turun dari tangga. Tetiba wanita tu panggil.

Ucapnya:
'Biasanya kalau yang datang ke sini, akan memberi sumbangan. Jika ada sumbangan, bolehlah bagi ke tabung ini'.
Gulp!! Telan liur. Kami memang tak ada duit yang sesuai untuk bagi ke tabung ni. Duit dalam purse hanya untuk tax. Jangan gelak eh. Akhirnya saya bagi IR2,000. Duit syiling ada, tapi tak kan saya nak kasi syiling kot. Saya tahu jumlah tu sikit sangat -_-  Nak kasi pun tak sampai hati. Segan pun ada. Tabung tu kosong, hanya duit saya yang ada kat dalam tu. Rasanya wanita tu naik pitam tengok duit saya bagi tu. hahaha. 

Sebetulnya kami langsung tak terfikir pun perlu kasi sumbangan masa datang kat sini. Jadi kiranya kalau kalian nak datang ke sini, siapkan terus duit yang nak disumbangkan tu. Jangan jadi macam kami.

Kami gelak bilamana teringatkan kenangan kat sini. Jangan ingat orang Malaysia yang datang kat sini semuanya kaya kaya. Nak nak orang macam kami ni haa. hahaha

Ketika dalam perjalanan ke airport, si Fendi ni suka pasang lagu lagu best. Memang best pun lagu lagu dia. Jan siap cakap nak beli mp3 dia. Bisa bisa. Sanggup nak beli mp3 tu, tapi nak bayar duit RM lah.

AIRPORT TAX
Sampai kat airport. Masa nak turun dari avanza supir kami. Jan bayar tambang dan dengan penuh kesopanan:

Jan: ini untuk kamu. makanan dari Malaysia [saya dah terkejut sambil tahan gelak! makanan dari Malaysia?? padahal maggi. HAHA]
Fendi: oowwhh..mekaseih
Jan: ini wang RMxx untuk kamu

Kami dah berpakat nak kasi duit RM kepada si Fendi, sebab sudi layan kami dengan baik sepanjang berada kat sini. Dahlah tak berkira pasal tambang. Mudah nak berurusan.

Kami sempat singgah ke satu kedai ni. Nak dijadikan cerita, kami sebetulnya agak keliru mengenai cukai lapangan terbang. Saya dah sediakan IR100,000 bersamaan RM30 duit kita untuk tujuan tax tu. 

Masuk kat dalam kedai serbaneka tu, saya tanyakan tentang kos sebenar airport tax. Penjual perempuan tu jawab airport tax dah tak ada. Uishhh! Suka hati kami. haha. Terasa macam kaya kembali. Tapi kami tetap gusar, jadi berulang kali kami tanya dia. Lalu dia bertanyakan kawan kawan dia yang merupakan pekerja bahagian kaunter penerbangan [melihat pada uniform mereka], maka sahlah airport tax TAK ADA! Yahoo.com! Jadi kalian usah khuatir tentang tax semua ni, memang tak ada.

Bagi meraikan ketiadaan tax, saya pun membuat keputusan untuk membelanjakan habis duit tu. haha. Memandangkan cenderamata belum saya beli untuk kawan kawan pejabat, maka saya plan dengan RM30/IR100,000 tu, dapatlah saya berbelanja sikit. 

Dalam banyak banyak barang, adalah ternampak keychain. Saya tanya berapa satu keychain tu? Penjual perempuan tu cakap seringgit lebih kot. Duit saya memang tak cukup untuk lebih kurang 22 orang. HAHA. Insiden giler kentang terjadi lagi.
Me: Kalau saya beli banyak, boleh kurang tak?
Penjual perempuan : Mau berapa?
Me: Urmm, nak banyak ni. Jap saya kira.

Saya ambil 1 persatu keychain sehingga cukup 22 orang.
Banyak ni, 22. Boleh kurang tak? Lihatlah, betapa gigih sesi tawar menawar berlangsung. haha. Padahal kalau difikirkan secara logik, kat kedai serbaneka di airport pula tu, mana boleh tawar kan? Tapi kami main hentam aje. HAHA. Cuba nasib.
Penjual perempuan tu kasi! Happy sangat. Jan tak beli keychain, dia beli kopi. Banyak juga dia borong kopi kat sini. Saya memang tak dapat ar nak beli kopi. Harga kopi dah RM3 lebih. Jadi memang duit tak mencukupi dah. 

Masa nak bayar tu, hati teringin juga nak try beli kopi. Terus tanya penjual tu, kalau dengan kopi dan keychain ni kan, boleh dapat tak dengan duit IR100,000 nih? Memang tak untung lah penjual tu hari ni dapat kami. Tapi kami doakan dia dapat rezeki yang lebih di hari lain. Amin.

Baik hati sangat dia ni. Dia kasi lagi. Dahlah tu, siap kasi free gift pada kami keychain sorang satu! Siapa yang tak happy kan?

Tapi sempat warning kat dia. HAHA.

Kalau ada airport tax, kami hantar balik kopi dan keychain ni semua.  


Dia gelak sakan bila kami cakap macam tu. Oleh kerana dia baik, sempat kami bergambar sama sama. Ewah! 

Masa kami sedang membeli tu kan, si Fendi datang bawakan mp3 tu untuk Jan. Bagus betul, si Fendi sanggup pergi cari tu. Padahal Jan bukan nak portable mp3 tu. Jan nak simcard dia je. Lantas si Fendi cakap oo nggak bisa. ada foto dalam tu. Haha. Tulah, macam macam lagi permintaan kan.



Dah siap masukkan baggage. Kami terus ke tingkat atas airport ni. Sebenarnya kalau kalian nak ke sini, tak perlu kelam kabut sangat. Contohnya kalau flight korang jam 2 petang, jam 12 tengah hari boleh datang lagi. Sebab airport dia kecil aje dan tak jauh sangat pun kalau nak berjalan. Kami dapat rileks lagi kat tingkat atas airport ni sebelum dapat masuk kat departure hall.



Sayonara Aceh~!! 


Merah membara. Mereka ni macam berjanji aje kemerah kemerahan

Walaupun berat hati nak melangkah balik. Tapi kena melangkah juga, sebab duit IR sdah hampir habis. Cuma ada baki duit syiling berjumlah IR1,000 = 30 sen. haha. Kali pertama saya habiskan duit kertas IR bilamana datang Indonesia. Sebelum ini, mesti akan ada baki duit kertas Rupiah tu.




Kami mula meninggalkan bumi Aceh menuju ke Kuala Lumpur. Kelihatan kehijauan masih lagi menyebelahi Banda Aceh. Tak banyak bangunan tinggi pun kat sini. Siapa yang nak lari dari kebisingan kota. Cubalah datang sini.

TAMAT LAH KISAH ACEH. 



Friday, September 18, 2015

Setengah Petang di Taman Putroe Phang

Selepas ke pantai yang tidak kami ketahuan namanya, perjalanan diteruskan ke Taman Putroe Phang. Apakah itu TPP? Bagaimana tempatnya? Entah. Kami pun tak berapa pasti. Demi untuk 1 kepastian kami minta supir bawakan kami ke sana. 



Ini jalan yang kami lalui semasa menuju ke taman. Tak pasti kenapa pokok tu di cat berbelang belang sebegitu rupa.



Sekali tengok macam kat Cameron Highlands pun ada.



Taman ni taklah jauh sangat dengan pantai tadi. Dalam 10-15 minit kot, kami sampai kat taman tu. Sekali tengok tak ada benda yang menarik sangat. Kami masuk ke dalam sambil sambil melihat pemandangan sekitar taman. 



Kami berjalan merentasi satu jambatan gantung untuk ke sebuah tugu berwarna putih ni yang tersergam kukuh. Sampai kat sini, sempatlah juga ambil gambar kenangan. Kami baca baca info sikit. Taman Putroe Phang ini ialah Taman Puteri Pahang. Dalam bahasa Aceh, Putroe itu Puteri. Phang itu Pahang. Kisahnya dulu Sultan Iskandar Muda memenangi peperangan dan berjaya menawan kerajaan Pahang, Johor. Nak dijadikan cerita, Sultan Iskandar Muda ni tertarik kepada Puteri Pahang disebabkan kecantikannya, budi bahasa dia. Dalam syarat peperangan, siapa yang menang dia boleh ambil apa yang dia suka macam rampasa perang. Jadi Sultan ni dapatlah peristerikan Puteri Pahang. Dibawanya balik ke Aceh. Bagi mengurangkan rasa rindu Puteri Pahang kepada keluarganya di Pahang sana, dibinanya tugu ini khas untuk isterinya. Lebih kurang macam tu lah kisahnya.



Pemadangan dari jauh tugu Puteri Pahang. Bila lihat air tasik [jika boleh dipanggil air tasik], nampak macam tidak berapa dijaga dengan penuh kasih sayang. Kebetulan semasa kami ke sini, terdapat renovasi bagi taman ni. Banyak betul tempat diaorang tengah baiki. Muzium baiki, Masjid Raya Baiturrahman pun dibaiki kat kawasan depan masjid tu. Tapi tak kisahlah, janji kami sampai ke sini.



Boleh baca jika nak tahu kisah sebenar. Tapi agak blur tulisan tu.

Kami hanya berputar di kawasan ini sahaja sebab dah tak tahu nak pergi mana. Selepas dah puas berada di sini, kami nak balik. Sekejap je kami datang sini. Adalah dalam 20-30 minit kot. Mungkin tak berapa banyak tempat atau apa apa tarikan yang menarik hati dan pandangan mata. 

Kalau kalian nak cuba datang sini, bolehlah datang. Mana tahu pengalaman kita ni berbeza. Kami sebetulnya tak jumpa satu lagi tugu kat sini. Bila dah balik Malaysia barulah Jan jumpa tugu tu kat instagram. 



Semasa  kami berada di depan pintu pagar utama taman ni, Jan sempat membeli beberapa batang makanan. Urmm ala macam sosej, sate ke apa entah. Saya jenisnya tak suka mencuba sangat. Jadinya Jan yang beria makan. Tekak saya ni cerewet sikit. Harga 1 cucuk tu kan, murah betul. Percaya tak harga dia adalah dalam lingkungan 30 sen aje! 30 sen. Kita nak bayar pun rasa kesian. Baki duit tu Jan sedekah aje.

Lokasi seterusnya ialah Mee Razali. Yaa, tiap tiap malam kami ke sini. Makanan kat restoran ni mahal la juga. Yelah kan, kalau 1 pinggan mee harganya dalam RM8/pinggan, agak mahal la kan. Dek kerana sedap, kami memang tak kisah sangat tang harga dia tu. Kira oklah kan. Kami hanya makan pagi je kat hotel, makan kat luar sekali je. Wah. Memang bajet sangat. Sebetulnya tak terfikir pun nak bajet pasal makan, tapi bila kita dah sibuk jenjalan. Haaa makan pun boleh lupa. Hanya signal lapar yang mengingatkan kami akan time untuk sorruuu!  



Ini harga makanan kat restoran ni. Malam ni kami makan mee rebus sotong aka cumi cumi dan daging. Tapi malam ni kami berpenat lelah menghabiskan mee. Maunya tak, tetiap malam kami makan mee. Tekak pun dah tepu!



Lepas makan balik hotel sebab esok dah nak balikkkkk. Saya yang mulanya plan nak cari baju kemeja untuk bapakanda malam semalam, telah membatalkan plan tersebut. Ini memandangkan bajet tidak mengijinkan saya ya dong. Tak mengapa, lain kali lah kita beli eh. 



Masa balik hotel sempat lalui sebuah gerai apam balik. Saya syak, apam balik adalah berasal dari Indonesia. Sampai hotel, kami semak tiket flight. Mati mati ingatkan flight kami jam 4 petang, rupanya jam 2 petang camtu. Haish, nasib baik semak sebelum hari esok. Jadi kami ubah plan untuk esok. Daaaa~!



Wednesday, September 16, 2015

Makam Syiah Kuala

Hari ke 3 [21.08.2015 - Jumaat] 
Hotel Mekah 

Bangun pagi kami pada hari ketiga di Aceh tidak membuatkan kami leka seperti hari kedua. Kami tidak membuang masa dalam bilik lama sangat. Ini bagi mengelakkan makanan habis. Kami turun makan dan sempat mengambil beberapa keping roti. Kami bungkus dalam tisu. HEHE. Untuk buat bekalan sementara menunggu makan tengah hari. 

Aktiviti kami pada pagi hari ialah tidak ke mana mana pun. Maklumlah hari ni adalah hari Jumaat. Jadi kami plan nak bergerak selepas solat Jumaat. Lagipun dah tak banyak tempat kami nak pergi dah. Hari ni kami nak ke Makam Syiah Kuala. 

Selepas makan pagi, kami bergerak ke hotel Madinah untuk menumpang line internet. HEHE. Kami lepak di hotel tu dari pagi sehingga tengah hari. Bila dah hampir solat Jumaat kami beransur balik ke hotel Mekah. Kami persiapkan diri dan solat jamak siap siap. 

Turun dari hotel terus kami mencari beca. Hari ini kami direzekikan berjumpa lagi dengan pak supir malam tadi. Ala yang bawa kami ke restoran Mee Razali tu lah. Beca dia agak berumur, tidak seperti beca Pak Anto yang masih baru lah juga. Takut tu tak adalah sangat bilamana naik beca pak supir ni, tapi rasa macam wuhuuu. Extreme. Ngada ngada je rasa extreme sebab kalau toleh belakang boleh nampak penunggang lain. Ini disebabkan kanvas beca pak supir ni sengaja dibiarkan terbuka. Jan tengok ar belakang. Tapi Jan takmo tengok. haha. Dia takut kot. 

Kami melalui jalan jalan yang saya rasa macam dah cam sikit. Macam tak cam sangat. 



Dengan beca ini pak supir gigih membawa kami ke destinasi yang kami ingini. Sekali tengok macam beca ni tak mampu nak melepasi besi di tengah jalan ketika kami nak naik jambatan. Err mungkin kami ni berat kot. hehe. Tapi kan, dalam macam tak boleh tu, rupanya boleh je motor ni lepasi halangan tu. Beca terus dipacu. Ketika melalui kampung ni, rasa tenang dan mendamaikan. Yelah kan tempat kita tak biasa pergi, memanglah kita rasa lain sikit. Seronoknya lebih sikit, damainya lebih mendekat. 



Dah sampai ke perkarangan Makam Syiah Kuala. Sekali tengok tempat ni macam pondok agama je. Beca melalui batu batu kecil dan tayar cuba dielak dari melanggar ketulan batu yang besar di atas tanah. Akhirnya pak supir parking beca di bawah sebuah pokok. Angin bertiup sederhana kuat mungkin disebabkan tempat ini betul betul di sebelah laut. 




Kami terus berjalan ke makam tapi sambil ke sana, kami sempat mengabadikan beberapa foto. 

Di dalam makam  kami tidak dibenarkan mengambil foto. Ketika itu ramai pengunjung yang datang melawat makam ini. Mereka semua sama sama menyedekahkan bacaan Yassin dan doa. Bila dah selesai, kami terus keluar memandangkan Asar dah masuk waktu. 

Ketika kami meninjau ninjau kawasan sekeliling kat sini, dapat dilihat tempat ni nak kata dijaga dengan sebaiknya. Tak juga. Urmmm, ini kerana ada bangunan seolah olah dah ditinggal lama tak berpenghuni. Tapi apabila dilihat pada 1 bangunan yang macam baru siap dibina, nampak macam ada la kot pentadbir tempat ni. 


Atap merah tu ialah makam

Kami ke tepi pagar kawasan kat sini. Pelawat lain sanggup memanjat pagar untuk ke mengambil gambar di atas batu disebelah pagar tempat ni. Tapi kami tak sanggup la nak panjat. Macam tak sesuai nak buat macam tu. 

Ketika kami balik ke beca, azan Asar berkumandang. Sedang elok saya nak bagitahu pada pak supir bergerak lepas azan. Eh pak supir terlebih dahulu bagitahu kat kami  kita tunggu adzan ya. Kami memang bersetuju. 

Selesai azan kami terus bergerak. Pak supir tanya tak nak ambil gambar ke di tepi pantai ni. Kami bersetuju sebab dah alang alang sampai sini kan. Sebenarnya kami nak ambil gambar di tepi tepi kawasan tempat makam ni je, tapi pak supir cakap lebih elok di depan. Kami ikut aje la. 



Sampai kat sini, memang betul pemandangan kat sini cantik! Pasir di pantai ni hitam dan beralun alun. Saujana mata memandang melihat hamparan air laut di depan mata. 



Ini beca pak supir kami. Tengoklah, kanvas dia sengaja dibiarkan terbuka macam tu. Lawak bila teringat saat saat berpaling muka kat celah kanvas tu. Kami tak berlama di sini, selang dalam 10-15 minit kemudian kami beransur meninggalkan pantai ni.



Tak boleh nak sembang panjang semasa kat atas beca dengan pak supir. Helmet beliau ketat sangat kot, jadi beliau asyik kena angkat sebab nak dengar soalan kami. Lalu tak jadi ar nak sembang kencang tanya soalan kat beliau. Tak sampai hati sebab nampak menyusahkan pula.



Ketika kami bersembang dengan pak supir tadi, beliau memaklumkan bahawa kampung ini habis dilanda tsunami dan menyebabkan ramai penduduk meninggal. Ini mungkin kerana kampung ini terletak tidak jauh dengan pantai. Kebanyakan penduduk yang ada di sini ialah mereka yang datang berpindah ke sini dan mereka adalah orang luar yang berkelana ke sini selepas tsunami Aceh. Pak supir ini sebenarnya berasal dari Medan. Beliau berkahwin dengan isterinya yang merupakan orang Aceh. Mak mertua dan adik adik ipar beliau hilang [dikhuatiri telah meninggal] ketika tsunami dulu. 



Kami sekarang bergerak untuk ke Taman Putroe Phang pula sambil melalui sekitar kampung yang terkena tsunami. Dah banyak rumah didirikan selepas kejadian tu. Ketika ini hari dah petang dan suasana macam best je untuk dinikmati. Seronok sebenarnya berjalan jalan kat sini dengan beca. Cuma kenalah berani nak mencuba!

Jumpa nanti di Taman Putroe Phang.

Daaa~!