Saturday, October 31, 2015

Hampir 10 Malam

Jam akan menjangkau angka 10 malam tak lama lagi. Bajet nak cerita 1 kisah. Tapi rasanya tak sempat kot. Gambar baru aje dapat di pindahkan ke rumah baru kat dalam laptop! Manakala proses nak mengedit pula akan mengambil masa beberapa puluh minit. Tolak tambah semuanya, akan menjadikan malam makin larut.

Dengan erti kata yang ringkas. Esok ajelah kita bercerita. Dah lama tak menulis, rindu! Bukan menulis apa sangat pun, tapi saya dah suka. Nak buat macam mana. hehe.




Wednesday, October 21, 2015

Mengenang Tempat Jauh

Bulan April yang lalu selepas balik dari Vietnam, saya sempat bermalam di rumah abang 1. Keesokkan harinya bersama kakak ipar 1 dan anak buah Damia, kami menjelajah kampus yang menduduki carta hati. Carta paling atas. Kampus sekarang pun tak boleh nak lawan dengan tempat susah senang tatkala belajar dulu.

Sepanjang belajar banyak onak dan duri. Ada banyak kenangan yang saya rasa nak delete tak nak ingat. Ada juga perkara yang saya rasa nak baiki lebih baik walhal memang dah tak boleh nak dibaiki lagi dah. Nama pun masa lalu, masakan kita dapat memutar balik masa. Mustahil!

Akan tetapi, tidak salah jika saya sekadar mengenang tempat yang jauh tetapi dekat dengan diri ini. 

Entry ini bukan bersempena konvokesyen yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Bukan. Tak belajar macam mana nak graduate. HEHE.

Punca utama rasa bersemangat betul nak tulis tentang kampus ini selepas saya TERbaca sebuah blog pada petang semalam. Ketika itu saya sedang mencari info, namun nak buat macam mana, tak pasal pasal dapat info lain. Selepas saya membaca luahan sinis pelajar berkenaan mengenai kampus saya sekarang, dan penulisan pelajar itu membuatkan saya fikir dan fikir. Perkara yang menerjah minda saya ialah tentang pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang turun padang melihat sendiri kesusahan rakyatnya. Memang saya tak boleh nak ubah apa apa, namun betullah jawatan itu sesuatu yang berat untuk dipikul. Ianya adalah amanah buat kita tak kira siapa kita.

Kerana itulah saya rasa bersyukur sangat belajar di UiTM Shah Alam. Saya abadikan yang manis manis sahaja di dalam entry kerana kepahitan yang pernah dilalui adalah hasil dari ketidak matangan saya ketika remaja dulu kala. haha.

Apa yang ada di dalam kampus Shah Alam ini? Datang ke mari akan ku ceritakan segalanya.



Jalan ini merupakan jalan utama untuk ke destinasi school kami. Selalunya jika kami dari kolej kediaman, kami akan melalui bukit sana. Kalau naik bas tu, memang terasa macam urmm. Takut pun ada tapi kami boleh gelak lagi sebab terpaksa berpaut pada kawan kawan nak elak dari jatuh bila bas membelok.



Ini adalah Fakulti Seni Reka [Art and Design]. Kalau naik bas, selalu usha school ni. Kat tepi tepi bukit ni selalu ada kerja tangan budak AD ni. Jangan cakap lah, macam macam ada kat atas rumput tu. Kreatif sangat. Adakala kami akan nampak apa kerja yang dibuat oleh pelajar kat situ, nampak lah fabrik atau apa jua kerja mereka melalui tingkap bas. haha. Skodeng dari atas bas je. 

Seronok juga sebetulnya jadi budak AD ni kan? Dulu tak berapa nak tahu pasal program yang best. Sekarang bila dah kerja, memang kita akan lebih nampak apa program yang boleh kita kembangkan untuk majukan diri kita. 



Di sanalah tempat menunggu bas untuk kami bila nak balik ke kolej. Seronok. Kat sinilah kami beramai ramai naik bas, kalau bas dah penuh hampa! Terpaksa tunggu bas yang lain. Kalau kami malas nak tunggu, kami balik jalan kaki. Nak cakap jauh, tak adalah jauh sangat. Adalah lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki. Ikut kadar langkah yang diatur. Kalau cepat cepat berjalan, lagi cepat sampai. Kalau slow motion, maka lambat sikitlah, tapi sampai. InsyaAllah sampai.



Ini bangunan school kami. Buruk ke tak ke, kami tetap sayang school ni. Dulu, kat dalam bangunan ni ada terdapat seorang lelaki yang kami panggil Abang Mat, menjual kuih muih. Selalu sangat beli kuih kat dia. Banyak yang amat kuih/makanan kat gerai dia. Tak tahulah mana Abang Mat ni borong. Dulu tak fikir, sekarang baru terfikir. haha. Kalau tak, dah lama interview beliau.

Kampus ni kan dah lama, jadi ada lah juga kemudahan yang tak berapa nak sihat lagi walafiat. Tapi tak pernah lah pula kami sebagai pelajar nak komplen meja dah tercabut, kerusi dah tercabut. Tak ada. Kami fikir kami nak belajar sahaja. Uish, seronok zaman belajar. Percayalah cakap akak duhai adik adik sekalian. 

Cuma sekarang ni kan, pelajar dah banyak saluran nak luahkan ketidakpuasan hati mereka. Haa, itulah yang saya terbaca semalam. Nak cakap saya marah pada pelajar tu, tidak. Terpaksa saya akui, ada point yang dia tulis tu betul. Benarlah kan, berkata kata benar itu pahit. Tak semua kita tahu apa yang pelajar tahu dan tak semua pelajar tahu apa yang kita tahu. 



Ketika dulu, di sini terdapatnya cyber cafe, kedai alat tulis dan beberapa kedai lain. Kalau nak fotostat boleh datang kat sini. Kalau nak print kami datang kat sini juga. Sekarang dah jadi parking. Nostalgia betul.



Palang? Apa itu palang. Dulu zaman saya, tak ada palang palang ni semua. Boleh masuk tanpa ada sekatan sebegini. Entah bila palang ini wujud? Mungkin ketika palang ini wujud, saya dah sibuk bekerja. Mungkin.





Kalau jalan kaki, inilah jalan wajib yang kami lalui selain jalan yang 1 lagi. Kami boleh aje lalu depan Pusat Islam, tapi jauh lah. Jalan ni lebih dekat dengan kolej kami. Sekarang kolej Seroja dah nampak jadi tempat pengajaran. Entahlah, dah tak berapa nak tahu. Perubahan pesat sangat.



Kolej Perindu. Masih seperti dulu, biru dan tersergam indah. Kenapa nak indah pula eh kolej nih? Ala, sekadar penyedap bahasa jelah. 

Kalau nak tulis semua kenangan kat sini, rasanya kena berpuluh puluh episod ni. Banyak dan panjang sangat ceritera nya. Kita kongsi yang mana sempat aje la eh.




Hentian bas bagi kami kalau nak ke kelas. Nak ke kelas jam 8, bas dah ada. Sentiasa ada. Bagus betul perkhidmatan bas kat sini. Sekarang tak tahulah macam mana prestasi bas kat sini. Harapnya masih bagus seperti dulu. Atau mungkin dah berbeza disebabkan pelajar sekarang lebih gemar naik kenderaan sendiri. Tak tahulah betul atau tidak.




Inilah kolej pujaan hati. Kat sinilah tempat saya mendaftar ketika mula mula datang ke UiTM dulu. Tak pernah duduk hostel, inilah tempat pertama untuk saya yang berjauhan dari keluarga. Andai dapat ku undurkan putaran dunia. Hey! Itu lagu bolehlah cakap macam tu. Kita kena berpijak di realiti. 

Haa adik adik, apa lagi. Belajar lah elok elok, sungguh sungguh. Nikmati hidup sebagai seorang pelajar dengan semaksimum yang mungkin. Jangan menyesal di kemudian hari. 

Kolej Delima 3 merupakan kolej yang dihormati satu ketika dulu. Kebanyakan penghuni kolej ini dijaga dengan begitu baik sekali. Pengetua dia, kalau tak silap Hajah Rahimah kot. Bertudung labuh, chinese look. Seorang pengetua yang tegas tapi kami ikut aje peraturan yang dikenakan. Alhamdulillah, kami tak rasa itu satu sekatan atau apa. Bagi saya, ianya untuk kebaikan kami juga. Atau mungkin juga saya tak pernah tinggal di hostel, jadi ianya sesuatu yang baru bagi saya.

Jelas kelihatan bilik yang pernah saya tinggal ketika belajar dulu. Nampak tak tingkat yang paling atas tu. Itulah tingkat 6 yang setentang dengan tangki air. Bilik saya nun hujung sekali. Biasanya kalau naik tangga, saya akan naik tangga di sebelah bilik tv. Penat nak naik tingkat demi tingkat. Tapi tak pernah merungut sebab kami kan hanya belajar dan tidak memikirkan kos sara hidup makin naik atau tidak. Tak fikir apa pun. Kami fikir kelas belajar nak cuti. haha.

Yang ada tulisan KD3 tu ialah rumah pengurus asrama. Dulu pengurus asrama kami ialah Puan Norlida. Kalau tak silap la kan, saya tak berapa nak ingat nama dia. Tapi anak dia saya ingat sangat. Anak dia comel betul. HAHA. Geram sangat kat Aina tu. Dahla tembam. Becok. Mesti dah besar budak tu sekarang.

Atas rumah pengurus tu pula ialah surau. Kat situlah kakak kakak senior buat usrah. Rasa rugi betul tak pegang ukhuwah persahabatan dengan akak akak senior tu semua. Dah ramai saya lost contact dengan mereka termasuk roommate dahulu kala.

Sekarang dah mudah. Kemudahan banyak, whatsapp ada, facebook dah berleluasa. Pada zaman saya, hanya sempat SMS yang bermaharajalela. Friendster ada tapi tak berapa nak pandai sangat. haha. Kalau tak, mesti dah boleh buat group dengan pensyarah, kawan kawan kelas, kawan kawan kolej, akak akak senior yang suka buat usrah tu. Ah! Rugi kan. Malas ar nak ingat balik benda yang dah lepas. Tapi kalian yang masih belajar, sempat lagi nak buat semua ni sebelum tamat belajar. Tak rugi pun ramai kawan. Ukhuwah kerana Allah, insyaAllah akan berpanjangan.



Air gedegang yang selalu menjadi pilihan bilamana balik kelas. Itu kalau ada duit lah. Kalau macam nak jimat, kami selalu tapau air kat tepi toilet aje. FOC katakan. 



Dah pernah tinggal kat tingkat 5 pada semester pertama. Tingkat 3 dan 6. Alhamdulillah bilik yang saya dapat memang cun lokasi dia. 

Teringat masa part 1 dulu. Kami tak terkejut dari tidur, saya Siti dan Nett. Kami bertiga memang tidur mati. Gosok gigi dalam bilik. HAHA. Lepas tu turun masuk barisan. Sebetulnya kami tak tahu apa aktiviti pelajar yang lain pada pagi itu. Yelah patut bangun jam 6 atau 5 pagi. Kami bangun jam 7. Memang sangat haru kepenatan. Saya tak pernah buat sesuatu yang nakal ketika di sekolah dulu dan saya rasa itulah kenangan yang memang akan dikenang sentiasa.


Tiada lagi bunga bunga kertas yang menghiasi pandangan mata. Entah di mana pakcik Burn eh. Dulu dia sangaaaatttttt rajin menanam pokok bunga. Bermacam warna pokok bunga kertas yang dia tanam. Orangnya tinggi berbadan gelap. Sebab itulah kot orang panggil dia pakcik Burn. Baik sangat dia dan kebiasaan beliau datang ke tempat kerja dengan motorsikal. Semoga pakcik Burn dikurniakan kesihatan dan keberkatan umur dan terima kasih atas segala jasa pakcik Burn.



Tempat wajib kami melepak. Rasanya dulu kami macam berkuasa sangat kat sini. HAHA. Bukan berkuasa macam super saiya. Bukan. Urmm lebih kurang macam otai lah. Sebab kami ramai yang dari Pantai Timur. Pahang dan Terengganu. Kalau KL tu sikit sangat lah. Boleh dikatakan selalu aje balik ke rumah kalau weekend. 

Kami dulu rajin mengumpul kupon dan join aktiviti sebab nak duduk kolej untuk semester berikutnya. Dahla tu kan, siap ambil kupon banyak banyak dan kasi pada orang yang tak datang aktiviti. HAHA. Seronok sangat. 

Manakala kalau orang Selangor pula, biasanya yang berasal dari Sabak Bernam macam tu. Dulu kita tak tahu Sabak Bernam tu rupanya macam Kuala Terengganu dengan Jertih la senang cerita. Daerah lain lain walaupun negeri aje sama.

Sedang saya duk asyik mengambil gambar, barulah saya perasan yang kolej Delima ni dah jadi kolej siswa. Woww! Haha. Macam menceroboh pula ketika itu. 

Benda terpenting ialah bilik di dalam kolej ini sangat selesa. Untuk mereka yang terpaksa tinggal berempat tu, tak crowded pun. Saya pula biasa tinggal bertiga. Memang sangat sangat selesa. Dan tak terfikir pula nak komen pasal bilik ketika belajar dulu. 



Menara 2. Dulu hanya ada menara di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz je. Sekarang ni dia dah bina menara lain untuk kejuruteraan. Jalan ni saya agak keliru kerana dulunya kami akan lalui jalan yang membukit sangat sebelum dapat keluar kat jalan belakang. Tak mengapalah, lain kali insyaAllah ada rezeki, saya akan datang lagi untuk melawat. HAHA. Kalau boleh biarlah dengan versi yang lain pula. Mana tahu kot nak sambung belajar ke apa kan? hehe. Doakan aje lah yang terbaik untukku. Amin. Eh, tak tahulah sambung ke tak. Tengok orang konvo kita rasa nak konvo balik. Ah tak tahu nak cakap.

Simpan kemas kemas memori kat sini sambil terngiang ngiang lagu UiTM. 

Tetiba rasa touching ni kenapa?



Thursday, October 15, 2015

PTPTN

Dah bayar ke PTPTN? Belum bayar?? Kalau belum bayar, datanglah ke mari membaca nasihatku. Tak mengapa, kalian masih belum terlambat.

Sejujurnya saya sedikit cemburu dengan adik adik yang baru habis belajar atau senang cerita pelajar sekarang. Mereka lebih terbuka dan cepat mengejar maklumat di masa kini. Oleh kerana kerja saya sekarang ada berkait dengan PTPTN, rasanya tak salah saya titipkan sedikit perkongsian agar dapat dijadikan panduan kita bersama.

Dulu, saya juga peminjam PTPTN dan sekarang masih lagi bergelar peminjam. HAHA. Ada hati nak nasihatkan orang eh! Nak tahu tak, selepas habis belajar, saya tidak terus membayar pinjaman yang telah dipinjam semasa belajar.

Seingat saya, sempat jugalah membuat surat untuk penangguhan pembayaran PTPTN. Pada ketika itu, gaji saya sekitar RM800. Jika difikir kembali, gaji itu lebih dari cukup untuk membayar RM50 setiap bulan. Saya tidak mempunyai kereta, saya tidak perlu membayar rumah sewa, saya tidak perlu memikirkan keperluan bulanan seperti nak beli barang basah, nak beli barang keperluan rumah. Tak perlu pun. Saya pernah membuat kira kira yang sangat lengkap mengenai perbelanjaan saya selama setahun. Ya setahun. Percaya tak pada tempoh setahun, saya hanya membelanjakan sekitar RM5,000 sahaja. 

Itu dululah. Sekarang bukan zaman kegemilangan saya pandai mengurus wang. HEHE. Saya sudah hilang skill untuk membuat simpanan dengan bijak.

Sekiranya saya dah start membayar sedikit demi sedikit, rasanya dah habis kot pinjaman saya. Ya, ini adalah antara perkara yang sangat saya sesali.

1. Sangat sesal kerana tidak membayar secara konsisten kepada PTPTN sehingga habis.

Pada beberapa tahun yang lepas, saya mula membayar sedikit demi sedikit dan sempat menukar kepada UJRAH. Tidak dinafikan, ada peminjam yang tidak menitik beratkan pembayaran pinjaman tersebut kerana berasakan 'tak mengapalah, nanti nanti lah bayar'. Saya salah seorang daripada mereka yang berfikiran begitu. Sedang kita masih nanti nanti [baca bertangguh], haa ketika itulah interest/kadar kos pentadbiran sentiasa naik dan naik tanpa kita sedar.

Bayangkan saya terpaksa berhempas pulas di tambah sakit hati kerana terpaksa gali lubang tutup lubang untuk PTPTN. Grrr! haha. Padahal silap sendiri.

Gali lubang tutup lubang bermaksud bayar pinjaman namun dalam masa kos pentadbiran tetap masuk setiap bulan. Jadi terpaksa berlawan dengan kos yang dah tertunggak tu. Agak lama saya membayar sehinggalah pada tahun ini, barulah saya boleh membayar jumlah pinjaman yang saya pinjam.

Dari pinjaman RM10,000 telah bertambah menjadi belasan ribu. Jika tak silap hampir RM13,000 kot. Selama bertahun tahun itulah saya membayar lebihan RM3 ribu itu. Huisshhh! Rasa sangat SIA SIA membayar wang tersebut kepada PTPTN. Sebetulnya, saya bernasib baik kerana setahun tak dapat dapat PTPTN disebabkan ada masalah teknikal. Oleh itu baki saya tak adalah meletops sangat.

1. Jika kita dah bersungguh membayar, tak adalah kos naik setinggi itu.

Sekarang baki pinjaman saya dah berkurang sekitar RM8 ribu kot. HAHA. Ya saya tahu, masih banyak lagi bakinya. Maafkanlah saya kerana sangat alpa dan akhirnya telah menerima padah lambat lagi lah langsai pinjaman ni. 

Sepupu saya sendiri pinjaman dia mencecah hampir RM24 ribu! Pengsan nak bayar. Selalu nasihatkan pada dia, bayarlah nanti lagi bertambah. Alhamdulillah dia dah start bayar dengan rekod yang baik.

Jika kalian dah habis belajar:

  • Terus sahaja bayar sedikit demi sedikit pinjaman. Tak banyak tak apa, janji bayar secara konsisten setiap bulan. Rasanya masih berguna kot kata kata ini sikit sikit lama lama jadi bukit. Tapi sekarang bukit dah banyak kena tarah kan? haha. Sempat lagi melencong.
  • Ok, jika anda bersungguh sungguh dan mendapat pointer yang bagus iaitu 3.5 - 4.00 ada peluang untuk memohon pengecualian pembayaran PTPTN. Cumanya perlu mengisi borang di PTPTN dan perlu dapatkan dokumen pengesahan di universiti kalian belajar dulu. 
  • Perlu ingat! Tiada istilah Cina lagi pandai dari Melayu atau Melayu lagi pandai dari India. India lagi pandai dari Cina atau seumpamanya. Saya selalu berpegang kepada prinsip setiap kaum ada baik dan buruk tersendiri. Ianya berbalik kepada individu tersebut tanpa mengira apa bangsa kamu.
  • Siapa yang berusaha dia akan berjaya. Saya lihat, ramai je anak Melayu yang dapat pointer tinggi tinggi, ramai aje India yang pointer cantik, ramai je Cina yang bagus pointer mereka. Dan begitu juga sebaliknya. Jadi kena berusaha dari awal kiranya kalian nak mohon permohonan pengecualian. HEHE.
  • Kalau dah habis diploma dan menyambung lagi pelajaran di peringkat degree, boleh mohon tangguhkan dulu pembayaran PTPTN. 
  • Sebaiknya, jika ada wang tetaplah bayar walau sedikit perit walaupun ketika anda masih belajar. 
  • Sekiranya perlu, buatlah tukaran kepada UJRAH. Biasanya % untuk kos sedikit berbeza dengan apa yang perlu dibayar. Namun sekarang, rasanya % kos dah rendah berbanding dulu.
  • Lagi cepat bayar, lagi cepat habis. Kalau ada duit lebih, bayar lebih. Asingkan siap siap bayaran untuk PTPTN. Jangan dah habis gaji tapi masih belum bayar pinjaman. Sebagusnya, bayar apa hutang kita dahulu, baki tu barulah kita buat belanja.
  • Jika dah ada saving, boleh langsaikan terus keseluruhan pinjaman yang dilakukan. Jika ada lah kan. Saya sendiri sedang menunggu perbentangan bajet pada tahun ini. Biasanya ada berita tentang potongan jikalau bayaran dibuat sekaligus, cuma tak tahu lah mampu ke tak nak bayar habis. haha. Gelak tanda dah tahu dah jawapan dia.
  • Pokok pangkalnya, bayar lah dari awal agar kalian tidak menyesal seperti saya. Ini point yang paling penting!

 Semoga bermanfaat.



Tuesday, October 13, 2015

Perangai Anak Nombor 2

ps: Ini pandangan saya berdasarkan pemerhatian kepada tingkah laku anak anak buah saya. Ianya mungkin berbeza dengan anak anak anak atau anak buah kalian

----------------------------
Saya terperasan akan hal ini apabila melihat anak anak saudara yang mana jarak umur mereka dekat dekat. Selang beza hanya setahun atau dua tahun. Kebiasaannya perangai anak nombor 2 ini agak nakal sedikit. Jangan salah faham. Maksud saya nakal budak budak.

Afiq [4 tahun 5 bulan] dan Humaira [1 tahun 7 bulan]
Afiq memang lasak. Segala aktiviti dia memang berbeza dengan kanak kanak seusia dia. Nantilah saya ceritakan dalam entry khas. Kembang hidung Afiq kalau dia faham apa itu entry khas. Special gitu.  Saya nak ceritakan mengenai Humaira. Dah pandai berjalan. Semakin membesar. Bilamana kita balik kerja, dia akan tersengih sengih dan sambut dengan girang yang tidak terperi. Wajah ceria dia tu jangan cakap lah.

Cuma Humaira ni dia punya perangai, kalau saya pasang laptop. Dia akan datang sambil tersenyum. Bukan senyuman biasa akan tetapi ianya membawa maksud lain. Wajahnya memanglah senyum kat kita, tetapi cuba perhatikan tangannya. Hai, dalam senyum dia cuba tarik wayar bateri laptop. Bila kita cakap Humaira, jangan buat gitu. Dia senyum. Dia buat lagi. Bila kita jengilkan mata kita, dia lari sambil gelak kecil. Percayalah. Dia akan datang balik dan tangan dia pelan pelan cuba tarikkkk wayar tu lagi. Lepas tu dia gelak. Memang saja lah kan permainkan kita.

Itu baru tangan. Kita larang tangan dia dari usik wayar, cuba tengok kaki. Bag laptop yang berada di bawah meja kecil kebiasaannya akan dipijak. Dia bukanlah pijak nak menjahanmkan. Tidak. Anak kecil ini lebih kepada nak tengok kita macam mana. Marah ke kita? Kalau kita marah, dia lari. Eh datang balik. Memang agak nakal. Suka mengusik kita.

Bawa balik makanan. Humaira akan datang duduk rapat rapat dengan kita. Muka pandang wajah kita sambil tersengih. Bila kita buka makanan, dia lah orang pertama yang akan sentuh makanan tu tanpa rasa bersalah. Kata orang ni, jom makan sama sama. Agaknya macam tu la dialog kalau dia dah boleh bercakap. 

Anak nombor 2 kebiasaannya banyak mengikut perangai abang dia. Apa yang abang dia buat, itulah yang dia tiru. Setakat ini, kalau abang dia baca doa. Tugas dia tadah tangan dan aminkan doa. Maksud saya dia akan kaupkan muka tanda amin.

Adakala si abang marah kat adik. Eh abang pula yang dimarahi oleh si ayah. Ada satu hari tu kan. Saya lihat Afiq dah main elok sensorang. Datang la si Humaira ni. Saja je dia berebut barangan mainan sama. Afiq marah kat Humaira. Akhirnya Humaira yang menang. Adakala saya siap cakap kat abang 2 saya. Bukan salah Afiq pun, Humaira yang mengacau. Bila Afiq tak nak kasi, Humaira menangis. Jadinya si Afiq yang kena marah. Bagi saya ianya tidak adil. HAHA. Namun biasalah kan, yang kecil selalu menang. Humaira sentiasa ada imuniti kerana dia adik. 


Rayyan [5 tahun] dan Dhia [3 tahun]
Rayyan adalah seorang yang sangat lembut, tidak berkasar sangat. Si Dhia pula agak lasak jugalah. Biasanya si abang akan menjadi mangsa bulian dia. Saya pernah melihat mereka bertengkar. Uish! Boleh tahan. Biasanya abang akan menangis. 

Bila saya tanya pada mama mereka berdua ni. Mamanya cakap biasalah mereka suka bergaduh, tetapi apabila akrab. Hai memang sangat baik habis lah. Bila dah naik hantu, siaplah! Biasanya Dhia ni yang pergi usik abang. Adakala abang yang pergi usik adik. Biasalah proses nak membesar memang kena lalui ini semua. Barulah dinamakan onak dan duri. hahaha.


Baihaqi [3 tahun 11 bulan] dan Adam [1 tahun 2 bulan]
Baihaqi adalah abang yang baik. Rasanya tidak pernah kot dia pukul adik dia. Itu yang saya tahu lah. Kalau di belakang tu, tidak diketahuan lah. Jika umi dia cakap simpan mainan tu, nanti kena kaki adik. Terus dia simpan barang barang dia. 

Adam dan Baihaqi agak berbeza. Adam nampak macam slow je. Namun awas! Dalam keperlahanan dia tu tersimpan satu kelajuan yang kita tidak tahu. Dalam sekelip mata Adam boleh melakukan aksi aksi yang tidak sepatutnya. Agak lasak. Tidak kena dengan wajah beliau yang suka tersenyum tu. Senyum ada makna namanya. Uminya pernah cakap, dulu Baihaqi tak buas macam Adam. Adam ni kalau kita cakap buas orang dok caya. haha. Buas tu maksudnya lasak la.

Ini baru entry mukaddimah sebenarnya. HEHE.


Monday, October 12, 2015

Jalan Raya & Tol & Masa Lalu

Sejujurnya aku adalah seorang yang sangat mengikuti rapat isu isu semasa di dalam negaraku Malaysia. ps. Tak berapa nak kena guna saya dalam entry ini. Jadi beraku lah aku di malam ini.

Ketika di Aceh, banyak persoalan yang terbuku di dalam minda membuatkan aku bertanyakan macam macam kepada pak supir kami. Jawapan yang sangat cool yang diberikan oleh mereka telah membuatkan aku terfikir bahawa mereka seolah olah tiada perasaan marah! Betapa bahagianya mereka. 

Aku tanya marah tak kalau orang tak bagi signal? Marah tak kalau orang brek emergency macam tu? Marah tak kalau orang main masuk aje jalan macam tu? Mudah cerita, tak menjadi kudis bagi mereka.

Lalu, aku semat dalam hati kemas kemas. Mereka orang Aceh bukan hidup senang. Hidup seadanya mereka. Gaji mengikut hari bergantung kepada kerajinan mereka. Kerja mereka bukan di bawah aircond yang mana engkau buat kerja atau tidak gaji tetap jalan. Mereka mencari rezeki dengan cara mereka. Namun mereka tetap okay! Tetap sabar. Betul, orang Malaysia pun ada yang sebegitu. Namun yang aku nak kongsikan ialah kita berbeza dengan mereka. Mereka ketika di jalan raya hampir TIADA STRESS! Kita kat Malaysia? Agak agak apa jawapan kalian?

Benda yang aku bawa balik selepas pulang dari Aceh ialah ingin mengubah sikap aku ketika di jalan raya. Orang Aceh gaji tak banyak, tapi tetap rileks. Aku? Alhamdulillah, gaji bulanan tapi adakala stress oo kat jalan raya. Bukan stress dengan kesesakan jalan raya. Bukan. Tetapi adakala stress dengan sikap pemandu lain [entah entah aku lagi teruk! huk huk].

Lantas, bila balik ke Terengganu hari Ahad. Hari Isnin aku turun ke tempat kerja dan pegang stereng kereta. Aku dah tanam kat dalam hati tak guna nak stress atas jalan raya. Ini Kuala Terengganu je pun, lainlah kat Kuala Lumpur sana. Kat KL, dahla mereka stress kat jalan raya, masa banyak terbuang kat jalan raya. Masa dengan anak anak, masa dengan keluarga. Nampak sangat argggghh di situ [bagi aku lah]. Sementelah aku ni pula, PERGI DAN BALIK KERJA cuma 25-30 minit bergantung kepada lampu hijau atau merah ketika di traffic light. Jadinya, tak guna nak kumpul stress dalam diri. 

Cuba fikir. Kita nak ke   

1. Kat pejabat stress. 
2. Kat jalan raya stress.

Jadi, kat mana baru kita boleh tenang dan mendamaikan? Ah, aku tak nak stress atas jalan raya dengan hal remeh. Kerana itulah aku cuba pelan pelan buang dan kikis sikit demi sikit buang rasa stress atas jalan raya. 

Kita fikir camni je lah, kita nak pergi kerja. Kita nak sampai ke tempat kerja. Atau nak pergi ke destinasi mana mana lah. Kalau orang nak jalan, kita kasi. Mana yang tak kasi signal tak perlu hon jika tak perlu dan tak mendesak! Mana yang slow tapi bawa kat lorong kanan, kita ke lorong kiri aje lah tanpa perlu ekori rapat kereta depan. Biarkan mereka. Kita freekan minda kita. Jangan terkesan sangat dengan benda tu semua. Errr, tapi tengok keadaan lah kan bergantung kepada kadar kebahayaan tu. 

Mudah cerita, selepas aku ubah sikit sikit tu kan, memang ada perubahan untuk diri kita. Sekarang dah sebulan lebih aku praktikkan hal ini dan Alhamdulillah ianya berhasil! Bukanlah tak ada stress langsung. Stress tu ada tapi sangat minima berbanding dahulu. Sebetulnya ianya bergantung kepada sikap kita ketika di jalan raya.

Dan aku masih lagi membaiki dan membaiki diri.

Beberapa minggu lalu, balik kerja dah lewat petang. Ada sebuah hilux yang terkedek kedek nak masuk lorong. Saya tahu hilux tu tak boleh buat macam tu sebab bahaya. Sepatutnya hilux tu tunggu dahulu kereta saya dan kereta belakang lepas baru dia boleh masuk lorong. Saya brek bilamana melihat hilux tu bergerak masuk ke lorong saya. Kereta belakang rapat betul dengan saya dan dia cepat cepat ubah lorong ke kiri. Kerana saya dalam tempoh membaiki diri di jalan raya, saya tak hon pun hilux tu dan hanya memberi hadiah high beam sahaja. Eh tersaya pulak. haha. Dah biasa nak buat macam mana kan. 
Selepas itu, aku nak tukar lorong ke kiri. Kelihatan signal hilux itu juga ke kiri. Jadi aku tak boleh nak agak ke mana hilux tu nak pergi sebenarnya. Bila tengok dia perlahan, aku masuk lorong kiri. Eh dia pun masuk kiri juga. Dan yang paling BAHAYA! Hilux tu tetiba nak masuk ke lorong sebelah kanan sedangkan pada masa itu ada motorsikal. Ketika itu aku dah hon. Tapi bukan hon panjang. Sekadar hon sendu aje. Bila dah nampak budak motorsikal tu dah terbabas mengawal motorsikal mengelak daripada di langgar hilux tu, aku terus hon lagi dan lagi. Err 2 kali je aku hon. Kereta belakang turut sama hon kat hilux tu. Aku dan kereta belakang berhenti di pinggir jalan nak lihat keadaan budak tu macam mana. Alhamdulillah, budak motor tu tak bawa laju dan dia berjaya kawal motor daripada menggelungsur terus di jalan. 
Lepas tu aku nampak pemandu hilux keluar dan hulurkan tangan nak bersalam. Aku pun ambil keputusan teruskan perjalanan balik.
Kesimpulannya ialah sikap kita ketika memandu. Adakala kita terlupa kepada penunggang motorsikal. Memang diakui adakala penunggang motor ni suka cilok tetapi tak semua begitu. Kita kena ingat, destinasi kita semua adalah sama. Ada yang nak pulang ke rumah, ada yang nak balik outstation jumpa keluarga, ada yang dalam raga motorsikal mereka ada makanan untuk anak anak mereka. Ada yang dah seminggu tak lihat wajah mak ayah mereka. Jadi sangat perlu untuk kita bertimbang rasa dan SABAR ketika di jalanan.

Ini pula tadi, berita dah maklum kadar tol NAIK! Tragedi Oktober. Banyak amat dia punya naik, kalau tak silap 20 sen kot sehingga RM3 bergantung pada tol yang kita lalu. Ya Allah, rasa bersyukur sangat dapat kerja kat kampung. 

Pada masa lalu kan, aku selalu berangan nak kerja kat KL. Nak kumpul pengalaman sementara masih muda. Ecewah. Namun sekarang, aku sangat bersyukur walaupun anganan aku tak menjadi kenyataan. Allah lebih tahu daripada aku hamba dia ni yang adakala tak genap sebulan pun gaji dah menye'eh [maksudnya gaji dah semput!]. 

Kat kampung [setakat inilah kan], dalam purse ada RM20 pun masih cukup nak makan pagi dan makan tengah hari. Ada 2 bar minyak pun Alhamdulillah sempat pergi dan balik ke rumah. Minyak dah berkelip kelip pun, sempat lagi pusing ke tempat kerja dan rumah. Ya Allah, banyak betul nikmat yang kita kecapi selama ini. 

Mereka kat bandar sana, urmm kesian. Nak nak kalau yang dah ada keluarga. Gaji kecil. Pergi balik kerja kena harungi jem, kena hadap bayaran tol lagi. Sangat kesian tapi aku tak boleh nak tolong.

Semoga hidup kita di tunjuki jalan jika kebuntuan melanda. Amin.



Gambar hiasan kesesakan jalan raya ketika nak ke Summit hotel beberapa bulan lepas. Urmmmmmm. Bayangkan kalau kerja kat KL, kena pula dengan jalan yang selalu jem. Mahu aku homesick nak balik rumah kalau begini setiap hari.



Saturday, October 10, 2015

Macam Ultraman Pulak

Dalam kesamaran malam, saya menuju ke rumah mak saudara yang letaknya di sebelah rumah sahaja. Tak sempat 3 minit, saya dah sampai di tepi rumah dia. Saya menepuk dinding rumahnya sambil memanggil,

'Mok Suuuuuuu'
'Mok Suuuuuu. Nak pinjam charger'.

Kenalah tepuk dinding nanti dia tak dengar pulak. Mak saudara buka tingkap.

'Mung nok nape?'.
'Nok pinjam charger kejap'.
'Uh, bateri aku lemah gak!'.

HAHA. Saya terus gelak sambil cakap kat mak saudara 'Bateri lemah. Macam ultraman pulak bateri lemah'.

Mak saudara berlalu pergi ambil charger. Sebab dia bukan tahu pun pasal ultraman. haha.

'Esok mung bagi mula. Bateri mak su lemah gok ni.'.
'Ho ar, esok aku bagi ar'.

Biasalah, orang lama kan dia guna bahasa klasik sikit.

Sebenarnya, rasa kelakar pulak bilamana orang cakap bateri lemah. Biasanya kita akan cakap bateri weak atau bateri nak habis atau adok bateri atau bateri mapuh! haha. Ya, kami kan orang Terengganu. Jadi memang akan cakap bateri aku mapuh doh. LOL!

Charger saya ada, tapi tinggal kat pejabat. Handphone ayahanda saya dah kehabisan bateri. Charger yang kami gunakan ialah charger Nokia yang jenis lubang kecil tu. Ya, saya masih lagi menggunakan handphone Nokia disamping Samsung. Dah tak ramai rasanya gunakan charger sebegitu. Kebanyakkan orang sekarang dah guna usb biasa tu je. Almaklumlah dah guna smartphone. 

Antara sebab Nokia masih lagi menjadi pilihan kerana baterinya. Boleh tahan lebih kurang 3 hari tau. Ok lah tu berbanding dengan samsung yang hanya mampu hidup paling koman hampir sehari je.




Friday, October 9, 2015

Kahwin Adik 4

Saya kan ada adik lelaki 4 orang. Jadi adalah tidak adil sekiranya saya tidak mematrikan kata-kata kat blog ni untuk adik 4. Kalau nak diikutkan adik 4 dah kahwin pada bulan Jun yang lalu. Biasalah kan, banyak sangat yang nak diceritakan. maka ikut suka tuan blog la kan nak tulis yang mana 1 terlebih dahulu. Bukankah begitu lebih manis? Ya, sangat manis umpama gula gula di bawah.

Jika kalian pernah terbaca entry sebelum ini iaitu:
                       



Maka pada siang pagi hari ini dikala jam sudah 12.20 tengah malam. Gigih pulak menaip eh. Line tidak berapa nak ok tadi. Sementara line terhuyung hayang, sempatlah juga layan candy crush. Dah lama sangat layan game ni. Yelah, saya ni bukan kaki game. Seadanya saja.

JUN 2015

Bulan Jun menjadi pilihan hati adik 4 saya nak kahwin. Semasa dalam proses kerja di belakang tabir, kami berdua banyak berbincang itu ini. Kerja kahwin bukan hal yang mudah, namun kami cuba juga buat setakat yang termampu. Alhamdulillah ada mak saudara yang menolong.

Kali ini kenduri yang kami lakukan agak simple. Lauk pauk masih sama namun jumlah jemputan itu tidak begitu ramai. Jemputan adalah hanya kira-kira 400 orang kot.

Segala kelengkapan dari segi door gift dibeli siap siap kat Nilai. Katanya kat sana ada tempat yang murah.

Balik dari kerja, saya cadangkan pada adik 4 agar buat pelan pelan apa yang kami boleh buat. Lantas kami pilih nak siapkan door gift dulu.



Saya ada cadangkan pada dia agar bagi sesuatu yang istimewa dan boleh digunakan kepada para tetamu. Tiada dalam list saya ialah Yassin. Saya tak sanggup nak tengok orang letak merata-rata aje door gift padahal dalam tu ada Yassin wey. Memang niat kita baik nak kasi something yang ada ganjaran pahala pada pemberi dan penerima. Akan tetapi banyak benda yang perlu kita fikir. Yassin bukan benda yang boleh diletak ikut suka kita aje. Kami pernah kasi Yassin kat tetamu semasa adik 1 kahwin dulu dan selepas itu tak ada.

Saya lebih prefer benda yang best err bagi saya la. hehe. Antara yang saya cadangkan:

Pengetip kuku - adik saya gelak, tapi bersetuju je dengan cadangan bernas ni. haha. Tapi kami batalkan kerana adik 4 dah beli benda lain. Jadi dah terlalu banyak dan over budget dia.

Sikat - lagi sekali dia gelak. Ok aje kan idea ni? haha. Ok. Memang diakui nampak macam pelik sikitlah kan, tapi ok je. Cuma tak jadi nak teruskan sebab tak kan sikat nak letak sekali dengan makanan.

Akhirnya, hanya makanan yang terisi di dalam paper bag tu.




Cop ini saya tempah di kedai kawan. Sebab adik 4 dah cakap dia guna kertas goreng pisang. hehe. Jadi tak ada lah plain aje kami staplerkan benda alah tu.



Bila dah makin banyak kami buat. Mak saudara dan sepupu datang menolong pada malam hari. Seronok sebenarnya buat kerja beramai ramai ni. Meriah. Dengan kakak ipar 2 dan si Afiq pun menolong sama.



Jangan tak tahu, saya siap buat countdown untuk hari besar adik bongsu ni. Bukan apa, banyak benda yang perlu difikir. Jadi ada beberapa perkara yang saya dah plan perlu siap sebelum tarikh ni atau tarikh sekian sekian. Tak adalah menggelabah sangat nanti.



Sehari kot sebelum majlis. Sempat adik 4 memasak. Dia kan pandai masak. Saya pandai makan. hehe. Ini masakan dia sebelum bergelar suami. Licin kami makan. Anak buah saya si Sasha dan si Fiya ni memang makan bersungguh betul. Pinggan yang licin rasanya tidak tergamak untuk dipamerkan kat sini. haha. Macam tak pernah makan ikan bakar.

Hari Nikah



Handphone saya kebetulan memory full house! Jadi tak banyak ambil gambar. Ini semasa akad nikah pada petang selepas Asar di masjid kat kampung. Akad nikah pada hari Khamis, kenduri sebelah perempuan pada Jumaat manakala Sabtu kenduri di rumah saya.




Sebelum ni pernah lihat majlis simple, ini lagi simple rupanya. Jubah tu adik 4 beli aje. Tak pakai baju melayu ke apa. Saya dipertanggungjawabkan untuk menggosok jubah tu sebelum majlis berlangsung. 

Berdiri ramai ramai tu adalah rutin. Memang anak buah suka sangat bab bab kahwin ni. Maka mereka akan menjadi saksi kepada acara sarung cincin. Nasib baik bila akad nikah geng geng lelaki aje yang duduk depan. Kalau perempuan boleh duduk kat depan, rasanya penuh dengan anak anak buah aje berderet.



Adik ipar 4 yang berbaju hijau. Hai dah macam sebaya dengan anak saudara yang sulung

Gambar ni dah lewat petang sangat kami ambil. Anak anak buah dah habis kerja sebagai pengangkat pinggan kotor. Semua dah selebet. Selebet selebet pun, merekalah wajah kesayangan hati.

Oh ya, pelamin tu saya buat sendiri berdasarkan idea idea yang pernah dilihat kat internet. Tapi biasalah kan, kat dalam kepala ideanya lain. Apabila dah siap, mak aih. Lain benor rupa pelamin ni. HAHA. Cincai betul. Untuk dapatkan pelamin yang cantik, kita mesti ada cukup barang keperluan. Contoh lighting, kain berwarna putih. Memang penting untuk pelamin. Bunga yang banyak dengan warna yang indah dan juga pasu atau apa jua penambah seri.

Apa yang saya tampal kat dinding rumah tu hanya menggunakan apa yang ada sahaja. Memang sangat sendu rupanya. haha. Bunga bunga kertas tu semua, saya dan beberapa kuncu yang duk sibuk memintal. Kombinasi warna memang tak menarik sangat.



Gambar ni saya ambil dari internet. Tapi dah tak ingat kat mana sumber page tu. Saya just capture aje image ni sebagai idea pelamin. Kalau tengok gambar atas dan compare dengan pelamin ni. Rasa nak nangis pun ada kan? Pelamin kami tu macam main rumah pondok je  -_-. Bagi saya kepuasan buat sendiri tu best. Cuma next time, kena beli beberapa barangan bagi mencantikkan pelamin. Pelamin buatan sendiri cantik jika kena caranya. Pelamin saya tu tersasar. haha.

Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya. Semoga berbahagia dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang untuk adikku. Amin.



Wednesday, October 7, 2015

{Satu Hari Nanti}

Kelmarin, ketika sedang buat kerja lewat petang di pejabat, saya dengar beberapa lagu. Secara tetiba muncul lagu ini di dalam list kat sebelah. Video itu ditekan oleh jemariku. Sejujurnya. Urmm tak payah sejujurnya sangatlah kan. Sebetulnya, saya bukan follow sangat lagu Najwa Latif ni. Tapi tahulah sikit sikit beberapa lagu yang dia nyanyikan. Yelah. ada juga saya terdengar kat dalam radio.

Pada mula saya klik dan lihat video ni. Sangat tertarik dengan kualiti video ni. Cantik clear je. Dan yang paling penting, gambar budak budak sekolah tadika [saya agak aje]. Nampak comel tidak terperi di situ macam anak anak buah saya. Ya, saya sedang memuji anak buah sendiri. haha.

Lepas tu, terus rasa nak buat video untuk anak anak buah. HAHA. Terus masukkan dalam carta list to do aka berangan. 

Lirik ke apa benda tu, saya tak cakna sangat. Bila cari dan copy lirik tu, urmm adalah beberapa lirik yang saya suka. Contoh nya "aku inginkan hati tenang - seandainya gagal jangan beri alasan".

Saya abaikan ya ya ya ya dan bunyi bising drum kat belakang tu. haha. Sedap aje komen pasal drum. hehe. 

Nah video berpakejkan lirik.



Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Tadi pagiku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya
(2x)

Siapa yang halau
Dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut
Hantar aku ke hujung

Lambai selagiku wujud
Senyum selagiku berdiri
Senyum selagiku berjanji

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya
(2x)



Friday, October 2, 2015

Yang Tersimpulnya Adalah

HAHA. Tak habis lagi ke cerita Aceh? Dah. Dah habis dah. Sebenarnya memang dah plan nak buat summary sebab entry sebelum ni kan panjang. Hey! Entry panjang itu bukan sebarangan. Ianya mempunyai maksud tersirat yang tersangat dalam jurangnya. Andai kalian mengikuti perjalanan #jaulahAceh kami. Rasanya kalian akan lebih memahami apabila membaca entry ini.

1. KAMI

HAHA. Besor giler gambar ni. Maafkan aku sahabat!
Kami sebenarnya bukan kawan baik semasa kat sekolah rendah ataupun menengah.
Kami juga tak bff whatsoever contact each other lepas study ke apa. Tak pernah.
Dia ada geng dia, saya ada geng saya. Entah bila eh waktu tepatnya kami start berkawan. Haha. Tapi kami boleh sembang la senang cite sejak ada whatsapp kalau tak silap.
Kami jarang berjumpa. Boleh kira dengan jari je. Dia sekarang di Selangor dan saya di Terengganu.
Masa sekolah menengah, pernah pergi 1 kali ke rumah dia beraya. Tak tahu kenapa boleh pergi rumah dia. Ikut kawan kot.
Pernah jumpa masa reunion adalah dalam 3 kali.
Dia datang rumah ketika raya baru 2 kali kalau tak silap, itu pun bila kami dah habis belajar.
Kami pernah jumpa kat Pulau Kambing bersekali dengan Sailani.
Saya datang ke majlis kahwin dia.
Saya pergi majlis kahwin adik dia.
Saya pergi ziarah ayahnya meninggal.
Tengok, sebab jarang jumpa. Itu sebab boleh tulis beberapa pertemuan kami. HAHA.
Dan beberapa kali pertemuan kot.

Kami tak pernah tidur bersama sebab kami kan sekolah kat kampung tak ada hostel. Tak pernah bermusafir bersama. Saya tak boleh nak expect dia macam mana dan begitu juga dia kepada saya. Tapi kami ke Aceh bersama sama. Pelik kan? Haha. Sebenarnya tak pelik kerana ini semua aturan yang Allah bagi kepada kami.

Saya pernah baca. Kalau nak kenal seseorang itu, bermusafirlah bersamanya. Tak semua yang kita kenal itu, KITA BETUL BETUL KENAL dia. Kerana itulah, saya selalu rasa jaulah/perjalanan kami ke Aceh TIDAK SAMA dengan pengalaman orang lain. Yelah, kebanyakan orang lain mereka dah kenal mengenali. Jenis kawan rapat bff apa semua tu lah kan. Kami bukan sebegitu.

Saya sendiri memberitahu padanya bahawa saya tidak expect apa apa kerana kami tidak pernah cuti bersama apa ke benda tu semua lah.

Dan yang paling best. Kami ni bukan berada di dalam kategori 'traveler', namun dengan izin Allah mampu jua pergi menjelajah isi Aceh. 

Apapun, thanks Jan atas pengalaman yang begitu best ni. Maafin kalau ada yang kurang ye. Hehehe.

Yakinlah, maka nikmat Allah yang manakah hendak engkau dustakan. Alhamdulillah atas jaulah yang manis ini.


2. BERAPA BAJET KE BANDA ACEH?
  • Banda Aceh merupakan tempat yang perlu kalian pergi walaupun sekali. Pergilah cari diri di sana. Kalau nak lagi jimat, pergi aje jelajah kat dalam negara kita. 
  • Penduduk Aceh kebanyakkannya baik. Sangat mudah membantu. Mereka juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam melayani orang luar seperti kami. Mana nak cari orang yang sanggup tunggu aktiviti kita disepanjang hari. Menahan kantuk, lelah demi sesuap nasi. Bab kesabaran memang saya tabik!
  • Saya pergi ke Aceh dengan hanya berbekalkan wang tunai bawah RM40 lebih aje. PITAM kalau Jan baca nih karang. haha. Pecah tembelang. Tak ar, memang nak cakap pun. Percaya tak? Tapi dah sampai KLIA2 kan saya beli KFC, maka duit tunai adalah dalam RM30 macam tu. Takut tak? Mau tak takut. haha. Nasib baik pagi esok tu kami tak breakfast! Dan yang paling best, duit dalam bank memang tak ada. Saya hanya membawa kad kosong. Wah wah. Waduh. Haha. Nak dijadikan cerita, sebelum nak ke Aceh. Saya telah membuat banyak pembayaran langsai itu ini dan itu sebablah baki duit dalam bank memang bawah RM50. 
  • Saya hanya menukarkan wang RM ke IR hanya RM450 sahaja. Jan pula saya menyarankan dia menukar RM500. Ini kerana saya mengambil lebihan wang IR yang ada dalam simpanan saya sebanyak RM30 lebih. Maka jumlah sebenar saya bawa wang ialah RM480 lebih macam tu je.
  • Alhamdulillah, Allah mencukupkan keperluan sepanjang berada di sana. Alhamdulillah, masih boleh berkongsi rezeki walaupun duit tunai tak banyak. Macam tak percaya pun ada. hehe.
  • Err juga macam tak percaya, plan kami macam 50/50 pergi atau tidak atau pergi atau yada yada telah membawa kami ke Banda Aceh jua!
  • Kos yang saya habiskan untuk ke sini hanyalah dalam kira kira RM150 untuk hotel 3 malam + RM230 tiket return + RM60 untuk baggage/tukar seat + RM480 sepanjang di Aceh. Total lebih kurang RM960. Genapkan aje lah RM1,000 mudah sikit nak kira.



Thursday, October 1, 2015

'Hadiah' Bai Yang Amat Berharga!

ps: Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sedang bersantapan/penggeli [err. macam saya. tapi redha aje lah, andai tidak bagaimana dapat berceritera]

Ke hadapan anak buahku Bai [Baihaqi],

Pagi tadi ayah datang hantar Bai ke rumah tokki. Cuda [sebetulnya cuda lebih suka panggilan Cikda] jenguk melalui tingkap nako. Eh Bai. Kelihatan Bai senyum memandang cuda. Ayah Bai meminta Bai menyalami beliau sebelum ke sekolah. 

Tahukah Bai, ayah sangat sayangkan Bai. Selalu cuda tengok betapa kasihnya ayah Bai kepada Bai. Dipeluk dicium Bai. Cuda dapat rasakan betapa mendalam ke jurang yang paling dalam umpama jurang Mariana sayangnya pada Bai. 

Bai juga sayangkan ayah dan umi kan? Kalau tidak, tak adalah Bai menangis teresak esak ditinggalkan ummi dan ayah semasa Aidiladha bebaru ini. Tapi kan Bai, cuda cakap ikhlas lah kan. Teruk benor gaya Bai menangis. Tak pernah cuda lihat Bai menangis sebegitu rupa. Tapi yelah kan, Bai masih anak kecil yang baru berusia 4 tahun. hehe.

Ok. Kita sambung cerita. 

Bai naik ke atas rumah dan bermain menulis di atas buku buku yang ada sementara cuda bersiap.

Bai budak yang sangat rajin ke sekolah. Walaupun Bai ke sekolah dengan niat nak bermain main, tak nak menulis. Tak mengapa Bai. Tak mengapa untuk umur 4 tahun. Bilamana dah berumur 5 tahun nanti, Bai tak boleh leka macam ni lagi. Bai juga morning person. Bagus sangat. Tak pernah rasanya Bai bangun lambat. Harapnya Bai kekal sebegini sampai dewasa sampai bila bila. Amin. Err aminkan kepada cuda juga ya. Bai nak tahu, Bai juga rajin ke surau. Orang surau dah kenal Bai. Yelah, kalau mereka tak kenal Bai tu. Hurm, saja lah tu kan Bai. Semua orang geram tengok Bai. Nak buat macam mana Bai, kasih sayang 100%. Itu sebab Bai comel.

Sedang cuda bersiap, Bai berteriak 'nok berok'.

Bai bersusah payah nak tanggalkan seluar. Cuda suruh Bai cepatkan sikit tindakan tu. Kekangan badan Bai yang comel menghalang pergerakan pantas Bai.

Cuda sebenarnya dah tahu Afiq dan Bai baru berhadapan dengan serangan cirit birit. Kesiannya.

Dalam terkial kial Bai berjaya tanggalkan seluar. Cuda menunggu di bawah tangga dan memimpin tangan Bai untuk ke tandas.

Bai sarungkan selipar dan naik ke atas tandas. Cuda dah pesan, berak tu dalam tandas. Bai akur. Cuda ingatkan lagi agar Bai cucurkan air semasa sedang buat operasi tu. Bai senyap je. 

Tak lama kemudian, Bai cakap dah siap. Cuda ke tandas melihat Bai. Kelihatan Bai dah di bawah tandas dan tersenyum. 

Bai cakap dok basuh lagi cuda.

Cuda bukakan air dan minta Bai basuh sendiri -_-

Bai dengar arahan namun dok sapa cuda.

HAHA. Tangan Bai tak sampai nak basuh rupanya.

Lantas cuda buka tandas nak cuci berak Bai.

Apabila pintu tandas di buka, urrmmm pandangan cuda terasa kelam. Pagi pagi dah uji cuda dengan segala isi perut Bai. Kenapa Bai tak simbah. HAHA. Weeii. Rasa nak pitam. Tapi cuda gagahi juga menyimbah hadiah yang Bai tinggalkan. Terpaksa cuda pandang ke tempat lain. Cuda dah lama tak buat kerja macam ni Bai. Sampai hati Bai.

Cuda minta Bai naik ke tandas dan terpaksalah cuda cuci berak Bai. 

Selepas sekian lama tak mencuci berak anak buah, akhirnya cuda terpaksa mengalah. Terpaksa mengalah Bai. Terpaksa. Kurelakan jiwa, tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu. Uh! Lagu pulak tak berapa nak kena dengan cerita ni. HURMM!

Geli Bai. 

Kalau kat rumah siapa basuh berak Baihaqi?
Ayoh ar. Kalau rumah Tokteh, basuh la sendiri. 

Pandai pulok basuh sendiri. Macam mana boleh cakap tak sampai tadi? Cuda telah terpedaya ke? Urmm.

Dah selesai, cuda minta Bai pakai seluar sendiri. Nasib Bai pandai tapi tak reti nak kancing pulak. Cuda tolong sebab perut Bai besar. hehe. Sebab itulah agak payah nak dikancing Bai.

Nak gi sekolah ke? Nak balik rumah?
Nak gi sekolah.
Nak gi sekolah ke? Nak balik?
Nak gi sekolah lah.

Ok. Cuda ambil keputusan hantar Bai ke sekolah. Afiq ketika itu masih lena di peraduan. Biasalah Afiq tu kan Bai. Bukan Bai tak tahu sepupu Bai tu macam mana.



Dalam perjalanan. Cuda minta Bai pandang cuda sebab nak ambil gambar. Cuda kan memang selalu ambil gambar Bai dalam kereta walaupun bukan nak di upload di dalam blog. Bai terus palingkan wajah Bai menghadap cermin.

Bai cakap takmo!. 

Cuda dah faham sangat perangai Bai tak berapa gemar nak bergambar tu.

Cuda cuba lagi.

Bai pandang sini. 

Senyum.

Bai terus berpaling dan senyum!



Alah comel sangat Bai. Walaupun cuda terpaksa membasuh berak Bai. Cuda terubat hati melihat keletah Bai.

Sampai ke sekolah, cuda dah pesan pada cikgu tengokkan Bai. Alhamdulillah, sepanjang di sekolah Bai tak berak. Agaknya perut Bai dah ok. 

Bai, kalau Bai dah pandai baca ni nanti. Bai jangan malu eh.

HAHA!