Friday, November 27, 2015

Menjelajah ke youniQ

Ketika bulan September lalu, saya dalam keterpaksaan telah pergi menghadiri 1 bengkel. Keputusan yang saya ambil itu agak last minute dan Alhamdulillah masih ada peluang untuk berbengkel. Memang payah juga untuk buat keputusan datang sini. 

Bersama kawan saya, kami dari airport terus ke hotel ini. Nak dijadikan cerita, oleh kerana saya kan lambat buat keputusan nak ke bengkel maka kami berkongsi hotel dan bilik. Sampai kat hotel ni, memang tersangat wow. Saya rasa dah banyak pergi ke hotel namun hotel ini memang berbeza dengan hotel yang lain. Kami tinggal di sini 3 hari 2 malam. 



Kami sampai hampir jam 6.30 petang kat hotel ini. Kawan saya dah tempah bilik melalui agoda, saya hanya menantikan dia check in sambil melilau hotel yang unik ni. Kawan saya cakap 'maaflah Aida tempah hotel ni je'. Pelik pula bila saya dengar, sebab saya ok je sebab untuk tidur aje kan. Dia minta maaf, saya pula duk kagum kat hotel ini.

Bila dia tahu tentang cerita saya ke Acheh, tergelak dia. Haa baru tahu macam mana hotel kat Acheh atau hotel-hotel sebelum ini yang saya menginap. Ini dah tahap hotel bajet 5 bintang ni.




Ini pemandangan di hadapan bilik kami. Lengkap dengan bean bag. Haha. Memang seronok santai kat tepi meja kecil tu. Bila balik bengkel sementara nak masuk bilik kami, kami lepak kat sini lah.




Insiden kelakar, ketika kami selesai check in kan. Semasa mencari-cari bilik, kami tertanya-tanya mana bilik kami. Cari nombor bilik tak jumpa. Rupanya nombor bilik kat bawah. HAHA! Kami gelak terasa macam 'hey itu pun tak tak nampak ke?' Mata tertumpu kat atas je, apabila dah duduk kat sini barulah perasan nombor bilik ada yang besar dan ada yang kecil saiznya.



Unik kan? Entah kat manalah dia beli benda besi macam tu. Saya sendiri tak tahu nak panggil apa. Memang sesuai sangat dengan nama hotel ni -

the youniQ



Tanda arah yang ada kat sini janganlah nak bandingkan dengan hotel-hotel lain. Memang ini punya tanda arah adalah terbaik! Kalah hotel 5 bintang. Melampau tak statement? Haha.




Tengoklah kata-kata dalam signage ni. Tergelak bilamana melihat the cockroaches are getting cancer. Kasihan kat lipas. Kami ke laundry untuk iron baju. Nak iron di dalam laundry kami rasa macam lemas, sebab pintu tak boleh kami hadang. Lantas kami ambil keputusan heret keluar iron board sambil menggosok baju memandang highway. Sambil tu memang boleh nampak siapa yang keluar masuk dari hotel. Ramai juga orang yang menginap kat sini rupanya.



Kami menginap kat sini tanpa mengambil set breakfast atau dinner. Jadi kami makan kat kedai belakang di lorong sebelah. Nasib baik makanan kat kedai tu sedap. Sepanjang kami tinggal kat sini, di situlah tempat kami mengisi kekosongan perut kami. Siap tapau lagi. Haha. 



Sekali tengok dah macam kipas. Dua kali tengok kami tak boleh nak agak. Yang kami selalu bualkan sesama kami, kat mana mereka beli semua barang yang sangat nostalgia ni.




Pemandangan hotel ini ketika malam. Dah kenyang kami jalan-jalan sekitar hotel kat situ sambil ambil gambar. Cuma tak berani nak ke lorong belakang terkebelakang sangat sebab gelap. Kami dahlah berdua perempuan. Kat sini selamat cuma kami tetap ambil langkah berjaga-jaga. 

Hotel kami ni tak jauh dengan Admal Aviation College. Semasa kami dalam perjalanan nak ke tempat makan, sempatlah kami bergambar di depan replika jet atau helikopter ringan kot. Saya ni fail betul nak kenalpasti sesuatu nama benda. Hehe.




Pergi ke mana-mana, memang akan saya bawa jam loceng ni. Kalau nak harapkan alarm dari handphone. Urmmm. Memang tak sedar. HAHA!



Pagi sebelum balik, mengadap depan tingkap ni sambil melihat Shell dan kenderaan lalu-lalang sambil makan nasi goreng kampung. Nasi ni kami tapau malam tadi. Nasib tak basi.



Kalau kami ambil set breakfast atau dinner, kat sinilah kita perlu makan. Cantik tempat makan dia. Sangat unik, apalagi yang boleh saya katakan tempat ini.




Ini keadaan dalam bilik air. Semua ada youniQ. Simple aje tapi cantik.



Ini pemandangan dari jauh bilik kami. Sekali pandang macam kat luar negara kan? Ada banyak lagi gambar, tapi cukuplah ini saja yang dikongsi.

Yang penting hotel ini adalah hotel BAJET! Namun tak nampak macam hotel bajet kan? Harga dia untuk 1 malam tak adalah mahal mana. Kita memang mampu kalau setakat nak tidur kat sini.

Semasa kami sampai kat sini, mereka siap tanya 'flight delayed ke?'. Kami hairan dan bagitahu tak adalah. Kami datang sini untuk bengkel. Selepas bersembang dengan pemandu teksi kat sini, barulah kami tahu yang hotel ini selalu menjadi pilihan mereka yang akan fly ke mana-mana atau flight delay disebabkan lokasi hotel ini tak jauh dengan KLIA. Patutlah mereka tanya macam tu kat kami. 

Tak rugilah stay sini. Best! Ini bukan entry iklan. HAHA. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Cubalah. Oh ya, kalau nak tahu lebih lanjut, layari teruslah laman web dia eh.

Kalau sesiapa yang suka surf internet tu atau nak check in flight ke apa, boleh ke komputer yang ada kat lobi. FREE! Tak ada caj tapi limit per user adalah 15 minit aje. Kalau nak berlama-lamaan, beli data sendiri. Hehe.



Tiba masa kami terpaksa meninggalkan hotel ini kerana kami dah nak balik dah. Tengoklah lif hotel ini, menarik!

Tata.




Wednesday, November 25, 2015

Lukisan Dari Jiwa

Malam lepas, Afiq bangun dari tidur dan melihat kertas lukisan berada di tepi saya. Sebetulnya kertas lukisan tu dibeli untuk dijadikan background. Apabila dia melihat kertas tersebut, si Afiq terus meminta saya lukiskan sesuatu.

Saya ni memang tidak pandai lagi berseni untuk melukis. Cuma berbekalkan sedikit pengalaman semasa memenangi lukisan ketika darjah 6 yang lalu, saya memenuhi permintaan anak buahku.



Dengan daya dan bersungguh-sungguh saya lukis. Dapat saya lihat pada lukisan ini kecantikan dan tidaklah buruk sangat kan? Mungkin saya terlalu dibuai oleh sang dewi keperasanan tahap langit ke 7 semasa melukis.

Kemudian, Afiq meminta juga walidnya melukis. Dan hasilnya sangat berbeza dengan saya.




Saya akui, abang 2 saya mempunyai bakat seni yang tersendiri. Dan saya mengundurkan diri tanda kalah.

Mungkin boleh cuba lagi di lain masa. Mungkin.




Monday, November 23, 2015

Naik Pentas

Ps: Entry ini panjang. Kalau jem tu kan, memang dah tahap berkilometerlah.

Sepanjang bersekolah, saya hanya pernah sekali naik ke pentas. Itu pun semasa pertandingan bercerita. Tak dapat nombor pun. Kawan saya yang dapat tempat pertama. Kedua dan ketiga? Entah tak ingat. Untuk naik pentas bagi kategori akademik, memang tak pernah dalam hiduplah.

Bercerita mengenai naik pentas. Apabila akhir tahun, naik pentas adalah sinonim dengan pelajar. Masa itulah pelajar akan dapat tahu kedudukan nombor di dalam peperiksaan. Ketika itulah, pelajar sibuk menghantar buku teks sekolah, ketika itulah kelas-kelas sibuk mengadakan jamuan akhir tahun dan bermacam acara lagi sebagai penutup penggal sebelum cuti sekolah bermula.

Ketika ini juga, whatsapp menjadi sibuk dengan gambar yang dikongsi oleh kakak-kakak dan adik 1. Mereka kebiasaannya banyak berkongsi di group keluarga dan facebook bukan menjadi pilihan mereka. Saya perasan sangat hal ini. Anak dapat nombor bagus atau tidak, keputusan macam mana pun, mereka tidak akan war-warkan di dalam facebook. Mereka tak suka beria sebegitu. Jangan haraplah mereka berbuat demikian kecuali adik 1 saya. Dia selalu jugalah share tentang anak dia di dalam facebook. Adik 1 memang share tentang anak-anak kesayangannya sejak dari kecil lagi. Jadi perkembangan anaknya memang kami boleh follow kat facebook tu. Cuma tak adalah setiap hari dia update perihal anaknya. Orang lelaki kan, biasanya dia akan update sekali sekala. 

Oleh sebab kakak-kakak tak boleh diharap sangat, biarlah saya tulis kisah anak-anak mereka bagi pihak mereka dan mereka. HEHE. Mereka tak tahu ni. Kalau tahu pun, urrmmm rasanya tak marah kot.


Keluarga Kakak 2

Mempunyai anak paling ramai setakat ini di dalam keluarga saya. Banyak kisah lucu tentang anak-anak mereka. Kalau tulis memang berjela. Ragam anaknya memang sangat unik. Haha. Kebanyakan anak kakak 2 aktif di bidang kokurikulum dan akademik. Cumanya nak cakap akademik tu terlalu bagus sangat dan sangat tu, tak adalah juga. Urmm, biasa-biasa aje.

Lagipun, jika disoroti susur sejarah keluarga kami ni kan, tak adalah selalu naik pentas. Seingat saya, abang 1 dan adik 1 yang pernah naik pentas semasa sekolah. Itupun sekali kot. Tapi memang sejujurnya kami bukan dari keluarga yang 'asyik muka keluarga dia aje kan conquer hadiah'. Tak ada. Memang tak.



Anak perempuan kakak 2 mendapat pelbagai hadiah di dalam sukan. Bila saya lihat Tahun 5 ni kan, saya dah tahu siapa punya semua pingat ni. Si Ateh. Saya pernah tulis pasal dia di SINI. Dia ni kelakar kerana fokus dan tujuan utama dia nak menang. Haha. Siap ada strategi lagi. Kalau lihat Iman dalam cerita Kau, Aku, Kita [macam ni kot tajuk cerita tu], selalu teringat kat Ateh. Dia ni jenis sempoi.

Cerita pasal anak dia yang lain. Si Adaa.




Alhamdulillah, tak sangka dia ni ada nombor dalam kelas. Haha. Jahat betul mak saudara ni. Yelah, kita bukan tahu pencapaian mereka kat sekolah macam mana. Cumanya, mereka ni semua memang dah terbiasa sangat dengan pentas dari sejak sekolah tadika lagi. Selalu buat persembahan, nasyid la apa lah. Yelah, adik beradik mereka kan ramai. Jadi semacam dah protege dengan mentor. 

Dalam hari yang sama, adik beliau terlibat dengan persembahan pentas. Baru umur 5 tahun, jadinya diberi tugasan untuk pakaian beragam.




Qayyim telah ditugaskan untuk menjadi imam. Ketika ini masih riang gembira.



Ketika Ummi dia datang ambil kat sekolah, si Qayyim ni menangis. Yang lawaknya 'Qayyim dok dapat hadiah lagi'. Kakak 2 saya cakap. Padahal dia ni bukan dapat nombor pun. Memanglah tak dapat hadiah. Si Qayyim bajet semua dapat hadiah kot termasuk diri dia. Kakak 2 belanja aiskrim pun tak jalan juga. Dah habis makan, masih teringat akan hadiah dia. Hai, macam-macam.


Kakak 3

Dia ada 2 orang anak. Sepanjang pemerhatian saya, anak sulung dia ni memang selalu juga dapat hadiah. Tahun ini, dapat juga hadiah walaupun sipi-sipi.




Kan saya dah cakap. Saya tak hairan sangat dengan naik pentas atau tidak. Si Sasya ni tak adalah dapat nombor 1-3 namun tempat ke-10 dalam aliran. Jika sekolah mengambil hanya 5 pelajar terbaik dalam aliran kan, dah tentu Sasya terkeluar dari liga. Sebab tulah, saya sebagai mak saudara mereka berasakan perkara ini tak ada hal sangat. 


Keluarga Adik 1

Anak beliau 2 orang. Saya ada tulis Rayyan di awal persekolahan dulu. KLIK! Apabila mendapat berita ini, memang terkejut jugalah. Tak sangka.



Mula-mula cakap nak jadi bomba. Apabila sampai sekolah, ramai kawan-kawan pilih angkasawan. Lantas dia mula berubah fikiran untuk menjadi angkasawan juga. Maka inilah gambarnya.



Tak sangka betul dapat hadiah. Haha. Tapi bukan di dalam kategori akademiklah. Si Rayyan mendapat anugerah akhlak terbaik 5 Tahun. Tak tahulah macam mana si Rayyan ni kat dalam kelas. Mesti diam tak suka bergaduh, mengikut aje cikgu cakap. Mungkinlah kot. Andaian aje ni sebab saya tak tahu dia macam mana kat sekolah. Kalau kat rumah tu, memang begitulah dia. Si Dhea pula yang suka membuli si abang. Err, tapi kalau dia geram sangat kan. Bergaduh juga mereka 2 beradik ni. LOL!



Kebetulan pada hari tu kan, si Rayyan dapat 3 hadiah termasuk lucky draw. Apabila kakak 2 bagitahu anak dia menangis sebab tak dapat hadiah, jadinya si Rayyan ni sanggup nak kasi salah satu hadiah yang dia dapat tu kat Abang Qayyim. 

Itulah kan, kita tak boleh nak jangka pencapaian anak-anak kita tu macam mana. Kadangkala semasa sekolah rendah dia bagus. Apabila dah sekolah menengah dia mendatar, bila masuk universiti dia melintang. Jadi susah untuk kita hakimi mereka semua.

Naik pentas ke tidak ke, mereka semua tetap di pentas hati saya.



Saturday, November 21, 2015

Surirumah. Tiada Lesen. Humaira Meragam. Sangat!

Dewasa kini, lesen kereta dan lesen motorsikal merupakan satu keperluan. Keperluan yang penting bagi saya. Tak kira siapa pun kamu termasuk surirumah sekalipun. Nak dijadikan cerita, kakak ipar 2 saya tidak mempunyai lesen motorsikal mahupun kereta. Sebelum dapat Humaira, dia dah merancang untuk mengambil lesen. Apakan daya, apabila dia mengandung, perancangan tersebut terhenti seketika.

Perbelanjaan untuk mengambil lesen bukanlah sesuatu yang kecil. Sementelah kakak ipar 2 tidak berkerja dan mengharapkan wang daripada abang 2. Jadinya, dia membuat keputusan untuk mendahulukan keperluan untuk si Humaira terlebih dahulu.

Sekarang, Humaira dah berusia 1 tahun 7 bulan. Cukup besar untuk ditinggalkan sementara beliau ke kelas memandu.

2 minggu lepas, beliau dah mendaftar di kelas memandu memandangkan sekarang tengah ada promosi! Yuran pun agak murah berbanding kadar biasa. Minggu lepas dia dah mula kelas bagi mendengar ceramah.

Yang saya nak ceritakan di sini ialah keperluan lesen kepada wanita. Kakak ipar 2 saya bertanyakan kepada saya dan kami berborak santai.

Saya sejujurnya sangat mengalakkan beliau untuk mengambil lesen. Berterus terang maklumkan pada beliau bahawa tiada rugi andainya dia mengambil lesen demi masa depan. Nanti, 2 tahun lagi Afiq akan masuk sekolah. Jika abang 2 saya tak dapat ambil, dah tentu dia mampu untuk mengambil Afiq tanpa mengharapkan kepada abang saya sahaja.

Jikalau emaknya meminta tolong untuk hantar ke hospital atau klinik atau ke mana-mana sahaja, dah tentu dia dapat menolongnya. Saya katakan padanya, lesen bukannya ada susut nilai. Mungkin kita terasa agak membebankan dengan ujian, nak pergi kelas tinggalkan anak-anak. Tapi pada kemudian hari, perkara ini memang sangat berbaloi.

Kakak ipar 2 dah ambil keputusan untuk mengambil kelas kereta manual. Dia tanya pendapat saya bagaimana, okay atau tidak? Saya katakan padanya bahawa memang lebih elok mengambil kelas kereta manual. 

1. Kebiasaannya, pemandu auto tak begitu mahir atau tak pandai langsung nak bawa kereta manual.
2. Pemandu kereta manual sebenarnya mempunyai 1 kredit kerana akan pandai membawa manual dan auto.
3. Dapat menjimatkan yuran kerana kos kereta manual dan auto adalah berbeza.
4. Kereta auto senang aje nak belajar. HEHE. 

-----------------------------------------

Nak dijadikan cerita. Tadi pagi saya hantar beliau ke kelas memandu. Afiq dan Humaira ditinggalkan di rumah dengan pengawasan jiran.

Balik rumah, si Afiq pergi kenduri kahwin dengan adik kakak ipar 2. Adik beliau datang ambil Afiq untuk jangka masa 1 hari.

Oleh kerana kelas pada hari ini memakan masa sehari suntuk, maka saya membuat keputusan untuk membawa Humaira ke Mr. D.I.Y. Namun perancangan itu tak berapa nak menjadi. Saya tukar plan.

Dalam jam 12:00 pm lebih, saya pandu kereta sambil si Humaira diletakkan di seat sebelah. Saya pasangkan seat belt untuk Humaira. Sekali pandang, memang kasihan betul wajah si Humaira ni. Diam membungkam kerana tiada kawan.

Sampai di kelas memandu, saya menantikan kakak ipar 2 di kantin. Apabila waktu rehat, kakak ipar 2 bagi Humaira kenyang dulu. Ini kerana, si Humaira tu tak minum susu botol.

Jam dah menunjukkan 2:40 petang. Saya mengambil keputusan untuk membawa Humaira balik. Ketika itu dia tertidur. Kakak ipar 2 tolong bukakan pintu dan turunkan seat. Selepas itu dia terus berlalu ke kelas. Semasa nak masukkan si Humaira kat dalam kereta. Eh, dia terkejut pula. Mata dah terbuka. Saya peluk dia dengan harapan dia akan kembali lena. Namun harapan itu musnah!

Bermulalah tangisan yang berpanjangan. Saya nak letak dia kat seat sebelah pun dah tak boleh. Langsung tak nak duduk! Saya minta dia duduk di tengah-tengah iaitu dekat hand brake, pun dia tak nak.

Apa lagi daya saya untuk hadapi keadaan yang tidak terurus ni. Akhirnya selepas 10 minit berlalu, saya terpaksa mengambil keputusan untuk membiarkan saja Humaira duduk di riba saya. Ya, satu perlakuan yang sangat MERBAHAYA! Janganlah dibuat perangai macam ni.

Dia menangis dan menangis. Adakala kaki dia menendang-nendang sisi pintu kereta saya. Saya takut betul dia tertendang stereng ke apa. Sangat takut! 

Saya terpaksa memberhentikan kereta beberapa kali di tepi jalan demi menenangkan Humaira. Namun, tidak juga reda. Tunjuk motorsikal tak berhenti menangis, tunjuk lori pun tak berhenti menangis juga. Tunjuk awan, tunjuk burung semua tak jalan.

Akhirnya, saya sambung balik perjalanan dan membuka lampu kecemasan. Memang kecemasan. Tak mahu kereta belakang terganggu dengan pemanduan saya. Hampir 30 minit perjalanan yang saya lalui itu terasa sangat panjang lagi lama. 

Alhamdulillah, selamat sampai. Namun tangisan si Humaira memang tak berhenti. Dia sebetulnya tak pernah berenggang dengan kakak ipar 2 saya dalam masa yang lama. Memang sangat menguji perasaan.

Point di sini ialah, saya tidak tahu bagaimana ibu bapa menangani kerenah anak-anak yang tidak mahu duduk dengan elok-elok, dengan baik dengan tersenyum di seat penumpang. Saya tak sanggup bawa anak buah dalam keadaan begini. Takut! Tadi, saya dah terbayang car seat. Terlintas kat hati nak je beli car seat dan ikat [buckle up] mereka kat dalam tu.

Dan, sebetulnya saya tak pandai mana nak memandu dengan ada penumpang di riba. Namun kerana terpaksa, pelan-pelan bawa kereta pun, dipermudahkan sehingga sampai ke rumah adik 2. Terpaksa berhenti di rumah adik 2. Lama betul Humaira menangis, hampir 1 jam lebih. Semua pujukan memang tak berjaya.

Sebab itulah, kanak-kanak perlu di ajar untuk duduk sendiri di dalam car seat sejak mula baby tu keluar dari hospital! Itu mengikut pembacaan saya di blog-blog luar negara. Mereka sangat mementingkan penjagaan keselamatan untuk anak-anak mereka dan undang-undang mereka sangatlah ketat.

Cukuplah sekali penangan meragam si Humaira ni.




Wednesday, November 18, 2015

Bawa Bekal

Saya dikelilingi oleh mereka-mereka yang rajin memasak. Dalam ramai-ramai kawan, ada seorang kawan yang paling rajin memasak dikalangan kami. Macam-macam dia pandai. Sebut sahaja makanan apa, biasanya dia boleh lakukan.

Masak nasi kunyit? Pandai.
Buat cheese tart? Pandai. Eh. Baru pandai. Kali pertama buat dah berjaya. Kali kedua buat laaagii lah berjaya. Kawan-kawan tumpang makan dengan perut yang gembira. HAHA.

Buat rojak betik pun pandai. Kami hampir satu pejabat tumpang makan air tangan dia. Sedap!
Buat nasi goreng ikan memang serah kat dia lah. Jangan ada orang caras kerja dia. Haha. Gurau jelah. Setakat ini, dia yang suka buat nasi goreng ikan. Orang lain tukang suap aje. Ish, apa punya kawan ni.

Banyak lagi dia pandai. Nak dijadikan cerita, buat air pun sedap! Ya Allah, dia umpama Chef bertaraf berlian bagi kami. Haha. Ayat berbunga-bunga berbau bodek baik punya. Tapi ini bukan ayat bodek. Dia bukan ada kat depan pun nak bodek. Perkara betul, tak kan kita nak nafikan. 

Hampir setiap minggu pada setiap bulan, kami akan berkampung di pejabat dan tidak keluar makan pagi. Kami akan dimaklumkan oleh beliau 'kita dok payah makan luar, hari ni orang bawa doh makanan'. 

Apabila jam menghampiri 8.30 pagi atau 8.40 pagi macam tu, kami akan check in kat meja makan belakang. Rasanya, tak ramai kot yang bawa bekal ke pejabat. Selalunya kita tak sempat nak masak pada pagi hari. Yelah, pada waktu pagi selalunya masa terasa semput dan berlalu dengan cepat. Akan tetapi, beliau sempat juga sediakan bekal.

Bertitik pada itulah, saya selaku orang yang paling tak pandai nak masak apatah lagi membuat air. Ya Allah, teruk sangat prestasi aku selama ni rupanya! Kawan-kawan yang lain, walaupun mereka adakala bawa bekal untuk kami atau tidak. Biasanya, mereka ada juga menyumbangkan tenaga untuk buat air. Saya pula hanya menyumbang tenaga untuk menyuap makanan sambil memberi pujian kepada si pembuat air dan si pembawa bekal. 

Nasib baik keinsafan menjelma di dalam diri. Saya selalu juga cakap kat mereka 'orang dok reti nak buat air', 'orang tak reti nak masak'. Pengakuan ini lebih sadis daripada budak yang tak dapat straight A ni dalam UPSR. HAHA.

Nak dijadikan cerita, pada satu malam kan. Saya kat rumah dengan ayahanda saya je. Fikir punya fikir, perut dah lapar. Saya akhirnya buat keputusan masak nasi goreng. Masak punya masak, wow! Boleh tahan jugalah rasa dia. Sedap juga. Not bad juga rupanya hasil kali ni. Saya tak tahu bila kali akhir saya memasak nasi goreng. Haha. Jadi apabila menjadi macam ni, saya rasa macam gembira yang tidak terperi!

Beberapa hari selepas itu, saya terfikir untuk memasak untuk kawan-kawan. Yelah, selama ini kita aje yang tukang makan. Malu!



Semalam, saya bangun pagi. Dah solat tu, saya terfikir nak buat ke tak nak nasi goreng ni padahal malam tadi saya dah hangatkan nasi. Memang dah niat nak masak nasi goreng, tapi rasa 50/50. Nak buat ke tak nak, sebab jam dah 6.30 pagi. Saya iron baju dan selepas tu keputusan dicapai. Urmm, buat ajelah.

Jam 7.00 pagi, saya terus ke dapur dan mula potong bawang, blend bawang. Masukkan semua bahan kat dalam kuali, goreng punya goreng hinggalah jam 7.30. Ayooo, dah lambat ni. Siapkan diri untuk ke tempat kerja.

Nasi goreng tu saya letak kat dalam termos. Nak tahu, termos ni kawan saya yang pandai masak tulah yang kasi kat saya. Cantik warna dia.

Sampai kat pejabat, nasi goreng masih panas. Kami makan ramai-ramai kat pantry macam biasa. Cuma sedikit ralatlah kan, saya dah niat nak kasi ayahanda saya bawa nasi goreng ni ke tempat kerja dia. Tapi saya mula memasak jam 7.00 pagi. Ayahanda saya dah keluar pergi kerja dah. Memang tak sempat nak bekalkan untuk dia. Namun, saya sempatlah tinggalkan untuk kakak ipar 2 makan. Kita tak bolehlah nak bagi orang lain makan, tapi untuk keluarga sendiri tak sempat nak bagi. Sampai ke hari ni rasa ralat! Sebab tu saya tak  kisah sangat kalau tak belanja kawan-kawan makan selagi saya tak belanja keluarga saya dulu walaupun sekali sebulan, walaupun seciput je. Lain kali saya kena pandai bajet masa. Bajet masa Aida. Bajet masa!

Nasi goreng ni walaupun tak adalah sesedap masakan orang pandai masak, tapi rasa gembira sangat dapat bagi sumbangan kecil ni untuk kawan-kawan yang selalu aje masakkan untuk kita. Segan juga jamukan masakan kita. Haha. Amatur katakan.

Sebetulnya, tak rugi bawa bekal ke pejabat. Jimat juga duit. Hehe. Nanti saya nak buat resepi lain untuk ayahanda saya [of course!] dan juga kawan-kawan. Dah ada resepi dalam kepala ni, nak buat roti bakar sapu planta. Janganlah gelak. Menu ni simple tapi susah juga kan?




Monday, November 16, 2015

Pernah Terfikir Tak?

Jika kita duduk diam-diam, renung dalam-dalam, fikir panjang-panjang, tentu kita akan terfikir. Fikir apa? Fikir tentang hidup.

Selalu dalam hidup kita akan ada pertanyaan. Macam-macam pertanyaan yang dilontarkan kepada kita sepanjang kita hidup. Pertanyaan yang paling dekat dengan hidup kita ialah bila nak kahwin? Bila nak ada kekasih? Bila nak ada anak? Bila nak tambah anak? Bila nak ada anak perempuan nih? Bila nak ada anak lelaki pula? Bila nak bina rumah sendiri? Bila nak beli kereta untuk keluarga? Bila dan bila dan bila. 

Itu bila. Bila menjadi kenapa, maka akan keluarlah soalan ini. Kenapa kamu kahwin lewat? Kenapa rapat-rapat sangat anak kamu? Kenapa dan kenapa. Macamlah susahkan hidup dia kan?

Soalan-soalan klise itu ada yang ditujukan kepada kita dan ada juga yang kita dengar ditujukan kepada seseorang.

Apabila mengamati soalan-soalan itu, rasanya tidak tergamak kot untuk kita utarakan kepada seseorang itu secara terbuka dan rambang.

Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan membaca pelbagai berita di tanah air kita. Urmm, bunyi macam nada pantun pula.

Ini mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja tak kira dalam atau luar negara. Pernah kan kita lihat. 
Hari itu, mereka menayangkan kebahagian keluarga mereka. 
Hari ini mereka dah bercerai. 

Salah ke kalau kita ekspresikan kebahagiaan kita? Tak salah tapi biar berpada.

Hari itu, mereka bertanyakan kepada kita bila nak kahwin? 
Hari ini, dia dah menjadi janda kerana kematian suami atau kerana diceraikan.

Hari itu, dia sibuk tanyakan kepada kita bila nak ada anak.
Hari ini, dia kehilangan anak-anak dek pelbagai sebab umpamanya mati kerana sakit/kemalangan/lemas dan bermacam lagi.
Hari itu, dia tanya bila nak ada anak lelaki atau anak perempuan sementelah dia dah ada sepasang.
Hari ini, dia dah kehilangan anak lelaki atau perempuan dengan pelbagai sebab.

Bertanya jangan sampai mengguriskan hati orang lain dan kita yang terdengar ini. 

Anak, suami, rumah atau apa jua harta kebendaan yang kita miliki tidak kekal lama. Ianya bukan hak milik kekal kita.

Berkahwin bukan 1 tiket kita akan mempunyai suami selamanya. Mempunyai anak tidak bermakna kita akan bersama selamanya dengan mereka. 

Namun adakala kita lupa semua itu. Lupa bahawa semua itu boleh diambil oleh Pemberi Pinjam daripada kita dengan kadar sekelip mata.

Aturan hidup ini tidak dapat kita telah ke mana arahnya. 

Ada orang berkahwin tetapi bercerai. Lepas tu dapat jodoh lain dan berkahwin lagi.
Ada orang bercinta lepas tu kahwin.
Ada orang bercinta tapi tak kahwin kerana putus di tengah jalan.
Ada orang tak bercinta mana pun, tapi selamat menjadi suami isteri. Eh, nak macam ni jugalah. HAHA!
Ada orang bercinta, bertunang tapi putus tunang pula.
Eh suka sangat kalau bagi contoh macam ni kan? Hehe.

Ada orang kaya, tapi jatuh bankrap.
Ada orang lambat kahwin, dapat anak cepat.
Ada orang belajar tak pandai, tapi kaya sebab pandai cari peluang majukan diri.
Ada orang belajar pandai, tapi sebab terpengaruh dengan kawan. Akhirnya tersadai di mana-mana bilik konkrit.

Kalau nak tulis ada orang, memang berjela-jela lah kita boleh tulis.

Yang penting, selalu tanam kat hati kita. Apa yang ada kita syukuri selalu. DIA nak ambil sekejap, DIA nak bagi pun sekejap. Jangan sombong dengan ilmu, keturunan, pangkat, kekayaan, kuasa, kenalan/kawan, 



Saturday, November 14, 2015

Apa Hobi Kamu?

Tak berani nak cakap ini sebagai 'default' hobi. Ini kerana, saya gemar mengambil gambar dan saya rasakan itulah hobi saya. Kalau nak tahu, hobi lain pula pada sebelum ini, jiwa lebih kepada mengumpul koleksi setem. HEHE. Ya. Antik sangat kan hobi mengumpul setem. Nanti kalau rajin, saya tunjuk koleksi setem yang dah lama tak bertambah dan tak terjaga-jaga itu.

Sejak seminggu dua yang lalu. Hidup ini sedikit meluaskan sayap dengan hobi baru iaitu mewarna. Boleh dikatakan balik dari kerja, saya mewarna. Balik dari kerja saya pergi mencari pensil warna. Bila ada waktu terluang, saya mencari inspirasi baru di dalam internet. Ecewah. HAHA. Rasa macam jengkel pulak mendengar ayat inspirasi tu. Macam ngada-ngada sangat eh mung ni. LOL!

Nak cerita sikit mengenai sejarah hobi baru ni. Sebelum ini saya pernah melihat dalam instagram beberapa orang yang agak terkenal membuat ukiran dan selepas itu dia warnakan. Saya sememangnya tertarik dengan apa yang mereka lakukan tu, namun saya tak pandai nak melukis. Memang tangan bangku kalau bab melukis ni.

Dan selepas masa berlalu dengan sekian lama, saya diperkenalkan dengan adult coloring book! Bermula dari detik itulah, baru saya dapat tahu apa yang pernah saya lihat sebelum ini ialah doodle. OO saya ingatkan doodle tu hanya untuk kartun yang comel-comel tu je. Rupanya ukiran melarik-larik sebegitu pun dipanggil doodle. ps. Betulkan kalau info yang saya baca ni silap.

Teman saya Jan merupakan orang yang bertanggungjawab mengenalkan saya dengan buku mewarna dewasa ini. Thank you Jan! Apabila beliau post gambar di whatsapp group, hati terus tertarik dan saya terus cakap kat dia yang saya pernah lihat di dalam instagram XXXX. Beliau menjawab dengan nada eksyen. Haha. Apa kelas xxxx, ini Johanna Brasford punya adult coloring book. 

Selepas hari tu, saya nekad nak juga buku tu. Semangat yang kupikul membawa daku ke kedai buku. Namun demikian, harapan saya hampa sebab kedai buku kat Kuala Terengganu ni tidak begitu ke depan. Memang buku tersebut tiada di pasaran Kuala Terengganu. Sedih kan?



Saya berhenti di sebuah kedai buku dan apabila bertanyakan kepada penjual, dia menunjukkan buku ini. Ya! Inilah bukunya. Namun bukan keluaran Johanna Brasford. Tapi tak kisahlah. Sebab saya dah tak sabar nak beli, jadinya saya beli ajelah buku versi Korea ni. 

Untuk makluman kalian, buku mewarna ini telah dikeluarkan mengikut pelbagai versi di seluruh negara. Buku ini menjadi trend ikutan di seluruh dunia. Dan ianya adalah kegilaan baru dewasa kini. Kalau kalian buat carian untuk Johanna Brasford, buku dia menjadi pilihan jutaan pembeli. Sekarang dia dah keluarkan edisi baru iaitu Lost Ocean. Antara edisi lain ialah Secret Garden dan Enchanted Forest. Kalau boleh, saya nak kumpulkan semua edisi buku dia. Tapi mana nak dapat eh? Ini tengah kawtim dengan sepupu kot dia boleh tolong belikan kat Kuantan ke. Kalau tak, terpaksa saya minta tolong si Jan belikan. Tapi lambat lagilah saya dapat buku ni. Sobs!



Saya membeli 3 buah buku ni dengan harga yang murah benor! Sebetulnya harga bagi sebuah buku ini ialah RM35 mengikut harga sesebuah kedai tersebut. Mungkin buku yang saya beli ini bukan versi original pun. Haha. Jadi harga dia memang tak berapa nak original lah kan. Salah satu buku yang saya beli ni, lebih kepada poskad versi besar yang both side dia ada lukisan. Jadinya kita boleh gunakan kedua-dua helaian muka dia.



Sebelum ini kan, saya ada cakap yang Afiq mewarna buku dia dan saya mewarna buku saya. Haha. Inilah dia kerja kami seharian. Apabila dia melihat saya asyik mewarna, dia pun turut serta mewarna. Afiq sebetulnya dah banyak buku mewarna, cuma tak berapa bersungguh-sungguh dia mewarna. Mungkin semangat dia tu hanya gigih apabila melihat kesungguhan saya mewarna.



Sesumpah Menipu. Elok sangatlah tu Afiq. Muka singa warna merah dan badan warna coklat. Haha. Dia sebenarnya nak ikut saya warna secara bercampuran, namun tak berapa nak menjadi. Maka jadilah singa muka tanda marah! Haha.



Inilah bunga atau lukisan pertama yang saya selamat warnakan dengan sesuka hati. Masa yang saya ambil adalah dalam setengah jam untuk menyiapkan secara total bagi satu gambar simple macam ni. Yelah, untuk kerja pertama mestilah ambil yang simple aje untuk mencari mood. Tengoklah pada batang bunga ni, mulanya nak warnakan dia dengan coklat gelap, tetiba warna lain saya pilih secara rambang.



Selepas siap bunga matahari tu, saya beralih ke bunga-bungaan di taman bunga seperti rajah di atas. Memang agak turun naik semangat saya apabila mewarnakan bunga yang sebegitu banyak macam tu. Sikit demi sikit saya warnakan dengan rasa yang hampir buntu dengan mainan warna. Kerana itulah, sebelum 1 dan sebelum 2 tak berapa nak nampak sangat perbezaan dia kan? Haha.



Gambar kat atas dah siap. Yayy! Yay juga, sebelum yay ni kan, saya dah habis daya berhempas pulas dengan memikirkan pilihan warna yang sesuai. Sambil-sambil bunga tu nak siap kan, saya mencuri mewarna lukisan di versi kad tu. Haa, yang itu best sangat kita nak warna. Ini kerana, kita boleh gunakan magic color sahaja. Kesan dia pun tak berbekas di belakang kertas kerana kertas dia ni tebal.




Si Afiq peneman setia kala saya mewarna. Dia bersungguh dengan buku dia. Tapi sekejap aje lah, sebab dia cepat bosan. Biasalah budak-budak kan.



Gambar ketiga yang saya warnakan. Ini memang dah buntu juga. Main hentam keromo aje warnanya. Sebetulnya, mewarna boleh dijadikan satu terapi untuk hilangkan stress, cari ilham, santai-santai. Tapinya, ia boleh membuatkan kita bertambah stress disebabkan tak tahu nak warnakan dengan warna apa? Haha.

ps. Kawan saya cakap, orang lain terapi hilangkan stress dengan membaca Al-Quran. Kita pula sibuk mewarna. Haha. Urmm, membaca Al-Quran adalah benda wajib yang perlu dibaca oleh kita setiap hari. Tiada perkara yang boleh mengatasi terapi wajib itu. Tak semua benda orang suka share lebih-lebih lagi dalam perkara peribadi sebegitu dengan terbuka.



Ini antara gambar yang saya hampir berputus asa nak warnakan dia. Jika lihat dengan teliti, nampak sangat saya warnakan ia dengan separuh perasaan. Sebelah kiri, saya sempat warnakan backgroundnya dengan warna kelabu secara hilang arah. Haha. Memang hilang arah betul kan? Sebelah kanan pula, saya sengaja tinggalkan tidak berwarna sebab saya malas dengan tetiba!



Gambar ini saya warnakan setakat ini sahaja dan tidak terusik sejak 3 atau 4 hari yang lepas. Saya dah mula merudum semangat dan jiwa dah tak sabar nak dapatkan buku original daripada Johanna Brasford. Buku ini semua untuk dapatkan mood tapi saya dah berpatah arang dengan mood ni. Apa kes ni dengan hobi baru? Haha. Sebab itulah saya cakap, tak berani nak cakap ini 'default' hobi saya. Maklumlah, melihat pada trend kesungguhan pada jiwa, saya rasa macam yo-yo. Alapadan dohla. Haha. Harapnya, cepatlah dapat buku versi JB tu sebelum pensil warna saya menjadi gajah putih di dalam kotak mereka.



1 Color Pen [Magic Color] | 2 Colores - New Elite | 3 Colour Pencil - Teacher Ding | 4 Colour Pencil - Ben 10 | 5 Colour Pens - Faber Castell | 6 Pen Warna Glitter | 7 Pen Warna 

Sekadar perkongsian aje tu kat atas. Untuk sekalian pembacaku, melalui eksprimen yang saya lakukan ketika mewarna. Untuk kertas biasa, agak tak sesuai untuk kita gunakan magic color disebabkan dia akan berbekas pada helaian di belakang, Sangat tidak cantik dan menyakitkan mata yang memandang.

Setakat ini saya selesa menggunakan pensil warna biasa kerana ianya tidak terbatas. Walaupun pensil warna biasa ni agak konvensional namun apa yang penting ialah kepuasan hati. Colour pens pula sangat sesuai untuk digunakan pada kertas yang tebal seperti poskad. Kita bebas mewarna tanpa bimbang kerana ianya tidak berbekas. 

Manakala pen warna pula, sesuai digunakan untuk kertas biasa dan kertas tebal. Sangat berpuas hati walaupun harga pen ini tidak begitu mahal. Saya memilih membeli semua kit mewarna ini mengikut keperluan diri dan bukan hanya tertumpu pada yang berjenama sahaja. 

Sebagai contoh, pensil warna New Elite tu kan, tak glamour pun, akan tetapi warna dia terang setanding dengan Luna si Afiq. Harga pensil warna ni murah giler. Dalam masa sama, saya juga bercadang nak membeli pensil warna Luna atau Faber Castell untuk pilihan 48 warna. Apabila kita dah mewarna, kita tak dapat lari untuk bermain dengan warna yang pelbagai. Masa tu, kita akan nak warna itulah, warna inilah. Macam-macam hal. 

Kalau Ben 10 tu, urmm ke sawah hasil dia. Haha. Saya berani beli disebabkan sebelum ini saya pernah membeli color pen Ben 10 dan ianya ok. Namun rupanya untuk pensil warna, hasilnya sangat tidak memuaskan!

Yang paling seronok. Kita bebas mewarna tanpa adanya salah atau silap. Maksud saya, kita bebas untuk bermain dengan warna dan terus bereksperimen mengikut kata hati.

Percayalah, adult coloring books ini akan menjadi trend di Malaysia sikit masa lagi. Kalau kat luar negara, memang dah trending pun.

Buat masa ini, saya berehat seketika daripada mewarna. Tunggu mood kembali walafiat atau tunggu dapat buku yang diidamkan. Hehe. Baik punya alasan kan?



Friday, November 13, 2015

Apa Khabar Celcom?


Celcom anda tak demam kan? Anda masih sihat lagi walafiat kan? Terkejut juga dengan kejutan yang sangat tidak dijangka oleh pihak Celcom. Haih, kalau ada thermometer nak juga cek suhu si Celcom ni. Kotlah kan dia demam. HAHA.

Macam ni, sebelum ni saya pernah menulis perihal si Celcom ni pada Mei tahun 2014 dulu. Lama sangat kot cerita membara saya dan saya dah hampir lupa tentang semua kesadisan itu. Kat dalam entry ni  SESAK CELCOM saya pernah tulis tentang berakhirnya riwayat untuk broadband saya.

Sebetulnya, selepas itu, saya ada menelefon Celcom Centre bertanyakan dari mana datangnya semua bil-bil saya. Yelah, biasanya kalau penggunaan yang dicajkan kepada kita, dah tentu ada record penggunaan yang pernah kita lakukan kan? Saya sepatutnya menyambung cerita selepas saya call Celcom Centre ekoran jawapan daripada kakak di kaunter Celcom sendiri tidak mempunyai kejituan di dalam menjawab persoalan saya. Namun saya tak abadikan di dalam MPS ini. Jadi ada 1 entry ajelah pasal Celcom. 

Untuk pengetahuan kalian, saya pakai broadband dan bukannya simcard talian biasa yang sememangnya kita akan gunakan untuk menelefon sesiapa kan? Akan tetapi, apabila saya bertanyakan kepada Celcom Centre, mereka juga tidak dapat memberikan jawapan yang kukuh lagi konkrit tembak tak tembus untuk saya sebagai pelanggan mereka [sekarang ni dah bekas pelanggan lah]. Mereka tiada jawapan. Dan hal ini diam begitu sahaja.

Pertamanya, saya dah kena bayar beratus ringgit. Nak dapat semula duit kita, urrmm memang tak nampak bayanganlah. Mereka pula tak dapat nak trace kenapa mereka caj ratusan itu kepada saya. Atas dasar apa? Jadi saya memang dah MALAS nak layan sementelah tak ada gunanya.

Kedua, saya tak betul-betul pertahankan hak saya sebagai pengguna dengan mengemukakan bukti-bukti berserta bayaran akhir yang saya buat kepada Tribunal Pengguna. Kalau saya bersungguh, dah tentu ada sinar di hujung jalan.

Ketiga, pihak Celcom kan ada cakap kat saya yang bil akhir akan dihantar kepada saya mengikut penggunaan akhir iaitu sehingga hari saya terminate broadband itu. Memang umpama menyiram cuka kat atas luka betullah. Dahlah mereka tak boleh nak bagi jawapan kenapa saya dikenakan caj sebegitu. Ini sewenangnya kakak kat kaunter tu bagitahu balance untuk bil akan dihantar kat rumah. Pakai broadband dah macam pakai talian biasa.

SELEPAS SETAHUN LEBIH BERLALU

Semalam, balik dari kerja. Buka radio. Layan game sekejap. Ayahanda saya tetiba melaungkan kepada saya bahawa ada surat untuk saya. Pergilah jenguk kat atas meja. Apabila saya buka. HAAA??? Terkejutan sangat!

Dapat cek daripada Celcom. HAHA. Ini memang betul-betul surprise yang sangat menjadi ni.




Selepas kejadian menyayatkan duit saya ini. 

1. Saya tak pernah dapat apa jua bil sepertimana yang kakak kaunter tu cakap semasa hari saya terminate broadband saya.

2. Pihak Celcom Centre cakap nak semak dan akan maklum semula kepada saya. Hingga ke hari ini memang tak ada makluman apa pun daripada mereka.

Alih-alih, saya dapat cek yang bernilai RM31.75 ni. HAHA. Memang hati saya gelak sakan. 

1. Saya tak tahu macam mana mereka semak penggunaan saya. Mereka belek kat mana entah rekod saya.

2. Bulan 5/2014 sehingga bulan 11/2015. Adalah satu jangka masa yang lama. Setahun lebih untuk mereka menjalankan kerja 'intipan' mereka terhadap bil saya. Hinggakan saya sendiri dah lupa-lupa ayam. Haha. 

3. Nilai itu memanglah tak banyak mana. Namun bagi saya yang memang tak harapkan apa-apa daripada Celcom ni kan, urmm nilai itu sedikit sebanyak menunjukkan saya di pihak yang betul. Walaupun saya boleh lagi pertikaikan mereka, namun bagi saya. Tak guna saya buang masa pada benda macam ni. Dalam hidup kita, ada pengalaman yang perlu kita jadikan pengajaran dan jadikan pedoman agar kita tidak terpeleot di tempat yang sama.

Hidup mesti terus. 31.75. Eh jom makan ABC. Hahaha!



Wednesday, November 11, 2015

Masih Ingat Dengan Janji Manis?

Beberapa minggu lalu kot, saya pernah menulis tentang janji manis ini : Janji Manis Dengan Si Kecil.
Saya gula-gulakan si Afiq dengan Robocar Poli. Berani buat macam tu kerana saya memang dah tempah dengan member 1 tempat kerja. 

Hampir setiap hari, apabila saya balik kerja. Perkara yang ditanyakan kepada saya ialah 'Kawan Cuda bagi dok lagi Robocar Poli Afiq?'. Saya jawab 'Belum dapat lagi. Bila dah dapat nanti, Cuda bagilah kat Afiq'.

Jika dia terbangun dari tidur, dia akan tanyakan Umi dia, 'Ada tak Cuda bagi Robocar Poli Afiq?'.

Adakala Afiq buat perangai. Biasanya saya akan ugut akan berikan Robocar Poli itu kepada anak saudara yang lain. Biasanya dia akan tanya saya, 'Cuda nak bagi ke Afiq dok Robocar Poli tu?'. Walaupun hati nak bersikap kejam tapi mulut menjawab 'Kalau Afiq rajin pergi mengaji, rajin pergi sekolah, Cuda bagilah Robocar Poli tu kat Afiq'. Hinggakan hari cuti pun Afiq nak pergi sekolah. HAHA! 

Akan tetapi, di satu petang yang hening. Saya menerima whatsapp dari kawan tersebut dan dia menyatakan bahawa Robocar Poli dah habis stok. Dia lupa nak bagitahu kat saya. Ditambah lagi tragisnya ialah, dia cakap tak tahu stok mainan ini akan ada disebabkan musim mainan ni dah habis. Terus terbayang muka si Afiq. Urm sedihnya!. Kawan saya cakap, sekarang glamer pula dengan mainan Tobot. Haha. Tobotlah pulak. Dia cakap kalau nak tahu apa itu Tobot, silalah lihat 611. Haa, pulak dah. Bukan saya layan cerita-cerita taraf Afiq ni. Haha. Hamboi. Eksyen kemain. Tak ar, saja je. Sebetulnya memang tak sempat nak layan 611 pun. 

Kasihan pula bilamana mainan tu dah habis. Itulah, lain kali dengan budak-budak ni, kita tak boleh berjanji melainkan mainan tu dah ada kat tangan kita. 

1. Kasihan sangat bilamana dia tengok kita, asyik soalan tentang mainan tu aje.
2. Budak-budak ni kan, ingatan dia kuat betul apabila seseorang tu berjanji nak bagi apa jua hadiah atau barangan kat dia. Dia akan ulang tanya bila nak dapat bla bla bla. Jenuh nak menjawab.

Saya dah plan, tengoklah nanti kot kalau berkesempatan ke pasar, nak juga membeli 1. 1 pun dah cukuplah buat syarat janji ditunaikan. Sebelum ni saya tempah 1 set iaitu RM40/4 biji. Tak mengapalah, janji ada dan yang terpaling penting. Janji kena ditepati.



Tuesday, November 10, 2015

Deepavali - Happy Birthday Baihaqi

Oktober - 26.10.2015

4 tahun yang lepas - 26.10.2011, lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Baihaqi. Nak dijadikan cerita, lahirnya dia pada hari Deepavali. Banyak benda yang berjaya membuatkan saya gelak.

1. Ayah Baihaqi adalah antara adik saya yang paling gelap di dalam keluarga. Namun tak adalah gelap segelap gelita. Gelaplah sikit berbanding yang lain. Arwah mak kami pernah bercerita, dulu semasa mengandungkan adik 2 saya ni, dia suka minum kopi. Mungkin kebetulan kot. Jadi ini bukan sesuatu yang boleh kita katakan fakta.

2. Dulu masa sekolah rendah, saya ada kawan kelas yang bernama Baihaqi. Dia berkulit gelap. Jadi saya memang tak berapa setuju dengan nama tersebut. Akan tetapi, apa dayaku. Haha. Mestilah ayah dia mempunyai lebih hak untuk namakan anaknya. Eh, sibuk aje kamu ni Aida. HAHA!

3. Baihaqi lahir hari Deepavali. 

Sebab itulah saya ketawa! Dan selepas itulah, baru saya tahu yang perayaan Deepavali rupanya tidak statik. Dulu Deepavali tahun 2011 pada bulan 10, sekarang 2015 raya pada bulan 11.


Baihaqi mempunyai seorang adik bernama Adam. Perbezaan warna kulit sedikit pun tidak mengurangkan kasih sayang antara mereka. Allah kan ciptakan kita dengan pelbagai perbezaan untuk lebih kenal mengenal.

Tiap kali tengok lengan Baihaqi, seram juga. Sekali dia pelempang mahu terteleng-teleng. Haha! Auta sangat bunyinya kan? Faktanya pula, jam tangan saya tidak muat dengan lengan Baihaqi. Bayangkan betapa bulatnya tangan dia. 



Nasib baik siang hari, kalau malam hari. Naik seram juga tengok muka Bai. HAHA. Nak buat macam mana, Baihaqi ni selalu aje unsur lawak. Selalu banyak cakap dan ianya mungkin satu ujian lisan yang sangat berjaya bagi saya. Setiap kali kita keluar dengan dia, terutamanya ketika saya dalam perjalanan menghantar dia ke sekolah. Ada sahaja yang dia borakkan, yang dia tanya. 



Semasa kecil, Baihaqi kecil je. Bila dah meningkat umur dari 1 tahun ke 2 tahun, dia mula membesar dengan gemilang sambil diiringi percikan bunga api. Akhirnya Baihaqi telah mengalami obesiti! HAHA. Kecil-kecil dah obesiti, apa cerita ni Bai??

Nak dijadikan cerita, Baihaqi dan Afiq telah mula bersama sejak dari kecil lagi. Sebab itulah adakala si Afiq cemburu apabila saya lebihkan si Baihaqi. Sebetulnya, semua anak buah saya layan sama rata. Cuma kalau ada antara mereka yang degil tak nak dengar kata, maka saya akan atur strategi dengan pulaukan seketika sesiapa yang degil itu! Haa, pada masa tu barulah mereka akan terasa seperti tidak dipedulikan. Dan kebiasaannya taktik ini berjaya dengan diakhiri acara salam menyalam antara mereka tanda damai.

Mereka ni, tak boleh selisih sikit, ada aje yang nak ditengkarkan. Bukanlah bertengkar bertumbuk bagai. Cuma berebut barang, sesi menayang barang, sesi bercerita 'rumah saya ada permainan banyak'. Alahai, mana boleh rumah Baihaqi aje permainan banyak, rumah Afiq pun nak permainan banyak juga. Tak ke kita pening kepala.

Sebelum kalian pening kepala juga, marilah kita ke acara majlis hari lahir Baihaqi.

Sebab itulah, bulan Oktober saya agak sibuk. Sibuk dengan kek. Haha.



Selepas pulang dari kerja, saya terus ke rumah Baihaqi. Adik 2 saya buatkan majlis untuk 2 orang anaknya sekaligus. Tak pening kepala kerana pada bulan ini isterinya dah nak bersalin. Anytime aje ni, dah tunggu masa dah. Kalau tak silap mungkin 15.11.2015 due-nya. 

Ehem. Baihaqi dan Adam akan dapat adik lagilah. 



Abang 2 dan Adik 2 berganding tangan untuk membelah kek. Kami yang kat depan dah tak sabar nak makan kek ni. Selepas dah dapat makan, ok cukup! Muak. haha. Yelah, memanjang makan kek, mahunya tak muak.



Majlis Baihaqi tu diadakan santai aje kat halaman rumah. Kami dihidangkan dengan bihun goreng yang sangat sedap! Saya dah plan nak minta resepi bihun goreng ni, sebab saya suka bihun goreng rasa sebegitu. Macam mana rasa dia? Tak dapatlah saya terangkan kepada kalian. Hehe.

Sambil kami makan bihun, adik 2 turut membakar ayam. Sebetulnya membakar ayam atau bbq ini begitu sinonim dengan keluarga kami. Asal sikit nak bbq, asal sikit nak membakar. Asal sikit nak makan. Haha.

Ok, sekian cerita tentang majlis hari lahir Baihaqi. Hari tu tak sempat beli hadiah untuk Bai lagi. Nanti-nantilah ya Bai. Maklumlah dia ni seorang, bukan penggemar mainan setegar Afiq. Entah apa yang Baihaqi minat pun, saya tak begitu pasti. Kerana dia bukan seseorang yang mempunyai kesukaan yang khusus terhadap permainan/tv kegemaran. Boleh dikatakan hampir tiada.

Ok. Publish!



Monday, November 9, 2015

'Walid, anok wak mende tu?'

Hidup Tinggal bersekali bersama abang yang mempunyai keluarga sebetulnya menyeronokkan. Eh bukan. Abang yang berkeluarga tinggal di rumah mak ayah kita bersama-sama kita sebetulnya menyeronokkan. Ayat pertama tu macam saya yang tinggal kat rumah abang, padahal bukan.

Eh. Terpanjang pulak penerangan.

Apabila dah namanya keluarga, dah tentu ada anak-anak buah. Afiq dan Humaira anak buah tetap yang tinggal kat sini. Orang lain sekadar datang dan balik. Jadi apabila tinggal di rumah yang ada anak-anak kecil ni, perlakuan dan tutur kata kita perlu dijaga. Almaklumlah, mereka mudah sangat mengikut apa jua yang kita lakukan.

i. Kata-kata
Bagi penjagaan kata-kata, so far Alhamdulillah sebab kami tidak mempunyai kata-kata kesat yang menjadi kebiasaan dituturkan bersama keluarga [rasa nak gelak pula bilamana baca ayat ni]. Ok ok. Macam ni, maksud saya, kami bercakap tak ada lah macam 'hey bodoh!', 'hey ini', 'hey itu'. Bahasa Terengganu lebih kepada garang = bekeng/kasar. Jadi kami banyak menggunakan mung = kamu apabila di dalam komunikasi. Bilamana bercakap dengan budak-budak biasanya mung tidak akan digunakan kerana ianya tidak sesuai dan boleh diklasifikasikan bahasa yang KASAR!.

Satu malam, saya dan si Afiq duduk sama-sama mewarna. Dia dengan buku dia dan saya dengan buku saya. Si Humaira banyak mengacau kami. Lantas tetiba Afiq:

Walid, anok wak mende tu? 

Haa anak?? Saya baru kali pertama mendengar. Ingatkan dia main-main je. Dia laung lagi kepada walid dia apabila Humaira datang nak rebut buku yang sedang dia warna.

Walid, ce [cuba] tengok anak wak [buat] mende [apa] ni. Afiq nak cat [warna] ni. 

Mera, Mera gi main kat lain ar. Abang nak cat [warna] ni.

Senyap seketika. Afiq sambung lagi apabila Humaira di belakang dia mengacau lagi.

Tengok gok anak wak bende tu.

Haha. Afiq berulang kali menyuruh abang saya melihat Humaira namun tidak diendahkan. Kasihan betul.

Saya terdiam sambil mewarna dan memandang abang 2 saya. Selepas keadaan terkejut saya stabil, saya tanyakan pada kakak ipar saya.

Kakak ipar jawab sambil nak gelak. Dia selalu dengar Kak Amani cakap dengan walid dia macam tu, sebab tu la dialog pun dia dah boleh ikut. Haa. Bocor rahsia. Haha.

ii. Perlakuan/Perbuatan
Patutlah semasa kami mewarna di dalam bilik [sebab nak elakkan kekacauan daripada Humaira], saya dah penat mewarna dan cakap kat dia.

Cuda nak rehat jap, lenguh. Eh dia pun tak lama lepas tu. Afiq pun lenguh gak sambil dia berhenti daripada mewarna.

Budak-budak memang cepat menyerap apa yang dia dengar, apa yang dia lihat. Sebab itulah mengikut pembacaan saya, umur 2-6 tahun ini lah kita perlu didik betul-betul sehingga ke peringkat seterusnya.

Uh. Rasa macam parenting bloglah pulak. haha.




Saturday, November 7, 2015

Ogos dan Oktober

Kek dan hari lahir umpama isi dan kuku. Tidak dapat dipisahkan. Seolah-olah tidak bermakna hari lahirmu andai tiada kek. Haa. Macam mana tu. Susah juga kalau kanak-kanak disogokkan kek adalah hari lahir dan hari lahir adalah kek.

Tak dinafikan ianya menjadi masalah bagi mereka yang tidak berkemampuan. Kami sendiri telah mengalami zaman tersebut.

Dan Alhamdulillah, pada hari ini kami mampu menyediakan kek untuk mereka yang menyambut hari lahir. Kek ini bukan saya yang sponsor. haha. Ianya adalah bantuan daripada mak ayah mereka sendiri.

Oh ya, dah upload gambar baru teringat yang Dhea menyambut hari lahirnya pada bulan Ogos yang lepas. Hehe. Dah lama berlalu. Tapi tak mengapalah, saya terus rangkumkan 2 entry dalam satu kisah.

31 Ogos 2015 yang lalu merupakan hari lahir si Dhea. Saya pernah tulis mengenai kelahiran Dhea di sini Duhai Anak Merdeka.

Hari lahir si Dhea sepatutnya di adakan selepas Asar. Namun disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal dan beberapa urusan perlu diuruskan oleh mak dan ayah si Dhea, dari petang beransur malam. Maka jadilah sambutan hari lahirnya pada malam hari. Adik 1 nak adakan majlis anak dia kat rumah kami ni je. Oleh sebab plan agak last minute, tak sempat nak pergi menjemput budak budak kecil yang ada kat kampung ni.



Kek yang menjadi pilihan. Ditempah di sebuah kedai dan rasanya sedap! Biasalah budak perempaun, tak lepas dari frozen.



Pertamanya tak berapa nak seronok sangat sebab kanak-kanak tak begitu ramai yang datang.

Makanan sebetulnya sangat banyak. Sampai terlebih lebih.Mee rebus, kuetiow dengan kuantiti yang berpuluh orang. Kami sendiri selepas sambutan kecil ni, terus agihkan kepada kakak 1 dan juga kepada anak jiran. Lebihan tu saya bagi kepada sepupu dan sedikit ditinggalkan di rumah saya dan selebihnya lagi di bawa pulang oleh adik 1.

Jika sambutan birthday ni di adakan selepas Asar, rasanya makanan memang sold out! Pada petang makcik saya dah datang bersama anak dan cucunya. Adik 2 juga datang bersama keluarganya. Akan tetapi kita hanya mampu merancang, semuanya Allah yang tentukan.





Birthday girl pun dah tak nampak macam princess. hahaha. Macam dah nak tidur aje rupanya. Cuma untuk di lain kali, rasanya preparation perlu dilakukan dengan lebih teliti dan dapatlah kita jemput lebih ramai lagi.

Sebetulnya seronok mengadakan sambutan sebegini. makan beramai ramai.

Pada bulan 10 yang lalu, tibalah giliran sambutan hari lahir si Rayyan.

************************************

14 Oktober 2015 : Rayyan

Berbeza dengan si Dhea. Perancangan untuk majlis sambutan hari lahir si Rayyan lebih teliti. Kami semua dijemput untuk ke rumah nenek si Rayyan. Majlis akan di adakan di sini dan semasa kami sampai, dah ramai orang yang datang.

HAHA. Ketara sangat sambutan hari lahir Dhea dan Rayyan. Dhea tak ramai yang datang, tapi majlis Rayyan, ramai yang datang. Tua muda semua ada. Tapi tetamu yang ramai dah tentu datangnya daripada keluarga saya. Semua adik beradik yang tinggal di sini semuanya datang untuk meraikan si Rayyan.



Spek terlalu besar. Muka menjadi bidu bidu. HAHA. Abang minat ultraman, maka kek pun berwajahkan ultraman.

Haa tu aje la entry ni. Haha. Dah tak tahu nak tulis apa.